Wednesday, September 29, 2004

Berbanggalah

" Wajahiduu fillahi haqqa jihadih, huwajtabakum...." (Al-Hajj: 78)


Huwajtabakum!!
(Dia (yakni Allah) telah memilih kamu)


Dulu kau sangat gembira
Kerana ayah memilih untukmu kasut baru
Baju, sampin dan songkok untuk hari mulia
Pagi raya disambut penuh ceria

Dulu kau sangat gembira
Kerana kau terpilih
Mewakili debat perdana
Menjadi juara

Dulu kau sangat gembira
Kerana kau terpilih
Menjadi pelajar terbaik
Hingga terkenal seantero negara

Dulu kau sangat gembira
Kerana kau dipilih
Menjawat jawatan mulia
Ada harga diri, gaji dan kereta perdana

Dulu kau sangat gembira
Kerana dikau terpilih oleh isteri jelita
Menjadi raja walau seketika
Membina masjid yang bertaqwa

Kini kau lebih teramat gembira
Kerana dikau dipilih Allah
Menjadi jundi Nya
Memikul panji Ilahi dengan megahnya
Seantero dunia gegak gempita
Dengan seruan dakwahmu jauh melata
Tiada lagi nikmat sebesar ini
Kerana anda telah terpilih oleh Rabbi
Huwajtabakum! (Al-Hajj: 78)


SM Ismail
21 Sept 2004
Gombak.

Tuesday, September 28, 2004

Teknikaliti dan Metodologi

Sepanjang menuntut ilmu di benua yang luas ni, hari ni baru perasan satu penekanan yang terselit dalam sistem pendidikan hari ini. Mengapa dan bagaimana... Dalam kata lain 2 persoalan ini sering dititikberatkan, memahami teknikaliti sesuatu itu berlaku tidak kira apa bidang, whether history, engineering and even economics; juga pemahaman dari segi jalan penyelesaian hasil dari pemahaman konsep teknikaliti itu tadi.

Bila kita dapat memahami secara teknikal bagaimana sesuatu perkara itu terjadi, kita secara tidak langsung mencari jalan penyelesai iaitu method yang digunapakai dalam proses teknikal tersebut. Bila menjawab persoalan situasi ekonomi, kenapa dan bagaimana, terasa pentingnya untuk memahami kesan teknikal secara langsung atau tidak langsung daripada imposition or alteration polisi-polisi yang dikawal oleh pihak tertentu seperti kerajaan dan bank pusat.

Sejarah juga mempersoalkan, kenapa tercetusnya sesuatu peristiwa itu seperti Revolusi Perancis yang mana antara sebabnya ialah hutang kerajaan yang banyak (antara lain menyumbang secara financial bagi menyokong Revolusi Amerika). Dan bagaimanakah jalan penyelesai atau proses yang berlaku, contohnya menaikkan cukai, merampas gereja lalu dijual atau dilelong dan sebagainya.

Corak pemikiran ini mungkin berlandaskan kepada falsafah pemikiran yang digunapakai oleh Barat yang mementingkan logika dan rasional akal. Disebabkan falsafah pemikiran inilah mereka sanggup bangkit melawan doktrin pemikiran yang disemat oleh pihak gereja. Hinggakan cara pemikiran mereka disudut agama juga perlu diubah, hatta yang tidak logik pun boleh dirasionalisasikan menjadi suatu yang boleh diterima akal. Walhal, perkara ini bercanggah sama sekali kerana ini membuktikan kejelikan yang terhasil daripada pergantungan pada akal sepenuhnya. Akal yang tidak dipandu dengan sumber yang betul terkapai-kapai dalam kegelapan kerana tidak dapat membezakan antara yang baik yang buruk. Hinggakan mendakwa kebenaran yang wujud dalam dunia ini adalah subjektif, bagaikan begitu payah untuk membezakan kebenaran dan kebatilan. Hatta lahir juga pemikir-pemikir yang menjadi asas lahirnya ideologi yang lebih jauh menyimpang seperti Deism dan Communism.

______________________
Fikir tanpa panduan bahaya... terkapai dalam kegelapan bahaya... takut jatuh ke dalam lubang (neraka)

Monday, September 27, 2004

Koleksi Buku

Dalam rumah seorang Muslim sepatutnya perlu ada perpustakaan kecil. Kenapa perlu? Bukan baca pun. Tu la yang kena diubah, bila ada buku kena la baca. Kena kolek buku dari sekarang. Beli satu baca, beli satu baca lama-kelamaan jadi la koleksi secara tak sengaja. Sayang buku, simpan baik-baik.

Kata orang, kita nak menghasilkan suatu penulisan sendiri punya la payah. Apa salah kita simpan koleksi hasil penulisan tersohor. Cari koleksi seperti Tafsir Fi Zilal al-Quran, Tafsir Ibn Kathir, Sahih Bukhari wa Muslim, Hadith 40 dan sebagainya. Duit banyak apa salah belanja untuk bina koleksi perpustakaan sendiri.

