Friday, February 25, 2005

Bangsa Melayu lemah berbahasa, kenapa? To me, it's because of the language itself. Bahasa Melayu tak banyak variasi dari satu perkataan, yang ada sekadar meletakkan imbuhan. But then, there is no pattern, sampaikan kalau dari perkataan menganggur la contohnya apa perkataan akar yang utama dalam kata kerja menganggur tu? adakah ianya anggur? atau adakah ianya kanggur? sebab kalau kasih akan jadi mengasih, jadi perkataan asalnya ada huruf K di hadapan. tetapi kalau asuh, tak perlu huruf K pun di hadapan, tetapi still boleh jadi mengasuh, tiada pattern yang tetap, memerlukan kepada kebiasaan manusia yang menggunakan bahasa melayu untuk tahu kata asal yang utama, tapi tak boleh kalau dari variasi hasli penambahan tu dilakukan proses ke belakang iaitu mencari balik kata asal dengan sekadar membuangkan imbuhan. Sebab tu Bahasa Melayu tak cukup perkataan dan tak mampu nak cope with the latest development, kalau computer it is translated as komputer takde la plak nak diterjemah menjadi alat kira-kira atau pengkira-kira sebab compute kan maksudnya mengira. Dah tak cukup perkataan, terma asing dimelayukan, mana la tak layu.... waha selamba aku kutuk bahasa melayu...

Sekali lagi nak kata, takde proses variasi atau senang kata evolusi perkataan... kalau istilah dengan adik-adik aku, bahasa melayu ni kira tak "evol," dia pandai evol sebab trainer dia takde pengalaman, trainer dia tahu tiru je skil bahasa lain... okay cukup bahasa melayu ni sebagai bahasa yang ketinggalan, kita letak tepi sebab kita letakkan 2 bahasa lain yang lebih baik dari bahasa melayu... bandingkan english dan arabiyah, antara 2 bahasa ni mana lagi bagus? Surely it's arabic, coz kalimaat (perkataan2) yang evol pun merujuk pada maksud yang kalau dikembangkan jadikan minda kita berfikir dengan baik dan berkembang. Bahasa Melayu memang jelas jumud haha sekali lagi kutuk bahasa melayu. Contoh, kalau kalau Kha-la-so (dalam arab ni) maksudnya telah habis atau ringkas (ringkas kat sini rujuk pada ringkasan yang juga maksudnya rumusan, so ringkas kat sini kata lainnya ialah rumus)... dari perkataan ikhlas juga ada huruf-huruf Kha-la-so (iaitu kho, lam dan sod)... kat situ nak bagitau dalam ikhlas ni adalah rumusan penting... dalam melakukan amalan, kena ada satu kesimpulan (rumusan) yang jelas, iaitu pada Tuhan yang Maha Satu... aku tak tau la korang paham ke idak, but then bila kita melakukan sesuatu dengan ikhlas (orang kata kita buat amalan tu dengan putus -merujuk kepada tetap iaitu keputusan kita yang tetap dalam melakukan amalan) baru la amalan kita dapat dipandang oleh ALLAH, kalau amalan tak ikhlas, kata cikgu aku ianya syirik... hui, dengar syirik je terus ingat fikir sembah berhala ye? hai korang ni, silap tu.. syirik ni bukan takat berhala je, kalau buat kerana mak bapak pun dah boleh jadi syirik tau... sebabnya, apa? pasal syirik ni amalan yang kita buat kerana selain dari ALLAH (kalau dalam arab "selain dari ALLAH" disebut "siwaALLAH")... tu baru satu perkataan, belum citer yang lain... tapi kena ingat, ikhlas ni adalah essence in any ibadah dan amal yang kita lakukan, tanpa ikhlas, takut2 amalan kita makan diri pulak...

Okay, citer lagi pasal bahasa ni... yang ni nak kongsi apa yang Bro Fazrul tulis dalam buku dia, ni merujuk kepada persoalan semantik sebab memang macam aku cakap kat atas orang mesia ni lemah semantik... semantik ni apa? semantik ni kita belajar tentang bahasa... contohnya satu perkataan tu rujuk pada apa... kata Bro Fazrul, kita perhati pada perkataan REALITI... kalau dalam melayu benda yang REALITI ni merujuk kepada benda yang boleh dilihat dan juga tak boleh dilihat tapi boleh dirasakan wujud (pasal melayu kan percaya pada benda tahyul dan hantu jembalang sumer ni)... tapi dalam english, REALITI ni biasanya merujuk pada benda yang boleh dilihat dan wujud boleh dipegang, orang putih kata tangible... pasal apa? pasal ikut english REALITI ni merujuk pada material (pasal orang putih kan materialistik)... tapi dalam arab, realiti atau reality disebut HAQIQAH (atau orang melayu juga ada sebut sebagai HAKIKAT)... HAQIQAH yang mana perkataan akarnya ialah HAQ merujuk kepada benda yang benar... kalau tak nampak sekali pun tapi bila ianya benar maka benda tu memang wujud, dan bagi bahasa arab bukan setakat itu sahaja, HAQ itu merujuk kepada kebenaran iaitu sumber kepada kebenaran itu sendiri tak lain tak bukan merujuk kepada Lafzhil-Jalaalah (sebutan MULIA) iaitu ALLAH Subhaanahu wa Ta'aala (tahu ke apa maksud Subhaanahu wa Ta'aala? maksudnya yang Maha Suci -dari sebarang syirik dan kecacatan dan keburukan dan segala macam keburukan atau kelemahan- juga Maha Tinggi -tiada yang lagi tinggi atau lagi utama dariNYA).... Itu pasal la kalau sebut realiti, kalau tak tau semantik ntah apa agaknya yang difikir... tau la REALITI dan REALITY tu keduanya rujuk pada benda yang REAL, tapi masalahnya dalam Bahasa real tu jugak dikaitkan dengan rasa atau perasaan, kalau rasa hantu tu wujud maka benarlah hantu itu, maka dicoplah hantu itu sebagai satu benda daripada realiti.... tapi kalau orang putih plak, real ni kalau tak boleh pegang maka tak betul, real ni yang boleh dinampak je... So, pada layu-layu sekalian, manakah pengertian HAKIKAT yang anda maksudkan bila anda sebut "hakikat"?

