Friday, July 09, 2004

Dimension

Berkongsi sedikit idea bersama penulis Systemic Thinking tempoh hari semasa mendengar ucapan beliau (Bro Fazrul) tentang isu penulisan. Menarik juga bila mana dapat membuka minda dan pemikiran kita melihat sesuatu perkara atau isu dari perspektif pandangan yang berbeza dan pelbagai. Contoh, melihat keterkaitan sifat manusia seperti pelajar yang mana kita boleh kaitkan dari dimensi (perspektif) latar belakang, sejarah pendidikan, asal usul, taraf hidup, cita-cita, bangsa dan juga penilaian gabungan juga dapat dilakukan iaitu menilai seseorang dari sudut latar belakang, cita-cita dan bangsa keturunan. Kalau difikirkan sudut 360 darjah mempunya 300 dan 60 sudut yang berbeza beza, tapi sebenarnya itu baru 2 dimensi, cuba fikir dari sudut penglihatan 360 yang ada pada sfera (3-D perspektif). Ntah ada berapa banyak sudut yang kita dapat tengok, ada 360 sudut utara selatan dan 360 sudut timur barat, banyak tuh... combination of 90 N 90 E baru satu, banyak lagik tu...

Tu la betapa otak manusia ni sebenarnya boleh je buat macam tu. Cuma kata Bro Fazrul, antara nak dan tanak iaitu ada hati atau takde hati dalam istilah melayunya. Dalam istilah yang dah biasa dengar, ada niat atau takde niat je untuk buat atau tidak :)

InshaALLAH, sama-sama kita teroka minda kita untuk berlatih melihat dari pelbagai sudut yang berbeza. Pandangan landskap ke, pandagan luaran ke, pandangan dalam ke, sebagai seorang pelajar ke, sebagai seorang Muslim ke, sebagai seorang ibu ke bapa ke dan whatsoever perspektif lah :p

______________________________
Akal adalah seindah nikmat pemberian Tuhan yang memuliakan kita sang manusia pelupa

0 Comments:

Post a Comment

<< Home