Tuesday, August 31, 2004

Class

Pagi pukul 3 lebih lagi dah terjaga. Lepas qiyam sikit baca la buku sebab dari lepas isyak lena. Buat sakit mata je mengekang sampai kol 6 pagi. Henti jap kol 5 untuk Subuh then sambung baca lagi. Tah apa aku baca pun tak tau, baru satu hari kelas je dah ada banyak gila reading assignments. Takde la tak puas hati tapi catching up jugak la sebab baca dah la lembab pastu kena baca mau 50-60 mukasurat lak tu. Sakit tul mata. Dugaan nak improve reading skills hehe.

Ntah apa Soren Kierkegaard ni mengarut pasal falsafah dia nih. Dah la orang kafir ni bangga sangat dengan dia, tapi ikut sejarah hidup dia ni mati lepas amik harta dari bank yang diwariskan keluarga dia kepadanya. Yang takleh nak adapt tu dia kata apa, "kalau tak bunuh diri kita menyesal, kalau bunuh diri kita menyesal, kalau bunuh diri atau tak bunuh diri kita menyesal... bla bla bla.. kalau tak caya pada pempuan kita menyesal, kalau percaya pada perempuan kita menyesal, kalau percaya atau tak percaya pada pempuan kita menyesal..." hmmm ni la karangan yang rasa orang bijak macam mana pun rasa macam nak 'kero' je mata memandang tambah nak cuba paham lagi. Tapi idea dia ialah apa? Aku agak dia nak cuba ketengahkan pasal "Subjectivity" kot. Ntah apa ntah cara pemikiran Existentalist nih, pelik sungguh...

Ops, time for class... pasni kena sambung lagi baca buku 'orang gila' a.k.a. ahli falsafah ni... dah kena amik kelas falsafah lagi sem ni sebab tu takleh nak buat apa, just trying my best, yeah!!
_____________________
Input itu pelbagai tapi bahaya bergantung pada akal boleh sesat... waa takutnya!! Moga dipandu ALLAH, inshaALLAH...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home