Biasanya orang yang inletek ni pergi ke rumah dia, ada la satu ruang paling tidak pun dalam satu almari tersemat dalamnya buku-buku yang pelbagai. Tapi terkadang tu koleksi kita dapat nilai, wah ada surat khabar lama. Surat khabar lama buat apa, siapa pandang? Ikut pada minat masing-masing. Bahan intelek ni pelbagai, tapi yang sedihnya rata-rata kumpul majalah hiburan, majalah remaja, majalah maskulin, majalah wanita... wah-wah, bagus sangat dah tu sampai benda yang lebih penting tak perlu nak dipelajari lagi. Ops, okay pe, paling tidak ada juga bahan bacaan dari takde langsung. Kurang-kurang dalam majalah wanita tu ada la juga ruangan belakang untuk resipi dan masakan, satu skil yang perlu dipelajari tu, tak kesah laki atau perempuan.

Nak cari bahan pun pelbagai. Sekarang ni payah nak sangka buruk pada orang yang takde koleksi perpustakaan kecil ni sebab sekarang ni komputer pun dah boleh jadi perpustakaan. Semua bahan dalam bentuk media elektronik je, simpan dalam CD, simpan dalam cekara liut, dalam cakera keras mahupun simpan secara maya di internet. Sekarang ni dah pelbagai, tapi elok la ada satu. Nak kena mula ni kumpul buku, nak cari koleksi tafsir dan ahaadith (hadith-hadith)...

Mari mengumpul buku, bukan takat kumpul je, mari membaca sekali!

______________________
Iqra' wa jammi' (bacalah dan kumpullah!!)

Sunday, September 26, 2004

Rupanya

Pengalaman hari ini pernah dilalui oleh mak dan ayah...
Ini juga yang aku lalui...
Tertanya di hati kenapa begini?
Memang realiti orang kita kebanyakan begitu...
Kita tak buat kita dipersalah...
Memang itu sikap orang Melayu...
Ramai bersikap mengambil kesempatan...
Mereka lambat melihat realiti
Mereka hanya tahu kehendak diri...
Keadaan orang lain apa perlu peduli...
Yang penting aku senang hati...
Ingin kuteriak pergi mampus la dengan senang hati...
Melayu memang begini...
Bangsa yang lupa diri...
Apa boleh kata, aku sendiri pun orang Melayu...
Agaknya aku sendiri lupa diri...
Ah tidak, aku tak mahu jadi macam Melayu kebanyakan...
Aku tak mahu pegi mampus dengan senang hati...
Aku mahu hidup dalam realiti...

Kesihan pada diriku sebab dah tak mampu nak rasa kesihan mereka...
________________________________
Kalau aku benci Melayu bermakna aku benci pada diriku sendiri? Huh, what a paradox!

Saturday, September 25, 2004

Bangsa Lemah

Terperuk sendirian...
Mengenang diri...
Lahirnya dari bangsa yang lemah...
Bangsa yang sikapnya layu...
Bila dipanggil nama bangsa, lemah...
Bangsa lemah... ibarat bunga yang lemah...
Melayukan dirinya bila kekeringan tanpa air...
Bangsaku kurang air...
Main dengan becak... yang dapat hanya lecah...
Tapi nikmat seteguk air itu jauh sekali...
Kalau dikata jangan kutuk nama bangsa...
Kan kukata, inginku namakan semula nama bangsaku ini...
Bangsaku patut dipanggil, bangsa melangut...
Biar melangut tinggi dari melayu menunduk diri...
Bangsa hina, biarlah... tapi agama jangan sekali...
Tradisi dikeji, biarlah... tapi jangan agama...
Bangsaku yang layu ini kobarnya pada nama... bukan pada agama...
Kobarkah diriku dengan kedua ini?
Bangsaku patut diberi nama yang berkobar...
"Hei prebet! Langut kepala ko tu!!"
Kadet pun disuruh langut kepala..
Tapi kenapa tidak bangsaku ini?
Kerna juang bertemakan bangsa hanya layu..
Semangat tanpa tujuan...
Apa tujuan menaikkan nama bangsa yang layu ini?
Hanya mendirikan benang yang basah...
Kerna nama bangsaku ini jika dipanggil berkali ibarat satu doa...
Doa agar bangsa ini terus layu, ya terus layu!
Tapi...
Apa sekali lagi kutanya, apa tujuan memperjuangkan nama bangsa?
Bangga? Seterusnya ada apa? Dosa?
Juang atas nama bangsa tapi berasaskan apa?
Kaum yang berjuang atas nama kalimah mulia itulah kaum yang patut berbangga...
Kerana kalimah tertinggi "La ilaaha illa ALLAH" itu memuliakan sesiapa yang berjuang dengannya...
Tapi bangsa berjuang atas nama semangat bangsa yang lebih dari agama...
Buah yang terhasil? Ketidakadilan...
Ya, ketidakadilan... jurang makin berbeza...
Senang lenang merencana di dewan gah Pusat Dagangan...
Tapi, masih ramai berbasikal, bersampan dan berkaki...
Sekadar meneguk becak, lembab pun tiada, tanah je yang terasa...
Oh... kenapa?
Kenapa bangsa menjadi perjuangan?
Berjuanglah atas nama kesaksamaan...
Atas tonggak keadilan...
Kebebasan dan kenikmatan bersama...
Aku sangsi... bangsa ini layu dalam setiap perkara...
Tapi layu ini disiram air hiburan yang kotor ianya sanggup berdiri...
Sanggup berdiri agar dapat hidup bertemakan nafsu...
Mainan video, komputer, lagu, parti, makan2...
Tapi solat, sedekah... ntah...
Sedihnya... terdetikkah di hati, apakah realiti sebenar di luar sana?
Lee Kuan Yew yang kafir itu pun tahu realiti...
Tujuh bom ditemui di Singapura...
Tapi bangsa kita... eh tak pernah dengar pun??
Iye, sebab kita terkebelakang, orang di depan gelak ketawa lebih awal dari kita...
Lee Kuan Yew pun akui orang Cina tanah besar punya potensi besar...
Dua puluh dua puluh China akan kuasai ekonomi rantau Asia...
Projeksi ekonomi Singapura dah menjurus ke situ...
Tapi bangsa kita, apa yang sedang kita lakukan?
Apakah kita sedar perlunya projeksi ekonomi menjurus kepada potensi China...
Hatta hadith Nabi pun mengatakan belajarlah dari orang di China...
Tapi Lee Kuan Yew yang kafir lebih mengakuinya...
Ah sudah, bangsaku layu...
Bangsaku tak patut disalahkan..
Kerana air yang patut diteguk hanya cukup melecahkan becak...
Bangsa oh bangsa...
"Pegi mampus la dengan bangsa"
Argh marahnya... tapi apa ada pada bangsaku? Err....

