Thursday, May 27, 2004

baru je subscribe streamyx siang tadi. looking forward to get online in mesia macam kat US. nak kongsi pun jadi tak terkongsi sebabkan beberapa perkara yang perlu diuruskan terlebih dahulu. tapi sebenarnya ada SATU je sebab yang buatkan tertangguh untuk berkongsi 'kaca mata' persepsi. kupohon ampun dan maaf atas kekurangan diri ini.

inshaALLAH jika tiada sebarang masalah, akan diupdate. untuk masa ini, menjauhkan diri buat seketika dari dunia maya.

kekata yang ingin dikongsi buat kali ni, tajamkanlah deria anda semua. menjadi lebih baik dari orang lain dengan mempunyai deria yang peka dan tajam, pemerhatian yang tajam membuatkan kita lebih cepat pick-up. ditampung dengan daya ingatan yang kuat, insha-ALLAH segala nikmat anggota dan kemampuan diri kita jika digunakan dengan baik akan meletakkan kita mulia di sisi manusia. yang penting, jangan dilupa siapa diri kita, hanya makhluk yang hina. tiada ada kita tanpa izin dariNYA. tiada bergerak kita tanpa kuasa dan 'inayah (bantuan) dariNYA. hanya kerna ALLAH kita ada di sini.

akhir kata, suka kuungkap: "TIADA RESAH ATAU GELISAH MEMIKIR HARI ESOK KERNA KITA ADA ALLAH YANG MENETAPKAN APA YANG SELAYAKNYA UNTUK KITA -ITULAH TAWAKKAL, MEREDHAI SEGALA KETENTUAN-NYA YANG PASTINYA SESUAI UNTUK KITA SI HAMBA."

_________________________
Tenanglah hai sang hati

Sunday, May 16, 2004

Malaysiaku

Hari ni suhu tak panas sangat macam sebelum ni. Alhamdu liLLAH, sampai juga aku ke rumah tok aku walaupun macam malas2, tapi dapat la jugak berbual dan mendengar cerita tok aku yang tiba2 akhir2 ni rajin bercerita. Diceritanya pasal pempuan keja kilang yang tegur kata, "Pakcik dok umah ni ada kelas la," bukan niat menggoda tapi rasa kagum cumanya dibidas oleh atok aku, "Engkau dok umah tido nyenyak kan?," "Er, nyenyak je pakcik," "Haa sama je la, pakcik dok umah ni nyenyak juge." Paham la satu mesej dari atok, melihat orang tiada bezanya, kaya miskin tiada beza semuanya tido semuanya makan semuanya minum, bezanya tetap adalah taqwa.

Actually dah taip dah entri, tapi tak sempat nak online ni pun menaip kat ofis abah aku. merasa la dok umah nak biasakan diri dengan abang ipar aku, diajaknya aku main bola sepak pagi2 tapi sebab yang aku berikan mata aku sakit, hakikat memang mata aku sakit. tapi sehari sampai je, hari sabtu terus aku pergi PAS (Plaza Alam Sentral) main bowling. Wowwy dapat main bowling, 101 saje (not bad, at least above 100). masa keluar, aku mengajar adik aku melihat para penonton persembahan tarian kebudayaan yang ada dalam kompleks beli belah tu, aku suruh adik aku jadi macam aku perhatikan betapa bodohnya orang yang tengok persembahan (aku tak kecualikan benda ni bagi orang yang suka tengok konsert nasyid, sama je) sebab tiada apa yang diperolehi melainkan melopong dan berhenti sejenak memerhatikan gerak tari si penari. adakah terhibur? yeke? tapi sama je la macam tengok konsert Metallica, Coldplay, Linkin Park dan sebagainya yang juga pegi tengok orang perform, cuma bezanya ada arak yang boleh tumpah di baju ataupun boleh melihat orang2 yang lupa diri mengangkat baju di hadapan orang ramai. ceh, makcik pegi beli barang pun boleh stop dengan suami dia ke, anak2 dia ke, sedara dia ke, kawan dia ke semata sebab ada performance kebudayaan. tak produktif sungguh. aku dulu pergi konsert kawan ajak, takde aku beriya nak folo, tapi kerja aku sama je, tengok orang yang tengok orang (aku tengok penonton la) sebab aku tak paham apa la orang boleh dapat bila tengok konsert melainkan dapat tengok performance, any new input? kalau aku ada la, aku dapat tengok gelagat manusia yang tak produktif supaya aku boleh kenal lebih rapat manusia sebegitu yang jiwanya tak sama macam jiwa aku. wayang? aku kat US tak pernah masuk pun lagi, rasa tak hingin nak pergi walaupun pernah diajak.

balik2, tak sampai sehari dah drive. hangin aku drive kat mesia, bawak macam haram. rasa nak je turun keta pegi sepak keta lain, aku pnye jalan dia pegi himpit, pastu ada yang bawak macam haram d*** slow tak ingat pnye, tak puas ati sungguh aku.

okay la kena stop. dok ofis ayah aku ni bagus, masuk waktu solat stop kerja. dah jadi work ethique kat ofis ayah aku ni, katanya. so aku kena stop sebab sini kat mesia dah asar.

nanti la aku citer lagi camne bezanya persepsi aku melihat sikap rakyat kita yang sikapnya bagi aku tak produktif. aku tak citer untuk orang lain, aku citer utk diri aku supaya aku tak lupa yang sikap tu adalah penting dalam memajukan ekonomi negara yang kononnya dicintai ramai ini. cabut!

Tuesday, May 11, 2004

Notes

Sebabkan nak buang kertas yang ada ni, sekadar nota buat diri sendiri. Wahai diriku, sila rujuk balik ayat-ayat berikut:

- Surah 4: ayat 78-79, 95
- Surah 16: ayat 97
- Surah 17: ayat 9
- Surah 29: ayat 6
- Surah 33: ayat 45-46, 59, 71-72
- Surah 30: ayat 39

Buat diriku: Kena kumpul lagi ayat-ayat yang perlu ditatap kembali setiap kali tilawah.

