Tuesday, July 06, 2004

Butakah Hati?

Kes perbicaraan memang dah habis, tapi kenapa orang yang mengaku telah melakukan zina tidak dikenakan tindakan? Orang lain cuma ingat dia orang baik sebab tak membunuh, tapi dia berzina tak salah pula. Satu sumber pula kata yang ayahnya mengaku anaknya melakukan dosa zina tapi ianya bukan satu dosa besar... apa nak jadi? Dosa zina bukan dosa besar?

Penyakit masyarakat dah makin teruk. Sistem kehidupan gagal membentuk etika yang baik. Takkan nak sampai ke tahap jatuhnya moraliti masyarakat seperti di negara kuffar yang melakukan hubungan terkutuk sesama adik-beradik.

Butakah hati? Sebegini jelas ujian Tuhan ke atas umat Islam di negara kita hinggakan sistem perundangan bagaikan lumpuh kerna tidak mampu mendakwa si penzina.... Seramnya memikirkan kegagalan masyarakat kita yang bagaikan bangga melihat si penzina berjaya dibebaskan dari tuduhan walhal aib salah laku zinanya telah pun diakuinya terang-terangan... apa nak jadi sekarang ni???

______________________________
Kalau begini realiti hari ini, macam mana pula hakikat dan kenyataan di masa mendatang? Takutnya la memikirkan...
Na'uuzubiLLAH, janganlah kita terjebak sama dan dihukum dengan bala dari Tuhan kerana diam tanpa melakukan apa-apa itu ibarat tanda redha (merestui)...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home