______________________________
Biarpun mati bangsaku, tapi aku ingin berdiri dalam realiti!! Aku tak ingin leka dengan kelekaan bangsaku... aku taknak jadi layu dalam apa jua perkara... bangkitlah hai diriku!!!

Tuesday, September 21, 2004

Chapter 1 – The Da’iyah, the Environment, and the Population


I) AIMS AND MEANS

A Muslim is not one who fights Satan with his sword and gets catapulted into jannah, but rather one who interacts actively with his environment in order to make a difference:

“That man can have nothing but what he strives for; that (the fruit of) his striving will soon come in sight; then will he be rewarded with a complete.” (Quran 53: 39-41)

Our actions are witnessed not only by ALLAH and His messenger but by others as well. Hence, the Muslim is not living a vacuum; he is continuously acting and interacting with his surroundings. What makes him or her a better Muslim? According to the following hadith:

“People are dependent of ALLAH; the closest to Him are the most useful to His dependents.” (Sahih Muslim)

Thus, the criterion for being a better Muslim is not simply salaah (prayer), fasting, dhikr, and tasbih; it’s one’s utility to others! In this context, the following principle should alarm us: “He who does not concern himself with the affairs of the Muslims is not one of them.”

The task of a jama’ah (group) of Muslims is not to serve itself; it is to serve others! The group is not the objective, for in reality it is only an organizational means to accomplish the objective. The interest of such an organization must be subservient to the interest of the ummah and of the outside world.

The Messenger of ALLAH directs us:
“ Have mercy on those in the land, so that the One in Heaven will have mercy on you.” (Sunan al-Tirmidhi)


Muslim groups which confine themselves to their membership are losing sight of their objectives and becoming self-serving. In fact, all the preparation and training of the organization’s members should be directed towards serving their nation. To establish an organization for the sake of the organization is like building a house for the sake of the house.

The environment and the population of which the da’iyah is a part are the only mediums through which he can perform. They are the only fields of operation in which ALLAH is testing him during his life.


____________________________________
source: Training Guide for Islamic Workers

Saturday, September 18, 2004

Orang Lain

Baca dan baca tadi komen orang lain tentang orang lain. Nak buat macam mana, hidup bukan seorang diri di dunia ni, orang yang berpasang pun kena beringat dunia ni bukan ada 2 orang je. Di dunia ni kita hidup dengan orang lain di sekitar kita sebab tu ada banyak ragam dan perangai.

Ada yang tak tepati janji, ada yang tak pandai jaga barang, ada yang suka ganggu orang, ada yang tak pandai jaga hati orang dan banyak lagi bad attitudes yang bersarang dalam diri manusia ni. Tu baru manusia, belum lagi sistem kehidupan yang digunapakai untuk mentadbir kehidupan manusia. Kalau orang kata, "patut bersyukur sebab kitorang dah buat itu ini untuk ko," itu namanya tak ikhlas dan mendambakan balasan. Kalau pemerintah yang kata macam tu apa mentaliti yang ada dalam diri kita yang menerima kekata macam tu?