________________________________
Okeh boleh buang dah kertas... moga esok masih ada untuk menatap semula ayat-ayat tersebut :)
My Mother Said
by Nadia Wan (anak buat aku)

Last Saturday, went to Abang Wan's house. Then I intentionally asked his daughter for some writings she did. I got an assignment she wrote about Corretta Scott King, kinda interesting coz she was at that time finishing her short stories. Then, I asked her to print the short stories too... Really amazed to see her writings coz she knows how to use comma, exclamation mark and all other symbols in writing. This is one of the short stories, entitled "My Mother Said." (credits to Nadia @ Baby).

___________________________

My Mother Said

···My mother said not to follow strangers. Strangers are weird and evil. Some may not be, but others may be. My mother said not to eat too much candy. Candy makes your teeth rot, and your gums hurt. My mother said there are 7 continents in the whole don't see any Aliens. *ding ding* Ah! The doorbell has rung. I wonder who it may world. One of them is Norht America, while the other is South America; While there's Asia, Europe, Australia, Africa and another one I forgot too. My mother said that Aliens are coming to our house at 4 o'clock. Hey look! It's 4 o'clock now! But I be. Hello? Oh my goodness! ALIENS!!! You should really listen to what your mother says...
The End


______________________________
Hish... my English is worse than her ;p Who cares...?!?!!!

Monday, May 10, 2004

The Passion

Semalam tengok citer The Passion of Christ. Pnye la bosan semalam sambil-sambil kemas bilik, spent time berehat sambil menonton citer yang kononnya cukup ganas, memang ganas pun tentera Rom yang tak berperikenabian langsung huhu. Ada beberapa isu yang nak kongsi sama, mungkin ada yang tak tahu.

1- I AM
Mesti ada yang tak perasan sangat kenapa dia capilatizekan terjemahan I AM tu. Tahu tak kenapa? Sebab ianya adalah sacred saying, berikut adalah petikan dari Exodus,

···Ex 3:14 (Chapter 3 Verse 14)
······--- God said to Moses, " I AM WHO I AM"; and He said, "Thus you shall say to the sons of Israel, 'I AM has sent me to you.' "


Sebab tu la maksudnya ditaip dalam huruf besar. Mesti ramai yang tak perasan kan?

2- Mary Magdalene
Kan ada sorang pempuan tu asik bersama Mary je. Tu la Mary Magdalene, dikatakan salah seorang dari 12 pengikut setia Nabi Isa. Kan ada flashback masa dia lap darah tu, haa masa tu kira dia kena hukum rejam la tu, tapi dia diselamatkan. Kenapa dia kena hukum rejam (baling batu)? Pasal dia dulu pelacur.

3- Setan
Perasan tak perasan masa Jesus (dalam citer tu la) merayu kat Tuhan yang dia kata "Let your will be accomplished not mine," kurang lebih macam tu la. Kan kat situ ada sorang laki kata takleh nak tebus dosa manusia sebab orang Kristian kan percaya pasal Original Sin yang diwarisi sebab Adam and Eve buat salah masa di syurga dahulu. Tu bukan ahli sihir tu, tu setan. Setan tu kata dosa manusia tak dapat ditebus, dia kata tiada manusia dapat tanggung semua dosa tu. Tapi yang lawak tu masa kena seksa tu ada patut dia bawak baby muka macam orang besar tu, seram sejuk juga senyuman bayi tu kan? Senyuman setan tuh.

Bila nafas akhir dihembuskan, ada tunjuk gambar setan tu jerit. Pasal apa? Guess what?

4- 3 Days
Pasal apa, tau tak? Pasalnya Jesus kena mati. Dengan cara dia mati tu la will of the Father dapat dilaksanakan. Sebab Jesus the Son dihantar ke dunia untuk menunaikan the Father's will untuk menyelamatkan human race. Tau kenapa 3 hari? 3 hari tu, Jesus masuk neraka lepas tu dia akan kalahkan setan. Logiknya apa? Pasal kan derang percaya tiada siapa dapat tanggung dosa umat manusia yang mewarisi dosa Original Sin sebab dikatakan ada gap (jurang) antara manusia dengan Tuhan. Untuk rapatkan jurang tu la kena wujudnya divine man yang merupakan Tuhan dan manusia dalam satu jasad (sungguh tidak logik dan mengarut sama sekali). Jadinya, bila turun ke neraka, setan ingat dia manusia biasa la, jadi setan pun seksa la Jesus yang tak patut diseksa sebab dia kan tuhan (ikut kata Kristian la). Jadinya, kuasa setan menyeksa manusia kat neraka ditarik sebab dia dah salahgunakan kuasa (zalim) sebab seksa the divine man. Jadinya macam tu la cara nak kalahkan setan, logik sungguh kan? Macam citer dongeng, tunggang kuda bawak pedang pegi pancung pontianak, ni la kepercayaan putar belit derang.

Lepas tu, dalam 3 hari tu la Jesus pun menjalankan tanggungjawabnya di neraka dengan menyampaikan mesej dan ajaran kepada manusia di neraka. Oleh yang demikian, dapatlah diselamatkan umat manusia dari dahulu (sebelum Jesus) sampailah sekarang (kalau lepas Jesus kena ikut "the Helper" yang ada disebut dalam citer The Passion, atau dalam kata lain "The Helper" tu derang percaya adalah Holy Spirit a.k.a. Holy Ghost -jelmaan Tuhan yang ke-3 selepas the Father and the Son). Lepas 3 hari tu, Jesus pun dihidupkan dan dibangkitkan (resurrected). Sebab tu akhir cerita tu ada tunjuk dihidupkan balik, siap nampak tangan berlubang tu huhu. Tapi kita orang Islam, mana ada mati sama sekali, bahkan diangkat terus naik ke langit.

Kalau dulu ada tengok katun plastesin kat TV tahun lepas, dia tunjuk la Jesus pergi jumpa kaum dia lepas dibangkitkan, lepas tu baru la diangkat ke langit, tapi Mel Gibson mungkin rasa tanak panjang lebar takut mengarut sangat, agak je la hehe padahal citer dah panjang sangat. Maka dengan itu, derang ni percaya yang Jesus diangkat ke langit bersama dengan orang yang dia selamatkan di neraka. Kalau dengar cerita derang ni memang sedap dibuat tidur, dan akhirnya putera mahkota tu berjaya mengalahkan pontianak dan dilantik menjadi raja di kerajaan Sinarputra Joko Setia, huhu... tapi ntah kenapa kalau pegi kelas dengar citer derang ni buat cuak je, tu sebab kena istisyhad balik bila dah kuar kelas.