Macam kawan aku citer, bapak dia marah kalau orang tak tau tapi dia jawab bla bla bla dan last sekali dia letak "agaknya la"... kata kawan aku, bapak dia lagi suka kalau orang tak tau cakap tak tau, takyah pandai-pandai nak agak-agak... takde sape nak tau agakan, orang tanya tau ke idak... 2 choice je, tapi pegi letak choice lain, kalau jawab Who Wants To Be A Millionaire, sure Pakcik Jalal kita dah pelangkung dah.... Tu la dia orang layu, suka sangat agak-agak, pasal apa? pasal dia ikut apa yang dia RASA... kalau PERASAAN dia berat kat situ, situ la dia jawab, pastu diakhir dengan AGAKNYA... adei... jangan ikut pada rasa, kalau orang Barat lagi bagus, dia jawab atas dasar ilmu yang dia ada, tapi silap orang barat ni plak dia ada ilmu yang tak betul... Tu yang leceh tu... Macam dalam kelas Islam baru ni, orang dah kata belajar subjek Islam, dia lagi nak kaitkan dengan fakta dia pasal Jesus Christ (tau maksud Christ tu apa? Kalau dalam arab orang panggil al-Maseeh atau perkataan lain dalam english ialah Messiah)... Derang setuju sumber kebenaran tu ialah Tuhan tapi masalahnya derang ni still nak pegang dengan revelation yang dah terpesong... orang cakap manusia bukan Tuhan derang nak jugak percaya yang sebaliknya... orang kata Tuhan tu satu, dia kata Tuhan tu satu TAPI... hai degil benar takde tapi-tapi, TUHAN ITU MAHA SATU, takkan la tak paham... Pastu boleh dicopnya Islam ni sebagai monotheistic religion yang paling strict antara 3 agama (yang mana 2 lagi agama monotheistic ialah Kristian dan Yahudi)...

Kalau tengok balik pada perkataan Yahudi dan Kristian, kalau dalam bahasa, nak kena letak agama kat depan baru tau itu merujuk pada agama, sebab apa? pasal dalam melayu sekali lagi ianya bahasa yang lemah memerlukan tampungan yang bila kalau dicerita jadilah wordy tak ingat pnye... kalau nak terjemah jadi satu perkataan unik dalam bahasa, maka perkataan itu akan diceduk dan dilayukan maka jadilah sebahagiaan dari perkataan melayu yang layu... huuu kutuk lagi bahasa melayu... okay sian kat bahasa melayu kena buli... biar padan muka, tu pasal la orang melayu terkebelakang, lagi nak kecoh nak tegakkan bahasa yang memang layu, kalau dulu-dulu boleh la, sekarang ni dah payah pasal bangsa melayu banyak sangat ketinggalan tu pasal nak catch up with the language competitiveness pun dah tak dapek... okay, kita rujuk balik pada Kristian dan Yahudi tadi.... kalau dalam english, senang je kita panggil Christianity bila rujuk pada agama Kristian, dan dibahasakan Judaism bila sebut pada agama Yahudi... kalau orang Yahudi panggil je Jews, kalau orang Kristian, panggil je Christian... setiap tu diterminologikan dengan satu perkataan unik, tak macam bahasa, hatta orang yang anut Christianity pun kena letak perkataan "orang" kalau tak nanti tak jelas rujuk pada agama ke rujuk pada orang... kena sebut betul-betul "orang Kristian" ooo baru paham rujuk pada orang... memang la lagi mudah paham tapi masalahnya wordy lagi jadinya.... tak best, tu pasal bila dah makan masa, nak belajar pun jadi lambat... sebab kena makan masa sket nak baca 2 perkataan bagi 1 perkataan yang unik dalam bahasa inggeris...

