Sunday, September 28, 2003

CHILDREN OF HEAVEN

When I was in Malaysia, heard 'bout this interesting and touching story of two kids sharing a pair shoes as they are from a poor family. I don't have the opportunity to watch the movie, so I just neglected about the it, though I still interested to see it if could. There is a time I walked at PKNS Complex, a famous complex where I used to hang around coz it's not so far from home, I saw the VCD of that story. Why huh I did not buy the movie at that time, am I thinking about the cost? Huh, I was stupid at that time to ignore it, but maybe because I think too much about the cost (padahal tak mahal mana pun cetak rompak :p)

But then, this evening, when I was surfing at Wanzu's weblog, I get the feel again (comelnya muka budak² ni, kesihan plak bila tengok mereka menangis, eheh sensitif sket kalau budak² kena suffer masa kecik²). So, as soon as I saw some picture of the movie, I surf at half.com and without thinking about the price, I just bought it straigt away. I shouldn't hold my desire coz I can afford to get it right now, so I won't miss it this time. I'll do whatever it takes to obtain a copy of the movie. Actually, I wanna share it with my family at Malaysia, but I bought it in DVD version so there is no way for me send it to them unless they got a DVD player (kena tunggu orang bawak balik laptop la nampak gaya ;p tak pun korang beli je DVD driver kat kedai, murah je takat baper dollar je kalau ditukarkan kepada American currency hehe :p).

If u guys interested, let's surf to Wanzu's Weblog at wanzu.blogspot.com

         ___________________________________________________________

budak² dia comel, sebab tu la kita nak beli sangat ehehe, I like kids, maybe sebab terbiasa sebab tolong mak babysit masa kat umah dulu ;p

Saturday, September 27, 2003


WHICH IS YOUR SIZE???





Thursday, September 25, 2003

Muslim Life

Baru tadi balik dari UWM (Univ of Wisconsin Milwaukee). Ada Talk yang diberikan oleh Brother Hatim Suleiman dari Chicago. Quite impressive talk yang diberikan, "The Role of Muslim On Campus". Perkara menarik juga yang diutarakan membuatkan tersingkap satu kebenaran yang tak pernah terfikir selama ini. Mengenai hadith

    "Hendaklah kamu berkata akan kebenaran ataupun kamu senyap" -aw kama qaal-

Dahulu, diri ini hanya memahami berdasarkan ulasan hadith. Secara mudah, kita mengulas, kalau kamu rasa benda tu bukan berkait dengan kebenaran, atau diklasifikasikan harus, makruh atau haram (bukan sunat atau halal), biasanya kita hanya kata baik dielakkan pertuturan sebegitu sebabkan frasa 'kamu senyap'. Tapi tadi tersingkap satu kefahaman baru setelah Brother Hatim memberikan ulasan mengenai hadith tersebut. Dikatakan, sebagai Muslim, hendaklah kita sampaikan akan kebenaran yang kita pegang ini atau kita senyap. Senyap bukan sekadar senyap, akan tetapi kita 'menyampaikan' (tunjuk) melalui perbuatan. Itulah istilah senyap yang patut kita semua fahami. "Actions are more powerful than words", surely ramai yang sedar bahawa contoh perbuatan yang kita lakukan lebih kuat kesannya berbanding kata-kata. Bila perbuatan menyalahi kata-kata, itu yang membuatkan kredibiliti seseorang itu jatuh. Tapi bila kata-kata dituruti dengan amalan, yang itulah yang lebih kuat. Itulah mesej yang tersembunyi, bila kamu berkata akan sesuatu hendaklah kamu membuktikannya pada orang lain, dan sekalipun jika kamu tidak menyampaikannya melalui kata-kata, tunjukkanlah contoh yang terbaik akan apa yang kamu pegang.

