Saturday, February 12, 2005

Hmmm... KIRI ke KANAN... ???

Suatu kisah, berjalan seorang manusia di zaman pemerintahan Louis the Sun King (Louis XIV), dikatakan manusia bertakhta ini hidup di zaman manusia eropah yang pengotor. Tersebutlah kisah pembinaan istana Versailles yang teramatlah agung... akan tetapi tertanya dalam diri setiap yang melawat, "Eh mana pergi toilet ni??" Maka terjawablah persoalan ini, "Eh, ko tak tau ke istana zaman ni memang takde toilet, ikut ko je nak buang kat mana..." Tak tercengang pun orang yang bertanya tu sebab dia pun sebahagian daripada komuniti pengotor tu yang takut nak mandi, memang cukup pengotor... Lantaran itu, kencinglah manusia bertanya itu di tangga istana yang memang tak mejadi kesalahan pun pada zaman itu...

Kisah yang lain pula, pada zaman itu dikatakan Arab badwi yang berpindah randah itu berkali ganda lebih bersih berbanding Louis XIV yang memang layak dipanggil raja pengotor... Kenapa? Kerana dikatakan kedatangan Islam itu mengajar manusia di dunia Arab menjadi golongan yang bersih... bagaimana? Macam mana tempat yang begitu kurang air boleh menjadi tempat tinggalnya komuniti pembersih? Inilah hakikat kelemahan dunia eropah yang pada masa itu hidup dalam zaman kegelapan (Dark Ages). Memang ramai penduduk eropah tatkala itu lari berhijrah ke tempat lain (hatta dalam konsep ini pun hijrahnya manusia eropah dikatakan membuka suatu peluang yang baru seperti yang dilakukan baginda ar-Rasul SAW). Antara tempat destinasi mereka ialah benua besar Amerika yang mana di Milwaukee ini sendiri terdapat ramai bangsa Jerman.

Berbalik pada cerita bersihnya manusia badwi berbanding raja eropah. Zaman eropah memang dilanda penyakit kerana wabak yang tersebar kerana betapa kotornya manusia di sana. Kencing merata bukan satu kesalahan walhal pengotornya itulah menjadi punca wabak. Islam yang dibawa baginda ar-Rasul mengajar manusia untuk mengasingkan penggunaan tangan kanan dan kiri, kanan untuk kerja bersih seperti makan dan kiri pula untuk kerja kotor seperti menyuci diri selepas "urusan rasmi" (lebih dikenali di kalangan orang Islam sebagai istinjak). Kenapa pesan mengasingkan penggunaan berdasarkan kerja ini begitu penting dalam pembinaan tamadun manusia dalam tempoh 23 yang RasuluLLAH lakukan? Rupanya pesanan yang ringkas dan mudah itu sebenarnya dapat menjaga kebersihan umat Islam dari diserang penyakit wabak seperti di eropah. Dikatakan pembinaan tamadun yang junjungan besar Nabi SAW lakukan dalam 23 tahun sebenarnya memakan masa beratus tahun bagi tamadun lain untuk melakukkannya. Tapi, begitulah peringatan mengutamakan tangan kanan pada kerja yang baik itu mampu memberikan kesenangan umat Islam hidup dalam dunia yang bersih dan tidak berpenyakit. Hakikat ini tidak dilihat oleh orang bukan Islam dan hakikat ini juga orang Islam zaman sekarang telah lupa diri.

1)
AyahAnak: "Bah, tengok orang tu minum tangan kiri."
AnakAyah: "Kamu jangan pula buat macam tu sebab kamu kan dah tahu apa yang Nabi telah ajar pada kita umat Islam..."