Memang itu diri manusia, pastu boleh perasan sistem yang dia buat tu paling bagus. Komen sikit punya banyak supaya nak betulkan orang lain, lanjutan dari komen tu hasilnya menghampiri sifar (takde ubah langsung). Memang bagus kita bersikap bantu membantu lagi pun biasala macam lumrah, bila kita memberi kita juga akan menerima. Tapi tak semestinya kita akan dapat balik apa yang kita beri. Tapi dalam hadith pun ada disebut, "Salinglah memberi hadiah dan salinglah berkasih sayang." Ya, memberi hadiah kesannya dapat mengeratkan lagi hubungan kasih (silat al-Raheem). Tapi, payah sekali nak buat. Biasa perempuan je yang buat, laki plak yang buat sikit sangat sebab ramai berkata, "That's uncool... bagi hadiah ni pempuan je, laki tak men la hadiah ni..." Wah, begitu ke? Hadith tu aplikasinya untuk perempuan je ke?

Aku tak sambut harijadi orang ni sebab bid'ah. Tapi, tak salah pe takat bagi ucapan dan doa moga panjang umur murah rezeki dan kekal atas jalan yang benar ini. Kek, parti, makan-makan semua ni semua amalan orang kafir, buat apa nak tiru? Oh, kalau benda baik buat takde niat pun hasilnya sifar tambah lagi kalau niat tu memang pesong, jawabnya pesong la tujuannya.

Ntah, banyak orang suka komen, tapi satu yang kena beringat, biar macam mana komen pun kita payah nak ubah diri orang lain. Ubah diri orang lain dengan cara ubah diri kita, itu satu force yang dapat memberi kesan. Qudwah Hasanah (contoh yang baik) tu la jawapannya.

"Sebaik manusia ialah yang paling bermanfaat pada orang lain." -mafhum hadith

Jom jadi manusia yang baik. Bertumbuh dan membesar bukan sekadar pada fizikal, tapi bertumbuh sekali dengan attitud,mentaliti, dan paling mencabar ialah praktikaliti. Jom-jom... moga kita semua menjadi manfaat sesama kita. Baiki dan perbetulkanlah asas dan pegangan dalam diri kita...

_____________________________
Terima kasih pada komen dan teguran... terus la menegur aku yang serba kurang ini

Friday, September 17, 2004

Ilmu Asas Perkembangan Tamadun

Merasai pembelajaran secara liberal ni buatkan rasa terfikir, asas permulaan kemajuan adalah dengan ilmu. Pembacaan yang menjadi mesej paling awal dalam penurunan wahyu adalah satu langkah mendidik iaitu jalan penghapus kejahilan.

Pelajaran falsafah disokong dengan subjek sejarah yang kedua cabang ilmu tersebut berkisar tentang dunia Barat (Eropah dan jajahannya, termasuk Amerika) buatkan terdetik di hati perkembangan ilmu orang Barat ni atas dasar apa? Atas dasar keinginan mereka akan kebenaran. Mengikut sejarah mereka memberontak dari kongkongan gereja yang memberikan mereka ajaran yang salah.

Idea Copernicus yang akhirnya dikembang Kepler dan Galileo pada awalnya ditentang oleh pihak gereja Kristian. Galileo yang mengetengahkan sistem suria, planet berputar berpusatkan matahari, ditentang oleh pihak gereja Kristian pada zamannya. Kasihan sebab Galileo terpaksa "angkat tangan" sebab dia diugut hukuman bunuh jika terus meracuni kepercayaan yang ada pada masa tu. Tapi, Galileo yang dibuang negeri teruskan juga kajian saintifiknya hingga dia berjaya menemui formula graviti. Pada masa tu, Galileo sendiri tak faham itu adalah rumus untuk graviti hinggalah Newton mengkonklusikan formula tersebut adalah rumus graviti dalam ilmu fizik. Newton bukanlah orang yang patut mendapat kredit akan penemuannya, dia hanya merumuskan semua penemuan yang bermula dari Copernicus, diwarisi Kepler, hinggalah ke zaman Galileo. Semua penemuan tu dah pun ditemui cuma tidak begitu jelas akan konsep dan penggunaannya. Newton adalah orangnya yang memberikan penjelasan akan keterkaitan semua penemuan seperti kaitan graviti dan orbit planet yang berbentuk elliptikal.

Tekanan gereja terhadap konsep ilmu dan kehidupan yang salah ni buatkan mereka makin lama memberontak. Mana taknya, tekanan pada fitrah tidak akan selamanya berjaya. Paling menyedihkan bila pensyarah sejarah kata, "Baru akhir-akhir ni pihak gereja memohon maaf pada Galileo." Manusia tu dah lama mati baru nak minta maaf. Itu la dia kesannya agama yang tidak dapat diperjelaskan berdasarkan rasionalisma dan kemampuan berfikir manusia.