5- Last Supper
Dalam citer tu ada la ditunjuk sket flashback masa derang dengar ucapan terakhir masa santapan terakhir, yang derang makan roti dan minum wine tu. Jom tengok apa ada dalam Bible:

Mark 14:24 (Chapter 14 verse 24)
···---And He said to them, "This is My blood R493 of the covenant, R494 which is poured out for many.


6- The Shepherd
Kalau baca kat ayat 24 chapter 24 in Mark tu, kan dia sebut ...for many. Haa kat situ ada konsep gak sebenarnya yang derang bincangkan. Kiranya hubungan antara Tuhan dan manusia. Satu kepada banyak (One for many). Memang la Tuhan tu satu, tapi disamakan juga Tuhan dalam rupa manusia iaitu Jesus adalah seperti pengembala kambing yang membimbing kambing-kambingnya yang sesat pulang ke tempat asal (kingdom of God in heaven). Pasal manusia ni ibarat kambing yang sesat bila mana dah tak dapat nak cari jalan pulang sendiri, kan sebab dah takleh nak tebus sendiri dosa sebab tu la takkan jumpa syurga sampai bila-bila. Jadinya pengembala ni kena la jadi penyuluh jalan.

Banyak lagi analogy lain yang digunakan. "The Word, The Truth, The Life (yang ni memang ada disebut dalam cerita tu) selain dari the Shepherd. Kalau kalian baca Bible, memang penuh dengan analogy dan kata kiasan. Bila derang sebut the Word, derang akan hurai yang kalimah Tuhan itu wujud sebelum kewujudan manusia dan alam itu sendiri. Sebab kalau bukak je Bible baca awal sekali je terus citer pasal penciptaan alam. Hatta dalam bab penciptaan alam sendiri je dah ada percanggahan, tapi ntah kenapa derang still nak berpegang dengan Bible yang mengelirukan. Kenapa pulak wujud kalimah Tuhan dulu sebelum alam? Kalau kita dalam Islam percaya, bila ALLAH firman "Kun (Jadilah)," maka jadilah. Dari situ jugak derang argue yang kalimah 'kun' yang Tuhan sebut tu sendiri dan buktikan kalimah Tuhan tu wujud dulu baru la ciptaan tu wujud. Jadinya derang claim la Jesus tu wujud dulu dari alam semesta sebab dia adalah the Word yang kemudiannya incarnated ke dalam satu jasad manusia melalui kelahiran suci tanpa bapa. Dan kat situ gak derang claim yang God the Father cipta manusia melalui Jesus (the Son). Paham tak macam mana? Pasalnya, sah-sahla guna kalimah Tuhan bila Tuhan kata 'kun', sebab tu la derang pun kata sebab Tuhan guna kalimah Tuhan, maka Tuhan guna Jesus la. Sekali lagi derang buat cerita budak-budak. Jangan tidur pulak ye baca apa yang aku kongsi nih ;p

7- Salib
Bagi derang, salib ni lambang cinta Jesus pada umat manusia sebab tu la bagi derang salib tu begitu sacred. Kalau tengok dalam citer tu pun, punya la Jesus dipaksa dengan susah payah mengangkat cross yang bapak besar dari dia sendiri. Memang kijam itu tentera tu.

8- Crucifixion
Hukuman paling hina pada zaman tu (Roman Empire).

9- High Priest
Para paderi besar Yahudi ni takut benar pada Jesus walaupun derang claim Jesus tu nabi (prophet). Tapi, kalau korang perasan la dulu Kristian ni dikatakan sesat oleh orang Yahudi sampai orang Kristian diseksa oleh Yahudi. Tapi, sekarang realiti itu berbeda, kerna kita umat Islam pula diseksa. Ntah macam mana kalau ikut history Yahudi dan Nasrani gocoh sesama derang, tapi sekarang sungguh berbeda. Kalau ungkit kat Kristian, sure nanti orang kata ko ni anti-Semitic (orang yang bersikap hostility toward or discrimination against Jews as a religious, ethnic, or racial group). Lantak la kita dikatakan macam tu sekali pun. Sampai ada term sendiri tu, abisnya kalau anti-Islam nak kata apa? Anti-Terrorist?? :(

10- The Helper
Dah sebut dah tadi, ni adalah jelmaan ketiga Tuhan ikut kepercayaan derang orang Kristian. Kalau siapa tak kena baptized, dia tak terima Holy Spirit, jadinya dia takkan dapat ada hubungan dengan Jesus sebab Jesus dah kata yang penyelamat tu akan datang memandu jalan (sama macam analogi shepherd memandu kambingnya tadi ataupun sama dengan cahaya yang menyuluhkan jalan ke kerajaan Tuhan). Jadinya, siapa yang dah dibasuh dengan air Holy Water, maka dia kira suci dari dosa. Kita plak mana la nak percaya dengan konsep Original Sin. Kita percaya setiap iindividu tanggung dosanya sendiri (Rujuk Quran: Surah ke-: al-An'am ayat 164, Surah ke-17 al-Isra' ayat 15, Surah 35 Fatir ayat 18, Surah ke-39 az-Zumar ayat 7, dan surah ke-53 ayat 38... ada 5 semuanya).