Banyak lagi yang boleh dikongsi sebenarnya, malang sekali kepala tak sekuat yang disangka disebabkan ketidakhadiran kertas dan alat tulis bersama tadi. Owh ye, ada juga one sister yang turut sama menghadirkan diri ke program dinner and talk anjuran Muslim Students Asso., UWM tadi. Dia baru memeluk Islam about 5 months, dan dia bangun tadi menyuarakan akan kehidupan yang dia sedang alami. Betapa dia masih terasa tidak kuat untuk menyarungkan hijab sepenuh masa pada diri dia sebab dia masih memikirkan akan tanggapan dan penerimaan orang sekitar. Tapi insyaAllah, kita mohon doa pada sister tu supaya diberikan kekuatan untuk meningkatkan kefahamannya terhadap kebenaran yang telah membuka hatinya. Yang menarik tadi, seorang brother dalam majlis tu ajak orang ramai-ramai takbir supaya kita dapat support dan galakkan sister tu untuk terus menguatkan diri. Kata brother tu, bila dah takbir ni, "insyaAllah Allah will be with you".

Masa balik, borak-borak dengan abang Man, dan tersingkaplah kisah silam dahulu kala, Abang Man melahirkan rasa sedih dia mengingat orang-orang Malaysia yang memang social tak terjaga di universiti dia dahulu. Hinggakan satu ketika, ada laki pempuan yang dah tidur satu selimut. Tapi maksud satu selimut tu rasanya tak lajak lagi. Bagus juga ada yang menegur. Ada satu couple yang memang suami isteri menegur, tapi si pelaku melenting. Inilah kelemahan orang Melayu, memang layu sungguh. Bila buat salah, tak pernah kena tegur, memang melenting habis. Abang Man kata lagi, nak tegur pun dia melenting, nanti gaduh pula. Bila lapor pada mak ayah, mak ayah buat tak endah je, macam tak kesah, mungkin sebab tak nak malukan diri sendiri. Apalah bangsa Melayu, sampai bila masih mahu layu? Silap sebenarnya, apalah orang Muslim macam ni? Sampai bila nak menyorok kebenaran? Akhir perbualan kami, Abang Man kata,

   "Mungkin yang lebih baik untuk semua budak Marquette sekarang ni ialah tiada budak-budak perempuan datang ke Marquette. Abang Man risau nanti ada yang cair, walaupun sekarang ni boleh gelak-gelak, tapi pengalaman abang Man dahulu, yang baik tu pun akan cair juga. Abang Man tak nak tengok benda-benda buruk ni berulang lagi."

Apa yang boleh dikatakan lagi? Kalau ilmu tiada di dada, pegangan diri tak kuat, cara hidup tak betul, memang itulah akan jadi puncanya. Ilmulah yang paling penting sekali sebab kata Brother Hatim, first thing in faith is Knowledge, then Yaqin (no doubt).... dan seterusnya yang mana ada 7 kesemuanya.

Sedarlah wahai semua, sedarlah Moeh, sedarlah Moeh, sedarlah hai diriku....

---moga menjadi iktibar buat semua---

Saturday, September 20, 2003

Hmmm tak lupa lagi, sebenarnya beberapa minggu selepas sampai US, memang lecturer yang cerita tu pernah kena ragut beg tangan dia. Dia ambil anak kecil dia dari rumah kami, sedar tak sedar masa dia tengah letak anak dia kat dalam kereta, boleh orang tu dengan selamba bukak pintu kereta nak curik beg tangan. Menjerit makcik (lecturer) tu, mujur la wallet dia jatuh dari beg masa tengah bergelut. Mak kata tak sangka berani sungguh orang tu, dah la berlaku depan rumah kami. Waaa apsal boleh jadi macam ni, takkan macam tu sekali teruknya di Malaysia??? Baik duduk kat kampung macam ni.... Risau la :(
Cerita Sedih Yang Tak Masuk Paper
---tak lain tak bukan sebab nak jaga imej---

Hari tu call mak, mak cerita macam mana sekarang ni mak dah takut nak jalan sorang2 kat luar. Dulu kat rumah tak pernah dengar kes ragut, sekarang ni makcik pegi surau pun kena ragut beg die.

   "Aku pegi surau pun dia nak ragut, ingat aku pegi surau nak bawak duit banyak2 ke?" bising makcik tu yang terduduk dibuat si peragut yang jahat tu.

