Sunday, July 04, 2004

Ukhuwwah

Dari US sampai ke Malaysia, alhamdu liLLAH dapat juga jumpa Bro Hakim dan Bro Fazrul semalam, 2 orang ni senior di US yang sempat kukenal sebelum mereka grad. Sempat la beli ringkasan Pemikiran Sistemik yang Bro Fazrul terbitkan. Sedikit sebanyak terisi juga diri ini dengan beberapa pengisian yang disampaikan oleh Bro Fazrul dan kawan-kawannya. Menarik juga isu yang dibincangkan. Hatta masuk bab penulisan, kat kepala ni hanya terfikir blogging je.

Ukhuwwah punya sebab juga dapat juga setup satu CPU baru. Thanks to my buddy, Pidot. Alhamdu liLLAH, setakat yang dipakai sistem yang dipasang ni memang bagus dan stabil. Trimas bebanyak...

Tapi, konon-konon ukhuwwah, tak tahu jugak aku weekend baru ni ada perjumpaan kawan-kawan KISAS. Mungkin (atau memang) ramai yang tak tahu aku pulang bercuti. Yang mereka ajak kawan-kawan yang balik dari UK, walhal aku yang balik lagi lama dari orang UK tak dijemput. Tapi pelik jugak sebab kurang-kurang Pidot pun tahu, tapi dengarnya gang di UIA yang ajak orang-orang dari UK berkumpul. Takpe la, dah bukan ketentuan Ilahi aku tak dapat menikmati rasa manisnya ukhuwwah ketika berkumpul :)

_________________________________
Teringat kata-kata masa diskusi semalam, "Yakin pada Qadar ketentuan ALLAH inshaALLAH hati rasa tenang akan segala apa yang berlaku." =)

0 Comments:

Post a Comment

<< Home