Aku rasa kalau DBP baca apa aku citer ni sure berapi derang rasa... macam ada sorang pakcik ni aku rasa dah tahap atuk dah pasal dia dah dok US ni ngajar bahasa melayu dah agak lama, dia pnye la tanak terima aku cakap bahasa arab lagi bagus dari bahasa melayu, dia kata bahasa melayu ni power gila pasal dia dah kaji mendalam... memang la power, tapi itu dulu, dah bukan zaman dia dah... macam arab ni lagi la power, pasal apa? pasal ianya bahasa syurga, bahasa yang dipakai oleh ALLAH untuk memberi petunjuk pada hambaNYA... eh apa plak? Yela, pasal Quran tu kan dalam arab dan Quran tu la memuatkan kekata yang ALLAH berikan pada manusia sejagat untuk dijadikan manual hidup... manual pe benda ko ni? Yela, kalau ko beli kereta, mesti ko nak kena tengok manual dari manufacturer dia kan? Macam ko beli Satria atau Perdana (aku rasa nak beli la salah satu kereta ni pasal bini aku kata dia suka 2 model Proton ni -wei2 bila plak ko dah kawin, haha)... haa mesti la ko nak tengok manual yang Proton dah sediakn, baru la ko tau nak pakai dan jaga kereta tu dengan baik... ko jangan lupa, badan yang ko pakai sekarang ni ALLAH yang cipta tau... hatta roh ko pun dari ALLAH, tu pasal kena tengok manual, baru la ko tau pandu badan ko dan ko tau jaga badan ko dengan baik, ni kalau ko tak pakai manual, ko masuk salah gear silap aribulan ko langgar badan orang lain, haa kan dah jadi dosa besar plak tu nanti bila ko dah merosakkan hak orang lain, hak orang lain tu satu hal, tapi hak pada diri ko sendiri tu yang lagi besar ko rosakkan... kena la pakai manual tu betul-betul, takleh ooo pilih2 mana yang ko suka, nanti ko tau pakai gear je tapi stereng ko nak pulas sampai berapa ribu darjah, mau jahanam... tu pasal la manual ni ko kena baca dari A sampai Z pastu semua ko kena ikut, ko tak ikut satu je, kalau ko kemalangan jangan salahkan orang lain... salahkan diri sendiri kerana tidak ingat pada orang yang tersayang... padan muka ko... ops, innaliLLAH :)

Oleh yang demikian, aku rasa cukup la kat sini, bini aku tak suka aku "ngok ngek" lama-lama, nanti dia rotan.... dia garang wooo.... kau ni mamat, bila masa ko dah kawin, bangun la dari tidur wei, gi baca buku lagi baik... sebelum ko abis ni baik ko share syair arab yang ko dapat dari sorang ustaz masa ko lawat Manchester aritu... okay aku tau la, yela... aku plak yang kena... ni ha ada satu syair utk orang mesia, ustaz ni la ajar, dia kata mmg khusus utk orang mesia... bunyinya kurang lebih camni:

"Kalau ada satu bangsa (atau golongan) di kalangan umat Islam yang dipilih masuk ke syurga terlebih dahulu, orang Malaysialah yang paling layak."

Aku dengar syair ni gila tak ingat pompous abis la.. padahal kita semua tahu camne ramainya orang layu yang hidup kat dalam bumi malaysia, imam tampar pengerusi JKKK ada, 90 tempat makan kat satu negeri kotor pun ada, lori langgar pokok jatuh 138 ketul ganja pun ada... black market utk pirated CDs and branded products pun ada... apa lagi? Perogol bersirinya, peragutnya, orang yang simpati nak dadah pun ada (apa kaitan simpati? yela diakan menagih dadah, dia tagihkan dadah macam orang yang tagihkan cinta.. so dia minta simpati la buat muka kesian nak sangat dadah tu, eh ko ni dah salah pakai semantik ni, haha saje je)... dan sebagainya ragam... hatta pergi masjid kena curi kasut pun ada, belum citer pasal sumbang mahram, belum citer pasal seks bebas, belum citer pasal teguk, belum citer pasal solat, belum citer pasal hormat mak bapak, dan yang paling teruknya belum cerita macam mana perangai orang muda dalam menuntut ilmu, ada yang sampai ikut makwe atau pakwe masuk kelas tu semata tanak bagi orang kepit dengan makwe atau pakwe dia... tu belum yang tak hormat pada orang tengah solat, orang tengah solat tak pandai plak dia nak slowkan music yang dia pasang... time orang solat jugakla dia nak sembang kuat.... apasal la bijak sangat nak jadi selfish, tau la suka dengar lagu tapi tutup la music tu time orang solat, yang lagi satu bila dah abis solat bawak2 la zikir, ada orang lagi yang tak abis solat buat pe bukak warung dekat dengan orang solat... tu la dia, perangai orang bijaksana di malaysia yang dikatakan layak masuk syurga dulu, banyak lagi karat yang tak nampak... tapikan, aku rasa aku pikir balik memang banding dengan orang Islam di negara lain, okay lagi orang Islam kat Mesia ni, apa dia? maknanya orang Islam negara lain lagi la teruk... ko ni gila la, sape nak percaya statement ko... ko tak baik buat generalization macam tu, ko ni pun sama suka judge orang.... bini ko bising kang kalau dia tau ko dah kawin, eh ko ni tadi ko kata aku tak kawin tiba2 ko kata aku ada bini plak.... a'ah la, jom la kita cabut dari sini, kang kita dua kena rotan..... jommmmm.... cabuuttt!!


________________________________
Apa yang anda baca jangan diambil bulat-bulat, petak-petakkan dahulu, mana yang rasa bulat golekkan masuk dalam minda... mana yang petak asahlah setiap bucu yang tajam tu sampai petak tu jadi bulat pastu golekkan jugak masuk ke kotak minda anda... kalau tak muat, bakar je bagi dia tinggal abu pastu simpan jgak dalam kotak minda anda.... kau ni kenapa ayat macam orang gila.... a'ah aku gila... aku tau la ko dengki, aku cuma berniat nak jadi macam tokoh-tokoh yang femes macam Syed Qutb, dia kan puitis dan pandai menulis, tu pasal la aku nak praktis... mana tau satu hari nanti aku pun boleh menulis apa yang ada dalam kotak minda aku yang selalu berlubang ni...