Mak kata lagi, lecturer yang tumpang anak dia kat rumah pun dah takut nak pergi tandas kat UiTM tempat dia bekerja sebab kat UiTM ada construction. Yang sedihnya, pekerja construction (orang indon mengikut kata lecturer tu) naik lif sekali dengan students perempuan. Dah la ada yang pakai tuala, yang memalukan lagi tu siap tunjuk-tunjuk lagi dia punya 'barang' tu. Apa la nak jadi dengan administration UiTM.

Yang lebih menyedihkan lagi, satu malam seorang student architecture yang nak ke tandas, telah dirogol oleh 8 orang lelaki (assuming pekerja-pekerja tu la punya kerja) hinggakan student tu koma. LAPAN ORANG!!! Adakah ini Malaysia yang kita sayangi? Apakah ini yang kita mahu? Takkan nak biarkan je. Moeh bising, sebab Moeh geram,

   "Apsal tak report je kat polis. Apsal la UiTM macam tu sekali"
   "Bukan tanak report tapi polis buat tak endah, selagi kes tu tak banyak dia buat taktau. Dulu kes basikal kena curi pun, boleh polis kata barang murah je, lagi pun tak ramai orang report, buat apa kami nak ronda. Yang kes UiTM tu saja tak diheboh sebab UiTM nak jaga nama" reply mak.

Ya ALLAH, marah sungguh dalam hati ni. Mak kata lagi, memang sekarang ni kat Malaysia dah tak berapa menenangkan hati bila keluar. Ada orang tu komen, kawasan yang sudah lama dibina kita ingat dah boleh kata selamat, sekarang ni bukan kes bahaya kat kawasan baru je, tapi kat kawasan lama pun dah berani orang buat jahat. Macam tu la cerita mak, apa nak jadi agaknya dunia sekarang ni. Risau juga bila memikirkan mak keluar, kak long dan kak ngah, tuan puteri sa, dan semua la muslimah perempuan di Malaysia, risau sungguh memikirkan. Orang yang dah ada tunang dan pasangan tu lagi la risau gaknya, ye la, takut-takut apa-apa yang buruk berlaku pada orang yang disayangi. Ya ALLAH, peliharalah semua orang yang kami sayangi dan orang-orang Islam keseluruhannya daripada perbuatan tangan-tangan manusia yang zalim lagi kejam. Hanya doa yang mampu kita tadahkan sebagai menghapus kerisau dan kebimbangan di hati, apakan daya, kita jauh dan hanya dapat mendengar berita yang sedap didengar. Moga kita semua terpelihara.

Moeh yang cukup sedih, geram, bimbang....-n-
Mari Belajar IT

Sebab boring pnye pasal, mari kita belajar ilmu IT untuk seketika. Just simple stuffs je. Apa yang akan kalian lakukan jikalau mouse (tetikus) tidak berfungsi, yang ada hanya keyboard. Agaknya nak online sure susah, kan? Memang pun hehe, tapi kalau anda jenis yang penyabar, gunalah tips-tips berikut.

Kalau nak switch window to window: ALT + TAB.
Hold ALT, then bila nak switch window, press TAB beberapa kali sampai ke window yang anda mahu. Teknik ini juga berguna kalau kita hanya bukak satu window dan window tu plak dah minimize, then kita nak maximize window tu, just press ALT + TAB. Cuba dulu, sure paham :D

Kalau nak delete terus dari disk tanpa masuk ke Recycle Bin: SHIFT + DELETE
Teknik ni time mouse boleh function pun still boleh guna. Cuma bila nak delete tu, make sure kena hold Shift then baru choose option delete, sama ada ikut right klik ataupun kat keyboard (button DELETE). Warning: Kalau file tu penting baik jangan buat camni, nanti dah takleh nak restore balik kalau dah terdelete, unless dah sure sangat tanak file tu, boleh la guna teknik ni.

