Tuesday, August 24, 2004

Hidup Macam Biasa

Alhamdu liLLAH, semalam semua orang dah pulang kembali ke Milwaukee. What a relief knowing Ime selamat sampai ke Milwaukee sebab he was the one yang terputus hubungan semalam. Yang lain mostly sampai di O'Hare International Airport kat Chicago. Pnye la ikut Abang Wan dari belakang, ingatkan bawak 65-70 mph je alih-alih dia tekan gak sampai 75 mph, cuak gak takut kena saman je. Dah la bawak semalam coins langsung takde sampai kat tol dah jadik payah pasal takde plak yang manual lane terkial-kial aku sorang diri dalam keta carik coin alhamdu liLLAH jumpa jgak. First time gak la drive sorang agak jauh dalam 90 batu dalam satu malam sebab nak gi O'Hare, balik ada Atik boleh la borak jadinya takde la nak speeding takat 65 mph je ikut speed limit la kekonon...mau sejam lebih gak sampai Milwaukee. Jadinya, kami semua hidup sama macam biasa di Milwaukee ni untuk beberapa tahun mendatang ni.

Ingat lagi masa di Malaysia, masa aku pegi umah Bonda Wok, aku bagi driver's license aku kat security kondo tu sebab aku dah takde lesen mandu Mesia. Pastu esoknya aku datang lagi kat kondo tu, cuak gak sebab aku baru sedar aku mandu takde lesen. Mau beberapa hari gak aku carik, rupanya masa hari sebelum tu lepas aku amik balik lesen dari jaga tu, lesen tu jatuh terselit kat tepi seat pemandu dah la belah pintu, mau jatuh alamat tak mandu la aku kat Mesia. Tapi, alhamdu liLLAH hasil nasihat mak dan teman baik, jumpa balik walaupun macam tak percaya jumpa sebab sebelum ni dah carik tapi tak nampak, pasal tak caya bebetul celah yang belah tepi pintu.

Memang dalam hidup kita ni sebagai manusia kena perhati dengan baik dalam buat kerja. Tapi tu la, bila dah hilang mula la terkumat-kamit baca doa dan ayat-ayat. Ingat lagi adik aku ajar kalau kita hilang sesuatu potongan ayat (ALLAHU ghoolibun 'ala amrihi) maksudnya aku sendiri tak jelas hehe ni pun adik aku kata kawan dia yang ajar. Tapi belek-belek dalam Quran memang ni potong ayat dari Quran, tak ingat surah mana. Pastu ada orang kata baca Surah al-Kauthar (yang ni ntah mana aku dengar). Alhamdu liLLAH, jumpa lagi. Kesan dia, aku patut lebih berhati-hati dalam jaga barang-barang yang kecik ni. Dan kesan paling best, naik domestic flight dari Los Angelas ke Milwaukee aritu, aku takyah tunjuk pasport, tunjuk je la driver's license yang aku ada sebab kat US ni driver's license ni menggantikan IC, those yang ada lulus driving test dia pnye IC akan diupgrade jadik driver's license, tu yang senang tu, takyah nak bawak dua kad.

Tapi macam mana kalau driver's license hilang? Takyah risau, pandu je la keta tu sampai mana sekali pun. Tak takut ke? Ntah, aku tak penah kena tapi katanya bagi yang dah ada driver's license takyah risau sebab kalau kena tahan polis, polis boleh check kat online je sebab ingat lagi satu malam tu pegi tanya info kat keta polis, nampak dalam keta polis tu officer tu tengah menaip apa benda ntah, dalam hati fuish bleh online tu. Pastu bila balik aritu rasa nak mengutuk je Mesia (haha dah jadi hobi pasal benda-benda camni lambat nak sampai Mesia) alih-alih aritu dah dengar dah citer keta polis Mesia akan diperkenalkan dengan kelengkapan online. Alhamdu liLLAH, satu peningkatan (tapi ntah ye ke idak tak tau la).

Dah lama tak buat aktiviti mengutuk Mesia ni, ops terover plak. Aritu borak dengan Pak Guard KISAS pun dia kata kat negara kita ni banyak sangat corruption. Aku citer kat dia kat US negara orang kafir ni pasal welfare memang bagus sampai kemudahan asas ni memang disediakan percuma. Imagine la kalau di US air boleh jadi percuma (memang la kerajaan bayar pakai duit cukai pendapatan) tapi tengokla macam mana bagusnya. Kalau kawan aku kata atuk dia buat bedah kat IJN dari kos RM15000 jadi RM5000 lepas sepupu dia jumpa orang sana orang sini cakap itu dan ini, apa nak jadi Mesia macam ni? RM10000 tu masuk mana agaknya? Tu yang Pak Guard tu highlight banyak sangat korupsi kat negara Mesia ni. Aku ingat lagi malam sebelum aku pegi KISAS tu, ntah orang PUAS mana ntah kata pencemaran sungai di Selangor ni sebab orang ramai punya pasal, jadinya semua pengguna kena tanggung. Ceh! Apa punya institusi? Dah la perkhidmatan tak pernah bagi yang bagus, ni yang tak PUAS ati nih! Ingat lagi masa nak bayar bil aritu, pegi kat ofis PUAS kat Klang, aku tanya denda ni nak kena bayar ke kalau belum potong lagi air? Pastu jawapan dia, "Apsal tanya saya? Kenapa? Tak puas hati? Pergi tanya kat kaunter sana." PUAS apa ini macam, memang tak PUAS hati la, jawap la baik-baik sikit. Tau la mak cik lagi tua dari saya, tapi saya tanya dengan baik kenapa plak jawapnya macam tu? Ah, apa nak jadi dengan Mesia.

Okay la, dah puas mengutuk Mesia haha. Buat hati bikin panas saja. Apa pun, ingat lagi pesan ayah aku, dia dulu balik Mesia pun rasa macam tu tak puas hati itu dan ini tapi dia kata apa boleh buat, kalau nak bawa perubahan kat Mesia ni kena buat satu kumpulan yang memang berusaha nak bawa perubahan yang baik. Tu sebab ayah aku kata ada kawan-kawan dia yang cuba bina dan tubuhkan kumpulan sendiri nak ubah negara kita. Tapi nak buat camne dak, perubahan yang kawan ayah cuba bawa, tapi yang mengejar dia ISA. Dengan rasminya kawan ayah aku masuk ISA.

Dan akhirnya, aku rasa aku kena hidup dengan tenang kat bumi US ni sebab sini rasa hidup lebih baik tak macam di Mesia buat sakit hati dengan sikap dan sistem yang masih banyak perlu diperbaiki. Ops, aku bukan tak puas hati sebab apa sebab aku sayang negara aku Malaysia, dan paling yang aku nak jaga adalah imej sebagai negara Islam. Dah kenapa negara orang kafir lebih baik dari Malaysia yang kononnya diwar-warkan oleh kerajaan sebagai negara Islam? Aku malu. Kena usaha lagi ni.

Cakap gedebuk-gedebak tapi aku still seorang yang banyak kekurangan. Adeih, kena batang idung sendiri ;p

____________________________-
Sedapnya lahap kopok lekor semalam, thanks kat Zul!!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home