Monday, September 27, 2004

Koleksi Buku

Dalam rumah seorang Muslim sepatutnya perlu ada perpustakaan kecil. Kenapa perlu? Bukan baca pun. Tu la yang kena diubah, bila ada buku kena la baca. Kena kolek buku dari sekarang. Beli satu baca, beli satu baca lama-kelamaan jadi la koleksi secara tak sengaja. Sayang buku, simpan baik-baik.

Kata orang, kita nak menghasilkan suatu penulisan sendiri punya la payah. Apa salah kita simpan koleksi hasil penulisan tersohor. Cari koleksi seperti Tafsir Fi Zilal al-Quran, Tafsir Ibn Kathir, Sahih Bukhari wa Muslim, Hadith 40 dan sebagainya. Duit banyak apa salah belanja untuk bina koleksi perpustakaan sendiri.

Biasanya orang yang inletek ni pergi ke rumah dia, ada la satu ruang paling tidak pun dalam satu almari tersemat dalamnya buku-buku yang pelbagai. Tapi terkadang tu koleksi kita dapat nilai, wah ada surat khabar lama. Surat khabar lama buat apa, siapa pandang? Ikut pada minat masing-masing. Bahan intelek ni pelbagai, tapi yang sedihnya rata-rata kumpul majalah hiburan, majalah remaja, majalah maskulin, majalah wanita... wah-wah, bagus sangat dah tu sampai benda yang lebih penting tak perlu nak dipelajari lagi. Ops, okay pe, paling tidak ada juga bahan bacaan dari takde langsung. Kurang-kurang dalam majalah wanita tu ada la juga ruangan belakang untuk resipi dan masakan, satu skil yang perlu dipelajari tu, tak kesah laki atau perempuan.

Nak cari bahan pun pelbagai. Sekarang ni payah nak sangka buruk pada orang yang takde koleksi perpustakaan kecil ni sebab sekarang ni komputer pun dah boleh jadi perpustakaan. Semua bahan dalam bentuk media elektronik je, simpan dalam CD, simpan dalam cekara liut, dalam cakera keras mahupun simpan secara maya di internet. Sekarang ni dah pelbagai, tapi elok la ada satu. Nak kena mula ni kumpul buku, nak cari koleksi tafsir dan ahaadith (hadith-hadith)...

Mari mengumpul buku, bukan takat kumpul je, mari membaca sekali!

______________________
Iqra' wa jammi' (bacalah dan kumpullah!!)

0 Comments:

Post a Comment

<< Home