Kalau nak guna Back and Forward masa tengah browse internet:
--Back: ALT + Left ARROW
--Forward: ALT + Right ARROW
Haaa, yang ni baru berguna kalau kita nak surf. Biasa Moeh malas nak guna mouse, sebab nak gerakkan mouse tu pun dah amik masa. Walaupun jimat beberapa fraction je, tapi Moeh rasa lagi senang guna keyboard. Sebab Moeh malas nak gerakkan mouse ehe, takut kena gigit dengan tikus-tikus (tetikus he he he).

Dah la, kalau citer semua takde dah idea plak nanti nak citer pasal IT ni :D Kita bukan pandai sangat IT² nih. Sikit² je boleh la. Okay, sampai di sini dahulu. Salam IT (rindu plak dengar ayat ni kat radio mesia ;p)

Thursday, September 18, 2003

Cincin

JARI MANA DISYARIATKAN MEMAKAI CINCIN (Jawapan Sessi Soal Jawab Agama)

Assalamu'alaikum Muslimin dan Muslimat Sekalian!

Jawapan pada soalan tersebut adalah bertepatan dengan kandungan antara 13 Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kw. sesudah Saidina Ali berkahwin dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Nabi Muhammad Saw.

Nabi Saw berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah dijari

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari

1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka dizaman Nabi Lut a.s.

Perhatian : Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki ataupun perempuan.

Muslimin dan Muslimat, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias didalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi Saw dapatlah kita pahala.

Kiriman: Seorang sahabat
Aoccdrnig to a rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it deosn't mttaer in waht oredr the ltteers in a wrod are, the olny iprmoetnt tihng is taht the frist and lsat ltteer be at the rghit pclae. The rset can be a total mses and you can sitll raed it wouthit porbelm. Tihs is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the wrod as a wlohe. Ptetry amzanig huh?

Daripada Abang Man

Wednesday, September 17, 2003

A Card From Family and a Card From My Beloved Sister

Kelmarin masa nak ke kelas Theology yang memeningkan, dapat satu kad ucapan dari family tercinta, cukup tak sabar membuka sampul surat kad tu, semua family member tulis wish dalam tu, best sangat. Hatta, Jau yang bongsu tu pun tulis, nak kasut roda ye? All the wishes memang buatkan rasa semangat nak belajar dengan lebih kuat lagi, tapi macam cakap je lebih buat ntah idak, tapi this sem memang terasa semangat pula nak pursue studies sebab dah tau tak dapat nak balik dalam tempoh 3 tahun di US ni, tinggal 2 setengah tahun je lagi. Kejap je tu, tengok² nanti Kaklong dah berpunya, tak merasa la nak sakat Kaklong dah hehe... tapi bila gaknya tu Kaklong akan berpunya hehe ;p

Kak Ngah tak best btol, dia senyap je sekarang ni. Apa berita pun tak bagitau ye, Kak Ngah nampaknya bizi dengan study ye? macam tu la, buat apa nak ikut orang lain konon² semangat nak bantu orang lain la, berpersatuan la, tapi pelajaran tak maju mana pun, bukankah lebih tinggi kredibiliti kalau ada pencapaian yang tinggi? Kalau belajar takat lepas je, nanti bila ada isu yang tak puas hati, jerit la macam mana pun, kalau dah kena masuk lubang tu takleh nak buat apa dah sebab jerit kuat mana pun orang taknak dengar sebab apa kredibiliti yang ada? Tu yang tak bagus tu, kita cuba strive to be the best all round la, kalau mak ayah bising tu dah tak best all round dah tu, alamak kita cakap lebih² tapi lupa pasal diri sendiri. Strive for the besy, yeah!!!

And baru je about an hour ago dapat kad dari satu-satunya adik pempuan yang ada, tuan puteri kesayangan ramai :) cayang adik cayang hehe (dah takleh nak buat camni dah sebab dah besar ;p).... Tak sangka sangat dapat kad dari tuan puteri, Kaklong sure tak tau kan? Ntah kenapa rasa lain macam plak, sebab selama ni tak perasan pun apa perasaan orang lain pada kita hinggalah kita pergi jauh. Agaknya tu la mesej yang cuba disampaikan dalam kad Sa, die tulis satu ayat best!