Tekanan dan kekangan adalah titik tolak perkembangan manusia di Eropah hingga lahir zaman Enlightenment. Fikir dan fikir, kita umat Islam begitu beruntung kerana kita menelusuri perkembangan dunia ilmu dan kemajuan tamadun berdasarkan Quran dan ajaran Islam yang sesuai dengan fitrah manusia. Tiada tekanan terhadap lumrah manusiawi, bahkan galakan dan panduan dibentang di dada Quran yang menjadi titik tolak perkembangan dunia Islam. Ilmu yang berkembang dalam dunia Islam rata-rata dipelopori oleh para ilmuwan dan intelek yang hafiz Quran. Quran dalam diri mereka adalah motivasi perkembangan ilmu yang mereka kembangkan dari masa ke masa. Perkembangan ilmu matematik oleh al-Khawarizmi dan ilmu perubatan oleh Ibnu Sina. Tapi, fakta ini sedikit pun tidak disebut masa belajar tentang sejarah Barat. Sengaja mereka sorokkan dari pelajar di sini yang juga orang mereka sendiri akan fakta kebenaran yang mereka pelajari dari dunia Islam yang dahulunya mempunyai pusat perkembangan ilmu seperti di Andalusia.

Ah, itulah kafir yang tahu mereka sesat tapi menyorok hakikat kebenaran.

Bangkitlah... berbanggalah kerana kita dapat hidup dan merasa nikmat kebebasan fitrah manusiawi dengan baik...

Sedih... sedih bila melihat orang kita yang mengaku Muslim tapi mengagungkan ilmu Barat yang terbina disebabkan sekatan ke atas pemikiran dan fitrah mereka.

Patutnya... patutnya kita berjuang untuk menjelaskan kembali supaya kebenaran yang cuba diselindung ini disingkap. Orang di sini "gilakan" kebenaran tapi macam mana mereka nak nampak cahaya kebenaran bila orang dari dunia mereka sendiri tidak mendedahkan kebenaran... Fakta tentang perkembangan ilmu oleh dunia Islam sedikit pun tidak tertulis pada dada buku-buku mereka.... Inilah suatu penipuan... penipuan menutup fakta kebenaran...

Sedarlah kita...

_______________________
Kita patut bersyukur sebab kita golongan yang beruntung menikmati nur Islam yang tidak pernah menyekat kebebasan dan fitrah manusiawi kita

Tuesday, September 14, 2004

Relax??

I envy this baby for having such relaxing time...



Relax? No more! It's learning time....
___________________________
Need to focus more... say no to relaxation!! (only when it's too much)

Saturday, September 11, 2004

Sambutan 911 di Milwaukee

Aktiviti yang diadakan di Milwaukee sempena 911.



:: Inilah dia cara kami berdiam diri sempena mengingati 911::


.........macam ye je, padahal sebab ada Mesian nak balik Ireland dah bulan depan -dia kerja situ. Misi Bro Rizal di US untuk buat kajian dah selesai. Dia nak sambung kerja dia semula di Ireland. Set² Marquette sume dah rancang nak lepak umah Bro Rizal bila gi UK dan Eropah nanti.... Menarik tu!!

_____________________________
Vegas or Europe? Hmmm, I choose Univ of Newcastle Upon Tyne haha...

Friday, September 10, 2004

Ah, bagaikan basah kelopak mata bila mana kubaca kalimah arabiyah di blog member dan kebanyakannya aku tak paham. Sedihnya, ilmu paling aku hargai dah lesap dari minda dan dada. Kenapa penjara dada yang mengekang ilmu selama ini telah bocor? Bocor hingga banduan ilmu yang ada di dalam dada lari bertempiaran kerana penjara ini telah berlubang. Penjara ilmu di dadaku kini telah dipecah. Kembalilah padaku hai ilmu, kuingin kamu kekal dalam diriku....

___________________________
Rasa sedihnya, bahasa arab ilmu paling kuhargai selama ni makin pudar dari diriku... mula kembali zaman aku kurang diajar untuk berbahasa :(
Apa Yang Dirasa?

Rasa cam tak sedia je lagi...
Kesabaran macam memuncak pula...
Kesediaan berdepan dengan orang pelbagai ragam macam makin pudar...
Hari-hari berlalu terasa makin perit...
Geraham kukekira masih belum cukup...
Tanggungjawab terpikul bagai makin membeban...

Ah, itu hanya negativiti dalam pesimisnya bila berdiri...
Diri perlu didirikan dengan teguhnya...
Bisikan itu perlu ditepis...
Kedatangan hari-hari esok adalah latihan...
Mendidik diri mempunyai jiwa yang kental...
Tabah dan tenang dalam apa jua keadaan...
Kerna... kita punya ALLAH...
ALLAH tempat bergantung yang selayaknya...

________________________

Hari ini kubaca lagi. Soren Kierkegaard, pencetus pemikiran baru dalam dunia falsafah kuffar, atau jelasnya falsafah yang tiada asas dan sumber yang benar lagi jelas. Akal pemikiran dijadikan pergantungan sepenuhnya.

Kierkegaard membincangkan falsafah dan keterkaitannya dengan keagamaan dunia Kristian. Membaca falsafahnya ibarat membaca persepsi seorang jahil yang ingin membincangkan tentang agama. Ya!! itu yang ku rasa. Baca lagi, dan baca lagi, benar juga kalau difikirkan macam mana mengorbankan anak adalah benar bagi Ibrahim KhaliluLLAH (baca ni dari persepsi Kristian OK?).