Thursday, February 24, 2005

Sekarang ni best plak bila menaip tanpa tajuk, it'll lead to nothingness. No direction, no objective, no controlling ideas, and even it'll be an open topic. Terang kata memang diskusi ni untuk diri sendiri je, but then just posting into my blog so to share with others, maybe my thoughts can be beneficial to others. Again, to stress Tolstoy's stand yang mana walaupun dia ni Kristian yang orang kata sampai tahap dia ni nak buat aliran kefahaman Kristian dia sendiri, but then his words are still remembered until today. Dah penah citer dah pasal apa dia kata, tapi saje nak stress balik to my own self, which he said lebih kurang maksudnya "kalau menulis itu dapat membantu memperbaiki kehidupan manusia, I'll devote my life to writing."

Yela, at least in a day we are able to produce a sentence. It shows that we are productive by sharing our thoughts with others. Kan bagus macam tu dari simpan sendiri, yes it'll be better than keeping all the ideas and thoughts bottled in ourselves. Why not sharing it with others, which to me kalau pun aku tak dapat nak buat atau nak kembangkan, the least yang boleh dapat pun orang lain akan kembangkan or at least akan sebarkan. That's why it's good to express yourself to others, just voice out your opinions. One thing yang boleh dapat belajar jugak is the opportunity for others to scrutinize our thoughts and then bile others respond kita jugak akan belajar, either the idea will be expanded atau pun decorated in a different perspective and the best thing is to correct what is wrong. Cumanya, macam biasa la, if a stand is supported by the revelation (ni kalau nak evidence la, contohnya je la) so it'll be much more valid. Cuma kena beringat je la, it won't be that easy to quote this and that without knowing the context.

Macam lecturer aku yg suka sangat dengan term "BE IT", dia selalu kata "be it like this, be it like that, be it the economy is under recession or be it the economy is bla bla bla" kena la tahu context dan conditions related to an issue. Macam kalau kita cerita pasal sesuatu rekod atau pencapaian, it'll be much more appreciated bila kita tahu historical background sebab kita akan tau apa liku-liku yang dilalui. That's why kalau kita sebut pasal merdeka, apa pun tarak. Pasal the people around us, lack of concern about the history. Macam haram kalau orang Islam (especially orang mesia) yang cerewet pasal benda-benda yang nak dipelajari. To me, why not kita belajar dan tahu semua benda? Hui macam la kita ni Tuhan, but then we have the capability to learn and learn. Kalau disebut kelas history kat orang mesia, "eiiuu, wekkk tak best." Engkau tu yang tak best, bila cerita kat ko dengan cara tak formal macam sampuk time beborak baru ko tau menarik pulak history ni, tapi alasan ko biasa la MALAS. Biarlah, apa nak buat dengan malas ko tu, jangan sampai malas tu kacau aku udah. Aku suka, ko tak suka udah....

Bila sebut pasal study Islam kat negara orang kafir, semua pandang serong. Padahal boleh belajar from different perspective, scholarly perspective atau setidaknya boleh paham from western world view. A friend of mine ada kata orang asia pemikiran mereka lebih kurang dan tak sama dengan pemikiran orang barat. I don't want to support western cuma sometimes we should train ourselves to do hijrah dalam konteks pemikiran. Yela, it's normal orang asia berfikiran objektif while orang barat ni berfikiran more towards subjective thinking. Tu pasal kalau tengok orang mesia la contohnya, kerja kat bank tu macam takde hati. Kerja kat kaunter tu memang nampak takde hati, tapi takleh lupa kat kedai telekom aritu best je layanan sorang officer ni, jarang nak jumpa kat mesia. Pasal generally kat mesia servis tak best, far from achieving 100 percent customer's satisfaction. Yang best tu kalau sampai 100 percent dissatisfaction tu buat berapi customer, wahaa best gila. Balik US mesti dengar citer marah2 orang mesia yang tak pandai buat kerja. Pasal apa? Pasal orang kita kena diberi peluang keluar dari tempurung yang tak pernah nak beri peluang nampak cahaya matahari. Asik terkapai-kapai je gelap, bila orang suluh sket dengan lampu marah, terus dia terkebil-kebil takut... tu la dia...

Apa lagi... hmmm kalau citer pasal philosophy ke psychology ke semua yg baca-baca ni, buargghh tak ramai yang suka... tapi aku? Terpaksa? Ntah, though requirement to graduate as listed by my school kata kena amik semua tu, but still I put interest on each of the course... nak drop rasa sayang, pasal it's knowledge yang jarang-jarang nak dapat.. padahal dalam hati macam ye je nak amik, hish, tak baik... kena la ada firm stand, biar pun orang lain tanak buat, kita tak perlu jadi macam orang lain, we must be a stranger, we have to be on our own. It's no time to depend on others, takde masa... jangan dok buang masa jalan lelambat macam orang mesia dan orang amerika jalan, macam kekura... pastu bila dah slow tu block jalan lagi, hai tak best betul... kita yang dah lambat (haha kantoi) ni pnya la nak cepat... eh tak lambat pun aku jalan laju tau :D tanya la famili kitorang, aku no. berapa jalan laju, surely aku kalah dgn kakak dan ayah aku pasal derang lagi cergas, tapi still aku jalan tak kurang laju pasal korang korang dan korang (korang kat sini tu maksudnya personailiti dan diri lain yang ada dalam diri aku, jangan perasan plak korang tu korang hehe) jalan laaagi lambat dari aku, cam kekura, pastu borak dan borak dan borak cam burung kakak tua, ilmu takde tapi nak citer... boring... padahal aku yang tak dapat nak join apa yang diborakkan lagi bek la jalan cepat... takyah dok buang masa...