         "Kita menangis ketika dilahirkan tapi orang lain gembira dengan kehadiran kita....
               ...Biarlah nanti, orang lain menangis dengan pemergian kita tapi kita gembira bertemu Allah dengan amal soleh!!"

Cukup bermakna, bila kita menangis masa kecik tu tak perasan pun orang lain bergembira dengan kehadiran kita. Sampailah masa kita keluar dari kalangan orang lain tu baru kita tahu betapa gembiranya mereka dengan kehadiran kita sebab mereka menangisi pemergian kita. Tapi Kaklong dengan Kak Ngah dengan Tuan puteri, buruk la muka korang nangis hehe... Maaflah sebab tak perasan pun selama ni sebab asik nak marah je dengan persepsi korang yang tah pape hehe, macam la kita ni besar sangat padahal umur lagi kureng, sebab tu la macam kureng sket bila korang ada di sisi... Ah biarkan semua tu, kita semua best² belaka, kan? Adik-beradik kita semua sudah besar panjang sekarang ni (Kaklong, biaq betoi Auq dah tinggi dari ko? Macam tipu le bunyinye ;p Isy, Auq nih takleh jadik, ala takpe, nanti tau la die, macam orang dulu la, form 1 dah naik lepas tu dah tak dapat nak naik tinggi² dah hehe :D)

Okay la, ada kelas jap lagi. macam biasa, kelas yang memeningkan kepala, masuk kelas tu tak bukak mulut pun sebab tak biasa nak biasakan diri dengan perkataan 'we' sebab Moeh bukan Christian, tapi Moeh adalah Muslim. Bila derang bincang, tengok je la sebab tak biasa lagi. Yang pasti, masuk kelas tu buat pening kepala walaupun bendanya macam mudah je, tapi die putar belitkan jadi la benda tu susah... tapi satu part yang paling tak disukai, Paderi Joseph Mueller ni macam suka kenakan Moeh kalau dia buat apa² contoh, hari tu dia buat contoh sampai cekik leher Moeh, takkan dia geram sangat sampai nak bunuh orang kot? Tapi Moeh sangka baik je sebab memang takde pape pun. Tapi baru ni memang terasa gila la sebab die buat contoh Moeh dengan Kelly, konon² die kata Moeh ni Christian, pastu kalau orang tanya Moeh tentang Christian masa zaman ancient time dulu, apa ringkasan yang Moeh boleh jawap dalam masa seminit mengenai Christian. Tapi dia guna nama Moeh je, die sendiri yang jawap: "Christian believes that God send His Son to save His People.... (and so on)"... apsal la die macam nak hint kat Moeh je akhir² nih, mentang² Moeh masuk kelas tu sorang². Moga Allah kekalkan dan kukuhkan lagi nur hidayah yang dah terpancar dalam hati Moeh, moga Moeh tak lepas dari ikatan dengan tali Allah dan ikatan tali dengan korang semua yang Muslim :)

Doa²kan Moeh kat sini. Gerak dulu.... wassalam

Tuesday, September 16, 2003

Hadis: Isteri jahit pakaian suami masuk Syurga

DIRIWAYATKAN oleh Salman al-Farsi bahawa pada suatu hari Fatimah ke rumah Rasulullah dengan muka pucat dan menangis. Nabi Muhammad bertanya: “Mengapa jadi begini, anakku?”

Jawab Fatimah: “Semalam, aku dan suamiku Ali bergurau dan bercakap-cakap. Tiba-tiba ada kata-kataku membuatkan Ali marah. Selepas mengetahui Ali marah, aku menyesal dan sedih.

“Aku terus merayu dan meminta maaf. Aku mengelilinginya sampai tujuh puluh dua putaran hingga dia kelihatan reda dan terukir senyum di bibirnya. Aku takut pada Tuhan.”

Rasulullah membalas : “Wahai anakku, sesungguhnya andai kata engkau meninggal dunia sebelum Ali reda kepadamu, maka aku tidak akan solat untukmu.”

Kemudian Baginda bersabda yang bermaksud: “Hai anakku, apakah engkau tidak mengerti bahawa kerelaan dan keredaan suami adalah keredaan Allah.