____________________________________
Tulis ni macam buat assignment la plak.. huhu

Sunday, May 09, 2004

Ekonomi: Kenapa begitu

Baru ni baca, EPU (Economic Planning Unit a.k.a. Unit Perancangan Ekonomi) negara kita baru 'tersentak' untuk mula mengira dan menilai semula taraf kemiskinan. Dikatakan taraf kemiskinan yang berdasarkan pada kadar yang dikira pada 30 tahun lalu tidak dikemaskinikan dan digunapakai sehingga ke hari ini. Tak lama lagi akan dikeluarkan kemaskini yang baru, kemaskini yang dikatakan penting ini menyebabkan Kementerian Pembangunan Wanita pun menangguhkan perancangan gerak kerja kementerian berkenaan. Kenapa baru sampai sekarang baru kita sedar akan kekurangan ini? Ataupun dirasakan kemaskini tersebut tidak penting? Bila mana UKM memberi komen baru nak 'terkedek-kedek' nak mengkaji semula. Hatta nak membezakan kadar kemiskinan antara bandar dan luar bandar. Adakah pemerhatian aku ni tak betul? Tak tau la nanti macam mana, ada kemungkinan terkadang tu kita memerlukan sesuatu sistem dan institusi ataupun pihak tertentu untuk memerhati dan memberi konsultansi terhadap pembanguanan ekonomi negara. Ke manakah hala tuju? Adakah rakyat ditipu? Apakah yang dikatakan pembangunan dan kemajuan dari segi ekonomi itu sendiri? Dunia mahupun akhirat keduanya memerlukan ilmu dan informasi.

--- Sesiapa mahukan dunia, maka baginya perlu ada ilmu. Siapa mahukan akhirat, maka baginya perlu ada ilmu. Maka sah-sahlah kalau sesiapa mahukan keduanya perlukan ilmu!

_________________________________
Kelekaan pada pembangunan fizikal pun kadang tu melekakan untuk menilai kemajuan dari segi duniawi itu sendiri.... "Jangan la jadi 'slow' dan sambil lewa (wahai diriku)."
Kete Comel


:: Kat Gurnee Mill tadi, comel lak tengok keta nih... fanatik habis la pemandu nih... tapi memang comel ah, lagi plak kena dgn beetle! ::

Saturday, May 08, 2004

Shopping sat tadi

Baru balik, kuar sat tadik. Tengok member beli barang Estee Lauder, ceh, satu pe pun tak tau, oooo dan ooo je la aku tadi, dok nunggu dia beli untuk akak dia yang nak kawin bulan depan. Tu sebab dia pun nak balik, dia la yang pack barang semalam. Pastu, baru la aku tau apa itu blush, mascara dan pebenda lagi ntah. Siap ada men's colon, sedap bau tapi sape ntah mau beli, bau je udah. Berbeza sungguh, life orang macam kawan aku sorang ni dengan aku. Aku folo je, kurang lebih dapat gak tau. Pastu dapat bau No. #1 fragrance in US for women, kata Abang Man saje nak cuba kekonon nak beli untuk mak dia, almaklum esokkan Mom's Day, aku pun folo je dapat la bau. Aku punya la hidu sedalam yang mungkin, huiii sakit idung tapi bau memang sedap lah. Ceh, aku tak tau semua ni pun sebelum ni, ikut je orang len... Okay la, pasni nak gi shopping lagi... kuat shopping gak rupanya kitorang dak Milwaukee huhu (aku je yang malas sket nak gi beli itu ini, kawan aku yang lain semua dah angkat pinggan mangkuk la -stok kawin la tu- mainan untuk anak buah la, dll.) Okay, selamat bershopping haha... adios!! jyaa...

p/s: Aku ingat lagi ayat orang kedai tu kat member aku: "The hardest is the foundation." -make-up pun akui foundation tu penting. Itu la dia, asas kena kuat!
p/s2: Aku ingat lagi tadi lalu kat kedai apa ntah nama dia aku lupa, tertulis kat model lelaki "Shirt in the air." Pastu kat model pempuan tulis plak, "Skirt in the air." Warghh!! Aku setuju kata kawan aku, tengok orang kat sini semua suka memperbodohkan diri, especially dalam iklan, banyak yang bodoh-bodoh... artis femes pun masuk iklan macam cikai gila...
________________________________
Hidup dengan gang kat sini mengajar aku mengenal ragam orang Malaysia kita... ada yang taraf hidup tinggi dan juga taraf hidup biasa macam aku... tapi aku ni apa pun tatau.... aku budak baru belajar ;p
Waking Up

Bangun pagi, hampir lupa baca doa, ish lupa bersyukur... astaghfiruLLAH. Bangun je carik paparan pada 'atas riba' (laptop eheh bukan mimpi ;p). Saje lawat-lawat blog kengkawan. Komen sini sket, komen sana sikit, kacau senior jap, balik semula ke blog sendiri. Tapi, ceh tak best, macam takde kerja lain. Tapi menarik semua blog kengkawan, tu yang tertarik hati nak kongsi idea dan pengalaman. Tak pedulik la orang kata apa, yang pasti I'll do what I wanna do as long as menda tu tak salah, kalau salah tegur la diri ini!!! Jangan segan, tegur je, trimas (TQ ikut Gempak) syukran wa jazaakumuLLAH pada yang sudi menegur, I appreciate all the concerns.

Argh, tak suka betul bilik ni kalau heater kuat sangat, nanti mata ni jadik kuyu dan merah (bukan gatal ye) nanti akan rasa mengantuk. Panas pun mengantuk? Aiwah! Pasal panas kat sini adalah satu nikmat bila mana dah sejuk selalu. Tapi ada orang yang dok tempat panas, dia nak sejuk. Tapi apa pun, bersyukurlah orang kat mesia bebas buat aktiviti sebab cuaca yang selalu cerah, sini dok sejuk takleh nak buat aktiviti luar sangat, kalau eksesais pun semua indoor, nak outdoor bukan tak nak, tapi dah cuba pancit awal! eheh... tu yang kena kutuk dengan adik semalam.

Haha, semalam dia sedih tak dapat nak tinggi lagi. Dia kata takpe la biar la abang yang pertama lagi tinggi, pastu dia kata adik yang form 1 (sekarang tahfiz) tu dah hampir tinggi sama dengan dia. Baru tingkatan 1 dah dekat 170 cm? What the heck! Takpe la, kena enjoy sementara jadik orang nombor 2 paling tinggi dalam famili (lepas abah). Aiseh, apa ada pada ketinggian? Senang nak amik barang kat atas lemari, alhamdu liLLAH, that's a gift :) tapi jadi satu ujian kalau kena pegi kat tempat sempit, tak suka dok tempat sempit especially tempat yang crowded tu sebab tak suka nak gi konsert (tapi dalam hati nak jugak cuba pegi, Summer kali ni katanya ada Metallica, Britney Spears?, etc. haram jadah pe nak gi konsert! dengar kawan citer je cukup la, terkena 'simbahan' air kencing setan tu time tengah beresak tu, nak ke? Ptuih!!! Benci air kencing setan!!).

