Thursday, July 01, 2004

Hidup Yang Kita Cari/Mahu

Aku resah melihat keadaan sekarang macam dah tak selamat. Punya la orang asing claim negara kita selamat dan aman. Tapi, bila tinggal kat dalam rasa resah gelisah. Hidup rasa tak aman. Kenapa begitu yang kurasa, tak sama pun dengan dakwaan orang asing? Kurasakan orang di negara kita sendiri pun rasa tak aman dan tenteram melihatkan suasana keselamatan hari ini.

Tadi aku baca komen seorang sahabat, katanya ini disebabkan kegagalan sistem pemerintahan yang tidak membelanjakan pendapatan negara dengan cara yang betul. Sekadar megah kerana kita punya material yang gah. Apa yang kita dapat? Hanya bongkak dan sombong, tapi selak-selak kawasan pedalaman, rupanya masih ada kawasan di negara kita yang nak ke hospital pun mengambil masa kurang lebih 2 hari, orang nak bersalin hantar ke hospital pun tak sempat... jawapnya berbidan di tengah perjalanan. MERCY Malaysia sendiri hantar pasukan beri bantuan kesihatan kat kawasan di Sabah tu dengan kerjasama TLDM, hatta Malajah 3 siaran TV3 pun dah siarkan rakaman dokumentari sebegitu. Betul kata Tok aku tempoh hari ketika ziarah rumah Tok 2 hari lepas. Kata Tok, "Kera di hutan diberi makan, anak di rumah ditinggalkan," merujuk kepada sikap orang kita yang semangat bantu saudara di tempat lain di luar sana hingga lupa di tempat sendiri (dalam negara). Apakah pemimpin kita sendiri tak nampak akan hakikat sebegini?

Kalau orang tanya apa solusi perkara ini? Jawapnya, "Aku ingin hidup aman dan sejahtera (salam) yang dapat menggantikan hidup resah gelisah." Ringkas kata, hidup sejahtera itu adalah hidup Islam yang aman dan tenteram.

Islam = Sejahtera

Kenapa tiada sejahtera yang sebenarnya? Sebab tiada aplikasi sistem Islam yang penuh dalam hidup hari ini. Islam yang ada sekadar pilih mana suka mana yang sedap je... jadinya persamaan di atas (Islam = Sejahtera) tidak lengkap.
________________________________
Kita tiada hidup sejahtera sebab kita bukan hidup dalam Islam (sejahtera) yang sejati

0 Comments:

Post a Comment

<< Home