“Marahnya juga adalah marah Allah. Perempuan yang beribadat jika tidak diredai suami, ibadatnya tidak diterima Allah.

“Anakku, sebaik-baik amal wanita ialah mentaati suami dan selepas itu tiada pekerjaan yang lebih afdal bagi wanita daripada duduk menenun dan menjahit pakaian suaminya.

“Anakku, orang yang menjahit pakaian untuk suami dan anak akan masuk syurga dan akan diberi Allah sebuah kota di syurga sebanyak bilangan pakaian yang dipakai suami hasil kerjanya.”
______________________________
Sumber: Berita Harian Online bertarikh: 16 September 2003

Monday, September 08, 2003

Bila Adik-adik sudah besar :)

Semalam aku memanggil ke rumah melalui phone. agak menggembirakan tatkala semua adik-adik tengah cuti sekolah, maknanya semua tentera-tentera ada kat umah cuma kapten die je takde sebab kapten die tengah berkursus selama 3 tahun kat USA (kapten tu moeh la hehe)

"Moeh, ko belikan orang roller blade, boleh tak?" pinta adikku yang paling bongsu.

"Boleh pnye, UPSR aritu dah banyak kali trials. Penah la dapat penuh 5A" dengan yakin respon adik yang akan menduduki UPSR minggu depan.

alamak, adik yang sorang lagi tak sempat borak plak hehe.

"Takde mana-mana pempuan ke sangkut dengan ko?" tanya Moeh
"Apa kejadah nak buat kerja bodoh. Couple-couple kat sekolah ni main-main je. Budak-budak terkejar-kejar nak bercouple, macam bodoh je sebab nanti lepas abis sekolah abis la segalanya. Memang bodoh nampaknya" huhu Moeh jadi takut bila komen adik sounds like matang sungguh. Die dah boleh nampak masa depan rupanya, ingatkan Moeh je yang selalu nampak masa depan eh silap, Moeh tak pandai pun pikir pasal masa depan ;p

Masih ada 2 tahun lagi, saat yang berlalu macam lama tapi pejam celik sudah setengah tahun berlalu. Tinggal lagi 2 tahun lebih je lagi, pengalaman kat sini memang lain. Belajar memang sama je kat mana-mana tapi pengalaman tu lain. Here in US, semua murah and affordable. Nak main golf? Weight Lifting? Tennis? Horse Riding? (Moeh dah ride horse dah weekend lepas masa camping, nama die Stormy... best!!) nak travel more than thousand miles? main go-kart? Kenali ppl from different parts of the world? Skate boarding? Ice skating? Skiing? hatta, Solat kat parking lot atau gas station :) banyak juga pengalaman selain tengok tupai, racoon, rusa yang kena langgar, inna liLLAH. Tupai dan racoon memang sukar atau takde pun nak nampak kat tepi-tepi jalan kat highway, even rusa lagi la susah nak nampak kat highway di Mesia, tapi satu je takleh lupa, mana pergi sekali pun tetap di bawah naungan kekuasaan ALLAH yang MAHA BERKUASA. Tu memang tak boleh nak dinafikan, apa yang kita dapat dan kita timba semuanya adalah didikan yang bersumberkan dari ALLAH. Mari kita panjatkan kesyukuran, Rabbana LaKal-hamdu :)

"Jau, Auq, Man, Amat... tunggu la nanti abang balik ye, sekarang ni memang tak boleh nak balik... harap-harap korang tak tinggi dari abang la ye hehe" tu je la yang mampu Moeh kata bila rasa nak balik atau rasa rindu kat adik-adik yang makin membesar. Dah tak merasa nak tengok muka adik-adik makin hensem, muka comel memang dah takde dah sebab semua dah besar hehe :)

