Sunday, August 08, 2004

Kita Lupa

Teringat plak apa Pakcik aku yang juga Ketua Polis KL kata masa gi umah dia semalam,

"Kita terlupa nak kawal punca masalah yang menular di kalangan generasi muda sekarang. Contoh paling mudah macam techno music yang berkait rapat dengan geleng-geleng kepala tak lain tak bukan menjadi punca penyebaran pil-pil ecstasy."

Sah-sah orang generasi sekarang boleh kata "Kita terlupa..." tu sebab banyak masalah sekarang. Aritu masa aku borak-borak dengan adik aku, kitorang rasa takde masalah kot kalau bukak kedai 24 jam jadik tempat lepak orang muda dari tengok dak-dak ni lepak kat tepi jalan macam kat area Sg Wang (area Bukit Bintang tu) pasal dak-dak kat situ bukan buat pe pun, baik la derang dok kat kedai Mamak tengok bola ke dari dok menung cuci mata tengok orang lalu lalang. Erk?? Ntah le, cuma kitorang macam setuju la pegi tempat lain macam kedai Mamak ke dari dok buang masa kat tepi jalan, nampak sangat macam takde kerja. Tapi, aku balik mesia ni ada satu budaya baru yang dak-dak sekarang suka buat waktu pagi buta, derang skang suka main Futsal. Lepak UIA aritu pun ajak Futsal, dok dengan member UNITEN pun sebut Futsal, macam dah jadik trend baru la plak. Kira okay lagi la dapat eksesaiskan badan. Tapi, aku tak tau la ada jenis suka lepak kedai mamak dan jalan-jalan pagi buta kat KL tak balik ke hostel sampai la pagi, tu aku tak tau la nak kata camne, dah besar masuk universiti dah pun.

Ntah naper, mana pergi tengok dak-dak baya aku (orang muda la kononnya) macam dah takde benda nak buat. Dok mesia kurang-kurang ada la tempat yang bukak 24 jam, tu pasal ada yang pegi main Futsal pagi buta. Kat US, haram nak dapat tempat yang bukak sampai lewat malam. Yang ada hanya pub dan night club, takkan la nak masuk tempat camtu kot, tak sesuai la plak untuk kita orang Islam.

Tak tau la apasal macam orang muda sekarang tercari sesuatu bila dah tak tau nak buat pe. Aku rasa makin besar makin terasa bosannya kalau aku hidup dengan menerima suasana kehidupan sekarang yang jauh sekali dari sinar hidup Islamik. Nak tanak, hidup Islamik memberi makna dalam kehidupan kita dari dok menganga. Kurang-kurang, bila kita ada peluang tengok la Discovery Channel dari dok tengok Akademi Fantasia (AF). Gi umah Bonda Wok semalam, selamba aku tukar Discovery Channel tengok tentang Rural Olympics ada gak pekdah dapat fakta baru. Semua yang tengok pun terpegun ada orang tua 83 tahun boleh menang lumba lari 100 meter, kalah orang yang umur 60 tahun.

Aku rasa kalau kat umah aku ada Astro, kitorang adik beradik suka aaa tengok siaran dokumentari. Kawan aku dok umah pun, kalau aku pegi umah dia memang dia pun suka tengok dokumentari bila bukak Astro. Aku pun tak tau, dari hari mula aku sampai umah pakcik dan makcik aku, asik tengok AF aje, dah la ulangan. Tambah-tambah ada masuk orang tua yang memang 100% aku tak puas hati gila, borak-borak pasal orang tua ni, macam bukti orang tua plak yang galakkan. Tengok makcik-makcik bertudung kat TV3 pnye Sureheboh, hampeh, makcik tu yang terkinja-kinja lebih dari orang muda siap nak tangkap Aznil. Ceh!

____________________________
Ntah la apa nak jadik pun aku tak paham

0 Comments:

Post a Comment

<< Home