Friday, September 10, 2004

Apa Yang Dirasa?

Rasa cam tak sedia je lagi...
Kesabaran macam memuncak pula...
Kesediaan berdepan dengan orang pelbagai ragam macam makin pudar...
Hari-hari berlalu terasa makin perit...
Geraham kukekira masih belum cukup...
Tanggungjawab terpikul bagai makin membeban...

Ah, itu hanya negativiti dalam pesimisnya bila berdiri...
Diri perlu didirikan dengan teguhnya...
Bisikan itu perlu ditepis...
Kedatangan hari-hari esok adalah latihan...
Mendidik diri mempunyai jiwa yang kental...
Tabah dan tenang dalam apa jua keadaan...
Kerna... kita punya ALLAH...
ALLAH tempat bergantung yang selayaknya...

________________________

Hari ini kubaca lagi. Soren Kierkegaard, pencetus pemikiran baru dalam dunia falsafah kuffar, atau jelasnya falsafah yang tiada asas dan sumber yang benar lagi jelas. Akal pemikiran dijadikan pergantungan sepenuhnya.

Kierkegaard membincangkan falsafah dan keterkaitannya dengan keagamaan dunia Kristian. Membaca falsafahnya ibarat membaca persepsi seorang jahil yang ingin membincangkan tentang agama. Ya!! itu yang ku rasa. Baca lagi, dan baca lagi, benar juga kalau difikirkan macam mana mengorbankan anak adalah benar bagi Ibrahim KhaliluLLAH (baca ni dari persepsi Kristian OK?).

Ye la, secara etikanya manakan benar si ayah itu dikatakan benar jika dia berkeinginan untuk memberikan anaknya sebagai korban. Itulah yang cuba dia katakan, falsafah dapat menjelaskan kebenaran kisah itu. Tapi, falsafah tradisional yang dipelopori oleh Aristotle dan rakan seperjuangannya mengatakan sebab yang diceritakan akal tidak dapat memberikan jawapan akan benarnya perilaku Ibrahim itu.

Kekadang aku rasa, "dah kenapa aku kena belajar ilmu yang menjurus kepada pemesongan ini.... aku mencari ilmu atas nama kebenaran untuk memahami erti kehidupan aku sebagai hamba di atas muka bumi ini."

Maka terjawaplah persoalan aku pada waktu syarahan yang lalu bila mana pensyarah mengatakan, "Kierkegaard adalah pengasas kepada cara pemikiran baru yang mencabar tentang kebenaran dari sudut keagamaan yang mana membawa kepada wujudnya Atheism (ketidakpercayaan pada Tuhan -tiada beragama)."

"Ah sudah," itu yang terjawap dalam diriku.

Aku rasa sebagai seorang Muslim kita mampu memilih bahan pembacaan yang sesuai bila mana kita jelas dengan pendirian dan asas Islami yang benar. Baca penulisan kuffar, sedihnya akal menjadi sandaran penuh tanpa ada sokongan. Sokongan Biblika yang mereka pakai pula lebih merungsingkan mereka, kesihan pun ada melihat manusia yang dikatakan 'terkapai dalam kegelapan.' Terasa juga dalam diri, macam mana nak memberi mereka "torchlight" supaya mereka sedar mereka berada di dalam gua, dan kami ingin mengajak anda menikmati alam intelektual yang cerah diterangi nur hidayah ALLAH.

Tapi macam mana nak memilih bahan bacaan bila mana belajar di tempat kuffar, "nah ini ini dan ini dan itu semua kamu kena baca, tiada pengecualian." Maka bermulalah misi pergantungan pada pegangan hidup berdepan dengan input yang dibincang oleh 'golongan terkapai.'

_________________________
Hari-hari aku merasakan belajar ilmu orang kafir ni memerlukan asas dan pendirian yang kuat, bahaya kalau kita percaya apa yang diajar dan apa yang ditulis.... ish2, macam aku belajar perbandingan agama je di sini... apa bidang khusus anda? Jawapan baru, "perbandingan agama" haha...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home