Akhir kata, pesanan untuk adik-adik yang sentiasa menjadi tentera yang taat kepada Moeh hehe (Moeh kapten yang garang lagi kejam ;p)
"Jau, belajar la rajin-rajin ye?"
"Auq. buat la UPSR elok, okay? Kena make sure sama macam Man dapat 5A, tau?"
"Man, belajar dengan bersungguh, okay? Make sure kalahkan abang pnye rekod okay? Ko jela yang mampu nak kalahkan rekod abang sekarang ni, tau?"
"Mat, buat SPM tu baik-baik. Ko kata MRSM dah pun habis silibus kan? Ulangkaji baik-baik, masih ada banyak masa lagi untuk bersedia sebelum berjuang. Ingat, lepas buat exam tu kena yakin, orang yakin ko boleh pnye sebab Mama kata ko ada potensi nak kalahkan orang pnye rekod"

(tapi dalam hati Moeh kata, ko dah takleh kalahkan orang sebab PMR ko dah kalah hehe, cuma Man je la yang ada chance nak beat orang pnye PMR sebab setakat ni Man seri dengan orang dapat full UPSR kan Man kan?)

Moeh cabar korang semua untuk beat result Moeh yang dah lama jadi kapten korang, dah lebih 15 tahun Moeh memerintah korang semua hehe :) Adik-adik Moeh semua best-best sebab semua berpotensi.... Good luck!!! Ganbate ne!!!
Kisah yang berkali-kali baca tetap akan menitiskan air mata, memang tak tertahan sebak, betapa malu pada diri sendiri sebab sentiasa selfish dan lupa diri. Ambillah iktibar dari kisah di bawah, moga kita sama-sama ingatkan kembali akan diri kita terhadap kecintaan abadi ALLAH dan RasulNYA :)

....Bacalah....

------------------------------------------

Detik-detik Rasulullah SAW Menghadapi Sakaratul Maut

------------------------------------------


Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah,

      "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku."

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya.Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah
datang, saatnya sudah tiba.

      "Rasulullah akan meninggalkan kita semua," keluh hati semua sahabat kala itu.

Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia.Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.

Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam.

      "Bolehkah saya masuk?" tanyanya.

Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk,

      "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah,

      "Siapakah itu wahai anakku?"

      "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut.

Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

      "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut," kata Rasulullah.

Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

      "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.

      "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril.

Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.

      "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi.

      "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"

      "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.

      "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini."

Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

      "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.

      "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi.

      "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku."

Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya.

      "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke
bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

      "Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku"

Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim
'alaihi Betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka.


Kiriman: Abah

Thursday, September 04, 2003

Read this touching story, kita yang berada jauh di perantauan merasa sebak juga seketika sebab rindu kat ayahanda :(
............Bacalah................
__________________________________


Seorang pemuda yang sedang berada di tahun akhir pengajiannya mengharapkan sebuah kereta sport daripada ayahnya...lantas, si pemuda memberitahu hajatnya kepada ayahnya, seorang hartawan yang ternama...si ayah hanya tersenyum...si anak bertambah yakin, andai keputusan peperiksaannya begitu cemerlang, pasti kereta itu akan menjadi miliknya..

beberapa bulan berlalu...ternyata si anak, dengan berkat kesungguhannya..telah beroleh kejayaan yang cukup cemerlang..hatinya berbunga keriangan...satu hari...si ayah memanggil si anak ke bilik bacaannya..si ayah memuji anaknya...sambil menyatakan betapa bangga hati seorang bapa sepertinya dgn kejayaan si anak yang cukup cemerlang...si anak tersenyum puas...di ruang matanya terbayang kilauan kereta sport merah yang selama ini menjadi idamannya itu...si ayah yang bagaikan mengerti kehendak si anak, menghulurkan sebuah kotak yang berbungkus rapi dan cantik...si anak terkesima...sungguh...bukan itu yg kuhajatkan...dengan hati yang berat...kotak itu bertukar tangan...matanya terarah kepada riak wajah ayahnya...yg tidak menunjukkan sebarang perubahan; seolah2 tidak dapat membaca tanda tanya yang bersarang di hatinya.... dalam pada itu, si anak masih membuka pembalut yang membungkus kotak itu...penutup kotak dibuka...apa makna semua ini???..sebuah Al-Quran kecil; comel dgn cover kulit..tinta emas menghiasi tulisan khat di muka hadapan...si anak memandang ayahnya...terasa dirinya dipermainkan... amarahnya membuak...nafsu mudanya bergelojak... ayah sengaja mempermainkan saya...ayah bukannya tak tahu betapa saya menyukai kereta tu...bukannya ayah tak mampu utk membelikannya...sudah ayah...bukan al-Quran ni yang saya nak...katanya keras...al-quran itu dihempaskan ke atas meja bacaan...si anak terus meninggalkan si ayah..tanpa memberi walau sepicing utk si ayah bersuara...pakaiannya disumbatkan ke dalam beg..lantas, dia meninggalkan banglo mewah ayahnya...memulakan kehidupan baru dengan sekeping ijazah yg dimilikinya....