___________________________
Dah la biar stop tergantung sekali pun... yang penting aku ingat nanti apa aku penah fikir pada hari ini sambil-sambil buat 2 assignments serentak ni... adeih! kan hati dah mencubit kecil sebab skip buat kerja kejap... back to work!

Wednesday, February 23, 2005

Bila bercakap formal dengan adik-beradik dan famili sendiri mesti rasa macam "The heck"??? Ntah bila nak mengada jadi formal, the least pun mesti pakai kau-aku, ni kalau pakai ayat skima dengan sesama famili, dei apa macam...

Today, it's been a wonderful day, except thinking of the family stuffs which bore me a lot coz I was and is not (though wish to be) there... The time will come soon but yes, enough struggling for the sake of others who remember me not... let not teach'em how to find me as they'll be the ones who need to learn how to search me...

Apa mengarut ni? Eh mengarut lagi? Takla, saje buat-buat citer asal ada posting baru hehe... apa la, letak je posting ringkas, "FAMILY IS IMPORTANT," kan senang, simple and clear.

Tapi kan, kata orang kena letak prioritas pada famili atas segalanya, tapi kan... apa tapi-tapi?

Konsepnya tak susah, it depends... kata muallim yang aku tak pernah lupa:

"HAMMUKA 'ALA QODRI HAMMIKA..." (Apa yang penting bagi kamu bergantung pada kadar kepentingan kamu -terhadap sesuatu perkara)...

Kalau kadar kepentingan sesuatu perkara atau isu itu ko letak belakang, memang terkemudianla jawabnya. Kalau famili diletak no. 2 lepas study, so study comes first and then baru la famili... it all depends on your priorities... regardless of how you perceive things, everyone should have his or her own list of priorities... that's why ada buku yang bertajuk "Fiqh Aulawiyat" yang mengajar macam mana memahami keutamaan sesuatu perkara (atau amalan) dalam kehidupan kita sebagai Muslim... Antara solat jemaah dan solat fardi (sendirian) mana lagi aula (utama), surely congregational prayer, dak gitu? But then, when it comes to your jobs, responsibilities as doctors, leaders, risky tasks worker and so on, what will be the best to be prioritized? What will you put first, the prayer or the job? Ingat lagi masa pergi ke my dad's ofis, I was suprised sebab that time it was my first time being there and bila masuk je waktu asar, semua staf laki pergi ke mesjid, that's the environment... the prayer is put forth prior to the jobs in office, bestnya tengok suasana camtu... but then, when it comes to our situation, when it comes to prayer, kita stop dulu ke or kita teruskan reading? Jawapannya, "apa ayat rojak ni campur malay english ni?" hehe maksudnya carik sendiri.... again, it's up to individual's list (or rate) of prioritizing things in his or her own private life...

____________________________
Oleh yang demikian, aku utamakan untuk berhenti di sini untuk buat kerja lain.... -remember, music is built on first and fifth chords (hehe just a note to ma self)...

Tuesday, February 22, 2005

Sejak aku masuk Sunway, aku rasa aku benci gila pakai sebutan ana-enta-enti-entum sumer ni pasal aku rasa cam ada boundry, padahal aku tak patut rasa macam tu... pasal aku rasa aku bukan dalam dunia sebenar... aku rasa aku dalam dunia ideal yang jauh untuk kecapi pasal perangai orang yang pakai ana-enta-enti macam haram.

Suka lagi aku kalau orang bagi salam taip atau tulis sekali pun tapi dieja penuh, bila tulis penuh dijawab pendek ni aku memang benci ah. Konon la belajar adab salam, dah tau ada salam diajar untuk jawab sama baik dengan yang memberi, kalau tak sama baik pun kena lagi bagus dari apa yang diberi. Kalau disebut assalamu 'alaikum paling kurang dijawab wa'alaikumussalam, dan lebih baiknya tambahla lagi dengan warahmatullah, lagi bagus lagi tambah lagi wabarokatuh dan lagi bagus lagi waridhwaanuh dan lagi bagus la wamaghfiratuh dan seterusnya...

Balik tido la orang pakai ana-enta-enti ni... nyah dari hidup aku!

_________________________
Hui, apasal garang-garang ni? Nak sampaikan mesej kena berhikmah? The hell with hikmah, ada masa kena cakap kasar jgak... watchaaaa!! (hehe no heart feelings, peace!)

Friday, February 18, 2005

".. Kebebasan seseorang terhenti atau terputus apabila berhadapan dengannya kebebasan orang lain.. " - Syair Arab -

___________________________
Cita-cita nak baca buku syair arab ntah bilakan tertunai... dahulu hampir dapat tapi takdir membuatkan makalah itu ditinggalkan di bumi UAE jua... huu apakan terdaya...

Tuesday, February 15, 2005

Sejuk sesejuk musim bunga
Bagai terasa, menyapa jiwa
Alangkah kelamnya suasana
Bila matahari tidak kunjung tiba
Cuaca alam mesra dirasa...

Secerah hari tatkala salji tiada
Nyamannya udara menghuni ke dada
Sejuk dirasa
Segarnya minda
Tertutup jua mata
Kerna sedapnya suasana
Di kelas oh nyamannya...