Ye la, secara etikanya manakan benar si ayah itu dikatakan benar jika dia berkeinginan untuk memberikan anaknya sebagai korban. Itulah yang cuba dia katakan, falsafah dapat menjelaskan kebenaran kisah itu. Tapi, falsafah tradisional yang dipelopori oleh Aristotle dan rakan seperjuangannya mengatakan sebab yang diceritakan akal tidak dapat memberikan jawapan akan benarnya perilaku Ibrahim itu.

Kekadang aku rasa, "dah kenapa aku kena belajar ilmu yang menjurus kepada pemesongan ini.... aku mencari ilmu atas nama kebenaran untuk memahami erti kehidupan aku sebagai hamba di atas muka bumi ini."

Maka terjawaplah persoalan aku pada waktu syarahan yang lalu bila mana pensyarah mengatakan, "Kierkegaard adalah pengasas kepada cara pemikiran baru yang mencabar tentang kebenaran dari sudut keagamaan yang mana membawa kepada wujudnya Atheism (ketidakpercayaan pada Tuhan -tiada beragama)."

"Ah sudah," itu yang terjawap dalam diriku.

Aku rasa sebagai seorang Muslim kita mampu memilih bahan pembacaan yang sesuai bila mana kita jelas dengan pendirian dan asas Islami yang benar. Baca penulisan kuffar, sedihnya akal menjadi sandaran penuh tanpa ada sokongan. Sokongan Biblika yang mereka pakai pula lebih merungsingkan mereka, kesihan pun ada melihat manusia yang dikatakan 'terkapai dalam kegelapan.' Terasa juga dalam diri, macam mana nak memberi mereka "torchlight" supaya mereka sedar mereka berada di dalam gua, dan kami ingin mengajak anda menikmati alam intelektual yang cerah diterangi nur hidayah ALLAH.

Tapi macam mana nak memilih bahan bacaan bila mana belajar di tempat kuffar, "nah ini ini dan ini dan itu semua kamu kena baca, tiada pengecualian." Maka bermulalah misi pergantungan pada pegangan hidup berdepan dengan input yang dibincang oleh 'golongan terkapai.'

_________________________
Hari-hari aku merasakan belajar ilmu orang kafir ni memerlukan asas dan pendirian yang kuat, bahaya kalau kita percaya apa yang diajar dan apa yang ditulis.... ish2, macam aku belajar perbandingan agama je di sini... apa bidang khusus anda? Jawapan baru, "perbandingan agama" haha...

Thursday, September 09, 2004

MY DAY

At last, it's the 9th day of September. It's my day. As a gift to myself, I should try fasting coz today is Thursday... Good day for fasting and good month for increasing our good deeds and ibadah.

Read Fi Zilal this morning, continue from verse 3 to verse 5 of Sura al-Fatihah. Learn new perspective in understanding this sura. The only sura that ensures the validity of our prayer.

Why? It's the dialogue we have with God the Almighty when we recite the sura. It emphasizes the relation between God and human, as we praise Him and ask His guidance, we admit His Deity and Omnibenevolence as we depends only on His Mercy and Guidance. Without having the dialogue with God, a prayer is not valid.

Read and understand the sura, consists 3 parts: 1) what's for God (see verse 1-4), 2) what's for God and human (see verse 5), and 3) what's for human (see verse 6-7).

May ALLAH guide us and bless us...
_____________________________
InshaALLAH today is a beautiful day... alhamdu liLLAH (Praise to God) for the living!

Wednesday, September 08, 2004

Ada Apa Dengan 9?

Bangun pagi dapat email dari ayah, tajuknya "YOUR DAY.

Baca lagi, ada email dari kakngah, tajuknya "Teringat masa kecik-kecik dulu."

Awalnya rasa, tapi sebab masa di US lambat 13 jam banding di Malaysia.

Buka mulut kira-kira, gigi geraham belakang belah kiri tak keluar pun lagi. Yang kanan ntah bila nak habis keluar, macam separuh jalan je kuarnya.

Tapi, bila fikir, hmmm esok tarikh yang cantik! Rasanya ada beberapa orang yang setuju dengan apa yang aku claim ni sebab katanya bila muncul hari ke-9 dia nak buat entri khas... mesti happy sangat tuh menunggu munculnya 9...

_______________________
Selalu aku yang bagi mesej, umur makin meningkat, kubur kata mari, amalan macam mana sekarang ni? -khas buat diri aku pula hehe...

Monday, September 06, 2004

Budaya Pesong

Bahaya sungguh sekarang ni. Hari tu baca tentang edaran Bible untuk grup skinhead yang memang mengajak pemesongan dari aqidah Islamiyah. Diajaknya pergaulan bebas, seks bebas, hiburan dan sebagainya yang nyata negatif di mata perspektif Islam.

