Wednesday, July 21, 2004

Salju Musim Panas

Beberapa ketika sewaktu belum pulang ke Mesia dahulu, sempat la menonton episod akhir drama Jepun (j-drama) bertajuk Summer Snow. Disebabkan "kesibukan" yang rata-rata dipenuhi dengan waktu kosong, sempat la mengambil masa untuk menonton citer tu dari mula (download pakai bit-torent la apa lagi). Menarik gak citer dia, citer pasal famili yatim piatu, camne abang long dia jaga adik-adik.

Actually, belum habis lagi tengok cerita tu. Baru je sampai episod 3, ada lagi 8 episod sebab citernya mula sampai habis ada 11 episod je. Rasanya orang kat Mesia dah penah tengok citer nih, cuma kitorang kat US dulu kena la cari sendiri kat internet kalau nak tengok cerita Asia macam Summer Snow ni.

Apa yang menarik pasal j-drama yang aku tengok ni, ada moral value yang memang bagus. Yang aku dapat setakat ni, value of having parents sebab menda ni ada diungkit dalam cerita tu, dah nama pun famili tu yatim piatu takde mak bapak. Pastu, macam mana tengok cara orang muda memegang peranan as a parent yang menjaga dan membesarkan adik-adik dia. Memang cara dia macam tak baper kena la, kata orang macam tak matang la pasal dia pun muda jugak, tapi sikap ambil berat dan tanggungjawab tu tetap ada la. Patut la citer Salju Musim Panas nih menarik sebab ada values yang boleh kita pelajari.

Aku rasa, dari tengok citer Samarinda: Sephia yang takde la bagus mana pun mesejnya, lagi baik tengok citer Jepun Summer Snow ni. Takde la macam citer Sephia yang takde pekdah pun sangat, setakat mengetengahkan cara hidup yang tak sesuai langsung dengan orang Melayu. Ntah la, apa la sangat mesej yang boleh diketengahkan melalui cerita macam Sephia tu? Family values yang ada pun macam hanya sesuai untuk golongan kelas atas je sebab watak-watak yang ada melakonkan suasana hidup orang Melayu yang takde la bagus pun untuk diketengahkan. Cumanya, tak boleh jugak nak kata takde mesej langsung, sebab masing-masing kita dapat menilai sendiri.

Setiap cerita tu ada mesej yang hendak dibawa. Tajuk, isi, plot dan sebagainya yang berkait dengan cerita tersebut ada la tu yang specialnya, cuma up to the audience untuk menilai baik buruk yang ada. Cerita pun sekadar cerita, yang baik atau buruk tu ikut la pada penonton macam mana menapis dan mengaplikasikan dalam realiti hidup masing-masing. Tepuk dada, tanya la diri sendiri...

____________________________________
Hikmah itu walaupun tersembunyi masih boleh dicungkil menggunakan akal....

0 Comments:

Post a Comment

<< Home