Hari-hari berlalu, timbunan salji itu menghilang. Gegunung kecil menenggek di tepian jalan makin surut. Mengalir air dari atas bukit hingga ke kaki bawahnya. Tanpa titisan hujan jatuh dari langit, mahupun sezarah salji turun ke bumi. Namun berair jua jejalan, kerna cairan salji menyirami. Hari makin cerah, secerah hari adalah suasana ketika ini. Melihat secerah alam disinari mentari. Berjalan ke kelas bagaikan melancong. Suasana dirasa cukuplah nyaman, tapi kulit kering especially pada tangan. Tapi, tak mengapa, sekering kulit jangan la luka atau sakit. Inilah suasana inilah dia hidup di tempat sejuk, kering dan berbaju tebal, tak sah kalau kalau kadang-kadang tidak bersikap bebal. Bebal pakai baju sehelai disarung jaket walhal perlunya lebih tebal untuk mengelak sakit. Buatlah perangai takde sape nak hingar bingai (ehehehhe perosakan bahasa :p)...

Cukuplah wahai diri, kering dah idea di fikiran ini... Kan dicoret lagi, apa yang dibicara hati... Biar dikata apa, jangan dibiar lupa. Jangan sekadar ingat tapi sedikit pun tak tersemat.

Dah-dah, makin mengarut. Dah kenapa gatal tangan menaip bahasa puitis yang takde kualiti ni? Inilah buktinya akal, bila berputar idea mengalir dan terus mengalir bagainya akal itu suatu pancaran mata air yang senantiasa mengeluarkan hasilnya, air. Moga air dari fikiran ini dapat menjadi makna buat diri terutamanya. Bagai kata Leo Tolstoy, kalau penulisanku dapat memberi kesan kepada manusia seluruhnya, kan kutumpukan segala hidup kepada penulisan moga-moga dapat mengubah manusia hidup lebih baik.... Kenapa Kristian ini berfikiran begini tapi kamu dan kamu dan kamu tak lebih hebat dari ini?

__________________________
Adeih, ye ye dah jangan cubit, tau la... nak henti la ni, tau la.. tau tau, masa baca buku plak.... (hati mencubit kecil tegas pada diri yang mengada malas).

Saturday, February 12, 2005

Hmmm... KIRI ke KANAN... ???

Suatu kisah, berjalan seorang manusia di zaman pemerintahan Louis the Sun King (Louis XIV), dikatakan manusia bertakhta ini hidup di zaman manusia eropah yang pengotor. Tersebutlah kisah pembinaan istana Versailles yang teramatlah agung... akan tetapi tertanya dalam diri setiap yang melawat, "Eh mana pergi toilet ni??" Maka terjawablah persoalan ini, "Eh, ko tak tau ke istana zaman ni memang takde toilet, ikut ko je nak buang kat mana..." Tak tercengang pun orang yang bertanya tu sebab dia pun sebahagian daripada komuniti pengotor tu yang takut nak mandi, memang cukup pengotor... Lantaran itu, kencinglah manusia bertanya itu di tangga istana yang memang tak mejadi kesalahan pun pada zaman itu...

Kisah yang lain pula, pada zaman itu dikatakan Arab badwi yang berpindah randah itu berkali ganda lebih bersih berbanding Louis XIV yang memang layak dipanggil raja pengotor... Kenapa? Kerana dikatakan kedatangan Islam itu mengajar manusia di dunia Arab menjadi golongan yang bersih... bagaimana? Macam mana tempat yang begitu kurang air boleh menjadi tempat tinggalnya komuniti pembersih? Inilah hakikat kelemahan dunia eropah yang pada masa itu hidup dalam zaman kegelapan (Dark Ages). Memang ramai penduduk eropah tatkala itu lari berhijrah ke tempat lain (hatta dalam konsep ini pun hijrahnya manusia eropah dikatakan membuka suatu peluang yang baru seperti yang dilakukan baginda ar-Rasul SAW). Antara tempat destinasi mereka ialah benua besar Amerika yang mana di Milwaukee ini sendiri terdapat ramai bangsa Jerman.

Berbalik pada cerita bersihnya manusia badwi berbanding raja eropah. Zaman eropah memang dilanda penyakit kerana wabak yang tersebar kerana betapa kotornya manusia di sana. Kencing merata bukan satu kesalahan walhal pengotornya itulah menjadi punca wabak. Islam yang dibawa baginda ar-Rasul mengajar manusia untuk mengasingkan penggunaan tangan kanan dan kiri, kanan untuk kerja bersih seperti makan dan kiri pula untuk kerja kotor seperti menyuci diri selepas "urusan rasmi" (lebih dikenali di kalangan orang Islam sebagai istinjak). Kenapa pesan mengasingkan penggunaan berdasarkan kerja ini begitu penting dalam pembinaan tamadun manusia dalam tempoh 23 yang RasuluLLAH lakukan? Rupanya pesanan yang ringkas dan mudah itu sebenarnya dapat menjaga kebersihan umat Islam dari diserang penyakit wabak seperti di eropah. Dikatakan pembinaan tamadun yang junjungan besar Nabi SAW lakukan dalam 23 tahun sebenarnya memakan masa beratus tahun bagi tamadun lain untuk melakukkannya. Tapi, begitulah peringatan mengutamakan tangan kanan pada kerja yang baik itu mampu memberikan kesenangan umat Islam hidup dalam dunia yang bersih dan tidak berpenyakit. Hakikat ini tidak dilihat oleh orang bukan Islam dan hakikat ini juga orang Islam zaman sekarang telah lupa diri.

1)
AyahAnak: "Bah, tengok orang tu minum tangan kiri."
AnakAyah: "Kamu jangan pula buat macam tu sebab kamu kan dah tahu apa yang Nabi telah ajar pada kita umat Islam..."

