Friday, September 17, 2004

Ilmu Asas Perkembangan Tamadun

Merasai pembelajaran secara liberal ni buatkan rasa terfikir, asas permulaan kemajuan adalah dengan ilmu. Pembacaan yang menjadi mesej paling awal dalam penurunan wahyu adalah satu langkah mendidik iaitu jalan penghapus kejahilan.

Pelajaran falsafah disokong dengan subjek sejarah yang kedua cabang ilmu tersebut berkisar tentang dunia Barat (Eropah dan jajahannya, termasuk Amerika) buatkan terdetik di hati perkembangan ilmu orang Barat ni atas dasar apa? Atas dasar keinginan mereka akan kebenaran. Mengikut sejarah mereka memberontak dari kongkongan gereja yang memberikan mereka ajaran yang salah.

Idea Copernicus yang akhirnya dikembang Kepler dan Galileo pada awalnya ditentang oleh pihak gereja Kristian. Galileo yang mengetengahkan sistem suria, planet berputar berpusatkan matahari, ditentang oleh pihak gereja Kristian pada zamannya. Kasihan sebab Galileo terpaksa "angkat tangan" sebab dia diugut hukuman bunuh jika terus meracuni kepercayaan yang ada pada masa tu. Tapi, Galileo yang dibuang negeri teruskan juga kajian saintifiknya hingga dia berjaya menemui formula graviti. Pada masa tu, Galileo sendiri tak faham itu adalah rumus untuk graviti hinggalah Newton mengkonklusikan formula tersebut adalah rumus graviti dalam ilmu fizik. Newton bukanlah orang yang patut mendapat kredit akan penemuannya, dia hanya merumuskan semua penemuan yang bermula dari Copernicus, diwarisi Kepler, hinggalah ke zaman Galileo. Semua penemuan tu dah pun ditemui cuma tidak begitu jelas akan konsep dan penggunaannya. Newton adalah orangnya yang memberikan penjelasan akan keterkaitan semua penemuan seperti kaitan graviti dan orbit planet yang berbentuk elliptikal.

Tekanan gereja terhadap konsep ilmu dan kehidupan yang salah ni buatkan mereka makin lama memberontak. Mana taknya, tekanan pada fitrah tidak akan selamanya berjaya. Paling menyedihkan bila pensyarah sejarah kata, "Baru akhir-akhir ni pihak gereja memohon maaf pada Galileo." Manusia tu dah lama mati baru nak minta maaf. Itu la dia kesannya agama yang tidak dapat diperjelaskan berdasarkan rasionalisma dan kemampuan berfikir manusia.

Tekanan dan kekangan adalah titik tolak perkembangan manusia di Eropah hingga lahir zaman Enlightenment. Fikir dan fikir, kita umat Islam begitu beruntung kerana kita menelusuri perkembangan dunia ilmu dan kemajuan tamadun berdasarkan Quran dan ajaran Islam yang sesuai dengan fitrah manusia. Tiada tekanan terhadap lumrah manusiawi, bahkan galakan dan panduan dibentang di dada Quran yang menjadi titik tolak perkembangan dunia Islam. Ilmu yang berkembang dalam dunia Islam rata-rata dipelopori oleh para ilmuwan dan intelek yang hafiz Quran. Quran dalam diri mereka adalah motivasi perkembangan ilmu yang mereka kembangkan dari masa ke masa. Perkembangan ilmu matematik oleh al-Khawarizmi dan ilmu perubatan oleh Ibnu Sina. Tapi, fakta ini sedikit pun tidak disebut masa belajar tentang sejarah Barat. Sengaja mereka sorokkan dari pelajar di sini yang juga orang mereka sendiri akan fakta kebenaran yang mereka pelajari dari dunia Islam yang dahulunya mempunyai pusat perkembangan ilmu seperti di Andalusia.

Ah, itulah kafir yang tahu mereka sesat tapi menyorok hakikat kebenaran.

Bangkitlah... berbanggalah kerana kita dapat hidup dan merasa nikmat kebebasan fitrah manusiawi dengan baik...

Sedih... sedih bila melihat orang kita yang mengaku Muslim tapi mengagungkan ilmu Barat yang terbina disebabkan sekatan ke atas pemikiran dan fitrah mereka.

Patutnya... patutnya kita berjuang untuk menjelaskan kembali supaya kebenaran yang cuba diselindung ini disingkap. Orang di sini "gilakan" kebenaran tapi macam mana mereka nak nampak cahaya kebenaran bila orang dari dunia mereka sendiri tidak mendedahkan kebenaran... Fakta tentang perkembangan ilmu oleh dunia Islam sedikit pun tidak tertulis pada dada buku-buku mereka.... Inilah suatu penipuan... penipuan menutup fakta kebenaran...

Sedarlah kita...

_______________________
Kita patut bersyukur sebab kita golongan yang beruntung menikmati nur Islam yang tidak pernah menyekat kebebasan dan fitrah manusiawi kita

0 Comments:

Post a Comment

<< Home