Monday, May 10, 2004

The Passion

Semalam tengok citer The Passion of Christ. Pnye la bosan semalam sambil-sambil kemas bilik, spent time berehat sambil menonton citer yang kononnya cukup ganas, memang ganas pun tentera Rom yang tak berperikenabian langsung huhu. Ada beberapa isu yang nak kongsi sama, mungkin ada yang tak tahu.

1- I AM
Mesti ada yang tak perasan sangat kenapa dia capilatizekan terjemahan I AM tu. Tahu tak kenapa? Sebab ianya adalah sacred saying, berikut adalah petikan dari Exodus,

···Ex 3:14 (Chapter 3 Verse 14)
······--- God said to Moses, " I AM WHO I AM"; and He said, "Thus you shall say to the sons of Israel, 'I AM has sent me to you.' "


Sebab tu la maksudnya ditaip dalam huruf besar. Mesti ramai yang tak perasan kan?

2- Mary Magdalene
Kan ada sorang pempuan tu asik bersama Mary je. Tu la Mary Magdalene, dikatakan salah seorang dari 12 pengikut setia Nabi Isa. Kan ada flashback masa dia lap darah tu, haa masa tu kira dia kena hukum rejam la tu, tapi dia diselamatkan. Kenapa dia kena hukum rejam (baling batu)? Pasal dia dulu pelacur.

3- Setan
Perasan tak perasan masa Jesus (dalam citer tu la) merayu kat Tuhan yang dia kata "Let your will be accomplished not mine," kurang lebih macam tu la. Kan kat situ ada sorang laki kata takleh nak tebus dosa manusia sebab orang Kristian kan percaya pasal Original Sin yang diwarisi sebab Adam and Eve buat salah masa di syurga dahulu. Tu bukan ahli sihir tu, tu setan. Setan tu kata dosa manusia tak dapat ditebus, dia kata tiada manusia dapat tanggung semua dosa tu. Tapi yang lawak tu masa kena seksa tu ada patut dia bawak baby muka macam orang besar tu, seram sejuk juga senyuman bayi tu kan? Senyuman setan tuh.

Bila nafas akhir dihembuskan, ada tunjuk gambar setan tu jerit. Pasal apa? Guess what?

4- 3 Days
Pasal apa, tau tak? Pasalnya Jesus kena mati. Dengan cara dia mati tu la will of the Father dapat dilaksanakan. Sebab Jesus the Son dihantar ke dunia untuk menunaikan the Father's will untuk menyelamatkan human race. Tau kenapa 3 hari? 3 hari tu, Jesus masuk neraka lepas tu dia akan kalahkan setan. Logiknya apa? Pasal kan derang percaya tiada siapa dapat tanggung dosa umat manusia yang mewarisi dosa Original Sin sebab dikatakan ada gap (jurang) antara manusia dengan Tuhan. Untuk rapatkan jurang tu la kena wujudnya divine man yang merupakan Tuhan dan manusia dalam satu jasad (sungguh tidak logik dan mengarut sama sekali). Jadinya, bila turun ke neraka, setan ingat dia manusia biasa la, jadi setan pun seksa la Jesus yang tak patut diseksa sebab dia kan tuhan (ikut kata Kristian la). Jadinya, kuasa setan menyeksa manusia kat neraka ditarik sebab dia dah salahgunakan kuasa (zalim) sebab seksa the divine man. Jadinya macam tu la cara nak kalahkan setan, logik sungguh kan? Macam citer dongeng, tunggang kuda bawak pedang pegi pancung pontianak, ni la kepercayaan putar belit derang.

Lepas tu, dalam 3 hari tu la Jesus pun menjalankan tanggungjawabnya di neraka dengan menyampaikan mesej dan ajaran kepada manusia di neraka. Oleh yang demikian, dapatlah diselamatkan umat manusia dari dahulu (sebelum Jesus) sampailah sekarang (kalau lepas Jesus kena ikut "the Helper" yang ada disebut dalam citer The Passion, atau dalam kata lain "The Helper" tu derang percaya adalah Holy Spirit a.k.a. Holy Ghost -jelmaan Tuhan yang ke-3 selepas the Father and the Son). Lepas 3 hari tu, Jesus pun dihidupkan dan dibangkitkan (resurrected). Sebab tu akhir cerita tu ada tunjuk dihidupkan balik, siap nampak tangan berlubang tu huhu. Tapi kita orang Islam, mana ada mati sama sekali, bahkan diangkat terus naik ke langit.

Kalau dulu ada tengok katun plastesin kat TV tahun lepas, dia tunjuk la Jesus pergi jumpa kaum dia lepas dibangkitkan, lepas tu baru la diangkat ke langit, tapi Mel Gibson mungkin rasa tanak panjang lebar takut mengarut sangat, agak je la hehe padahal citer dah panjang sangat. Maka dengan itu, derang ni percaya yang Jesus diangkat ke langit bersama dengan orang yang dia selamatkan di neraka. Kalau dengar cerita derang ni memang sedap dibuat tidur, dan akhirnya putera mahkota tu berjaya mengalahkan pontianak dan dilantik menjadi raja di kerajaan Sinarputra Joko Setia, huhu... tapi ntah kenapa kalau pegi kelas dengar citer derang ni buat cuak je, tu sebab kena istisyhad balik bila dah kuar kelas.