2)
Kawan A: "Kalau aku la, bila nampak imam atau penceramah minum berdiri aku tak kesah, tapi bila tengok kalau minumnya pakai tangan kiri memang kurang 'respek' aku pada dia...payah aku nak terima hujah yang dia berikan sebagai bagus... sebab bagi aku orang macam tu jatuh martabatnya dari segi benarnya kata-kata dia untuk aku pegang..."
Kawan B: "Macam tu sekali ko ye... aku selama ni tak kesah pun kalau ustaz yang bagi ceramah tu minum tangan kiri..."
Kawan A: "Tu la ko, orang Islam adalah orang yang benar-benar menjaga dari segi pembawakan hidup... dalam erti kata lain, pemerhatian kena tajam especially bila dah digariskan oleh hadith dan Quran."
Kawan B: "Aku rasa bukan salah siapa, salah diri sendiri jugak sebab aku pun kurang nak amik tahu macam mana akhlaknya nabi kita dalam pengambilan makanan atau minuman... yang aku tahu makan tangan kanan minum tangan kiri..."
Kawan A: "Ah, jeliknya perangai kamu ni sebab perangai sebegitu adalah perangai orang yang gelojoh.."
Kawan B: "Oh, patutla baginda Nabi tunjuk kita dengan sunnah minum tangan kirikanan supaya kita tak gelojoh makan minum dalam masa yang sama
Kawan A: "Itulah juga sebabnya Nabi ajar kita elok minum bila telah habis makan.."
Kawan B: "Eh kenapa? Kang kalau tercekik kang camne pulak?"
Kawan A: "Kalau tercekik tu sahla ko makan gelojoh..."
Kawan B: (malu sendiri)...
Kawan A: "Lagi satu kena tahu kenapa sunnah jilat jari lepas habis makan... sah-sah sunnah kena makan tangan kanan tapi tahu tak apa hikmah jilat jari??"
Kawan B: "Eh, Nabi ajar jilat jari ke lepas habis makan? Aku ingatkan iklan KFC je yang ajar 'hingga menjilat jari' ni."
Kawan A: "Ha ni la yang nak bagitau ni, pada jari kita ada enzim yang membantu penghadaman makanan, that is why our prophet ajar kita untuk jilat jari bila dah habis makan."
Kawan B: "Macam tu sekali rupanya..."
Kawan A: "Tapi kalau bukan sebab saintifik tu sekali pun, elok la kita ikut sunnah Nabi demi menaikkan kembali tamadun manusia yang telah dibawa Nabi kita, biar pun usaha kita kecil tapi inshaALLAH matlamatnya ke situ juga (iaitu) untuk meninggikan kalimah ALLAH..."
Kawab B: "Best2!!"

Hakikatnya, hari ini rata-rata kita mengabaikan perkara ini. Kenapa? Sebab kita memang tak ambil peduli akan kepentingan ini. Mari perhatikan pula cerita ni,

X: "Eh ko tau kenapa kena masuk kaki kanan ke dalam masjid?"
Y: "Ustaz aku cakap kalau mati bila masuk kaki kanan ko akan jatuh ke depan sebab badan lebih berat ke depan bila langkah kaki kanan..."
X: "Eh yeke? Apa lagi yang ustaz ko kata?"
Y: "Ustaz aku kata Nabi kita ajar kita masuk tandas kaki kiri... ustaz aku guna hujah yang sama jugak, kalau ko mati masa langkah kaki kiri nak masuk tandas ko akan jatuh ke belakang..."
X: "Aku tak paham, cuba ko citer biar terang."
Y: "Yela, kalau ko mati melangkah kaki kanan masuk mesjid ko akan mati dalam mesjid, kalau ko mati masa masuk tandas takde la ko mati dalam tandas."
X: "Hahahahaha, pandai la hujah tu... tapi kalau betul la teori ni, aku rasa memang aku kena cuba jaga la melangkah kaki kanan masuk masjid dan kaki kiri bila keluar dari masjid... juga langkah kaki kiri ke tempat kotor macam tandas..."
Y: "Tapi ko jangan mengada plak langkah kaki kiri masuk disko."
X: "Aha baru je nak cakap, ye aku tak buat... takdenya nak langkah ke disko... na'uzubiLLAH."

Begitulah setengah yang mengatakan tentang sunnah kiri dan kanan. Walau apa sekali sebabnya, ingatlah betapa ini sunnah kehidupan yang Nabi kita telah tunjuk pada kita.... Tahukah anda bila menaiki kenderaan (mahupun turun kenderaan) kaki mana yang digalakkan dimulakan dahulu? Sama-sama kaji dan pelajari, konsepnya mudah:

"KANAN UNTUK YANG BAIK DAN BERSIH DAN KIRI UNTUK YANG JELIK BURUK MAHUPUN KOTOR."

__________________________________
Sunnah yang sebegitu kecil ada manfaatnya untuk kita... Sedihnya bila orang kata: "Kenapa kat tempat kita negara Islam lagi kotor dari negara orang kafir?" Soalan ni buat teringat pada seorang wanita Islam terkenal yang dahulunya Yahudi [ala lupa nama dia sebab dengar ni masa di sekolah dulu], dia kata "Mujurlah aku telah masuk Islam lebih awal." Sinis tu kata-kata tu sebab betapa kotornya negara kita... dan ingat, belajar Islam itu bukan dari negara atau pengikutnya, tetapi belajarlah dari sumber-sumber yang benar bukan daripada orang Islam yang sendiri mengabaikan Islam dalam kehidupan mereka...