Apa aku cerita ni? Blurrr... apasal budak-budak ni tak bangun, nanti lambat la nak gi shopping... waaarrghh!! Bangun la korang weih, malas aku nak kejut. Aku tido lambat gak, tido 4-5 jam je udah la, bakpe tido lelebih!! Makan la vitamin B kompleks, baru la energetic sket (warning: Semua kekuatan dari ALLAH). Baik aku gi siap dulu, kemas bilik, lipat toto 'beg tido' aku, orang takde katil la katakan (best pe tido bawah!).

Esok lusa nak kemas beg plak. Pastu nak kena gi bank, pastu nak gi li barang lagik, nak itu nak ini warghh mana masa nak baca buku. Nak baca buku!! Tak minat? Adeih!! (semalam kena ketuk kat abah melalui talipon). "Minat tak minat tak jadik hal, masalahnya tak letakkan challenge diri sendiri. Dulu dah nasihat suh amik sains tanak, asik kata tak minat je. Sekarang ni kata Ekonomi pulak susah. Minat tu boleh dibina." Adeih! Sakit-sakit. Mana ada tak minat, minat je. Tak susah pun! Mana ada susah, cuma... eheh ada gak nak bagi alasan tu. Pasal diri ni ha, nak kena ketuk lagik! Betul la kata abah, akui je la Moeh! Ye la, akui la nih! Memang tak letakkan cabaran dah lama dah, konon-konon cuba buat sesuatu dengan niat yang bersih, walhal bagi sebab nak relaks nak jadi pemalas. Ceh, ape da Moeh!! "Tapi abah, macam tak sempat je nak amik lagi satu bahse." "Kena cuba la, maintain your arabic language and try to learn one more language sebelum balik semula ke Malaysia (for good)." Nak kena cabar diri la plak amik bahasa baru.

_________________________
Okay nak siap... jom shopping!!!>
Lucky Ordinary day...

Just came back from 'memangkuk' lagik. Addictive? Yup, memang ketagih dah men bowling nih... 3 frames tadi semua atas par (par 130)... 170-138-171 wohoo!! alhamdu liLLAH!!! yeash... gembira juga dapat bersama kawan-kawan sebab hari ni agak ramai yang main, 8 of us semua main best punya baling... Mostly semua above 100... menarik gak main tadik, agak lama dah tak keluar ramai sesama....

Hosmet tengah kemas beg, he'll leave Milwaukee tomorrow and he'll be leaving this state on Monday from O'Hare Intl. Airport, Chicago. Aku pun, tengok dia geladah beg, aku bukak jugak beg aku. Huhu, terpacul perkataan, "Bodohnye!" Nape? Pasal ada satu baju ala jaket yang ada dalam beg yang tak pernah aku pakai. Mana aku dapat pun aku dah lupa, tapi baru hari ni aku sarung. Ceh, buang karan aku bawak selama ni, tak perasan la plak. Lepas ni aku pun nak tiru kawan aku kemas beg, tapi aku ada barang apa pun nak isi, lain la macam hosmet aku yang nak balik tu, walaupun agak sempoi tapi ada jugak la barang dia nak bawak. Ntah la labu, apa lagi, kalau dah kosong, namanya esok la masanya mencari barang untuk penuhkan beg. Boleh penuh ke labi? Ntah la labu. Yang pasti esok nak pegi shopping kat Lakeview and Gurney Mill shopping mall, 2 spots menarik untuk mencari barang bagi kami yang bermastautin kat Milwakee nih.

Okeyh, nak belek lagi beg. Tali leher yang aku bawak pun tak pernah nak pakai. Tali pinggang kaler hijau (bengkong la, apa da!) pun aku tak pakai, suit kaler hitam (baju silat la, apa da sekali lagik!) pun sama, bawak je. Ntah bila la nak pakai, baik hantar balik soh adik-adik pakai, tapi macam derang nak je. Hei prebet, baju hitam tu baru lagi, pakai je jangan komen-komen. Aa yai, Sir!!

Masa untuk melelapkan mata untuk menanti hari esok yang lebih ceria.

_________________________________


Sedikit kekongsi:
Stop spamming and forwarding... bagi yang suka forward, terima kasih la saya ucapkan pada kalian yang begitu baik hati. Satu! Jangan la kasi menda macam untuk friendship ke pebenda macam tu, pasal pe? Kalau forward kata kawan baik la, nanti kalau dapat balik kiranya ada circle itu la ini la, dah la ye, kalau ada menda camtu takyah la, kalau ikhlas taip sendiri, bukan tak nak la, cuma ada benda lain yang lebih penting boleh buat. Cuma kalau nak buat jugak tak kesah, kalau saya dapat la kan, saya akan cari satu button kat button tu ada huruf D.E.L.E.T.E. maksud dia salam bahagia. Kalau kamu orang suka nak memanjangkan sesuatu kat saya, tiru macam ayah saya, dia panjangkan kepada saya update dari forbes.com tau ke apa itu forbes.com? Haaa pi carik sendiri... baru ni ada cerita terbaru pasal TV 3D, orang boleh rasa macam 3 Dimensi la tengok TV nanti, tunggu la dalam beberapa tahun nanti teknologi tu akan dikomersialkan. Mana tau? Pi la baca kat forbes.com tuh, maleh la nak citer huhu. So benda nonsense ni kalau rasa nak gak panjangkan, make sure jangan letak alamat surat elektronik saya ye? Wal-terima kasih bel-banyak la ye... okeyh... tu je... tiru macam ayah saya okay? Akhir kata... woopsss, jap2... there is one more thing, kalau dapat menda macam "Kalau tak forward, anda &)&)*((@#*(&#@, dan kalau anda forward anda telah menunaikan sesuatu yang bla bla bla..." Dah-dah, kalau forward sebab kena ugut takyah la ye, buang karan... kalau baik hati, pegi potong bab tu pastu forward... forward dengan hati dan niat yang ikhlas.... Saya sendiri pun cuba untuk mengelakkan buat begitu, kalau saya terbuat tegurlah saya ye.... Saya rasa saya tak dapat nak pastikan niat di hati 100 peratus ikhlas bila dah baca ugutan sebegitu... Tak perlu nak disindir begitu, straight forward je... "Ini apa yang saya dapat semoga bermanfaat"... cukup la, kalau nak gak suh forward, cakap la dengan nada tanpa ugutan, okay? baik letak "Buatlah sesuatu dengan ikhlas" kat hujung sekali, tu lagi baik.... astaghfiruLLAH, aku pun tak baik mana... cuma harap kita boleh elakkan benda camni yang agak buang masa dan agak menyemak bila dah terlalu panjang... Buang karan, walaupun saya akui saya sendiri baca....

