Saturday, June 19, 2004

At Last

Baru je dapat update album. Letak la sikit beberapa gambar yang ditangkap selama berada kat Mesia sebulan nih. Walaupun sistem yang ada di negara kita tak berapa bagus disebabkan sistem birokrasi yang ada, tapi bila berbual dengan kawan yang pulang bercuti dari Ummul-Qura, Mekah baru la hati ni rasa betapa perlu bersyukur dan bersabar. Berdasarkan cerita sahabat dari Ummul-Qura tu, katanya kat Mekah yang kita kata islamik tu sistemnya lagi la teruk banding dengan Mesia. Katanya, kalau orang tu bangsa Arab Saudi... mak ooii tingginya la hidung dia.

Pikir2, pelik jugak kan? Sebab tu la orang kata Mesia ni negara Islam yang bagus dalam negara-negara Islam kat muka bumi ni pasal sistem yang ada kat tempat kita pun dikatakan yang paling bagus, tapi compare dengan negara non-Muslim hmmmm macam nak mengeluh je rasa sebab orang kafir pun dapat uruskan sistem kehidupan mereka dengan baik. Bila fikir dan renung mengenai sistem ni, memang dah lama aku nampak dari persepsi aku sebagai penuntut bidang ekonomi yang mana kemajuan yang ingin kita bawa dalam memperbaiki kehidupan negara kita dari sudut ekonomi sebenarnya memerlukan suatu perubahan sikap. Nak tanak memang ubah sistem sebab bagi aku, sistem kehidupan yang ada dalam suasana di negara kita ni memainkan peranan dalam membentuk sikap dan cara hidup rakyat di negara kita. Mana taknya sampaikan kita semua dah terbiasa berkata macam ni, "Ko takde cable dalam ke? Kalau ko ada cable, senang la sikit ko nak dapat sain ke nak mintak kes ko dipermudahkan dan dipercepatkan ke dan bla bla bla..." Tak ke macam hampeh je camtu sebab buat aku teringat masa aku pergi JPS (Jabatan Pendidikan Selangor) masa nak minta tandatangan pegawai kelas A untuk meterai kontrak perjanjian dengan JPA. Aku cakap la aku nak jumpa ketua bahagian bla bla bla tapi dia kata susah sikit la dik tapi kalau adik ada sedara-mara ke senang la. Berapi je dengar, kalau nak kata itu satu prosedur aku takleh kata apa la sebab orang kita memang dungu sikit sebab kerja skima ikut prosedur, kalau bos kata buat A dia buat A je tak pernah nak pikir untuk buat B kalau A tak boleh ataupun kalau A dah siap.

Perubahan sistem hidup membawa kepada perubahan sikap dan cara hidup. Ni la yang terhasil dari rasa sabar aku meneliti sistem kat Mesia yang rata-rata slow sebabkan wujudnya sistem birokrasi. Sampai tadi kat Buletin Utama buat survey, ramai yang SMS (iaitu 96%) mengatakan setuju yang sistem kat negara kita masih banyak mengamalkan birokrasi (bagi aku yang 4% tu tak tau la apa jenis orang la agaknye). Tapi, aku sedar perubahan sistem yang ada ni takkan berlaku dalam sekelip mata, tambah-tambah suara golongan muda kat negara kita macam agak sukar untuk didendangkan sebagai perhatian ramai. Ianya menuntut kepada kesatupaduan hati dan matlamat semua rakyat (kaum) di negara kita yang aku nampak cara yang berkesan dengan inisiatif pemimpin kita sendiri. Nak je aku cadang kat negara kita ni supaya bukak satu saluran supaya suara anak muda juga dipertimbangkan, ini idak asik kita je la kena ikut kata generasi sekarang... jawapannya tetap sama, "masa kamu nanti akan tiba juga sebab kamu kan generasi akan datang.." Cet!! Pooodah..

Akhirnya renungkanlah, firman ALLAH yang mana kita semua maklum bahawa ianya satu fakta yang jelas. Firman ALLAH mengatakan perubahan itu memerlukan tindakan kaum (kelompok) itu sendiri untuk merubah apa yang ada pada mereka. Kalau aku seorang diri nak bawa perubahan tapi semua orang tanak, mesti tak lepas la. Jelasnya usaha nak memperbaiki ni memerlukan tindakan semua pihak. Yang susahnya, bukan setakat nak tegur pemimpin negara kita, tapi secara umumnya nak tegur generasi tua yang katanya ini zaman mereka tu la yang susahnya. Apakan daya kita generasi muda? Kata teman baik aku, salurkan pendapat melalui forum atau surat kiriman pembaca macam dalam forum-forum kat akhbar. Aku setuju, cuma bila fikir balik takkan macam tu je?

Apa pun, aku hanya berpesan dan dipesan kepada diriku agar bersabar sebab semua sedara-mara yang pulang dari oversea kata memang kena ikut gak sebab kita nak ubah takleh nanti lama-lama lali la dengan apa yang ada, tapi aku still tak puas hati sebab patutnya bukan kita angguk tapi kita kena geleng biar orang lain pun perasan. Terdetik jugak dalam hati, "Eh, bukan pemimpin kita pun pernah dok kat oversea ke? Tapi kenapa takde usaha yang baik untuk membawa nilai murni dalam sistem yang ada di tempat orang untuk diasimilasikan dalam sistem di tempat sendiri?? Ke sebab apa yang ada ni lebih senang untuk mereka cucuk hidung dan tarik je rakyat ke mana hala tuju yang mereka mahu?" Aku tak kata sape-sape secara jelas sebab aku nak orang lain pun rasa masih banyak yang boleh kita lakukan untuk memperbaiki sistem yang ada di tempat kita untuk memajukan lagi kehidupan rakyat kita seluruhnya :) Aku cakap atas dasar aku cintakan negaraku (macam ye je huhu)...
__________________________
Hai...sabarnya aku, 2 minggu mohon streamyx sampai dah berkali aku pergi kedai telekom dan memaki helpline baru la aku dapat... takkan nak kena cakap English kot baru nak dapat layanan yang baik? Tu la mentaliti melayu... aku cakap BI, dia pun cakap BI tapi nak tergelak aku bila dia macam terkial-kial nak sebut satu perkataan BI tu... sabar je aku menanti dia dapat melepaskan dirinya dari terbelit lidah :) Macam tu la agaknya sabar orang putih mendengar kita terbelit lidah ;p

0 Comments:

Post a Comment

<< Home