Sunday, July 25, 2004

Small Gath

Pergi ke perjumpaan kecilan bersama kawan-kawan batch KISAS 2000. Makan-makan kat Food Court di KL Sentral. Ramai juga yang hadir, dapat juga la mendengar berita tentang kawan yang hadir juga yang tak hadir. Tak semua yang tahu pasal perjumpaan ni sebab tak dihebahkan sangat. Siapa yang tahu, mereka la yang datang tadi. Dapat jugak la jumpa lagi sorang Muiez. Pergi ke Low Yat dengan Muiez masa yang lain pergi ke Times Square. Alhamdu liLLAH, dapat juga beli webcam untuk rumah, Logitech macam Etake pnye cuma rasanya takde la secanggih yang Etake beli.

Lepas tu masa jalan balik dah sampai ke stesen bas, kebetulan ada seorang makcik ni dari Kota Bharu katanya, dia tak tau nak cari bas ke Kajang. Aku pun, tolong la tanya orang pasal aku pun tak tau sangat nak pegi ke mana, cuma aku boleh agak je la kat mana nak amik bas. Pastu ntah nape bila aku cakap dengan makcik tu nak terkeluar jugak la eksen timuran aku nih walaupun aku takde la pandai pun kecek timur haha. Cuma buat la sket slang timur tu. Makcik tu pun rasa cam cuak kot, sampai dia dah tak berani nak jalan cari jalan sorang diri, dia pun minta tolong aku guide die ke tempat yang patutnya dia pergi. Jalan punya jalan makcik ni kata dia tau mana nak tunggu cuma tak tau mana nak cari tempatnya. Pastu aku pun bawak la makcik tu pergi kat area belakang CM dekat McD tu, terus makcik tu kata dia dah cam dah tempat tu sebab dia kata pening gak bila orang kata nak ke Kajang ditunjuknya ke stesen bas untuk ke Klang. Aku pun cakap kat makcik tu, orang lain ingat makcik tu nak ke Klang, bunyi pun seakan Kajang haha. Sempat la aku pesan kat makcik tu, "Hati2 ye, makcik." Aku pun blah cepat sebab takut lambat dapat bas sebab dah agak letih berjalan.

Masa nak naik bas tu plak jumpa balik member KISAS yang kebetulan nak balik ke UiTM. Katanya emergency sebab mak dia dah masuk ke HUKL, harapnya cepat sembuh. Aku naik bas je, memang lelap la aku walaupun takde la nyenyak pun tup mata dalam bas. Tapi dah nama pun letih, habis je mesej member jap aku pun tup mata rehat puas2. Masa turun kat Kompleks PKNS, pelik member aku jauhnya turun. Takpe, aku jalan sebab aku pun dah jarang sangat eksesais nih. Pastu, aku buat bodo je la amik gambar macam aku ni pelancong. Walaupun ada gak rasa malu, tapi selamba. Aku amik gambar Syed Bistro sebab aku nak tunjuk kat member US yang tak balik Shah Alam. Tapi, aku rasa tak perlu malu pun sebab aku bukan nak amik gambar orang pun, dan dengan selambanya aku amik gambar.

Maka selesailah aktiviti aku hari ni sebab lain takde apa sangat yang aku buat. Cuma hari ni aku ter"ketuk" dengan galakan teman aku untuk teruskan bacaan Quran. Katanya dia dah khatam dah, aku bila lagi? Aiseh, patut dok umah ni boleh banyakkan lagi amal. Kena usaha kuat lagi ni baca Quran, cuti pun dah tinggal berapa sangat je ni. Dah dekat bulan Ogos dah pun. Kata teman aku jugak, "Masa berlalu pantas." Banyak perkara dah dilalui dalam 2 bulan ni walaupun kebanyakannya tak seperti yang aku rancang. Kira okay la apa yang berlaku dalam tempoh 2 bulan yang lalu. Alhamdu liLLAH, balik kali ni memang menarik walaupun adakala rasa tak sengaja "mengosongkan" diri dari buat apa-apa kerja. Kurang2 hari2 boleh tolong basuh pinggan, kerja best tu haha.

Takat ini dahulu. Buat teman yang jauh, teruskan usaha. Moga berjaya hendaknya :)

___________________________________
Masa itu pedang, kalau kita tak potong, dia yang potong kita...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home