Tegur saya kalau saya lupa, okay? Benda baik tu kita buatlah dengan baik, mula baik dan akhir pun baik tanpa sebarang ugutan yang agak merosakkan niat suci murni seseorang yang ingin berkongsi perkara kebaikan dan kebenaran. Jangan percaya pada sumber dari email, kerna banyak dah menda-menda yang dah jadi tahap rumors or hearsays, muak dah... okay, wassalam

__________________________
Selamat malam pagi buta dari Milwaukee

Thursday, May 06, 2004

My Neigbour Neighbor's Kids

I was really cold staying outside. Just came back from 'memangkuk' a.k.a. bowling and making new record for my whole life, till today. How many? I got 181 woho!! alhamdu liLLAH... about 5 minutes entered ma room, sitting on my chair nearly falling asleep, then my housemate came and "knock.. knock, your new fren is calling ya." Aiseh... I got no fren here, what in the world... am I dreamin'?? Owh... it's my neighbor's son... I watched him jumping rope (skipping) at the parking lot. I smiled at him and it has been a long while haven't chat with him and brother.

Counting and challenging him, beat me OK? I dunno how many times I jumped but surely I'm better than him (pasal dulu kat sekolah aku juara skipping dalam kelas eheh jangan cabar pasal aku skipping siap silang2 pnye aaa, sape nak cabar jom haha). Then, I showed him skipping the rope twice by jumping much higher. Wow, he was amazed haha. Since then, he kept trying to convince me he can skip the rope 30 times. That's why after I came back from bowling, he knocked my house and asked me to count his skipping. Adeih, i was nearly asleep la!!

Then, I talk with him so much things till I got ta know his name, Raqib and his bro's name, Adeeb. Frankly say, I was surprised before because I knew his name but forgot and just now it came to my attention that the names were taken from arabic language. He told me, "my father was Muslim, but he (the father) claim that he no more Muslim." Aiseh, what a pity for these young kids. No wonder, coz his father not living with'em (you guys understand what this mean, rite?). My mind went busy, what can I do? He kept askin' me, showing intention to get along well with me, even asked me ma name, asked me about lots of things. He shared with me his knowledge on Japanese Language that he learned from school (in a song form, "Konichiwa, Ohio, Konbanwa, arigato gozai masu, gomen nasai..." and so forth -aku yang tak ingat eheh, ada yang aku tokok tambah OK? just wanna test my Japanese too which I learn from Japanese anime, especially Naruto!! best!).

Yes, I'm living ordinarily, having good time with kids. Try to share lots of things with'em, share my view, my feelings of fun being around'em and so many things. But, I'm hoping these kids will see what I see, the 'nur of hidayah' is on ALLAH's hand, He decides and throws the 'nur' in those heart because of His kindness and blessings. Oh God, bless thse kids with you hidayah. But, I'm having the same intention to see him again tomorrow. Just because I feel happy to get along with my own neighbor.

inshaALLAH, hoping for new and good things to happen :)

-- bila dia tanya: "Ain't you cold?" aku blur pasal slang @ accent dia kan lain sket hehe...



:: Counting and keep counting... "One more time," this kid never sweat!! keep trying to prove me that he can jump the rope 30 times ::



:: 9-year-old Raqib with his bro, 6-year-old, Adeeb... sedap sangat nama derang nih... buat teringat kawan di Mesia :) ::

__________________________-
ALLAH knows best
Moeh.. makan aiskrim ye... makan sorang2 dalam bilik ye? tamaknye hehe... sedap la katakan ;p
Be the middlemen

Be the in the middle, don't be too hard and don't be too soft. Be the middle one, help to rebuild a broken relationship of those in dispute. Be the good one, the good one is in the middle, not too high and not to low, everyone can accept and achieve the middle one. The far can reach the middle and the near can reach the middle. The lower can climb up with the help of the middle one, and the middle can climb up catching the upper one. Be the middle. Not too strict and not too lenient. Be the middle one in your society, mid-class can enjoy being with the lower one without feeling ashame like the upper one, the middle one can hang around with the upper one without feeling ashame like the lower one. Be the middle ummah (ummatan wasathon) so you'll be the witnesses to the lower ones as you care about'em and also for the upper ones as you aware of their action. Be the middle one, when you fall down you won't be hurt as much as the upper one. Be the middle one, when you strive to climb, you won't suffer as much as the lower one. Be the middle one, don't be too confident and please don't be afraid or worried. Be the middle one, so you won't feel shy to voice out like the lower ones who afraid of no one hearing'em and you shut your ear like the upper ones who hard to accept othes' opinion especially from the lower one.

note:
---> eliminating the middlemen in production does not necessarily mean lowering the price of production.
---> normally the middlemen know how to obtain materials, e.g. factor of production, with cheaper costs and better ways.
_________________________________
Be the middle one... not too extreme okay? orang kata pilih yang sedang je pun cukup la eheh...
Relaxing



Rasa dah lama tak addicted kat game nih. Tiap kali mula klik-klik tetikus men minesweeper nih mesti teringat masa kat Sunway dulu, dok lawan dengan Chineh. Punya la dia main laju, aku yang tengok pun takleh sedap duduk, hari² tu pektis nak sama tahap macam Chineh. Sekarang ni not bad la jugak. Rekod paling laju sekarang kat laptop nih 147 (baru je pecah sebelulm final baru ni). Tapi paling laju penah buat 138 (kot). Asik reinstall Operating System je mana nak merasa simpan rekod bebaik. Tu pun yang paling laju tu buat kat komputer member. Ntah sekarang ni Chineh main lagi ke idak minesweeper nih.