Kini ada pula edaran buletin punk untuk grup punk dan golongan pelapis. Grup pesong ni semakin aktif sekarang ni. Walaupun dahulu pernah kecoh seketika di media, tapi perkembangannya makin menjadi pula sekarang ni. Dalam diam jangkitannya mula merebak, penyakit dalam masyarakat Mesia ni makin parah. Ajakan pemesongan aqidah yang bergerak secara rahsia dan makin lama macam makin jelas. Ish, macam ikut Seerah Nabawiyah plak, dakwah secara rahsia dan kemudiannya jadi dakwah secara terang-terangan.

Ish, na'uzubiLLAH, hapuskan budaya punk dan skinhead yang memesongkan aqidah. Buat yang terikut semata untuk dapat member dan saing yang ramai, lupakanlah... masih banyak lagi cara untuk mengembangkan sosial hidup anda... Pergi ke masjid juga dapat kenal orang lain pe, pergi kem dan kursus pun dapat kenal kawan baru pe.... fikirlah sebelum terjebak, bila dah terjebak takut payah nak "murtad" dari golongan pesong ni je, ye la mau kalau yang senior dalam grup tu buru kang tak aman hidup anda walaupun telah insaf...

______________________

Edisi Utara: Buletin punk pikat remaja

Oleh Nasrullah Rahim
am@hmetro.com.my

ALOR STAR: Pengaruh punk di negeri ini dikatakan menular menerusi pengedaran buletin yang dicetak sendiri ahli kumpulan itu untuk ahli baru dan golongan pelapis.
Selain dicetak dan dihasilkan sendiri, ada antara buletin berkenaan dihasilkan di luar negara seperti Amerika Syarikat dan Eropah dan diposkan kepada ahli punk fanatik di negara ini.

Kegiatan itu dikesan sejak awal 1980-an lalu tetapi pengaruhnya dikatakan semakin hebat kebelakangan ini.

Antara buletin yang diedarkan dikenali sebagai `Fanzine’ yang mengandungi rentetan sejarah perkembangan fahaman berkenaan dan temubual dengan beberapa kumpulan muzik punk tempatan dan luar negara.

Seorang bekas ahli punk yang enggan namanya disiarkan berkata, di negara ini, Fanzine boleh didapati secara pos atau membeli terus daripada individu yang dikenal pasti memiliki bahan bercetak berkenaan.

“Fanzine dijual antara RM2 hingga RM5 dan selain keluaran tempatan, fanzine dipos dari luar negara suatu ketika dulu kerana pada masa itu Internet masih belum ada.

“Sepanjang lima tahun berada dalam kumpulan punk, saya tidak pernah mendengar mengenai kitab khas digunakan ahli punk sebagai pedoman hidup seperti kumpulan skinhead melainkan Fanzine saja,” katanya.

Metro Ahad kelmarin melaporkan mengenai pengaruh skinhead yang tidak terhad kepada cara berpakaian semata-mata tetapi turut memiliki kitab tersendiri yang mendorong ahli kumpulannya mengenepikan ajaran Islam.

Dilaporkan, kitab berjudul `Spirit Of 69 - A Skinhead Bible’ itu disebarkan ahli senior kepada remaja termasuk pelajar sekolah secara sembunyi dalam usaha untuk melebarkan pengaruh.

Antara ajaran kitab itu menggalakkan remaja hidup bebas daripada ikatan undang-undang, mengutamakan hiburan, mengambil minuman keras secara berlebihan, mengenepikan ajaran agama dan mengamalkan seks bebas.

Sementara itu, bekas ahli punk itu turut berkata, selain sebagai bahan bacaan utama mengenai fahaman barat itu, fanzine juga mengandungi pelbagai maklumat semasa mengenai konsert atau `gig’.

Fanzine, katanya, turut menjual pelbagai produk dan aksesori punk.

“Fanzine juga diberi ahli punk senior kepada ahli baru yang ingin `berjinak-jinak’ dengan fahaman punk serta memahami erti perjuangan punk sebenar,” katanya.

______________________


Petikan di atas di"curi" dari laman Harian Metro (http://www.hmetro.com.my).
_____________________________
Dulu Black Metal, tapi yang lain tu takkan nak biarkan je?

Saturday, September 04, 2004

Arabic?

Jauh di sudut hati rasa kecil hati tak dapat nak teruskan untuk terus belajar Bahasa Arab. Rasa kagum dengan Bahse Arab ni sejak di KISAS (sebelum tu pun memang dah minat tapi masa F4 dapat rasa indahnya).

Cabaran yang ustaz berikan masa aku di KISAS untuk master Bahse Arab tak kesampaian... aku tak tau la dalam ramai dak laki kelas aku ada ke tak yang sahut cabaran tu...

Masuk UIA dulu berangan je nak belajar Bahse Arab...

Kat US ni nak buat kelas arab, niat di hati nak kena refresh balik... kena find out tenteng kelas Bahse Arab yang akan diadakan kat Milwaukee ni setiap hujung minggu...

____________________________
Konon je takyah amik arab dah masa masuk matrik UIA dulu, tapi haram cakap pun tak pandai lagi... banyak dah makin lupa... argh!!

Friday, September 03, 2004

Abis Kelas...

