Monday, September 06, 2004

Budaya Pesong

Bahaya sungguh sekarang ni. Hari tu baca tentang edaran Bible untuk grup skinhead yang memang mengajak pemesongan dari aqidah Islamiyah. Diajaknya pergaulan bebas, seks bebas, hiburan dan sebagainya yang nyata negatif di mata perspektif Islam.

Kini ada pula edaran buletin punk untuk grup punk dan golongan pelapis. Grup pesong ni semakin aktif sekarang ni. Walaupun dahulu pernah kecoh seketika di media, tapi perkembangannya makin menjadi pula sekarang ni. Dalam diam jangkitannya mula merebak, penyakit dalam masyarakat Mesia ni makin parah. Ajakan pemesongan aqidah yang bergerak secara rahsia dan makin lama macam makin jelas. Ish, macam ikut Seerah Nabawiyah plak, dakwah secara rahsia dan kemudiannya jadi dakwah secara terang-terangan.

Ish, na'uzubiLLAH, hapuskan budaya punk dan skinhead yang memesongkan aqidah. Buat yang terikut semata untuk dapat member dan saing yang ramai, lupakanlah... masih banyak lagi cara untuk mengembangkan sosial hidup anda... Pergi ke masjid juga dapat kenal orang lain pe, pergi kem dan kursus pun dapat kenal kawan baru pe.... fikirlah sebelum terjebak, bila dah terjebak takut payah nak "murtad" dari golongan pesong ni je, ye la mau kalau yang senior dalam grup tu buru kang tak aman hidup anda walaupun telah insaf...

______________________

Edisi Utara: Buletin punk pikat remaja

Oleh Nasrullah Rahim
am@hmetro.com.my

ALOR STAR: Pengaruh punk di negeri ini dikatakan menular menerusi pengedaran buletin yang dicetak sendiri ahli kumpulan itu untuk ahli baru dan golongan pelapis.
Selain dicetak dan dihasilkan sendiri, ada antara buletin berkenaan dihasilkan di luar negara seperti Amerika Syarikat dan Eropah dan diposkan kepada ahli punk fanatik di negara ini.

Kegiatan itu dikesan sejak awal 1980-an lalu tetapi pengaruhnya dikatakan semakin hebat kebelakangan ini.

Antara buletin yang diedarkan dikenali sebagai `Fanzine’ yang mengandungi rentetan sejarah perkembangan fahaman berkenaan dan temubual dengan beberapa kumpulan muzik punk tempatan dan luar negara.

Seorang bekas ahli punk yang enggan namanya disiarkan berkata, di negara ini, Fanzine boleh didapati secara pos atau membeli terus daripada individu yang dikenal pasti memiliki bahan bercetak berkenaan.

“Fanzine dijual antara RM2 hingga RM5 dan selain keluaran tempatan, fanzine dipos dari luar negara suatu ketika dulu kerana pada masa itu Internet masih belum ada.

“Sepanjang lima tahun berada dalam kumpulan punk, saya tidak pernah mendengar mengenai kitab khas digunakan ahli punk sebagai pedoman hidup seperti kumpulan skinhead melainkan Fanzine saja,” katanya.

Metro Ahad kelmarin melaporkan mengenai pengaruh skinhead yang tidak terhad kepada cara berpakaian semata-mata tetapi turut memiliki kitab tersendiri yang mendorong ahli kumpulannya mengenepikan ajaran Islam.

Dilaporkan, kitab berjudul `Spirit Of 69 - A Skinhead Bible’ itu disebarkan ahli senior kepada remaja termasuk pelajar sekolah secara sembunyi dalam usaha untuk melebarkan pengaruh.

Antara ajaran kitab itu menggalakkan remaja hidup bebas daripada ikatan undang-undang, mengutamakan hiburan, mengambil minuman keras secara berlebihan, mengenepikan ajaran agama dan mengamalkan seks bebas.

Sementara itu, bekas ahli punk itu turut berkata, selain sebagai bahan bacaan utama mengenai fahaman barat itu, fanzine juga mengandungi pelbagai maklumat semasa mengenai konsert atau `gig’.

Fanzine, katanya, turut menjual pelbagai produk dan aksesori punk.

“Fanzine juga diberi ahli punk senior kepada ahli baru yang ingin `berjinak-jinak’ dengan fahaman punk serta memahami erti perjuangan punk sebenar,” katanya.

______________________


Petikan di atas di"curi" dari laman Harian Metro (http://www.hmetro.com.my).
_____________________________
Dulu Black Metal, tapi yang lain tu takkan nak biarkan je?

0 Comments:

Post a Comment

<< Home