Tuesday, February 08, 2005

Today went to class and discussing about a fiction entitled "The Question of Rain." The imagery of water in the reading depicts the idea of water not only as a basic need for human being, it's also an essential element in religious practice. Though my lecturer only talked about the idea of baptism in Christianity and Mikyah (ritual bath) in Judaism, but to me we can add one more which is the obligatory bath during janabah for Muslims. Yes, water is important in those three monotheistic religions as a source of purification.

Let's ponder the translation of mikyah. In Judaism, when a woman is menstruating, she'll be in a state of "niddah" (which I understand as "haid," as in Islam) where she is technically in a state of "minor" exclusion and for about a week later until she immerses in a ritual bath known as a mikvah (refer to: here). Here, it signifies a similarity of Judaism and Islam. Sadly to hear, a Jewish woman who covers her head is called an orthodox Jewish. Why I said it is sad to hear that because it lines up another similar teaching to the Islamic revelation as stated in Quran to tell the women to cover their head.

Both teachings, Islam and Judaism, refer to the holy scriptures sent by God (ALLAH) to His prophets, Muhammad and Moses. For example, we can draw one understanding from both the following verses, one verse of Torah and another one is a Quranic, as follow:

   1) The Torah teaches: "Do not draw close to a woman when she is a niddah; (sexual intercourse) relations are forbidden (at that time)." (Leviticus: 15:19-24, 18:19, 20:18).

   2) As stated in the Noble Quran: "They ask thee concerning women's courses. Say: They are a hurt and a pollution: So keep away from women in their courses, and do not approach them until they are clean. But when they have purified themselves, ye may approach them in any manner, time, or place ordained for you by God. For God loves those who turn to Him constantly and He loves those who keep themselves pure and clean." (Al-Baqarah, 2:222)

Clearly, the same prohibition is stated here. But, why we need Islam? Islam came to correct the deviation of human beings led by Judaism and Christianity. But, people did not realize this purpose of God sending His last messenger named Muhammad to reinvite the human race to the one and only correct path (Shari'ah) to God (ALLAH). Judaism historically refused to accept Christianity and right now both religions seem to claim Islam is not the correct way to God. But to the Islamic teaching, Islam recognized both religions taught by the previous Islamic prophets sent by God to His people but yet the people had astrayed so much from what God (ALLAH) taught them earlier through the prophets. To see Judaism shares some similarities in its teachings to the Islamic teachings really proves that both religions are actually worshipping the same God. Even, Christianity, which copied and adjusted some teachings in Judaism and claimed to be the Christian teachings, is definitely worshipping ALLAH, but the thing is the biggest mistake the Christians had made is the conception of God because it is really wrong to claim Jesus as partly God and partly human as God had never transcended into any human flesh and Jesus had never possess any divine element.

That is why Islam came to correct all the mistakes committed by the Jews and Christians, to tell them that Jesus is only a normal human being chosen by God to be His prophet and to tell them that sexual intercourse is prohibitted when the wife is in niddah (or as in Islam called haid), and many more... It's kinda sad to actually learn that they believe in the same God but yet they do not unite one other under one religion. Let's correct all the mistakes and be a Muslim, Muslim (submissive) to ALLAH. Had the Jews or Christians not making any amendment in the teachings of Torah and Bible, we can call them to be Muslim too, but yet the reality is the other way around.

______________________
Saje praktis citer pasal agama dalam English padahal ayat berterabur tak ingat pnye... esok ada kuiz Theology, jom study!! Theos = God.. and Logos = study/word... so, theos+logos = theology
p/s: lupa plak tarikh special, HEPI BESDAY to you! :)

Saje nak tambah lagi:

Psyche = Soul..... and Psyche + Logos = Psychology = The study of Soul
Socio = Society... and Socio + Logos = Sociology = The study of Society/Social
Anthropo or Anthrop = Human Being... and Anthropo + Logos = Anthropology = The study of Human Being
Dermato = skin... and Dermato + Logos = Dermatology = The study of skin...

Semua perkataan ni mmg ceduk dari Greek... tu pasal panggil doktor falsafah pasal katanya la asal usul ilmu ni dari falsafah greek... cam bagus je, tapi mmg pun sbb even Ibnu Khaldun yang sepatutnya dipanggil bapa ekonomi (pasal John Smith tu lahir pada zaman selepas zaman Ibn Khaldun) pun rujuk pada ilmu ekonomi Greek yang pernah dibincang oleh Aristotle dan kengkawan satu zaman Greek dulu... hebat Greek ni tu pasal orang Greek ni dapat bina kota Athen yang hebat...

Thursday, February 03, 2005

Dengan selambanya housemate kata:

"Owh ko tak makan katok... kat dapur ada chicken wings kalau nak..."

Dan dengan selamba buat muka bodoh tak tau apa-apa... kalau dok mesia nak dapat makan ayam goreng halal memang best la... tapi dok sini menu je best tapi haram la plak... tu pasal orang kata dok mesia lagi cepat gemuk bila dah duduk kat US ni pasal dok mesia makanan halal merata... so tiap kali keluar merata la asik isi perut...

tak baik isi perut ni, penyakit banyak datang berpuncakan perut, nafsu pnye pasal la sakit pun banyak datang.... antaranya? antaranya throat cancer, kanser tekak tu... kenapa? sebab makan fastfood... kalau selalu makan fastfood haa camtu la dia, pasal ada kajian kata org makan fastfood selalu ni senang dapat kanser tekak... haa kena la jaga, kang dah kena kang makan pun dah takde nikmatnya...

______________________________
Okeh nak makan roti toast << baru je citer pasal makan (padahal mmg tengah makan roti toast pun :D)