Teringat la plak dok Sunway. Aiseh, bestnya la dok Sunway. Yang takleh lupa tu, bangun-bangun pagi je terus ngadap komputer, masa tu la merasa dapat online 24/7 kat mesia. Masa tu kita kira first time la nak merasa. Sekarang ni pun boleh lagi hehe. Dok Sunway jugak la first time masak kek coklat sendiri, buat jelly sendiri, walaupun semuanya instant tapi merasa la jugak. Yang takleh lupa tu, kek tu masak dalam oven kecik yang kawan bawak, sah² la tak muat sebab kecik bebeno. Tapi sumbat punya sumbat, bila dah masak sebelah kena pusing lagi sebelah haha lawak je. Tu pun, bila dah siap habis jugak kek tu walaupun mengambil masa leh kata lebih dari seminggu nak habiskan pasal terbiar dalam peti sejuk sampai keras semacam. Keras-keras tula sedap mengunyah, macam biskut hehe. Tapi takleh lupa camne atas kek tu kena korek dek orang, sape la yang korek nih, hehe rummet sendiri rupanya... Lawak sungguh, sah² katanya sedap makan bahagian atas je, memang pun eheh.

Okay la, nak buat menda lain plak. Asik ngadap komputer je, minesweeper ni je dah amik masa lama, perah otak la kononnye eheh padahal relaks² jer... okay, jyaa...

____________________________
Sape minat suka men minesweeper? jom lawan hehe...

Wednesday, May 05, 2004

Done with Finals

Alhamdu liLLAH.... I'm done with my finals. Only 3 days.... and Spring sem '04 ends here. Couple of things to do:

- Bayar sewa umah (sat laie).
- Masak (pun sat laie... tapi lauk ape? udang? sedap jugak... semalam dah sotong arini udang plak yeashh!).
- Kemas bilik (subhaanaLLAH bilik lepas finals!!).
- Shopping (esok lusa tulat dan selagi ada ;p).
- Bowling tenpin (wajib!!! bila gaknye?).
- Jenjalan amik gambar.
- Dok ngadap komputer cari input sehari-hari:
      a) Kata Abah, "makan input macam makan nasik, tak selera pun kena makan jugak."
      b) Kata Pokde, "Use all resources around you, time to time you make improvements. Zaman Pokde dulu takde internet tapi Pokde carik juga info dengan langgan magazine."
- Bersukan dan outdoor activities (lama dah tak buat).
- Pegi umah Abang Wan kat Racine (lama dah tak ziarah, bila gaknya tu?)
- Main PS2 (dah lama tak sentuh.. main FFXI? Taknak le, nanti bila addicted kat online gaming takut hidup aku begitu bosan tanpa input baru.. huhu).
- Mintak Kaklong gambar walimah (tunggu balik je la, buat sedih je nanti haha.. nak tengok pasangan kaler biru!).
- Melukis (baru je habis sketching beberapa lukisan yang agak buruk! haha).
- Sambung baca tafsir Fi Zilal (ntah bila nak habis... nanti nak kena pulang balik kat library universiti).
- Nak balik!!! (bila tu?)

Opss.. ingat tertinggal. Rupanya dah lafazkan alhamdu liLLAH, syukur sebab usaha selama ni walaupun timbul tenggelam dah pun sampai ke penghujung semester. At this moment, looking for new mission (short-run) for fun in life =)

akheer kalaami, bismiLLAHi tawakkaltu 'ala ALLAH :) Serisau hati tak perlu resah gelisah kerna hatikan tenang bila memikirkan ALLAH Maha Kuasa akan menentukan apa yang terbaik buat kita, inshaALLAH...

_______________________________________
kulluhu laka ya Rabb... memoga aku tak lupa...

Tuesday, May 04, 2004

Melihat ke Hadapan

1. The firm has already spent $150,000 on developing a new product which when finished will
have an expected future net profit (present value) of $140,000. Some managers want to
continue development since their best estimates are that it will take another $90,000 to
complete development. Should the firm continue to develop?
--> Yes …. Because all such decisions should be ‘forward-looking’ and should properly ignore
sunk costs, such as the $150,000 already spent. Looking forward, the expected marginal costs
to complete are 90k and the expected benefits are 140k. Only these magnitudes should be
considered in the decision.


_________________


Ni ilmu duniawi yang jarang-jarang kita nak sedar aplikasinya. Keputusan masa depan tidak sepatutnya terhalang oleh kegagalan di masa lepas. Perkara yang dah lepas tu biarkan ianya berlalu sebab dah tak jadi real dah sebab sekadar kenangan yang kalau pertikai macam mana 'pot-pet-pot-pet' sampai sudah pun takkan dapat diubah. Orang kata lajak perahu boleh undur balik, tapi lajak kata (atau perbuatan)... paham saje la maksudnya ye...

Tiada perlu pertikai perkara yang lalu... Kita hidup senyum-senyum melihat masa depan yang masih (ye ke?) ada untuk kita :)
_________________________________
Elakkan mempertikai perkara yang lalu... sikapnya macam kita mempertikai qadha' dan qadar ketentuan Ilahi... senyumlah selalu bila melihat ke hadapan :)
Nutty Banana

It has been a year staying in Milwaukee. Everytime going to Pick 'n Save, I always see the Nutty Banana (keropok kerepek pisang). But yesterday, I bought it... at last... I ate it, taste a bit different coz it's too sweet. Hmm... but still enjoy eating it. Sedap jugak ye pasal dah lama tak rasa ;p

____________________________
Asik makan je... bila la nak stat buat ulangkaji nih...

Monday, May 03, 2004

Gambar Menarik

Beberapa gambar dah diupload kat album menceritakan gambaran musim bunga di Milwaukee ini. Sekadar gambar, cukup rasanya menceritakan segalanya. Rajin-rajin tengok la gambar yang tak seberapa tu. Maaf kalau gambar tu kurang menarik hehe nak buat macam mana dak, kita ni kan bukannya fotografer yang bagos, belajar sendiri-sendiri je pehtu main cuba apa yang dapat, maka tertangkaplah banyak gambar-gambar sebab tangan ni gatal memetik button pada kamera. Mahu beratus gambar dikumpul tapi yang dapat dikongsi hanya beberapa yang terpilih :)

