Sunday, June 20, 2004

Sistem dan Etika... Bersabarlah

Again, it's about system. Entah kenapa asik terfikir pasal sistem dan etika. For me, etika berkait rapat dengan sistem sebab sistem kehidupan yang ada menentukan etika dan gaya hidup manusia yang berada di bawah sesuatu sistem. For sure the best system is Minhaj ALLAH (sistem ALLAH). Disebabkan sistem yang ada kebanyakan hari ini tidak mengikut sistem yang terbaik sebab tu la masih ada kekurangan.

Pagi tadi, semasa menunggu giliran dalam barisan untuk bayar tol, terdapat la beberapa buah kereta yang kalau ikut ayah aku ialah 'orang pekak' sebab dia buat selamba dia je walhal dah jelas-jelas orang lain semua boleh bersabar dan menunggu giliran. Kereta yang dipandu oleh 'orang pekak' ni dia tak boleh bersabar. Tu yang buatkan aku nak bukak tingkap buat-buat nak meludah, kalau terkena kereta 'orang pekak' ni bagus jugak (tapi dalam hati sendiri je la). Aku bukan apa, kita hidup bersistem, kalau tak bersistem tu yang orang lain nak maki hakum tu. Okay, dia pun ada perkara nak cepat, tapi kenapa other drivers can be patient at that moment. Aku tak tau la, selalu aku nak ungkit kalau aku ada kat tempat orang kafir di US sana, nak je aku langgar. Tapi memang aku tak kasi dia masuk pnye la, sape nak masuk depan aku nanti aku cucuk, kalau dia dapat masuk jugak memang 'pekak' sungguh la tu.

Semalam masa aku mandu pun camtu gak, aku nak kuar dari round-a-bout pastu masuk je kat jalan boleh satu motor ni pi celah-celah dan pergi seberang depan aku nak masuk balik ke dalam round-a-bout. Alhamdu liLLAH sempat aku menekan brek, kalau tak alamat la motor ko tu kemek mat motor 'pekak' hoii!! Bengang gak aku, bukan sebab apa pasal mamat tu dah silap jalan sedap-sedap dia je nak pi patah balik, aku tau la ko tu bawak motor. Tambah bengangnya bila mat motor tu pandang belakang tengok kejayaan dia melepasi ruang sempit di hadapan aku, pastu dia sengih kambing... Sabar dan sabar yang aku leh kata kat diri aku, ikut hati memang aku dah langgar dah tapi nanti kang kena pi baiki plak mana yang calar mana yang kemek, tu yang malas tu. Takpe la mat motor, ini hari ko boleh sengih, esok-esok tengok la ko sengih ke atau ko ko 'nangih'.. Tu la dia sikap orang tak pandai ikut sistem... Orang berjalan ada sistem. Mat-mat motor ni ikut sedap dia je buat sistem sendiri.

Okay fine... Aku paham motorcyclists ni kata bahaya kalau tak pandai celah-celah sebab mau sangkut. Memang aku sedar sejak aku penah naik motor dengan kawan aku sebelum ni, memang aku selalu aware la kepada motor-motor ni. Kalau jam memang aku kasi ruang untuk motor lalu, tapi kalau kereta pun nak lalu jgak, sori la... aku suka buat pekak je kalau kereta nak lalu. Cuma aku mat motor ni, ikut la sistem supaya bukan setakat ko je selamat, orang lain yang pakai jalan pun lega dan senang hati nak mandu. Tadi masa aku nak balik umah pun, jalan yang bukan untuk U-turn pun boleh digunapakai oleh mat motor untuk buat U-turn. Aku tak kesah la, tapi kalau aku terlanggar tu aku minta mahap la ye, pasal sistem yang baik ko nak potong-potong plak. Masa nak masuk simpang umah, ada makcik ni ntah camne dia bawak boleh dia nak 'makan' jalan aku. Kalau sikit takpe, ni macam dia ingat jalan dia plak, akuuu jugak yang kena ngelak. Hish, tak pueh ati betul...

