Sunday, August 29, 2004

Salam Kemerdekaan



Masuk kali yang ni kira dah 2 kali Radio 1 nak contact aku sempena Hari Merdeka. Aiseh, aku pun tak tau nak cerita apa. Dah bagitau yang aku ada kelas, dia kata nak buat rakaman la plak. Takpe la, kira bertuah jugak la asik dapat panggilan percuma je dari Malaysia. Tapi last year tak dapat nak wish pun pasal dia sibuk tanya pasal aktiviti. Walhal bukannya ada banyak sangat aktiviti yang kitorang dapat buat sebab musim panas pun dah nak berakhir, masuk musim luruh ni lagi la Milwakee ni sejuk manjang. Sekarang ni pun 14 degree Celcius lagi la, nak men bola sepak pun tak dapek. Buat kejang dada je men waktu sejuk ni. Apa pun, selamat menyambut Hari Merdeka yang ke-47. Hayatilah erti kemerdekaan dan fahamilah batas-batasnya bila kita telah peroleh kebebasan!!

_________________________
Masih banyak lagi perkara yang perlu kita merdekakan di negara kita paling utama sekali kita kena merdekakan pemikiran rakyat supaya lebih terbuka dan bebas!!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home