Saturday, May 08, 2004

Waking Up

Bangun pagi, hampir lupa baca doa, ish lupa bersyukur... astaghfiruLLAH. Bangun je carik paparan pada 'atas riba' (laptop eheh bukan mimpi ;p). Saje lawat-lawat blog kengkawan. Komen sini sket, komen sana sikit, kacau senior jap, balik semula ke blog sendiri. Tapi, ceh tak best, macam takde kerja lain. Tapi menarik semua blog kengkawan, tu yang tertarik hati nak kongsi idea dan pengalaman. Tak pedulik la orang kata apa, yang pasti I'll do what I wanna do as long as menda tu tak salah, kalau salah tegur la diri ini!!! Jangan segan, tegur je, trimas (TQ ikut Gempak) syukran wa jazaakumuLLAH pada yang sudi menegur, I appreciate all the concerns.

Argh, tak suka betul bilik ni kalau heater kuat sangat, nanti mata ni jadik kuyu dan merah (bukan gatal ye) nanti akan rasa mengantuk. Panas pun mengantuk? Aiwah! Pasal panas kat sini adalah satu nikmat bila mana dah sejuk selalu. Tapi ada orang yang dok tempat panas, dia nak sejuk. Tapi apa pun, bersyukurlah orang kat mesia bebas buat aktiviti sebab cuaca yang selalu cerah, sini dok sejuk takleh nak buat aktiviti luar sangat, kalau eksesais pun semua indoor, nak outdoor bukan tak nak, tapi dah cuba pancit awal! eheh... tu yang kena kutuk dengan adik semalam.

Haha, semalam dia sedih tak dapat nak tinggi lagi. Dia kata takpe la biar la abang yang pertama lagi tinggi, pastu dia kata adik yang form 1 (sekarang tahfiz) tu dah hampir tinggi sama dengan dia. Baru tingkatan 1 dah dekat 170 cm? What the heck! Takpe la, kena enjoy sementara jadik orang nombor 2 paling tinggi dalam famili (lepas abah). Aiseh, apa ada pada ketinggian? Senang nak amik barang kat atas lemari, alhamdu liLLAH, that's a gift :) tapi jadi satu ujian kalau kena pegi kat tempat sempit, tak suka dok tempat sempit especially tempat yang crowded tu sebab tak suka nak gi konsert (tapi dalam hati nak jugak cuba pegi, Summer kali ni katanya ada Metallica, Britney Spears?, etc. haram jadah pe nak gi konsert! dengar kawan citer je cukup la, terkena 'simbahan' air kencing setan tu time tengah beresak tu, nak ke? Ptuih!!! Benci air kencing setan!!).

Apa aku cerita ni? Blurrr... apasal budak-budak ni tak bangun, nanti lambat la nak gi shopping... waaarrghh!! Bangun la korang weih, malas aku nak kejut. Aku tido lambat gak, tido 4-5 jam je udah la, bakpe tido lelebih!! Makan la vitamin B kompleks, baru la energetic sket (warning: Semua kekuatan dari ALLAH). Baik aku gi siap dulu, kemas bilik, lipat toto 'beg tido' aku, orang takde katil la katakan (best pe tido bawah!).

Esok lusa nak kemas beg plak. Pastu nak kena gi bank, pastu nak gi li barang lagik, nak itu nak ini warghh mana masa nak baca buku. Nak baca buku!! Tak minat? Adeih!! (semalam kena ketuk kat abah melalui talipon). "Minat tak minat tak jadik hal, masalahnya tak letakkan challenge diri sendiri. Dulu dah nasihat suh amik sains tanak, asik kata tak minat je. Sekarang ni kata Ekonomi pulak susah. Minat tu boleh dibina." Adeih! Sakit-sakit. Mana ada tak minat, minat je. Tak susah pun! Mana ada susah, cuma... eheh ada gak nak bagi alasan tu. Pasal diri ni ha, nak kena ketuk lagik! Betul la kata abah, akui je la Moeh! Ye la, akui la nih! Memang tak letakkan cabaran dah lama dah, konon-konon cuba buat sesuatu dengan niat yang bersih, walhal bagi sebab nak relaks nak jadi pemalas. Ceh, ape da Moeh!! "Tapi abah, macam tak sempat je nak amik lagi satu bahse." "Kena cuba la, maintain your arabic language and try to learn one more language sebelum balik semula ke Malaysia (for good)." Nak kena cabar diri la plak amik bahasa baru.

_________________________
Okay nak siap... jom shopping!!!>

0 Comments:

Post a Comment

<< Home