10 tahun berlalu..si anak kini merupakan seorang yang berharta...punyai syarikat sendiri...dengan isteri yg cantik dan anak-anak yang sihat...cukup membahagiakan... namun hatinya tersentuh...sudah 10 tahun..sejak peristiwa itu dia tidak pernah menjenguk ayahnya...sedang dia berkira2 sendiri...telefonnya berdering...dari peguam
ayahnya...ayahnya meninggal dunia semalam...dengan mewariskan semua hartanya kepada si anak...si anak diminta pulang untuk menyelesaikan segala yg berkaitan perwarisan harta...

dan buat pertama kalinya setelah dia bergelar bapa...si anak pulang ke banglo ayahnya...memerhatikan banglo yg menyimpan 1001 nostalgia dlm hidupnya...hatinya sebak..bertambah sebak apabila mendapati di atas meja di bilik bacaannya...al-quran yang di hempaskannya masih lagi setia berada di situ...bagaikan setianya hati ayahnya mengharapkan kepulangannya selama ini...perlahan2 langkahnya menuju ke situ...mengambil al-quran itu..membelek2-nya dengan penuh keharuan...tiba-tiba...jatuh sesuatu dari al-quran itu...segugus kunci...di muka belakang al-quran itu...sebuah sampul surat ternyata diselotepkan disitu...kunci itu segera dipungut... hatinya tertanya2...nyata sekali...di dalam sampul surat itu...terdapat resit pembelian kereta idamannya...dibeli pada hari konvokesyennya...dengan bayaran yg telah dilunaskan oleh si ayah... sepucuk warkah..tulisan tangan org yg amat dikenalinya selama ini..hadiah teristimewa utk putera kesayanganku....air mata si anak menitis deras...hatinya bagai ditusuk sembilu..penyesalan mula bertandang...namun semuanya sudah terlambat... sekadar renungan bersama: berapa banyak kita melupakan nikmat Allah, hanya semata-mata kerana nikmat itu tidak "dibungkus", didatangkan atau diberi dalam keadaan yg kita hajati?? aku bukannya yang terbaik utk memberi
nasihat...sekadar berkongsi ilmu..utk saling mengingati...wassalam.

Kiriman: Abdul Mu'iz Shafruddin (Kawan yang sama nama dengan Moeh)

Monday, September 01, 2003

Beauty tips



For attractive lips

Speak words of kindness.

For lovely eyes,

Seek out the good in people.



For a slim figure,

Share your food with the hungry.

For beautiful hair,

Let a child run his or her fingers through it once a day.

For poise,

Walk with the knowledge that you will never walk alone.

People, even more than things, have to be restored, renewed, revived,

reclaimed, and redeemed;

Never throw out anybody.

Remember, If you ever need a helping hand, you'll find one at the end of your arm.

As you grow older, you will discover that you have two hands, one for helping yourself, the other for helping others.

The beauty of a woman is not in the clothes she wears,

The figure that she carries, or the way she combs her hair.

The beauty of a woman must be seen from in her eyes,

Because that is the doorway to her heart, the place where love resides.

The beauty of a woman is not in a facial mole,

But true beauty in a woman is reflected in her soul.

It is the caring that she lovingly gives, the passion that she shows.

And the beauty of a woman, with passing years, only grows!



From Kaklong