Ponteng kelas Calculus 3 untuk Solat Jumaat...
Balik rumah, bukak peti ais, nampak durian...
Ah tak tahan, nyam nyam... makan satu... sedapnya durian impot!!!
Jenguk lagi dalam peti ais.... wahhh... nampak rebung!!
Rebung pun boleh dapat kat sini?? Sedap ni buat masak lemak...

Masa balik semula ke US seminggu yang lalu...
Buka peti ais, nampak sayur hijau macam kekacang dalam peket...
Sayur apa ni?? Eh eh... petai?
Petai pun boleh dapat kat Milwaukee??
"Nak bawak petai pegi Michigan ada kawan pesan," kata jiran aku sebelum pegi Michigan...
Tapi kat umah ni sorang je yang makan petai, makan mentah2 tak masak pun...
Yang lain (termasuk aku), err petai kalau masak gulai okay la, buat ulam ni he he je la...

_______________________
Yes, dapat makan durian!!
Kat Comp Lab

Saja lepak sini jap... walhal baik lagi tengok notes tapi kepala dah macam cramp tapi tu la, harapnya leh la buat kuiz pasni...

Pasal cramp? Pasal tadi belajar Falsafah Kierkegaard... apa yang aku baca semuanya macam tak penah betul kefahaman aku... pegi kelas macam biasa, belajar tentang cara untuk hidup berdasarkan Kierkegaard lagi... hidup secara estetika atau etika... dan akan datang hidup secara beragama yang pastinya ialah Kristian... tapi dia ni Lutheran tu pasal berani sikit persoal pasal camne nak hidup yang baik... Kalau jenis Catholic tu kena la devoted pada ajaran asal walaupun derang akhirnya discover takde la betul sangat...

Semalam belajar Western History (iyaah!! kena belajar sejarah lagi!), citer pasal pergelutan agama sesama orang Kristian masa 16th and 17th centuries... kena la dengar citer orang Protestant terang-terang memprotes ajaran dahulu... jadila wujudnya golongan Lutheran yang jadi pengikut Martin Luther... satu lagi golongan Calvanist yang ikut Calvin (alamak tak ingat... John Calvin kot hehe)...

Dan pagi tadi, baca lagi Fi Zilal, katanya Muslim kena hidup devoted pada ALLAH. Hidup dalam setiap perkara kena patuh pada hukum dan cara hidup yang ALLAH dah tentukan, baru la releven pengakuan iman (dalam syahadah)... bukan sekadar sebut, tapi terima dan buat dengan hati yang rela... Bukan ikut sistem orang jahil (Jahiliyah) yang sekarang ni mengaburi mata umat Islam tentang cara sebenar untuk hidup yang betul lagi sesuai dengan fitrah manusia...

Belajar Kierkegaard pun, dia pun mengajak untuk kenal human nature sebagai panduan untuk cari cara hidup yang benar... Orang Islam mudah je, bukak je Quran dan rujuk Hadith... dapat la cara hidup yang sesuai dengan fitrah manusiawi...

Sebab aku pun dah jelas dan tak penah pun konfius how to live my life, aku pun kena go on pergi ke kelas.. ada kuiz... gembiranya dapat teruskan hidup memahami kehidupan...

_________________
Keluar kelas tadi, terfikir... kenapa orang Islam kabur dengan cara hidup yang sebenar? Takkan nak jadi terkapai macam orang kafir kot?? YA ALLAH, ihdinaa (pandulah kami)!

Thursday, September 02, 2004

Ini Yang Dikatakan Sesuai?

Your Animal is: Caterpillar
You are a Catterpillar! Many people are often envious and jealous of a caterpillar. Caterpillars may not be quick, but they are quite wise and often think about things before they do them.!




Jom try: http://www.jokesandhumor.com... cari under heading animal tests :)
____________________
Terjumpa kat blog member la plak menda nih... haha tak sesuai langsung dengan aku...

Wednesday, September 01, 2004

Cuak ke Hepi?

Erk... tatau nak cite apa lepas baca blog2 senior Hira'.. rata-rata baya kaklong je... beza umur dgn aku mau dalam 3-5 tahun je, tapi ceritanya macam jauh terkedepan...

Cuak ke hepi? Tu yang bermain dalam fikiran aku... aiseh, dah kenapa gang kaklong ni citer pasal kawin dan pasal ngandung... aiseh, macam dah plan sama plak derang ni, tapi mungkin dah musimnya untuk senior Hira' ni hidup berteman dan meramaikan lagi umat Muhammad...

Ah... aku plak yang cuak, nape? Kaklong dah kawin, tandanya nanti aku akan jadi pakcik... erk, tak matang langsung aku nih bandingkan dengan derang ;p

Ops, baik fikir study dari fikir menda lain... yang penting, harap derang semua hepi dengan kehidupan baru mereka :) Masa aku akan sampai juga nanti, chewah! hehe...

_________________________
Hui... orang lain muda-muda dah nak jadi mak ayah, kita ni diri seniri pun terkial-kial lagi... leh jadi motivasi nih hehe... menariknya berkongsi pengalaman hidup :)