5- Last Supper
Dalam citer tu ada la ditunjuk sket flashback masa derang dengar ucapan terakhir masa santapan terakhir, yang derang makan roti dan minum wine tu. Jom tengok apa ada dalam Bible:

Mark 14:24 (Chapter 14 verse 24)
···---And He said to them, "This is My blood R493 of the covenant, R494 which is poured out for many.


6- The Shepherd
Kalau baca kat ayat 24 chapter 24 in Mark tu, kan dia sebut ...for many. Haa kat situ ada konsep gak sebenarnya yang derang bincangkan. Kiranya hubungan antara Tuhan dan manusia. Satu kepada banyak (One for many). Memang la Tuhan tu satu, tapi disamakan juga Tuhan dalam rupa manusia iaitu Jesus adalah seperti pengembala kambing yang membimbing kambing-kambingnya yang sesat pulang ke tempat asal (kingdom of God in heaven). Pasal manusia ni ibarat kambing yang sesat bila mana dah tak dapat nak cari jalan pulang sendiri, kan sebab dah takleh nak tebus sendiri dosa sebab tu la takkan jumpa syurga sampai bila-bila. Jadinya pengembala ni kena la jadi penyuluh jalan.

Banyak lagi analogy lain yang digunakan. "The Word, The Truth, The Life (yang ni memang ada disebut dalam cerita tu) selain dari the Shepherd. Kalau kalian baca Bible, memang penuh dengan analogy dan kata kiasan. Bila derang sebut the Word, derang akan hurai yang kalimah Tuhan itu wujud sebelum kewujudan manusia dan alam itu sendiri. Sebab kalau bukak je Bible baca awal sekali je terus citer pasal penciptaan alam. Hatta dalam bab penciptaan alam sendiri je dah ada percanggahan, tapi ntah kenapa derang still nak berpegang dengan Bible yang mengelirukan. Kenapa pulak wujud kalimah Tuhan dulu sebelum alam? Kalau kita dalam Islam percaya, bila ALLAH firman "Kun (Jadilah)," maka jadilah. Dari situ jugak derang argue yang kalimah 'kun' yang Tuhan sebut tu sendiri dan buktikan kalimah Tuhan tu wujud dulu baru la ciptaan tu wujud. Jadinya derang claim la Jesus tu wujud dulu dari alam semesta sebab dia adalah the Word yang kemudiannya incarnated ke dalam satu jasad manusia melalui kelahiran suci tanpa bapa. Dan kat situ gak derang claim yang God the Father cipta manusia melalui Jesus (the Son). Paham tak macam mana? Pasalnya, sah-sahla guna kalimah Tuhan bila Tuhan kata 'kun', sebab tu la derang pun kata sebab Tuhan guna kalimah Tuhan, maka Tuhan guna Jesus la. Sekali lagi derang buat cerita budak-budak. Jangan tidur pulak ye baca apa yang aku kongsi nih ;p

7- Salib
Bagi derang, salib ni lambang cinta Jesus pada umat manusia sebab tu la bagi derang salib tu begitu sacred. Kalau tengok dalam citer tu pun, punya la Jesus dipaksa dengan susah payah mengangkat cross yang bapak besar dari dia sendiri. Memang kijam itu tentera tu.

8- Crucifixion
Hukuman paling hina pada zaman tu (Roman Empire).

9- High Priest
Para paderi besar Yahudi ni takut benar pada Jesus walaupun derang claim Jesus tu nabi (prophet). Tapi, kalau korang perasan la dulu Kristian ni dikatakan sesat oleh orang Yahudi sampai orang Kristian diseksa oleh Yahudi. Tapi, sekarang realiti itu berbeda, kerna kita umat Islam pula diseksa. Ntah macam mana kalau ikut history Yahudi dan Nasrani gocoh sesama derang, tapi sekarang sungguh berbeda. Kalau ungkit kat Kristian, sure nanti orang kata ko ni anti-Semitic (orang yang bersikap hostility toward or discrimination against Jews as a religious, ethnic, or racial group). Lantak la kita dikatakan macam tu sekali pun. Sampai ada term sendiri tu, abisnya kalau anti-Islam nak kata apa? Anti-Terrorist?? :(

10- The Helper
Dah sebut dah tadi, ni adalah jelmaan ketiga Tuhan ikut kepercayaan derang orang Kristian. Kalau siapa tak kena baptized, dia tak terima Holy Spirit, jadinya dia takkan dapat ada hubungan dengan Jesus sebab Jesus dah kata yang penyelamat tu akan datang memandu jalan (sama macam analogi shepherd memandu kambingnya tadi ataupun sama dengan cahaya yang menyuluhkan jalan ke kerajaan Tuhan). Jadinya, siapa yang dah dibasuh dengan air Holy Water, maka dia kira suci dari dosa. Kita plak mana la nak percaya dengan konsep Original Sin. Kita percaya setiap iindividu tanggung dosanya sendiri (Rujuk Quran: Surah ke-: al-An'am ayat 164, Surah ke-17 al-Isra' ayat 15, Surah 35 Fatir ayat 18, Surah ke-39 az-Zumar ayat 7, dan surah ke-53 ayat 38... ada 5 semuanya).

____________________________________
Tulis ni macam buat assignment la plak.. huhu