Ingat lagi masa bawak balik dari kampung aritu (from Pahang to KL), ada la sebijik bas ekspres ni suka sangat 'cucuk'. Memang bengang jugak la, aku slow down sikit-sikit (kalau banyak-banyak mau dilanggar dek bas tu buat penaya plak aku nanti tambah-tambah bukan kereta aku). Haa, bas ekspres ni punya pemandu pun jenis orang pekak, dia ingat dia je nak cepat. Pastu sedap dia je nak 'sesondol'... Pas je pecut aku, dia pegi 'sondol' plak keta depan yang adik aku bawak. Habis la aku hangin, siap aku suh adik aku amik nombor plat bas tu pakai digital camera tapi tak sempat sebab bas tu dah pecut awal-awal. Nak je aku pi repot, pedulik la orang kata aku kaki repot, masalahnya bukan dia tak ikut sistem ke apa tapi dia membahayakan keselamatan pemandu lain. Sekarang ni kan dah ada talian untuk buat aduan, siap ada SMS tu untuk buat aduan pemandu yang 'weng' macam driver bas ekspres tuh. Hai, apa la nak jadi, uji kesabaran sungguh setiap kali aku memandu. Time aku senang hati memandu, mesti ada orang nak buat aku hangin. Sabar Muizz sabar... patient is the best medicine =)

Tapi entah kenapa, sistem dan etika mesti bermain dalam fikiran. Sistem jalanraya dan etika memandu di Mesia ni tak macam di US. Kalau kat US, bila lampu merah kereta yang nak ke kanan boleh selit-selit je masuk unless stated 'NO RIGHT TURN ON RED', kalau dah stated macam tu baru la takleh main selit-selit. Analogi untuk pemanduan di Mesia, kalau lampu merah kiranya boleh pusing ke kiri la (sebab Mesia kan mandu belah kanan). Jadinya takde la sampai nak tunggu lampu merah baru kereta yang nak ke kiri baru boleh gerak, ikut hati nak je aku buat cam kat US main masuk je without waiting for the traffic light turning green sebab rasanya sistem macam tu lebih cepat.

Tu la dia bezanya, terasa tu tak terasa sangat sebab beza setakat driver's seat belah kiri (kat US) atau belah kanan (kat Mesia). Beza kedudukan seat tu jugak la buat aku kantoi hari ni haha kenapa? Pasal hari ni 2 kali aku tersilap, memula masa pagi tadi lepas isi minyak je aku pegi seat belah kiri untuk co-pilot... aiseh, malu punya pasal buat-buat nak cari barang, padahal sah-sah dah tersilap haha. Pastu masa nak pergi JPJ tadi pun sama, aku kuar rumah je aku ingat nak gi masuk belah kiri gak, haha aku lalok lagik sampai ada yang kata aku mimpi aku kat US sekarang ni, walhal aku dah kat Mesia haha. Masa the first day aku balik Mesia aritu, malam tu je aku dah memandu. Punya la aku kata aku takkan konfius, adik aku yang folo sama saja buat bodo bila tengok aku pandu atas jalan belah kanan. Cheh, aku sendiri yang perasan dan dia kata saja je pasal takde kereta. Aiseh, terkantoi depan adik aku sendiri. Takpe-takpe, masa tu memang loklak lagik haha... malu-malu... (aku citer ni memalukan diri sendiri lagi ;p)....

Apa pun, nak tanak aku kena banyak bersabar dengan sistem yang ada... Tapi, kalau la ada cara nak perbaiki, kenapa tidak kita perbaiki, tak gitu? Having a better system creates a better life. Even kalau kita hidup bersistem, orang akan nampak kita mempunyai etika hidup yang baik. Kita pun buat kerja senang hati, orang lain pun akan puas hati tanpa ada rasa tak puas hati atau kena bersabar dengan tindakan kita. Sabar, sabar dan sabar, inshaALLAH ada la masanya nanti untuk memperbaiki sistem yang ada... sebab tu la kita kena tegakkan manhaj (sistem) ALLAH, inshaALLAH ianya terjamin lebih puas hati.

______________________________
Cara maju: Perbaiki sistem yang mencorakkan etika dan gaya hidup kita, cara ni inshaALLAH applicable whether for individual or society.
Fikir pasal sistem ni memang teringat pada buku Bro. Fazrul yang menyeru kepada 'Fikiran Sistemik' supaya kita mempunyai fikiran dan hidup yang bersistem.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home