___________________________
Indah lagi alam semulajadi dari gambar yang hanya statik... tapi rakaman perasaannya tetap terasa ;p

Sunday, May 02, 2004

Blue

Last Friday, went for the MAS (Muslim American Society) Dinner and Talk. A talk given by an attorney who encouraged all the ISM (Islamic Society of Milwaukee) members to not be afraid of telling the truth. Some of the Muslims here in this state keep themselves away from the community, but the attorney said this is what really wrong with the society. Most cases that he tries to defend need funds and supports from the Muslims. Hearing all this makes me feel bad, a tool that makes the Muslims scared, not physical like what the American did to the Japanese after the World War II, but it is indirect prison to the Muslims in America only by the enforcement of the laws such as Patriot Act that allows the FBI or authority to enter any houses without notification to the owner (even without the knowledge of the owner -macam rumah kena pecah masuk, tapi tindakan ni dihalalkan... zalim!) and searching whatever stuffs they are looking for, this is what told by the attorney. ISA in Malaysia?? Hmmm quite similar to this, but the way this law being enforced is torturing one inner part. Really horrible coz there are some Muslims being held accused for nonsense reason, e.g. support an Islamic organization helping to raise fund for Muslims in need like the Palestine, crazy... but that's the truth... that's why the attorney told we the ISM people to stand behind them upholding the right for the minorities that are mostly the Muslims.

Sad... but this is the peace that we enjoy, a fake peace with so many injustice. When I was going down from the prayer hall to the function area, a man walked by my side with his baby. Waaa, the eyes!! I was amazed!! The eyes!! It's blue!! Like a doll's eyes. I don't know why the blueness attracts me so much.

Blue... hmmm why it's blue? So many people I encounter like blue, also. Why?? Just a matter of preference I think... The sky is blue, the ocean can be blue... one of the colors created by God to make this life colorful... seeing the blue sky... it's blue... seeing the baby's eyes.... it's blue... seeing so many things.... again, it's blue colored on the surface...

Why and why people like blue?? This is not about other colors, only blue... why blue?? But why people relate blue with negative conotation... if you walk in Petaling Street, the 'tauke' sometimes might ask you, "Mau blue ka??" Why??

Why blue?

____________________________________
Aku menaip sambil menghabiskan saki-baki jem dan peanut butter (namely Goober) yang aku beli untuk aku sorang... tapi kalernya coklat dan ungu, bukan biru... kenapa bukan biru??
Sem lepas belajar, "there is no color at all, it's only a matter of sense... how can you prove to people the attributes and the matters properties of a color?? It's only a matter of sensation..." Hmmm...
I wish I could be there...

All day and night when I was young, I really wish I could be there. Giving a helping hand, looking at the smiling faces. Sharing the joy treating those guests, welcoming all friends, teachers, relatives and all others to be along smiling for the bright day. But, I only can wish. A wish that'll never be accomplished because it was, is and will remain only as it is becase it will never be true. I wish I still could inhale and exhale with all the feelings of joy. Calling the past, connecting the unreal to real present. Only a bitter smile, at last it had passed... at last...

A tears of joy flows deep inside the heart. A happy one that only appears in the facade, only on the surface. But, I'll keep calling and connecting the past... because I'll seek and wait for the future...

No single answer as usual. Screaming in the dark loneliness... but at last, still a smile glimmers with the faded and dried tears... this is what I've been told for the past 2 years, a wonderful word "sMiLe!!!"... a word that I'll never forget... it means a lot...

I only wish I could be there... ---unfortunately, as described by the experience... the day had changed and still there is no echo...---

_____________________________
Thanks to you for making me smile again :)

Saturday, May 01, 2004

Spring

Tadi pegi kelas review session untuk final exam subjek Calculus 2, masa balik tu rasa gatal pulak tangan nak ambil gambar pemandangan yang indah ciptaan Tuhan Yang Maha Agung. Suka tengok bila pokok-pokok dah mula menguntumkan bunga, kat taman belakang library pulak takleh tahan bila melihat bunga tulip. Berbunga je rasa dalam diri ni, rasa indah melihat keagungan ciptaan ALLAH, SubhaanaLLAH walhamdu liLLAH... Hati pun rasa tenang dan ceria walaupun dah dekat exam. Bawah ni gambar bunga tulip kat taman yang sempat dirakam tadi. Sori sebab kualiti gambar tak berapa jelas, kalau tak mesti semua berbunga melihat keindahan alam semulajadi bila dah masuk musim bunga ni. Betapa Tuhan tu Maha Penyayang, penenang hati pun boleh diberi melalui pancaindera kita mendapatkan input deria penglihatan dan pemerhatian. Indahnya kalau dalam diri setenang dan seindah suasana sekarang, tenang, aman, damai dan sentosa. Moga hati ni terus ceria, tenang dan positif, inshaALLAH...








Sekadar renungan bersama:
Konflik diri kita berlaku membuktikan masih ada lagi nilai positif dalam diri kita, kita patut bersyukur dan bersabar kerana kita masih lagi mempunyai nilai positif tersebut. Pastikan kita tak tewas dan teruskan berusaha dengan tabah. Hanya orang terpilih sahaja yang akan merasai ujian perit melawan dirinya, orang yang tidak merasa apa-apa bila melakukan kesalahan adalah orang yang mati hatinya. Peliharalah amalan yang kecil, walaupun kecil tapi itulah yang sesuai dan mudah untuk kita lakukan, jangan kita ambil enteng dengan membaca Quran, zikruLLAH, mahupun solat-solat harian yang kita lakukan. Memang lumrah setiap orang akan ada battle dalam dirinya sendiri. -sebahagian dari pesanan Cikgu N. Norlan (my AddMath teacher di KISAS).

_________________________________
SubhaanaLLAH... Seindah alam semulajadi, pasti lagi indah ganjaran yang akan diberikanNYA nanti....