2)
Kawan A: "Kalau aku la, bila nampak imam atau penceramah minum berdiri aku tak kesah, tapi bila tengok kalau minumnya pakai tangan kiri memang kurang 'respek' aku pada dia...payah aku nak terima hujah yang dia berikan sebagai bagus... sebab bagi aku orang macam tu jatuh martabatnya dari segi benarnya kata-kata dia untuk aku pegang..."
Kawan B: "Macam tu sekali ko ye... aku selama ni tak kesah pun kalau ustaz yang bagi ceramah tu minum tangan kiri..."
Kawan A: "Tu la ko, orang Islam adalah orang yang benar-benar menjaga dari segi pembawakan hidup... dalam erti kata lain, pemerhatian kena tajam especially bila dah digariskan oleh hadith dan Quran."
Kawan B: "Aku rasa bukan salah siapa, salah diri sendiri jugak sebab aku pun kurang nak amik tahu macam mana akhlaknya nabi kita dalam pengambilan makanan atau minuman... yang aku tahu makan tangan kanan minum tangan kiri..."
Kawan A: "Ah, jeliknya perangai kamu ni sebab perangai sebegitu adalah perangai orang yang gelojoh.."
Kawan B: "Oh, patutla baginda Nabi tunjuk kita dengan sunnah minum tangan kirikanan supaya kita tak gelojoh makan minum dalam masa yang sama
Kawan A: "Itulah juga sebabnya Nabi ajar kita elok minum bila telah habis makan.."
Kawan B: "Eh kenapa? Kang kalau tercekik kang camne pulak?"
Kawan A: "Kalau tercekik tu sahla ko makan gelojoh..."
Kawan B: (malu sendiri)...
Kawan A: "Lagi satu kena tahu kenapa sunnah jilat jari lepas habis makan... sah-sah sunnah kena makan tangan kanan tapi tahu tak apa hikmah jilat jari??"
Kawan B: "Eh, Nabi ajar jilat jari ke lepas habis makan? Aku ingatkan iklan KFC je yang ajar 'hingga menjilat jari' ni."
Kawan A: "Ha ni la yang nak bagitau ni, pada jari kita ada enzim yang membantu penghadaman makanan, that is why our prophet ajar kita untuk jilat jari bila dah habis makan."
Kawan B: "Macam tu sekali rupanya..."
Kawan A: "Tapi kalau bukan sebab saintifik tu sekali pun, elok la kita ikut sunnah Nabi demi menaikkan kembali tamadun manusia yang telah dibawa Nabi kita, biar pun usaha kita kecil tapi inshaALLAH matlamatnya ke situ juga (iaitu) untuk meninggikan kalimah ALLAH..."
Kawab B: "Best2!!"

Hakikatnya, hari ini rata-rata kita mengabaikan perkara ini. Kenapa? Sebab kita memang tak ambil peduli akan kepentingan ini. Mari perhatikan pula cerita ni,

X: "Eh ko tau kenapa kena masuk kaki kanan ke dalam masjid?"
Y: "Ustaz aku cakap kalau mati bila masuk kaki kanan ko akan jatuh ke depan sebab badan lebih berat ke depan bila langkah kaki kanan..."
X: "Eh yeke? Apa lagi yang ustaz ko kata?"
Y: "Ustaz aku kata Nabi kita ajar kita masuk tandas kaki kiri... ustaz aku guna hujah yang sama jugak, kalau ko mati masa langkah kaki kiri nak masuk tandas ko akan jatuh ke belakang..."
X: "Aku tak paham, cuba ko citer biar terang."
Y: "Yela, kalau ko mati melangkah kaki kanan masuk mesjid ko akan mati dalam mesjid, kalau ko mati masa masuk tandas takde la ko mati dalam tandas."
X: "Hahahahaha, pandai la hujah tu... tapi kalau betul la teori ni, aku rasa memang aku kena cuba jaga la melangkah kaki kanan masuk masjid dan kaki kiri bila keluar dari masjid... juga langkah kaki kiri ke tempat kotor macam tandas..."
Y: "Tapi ko jangan mengada plak langkah kaki kiri masuk disko."
X: "Aha baru je nak cakap, ye aku tak buat... takdenya nak langkah ke disko... na'uzubiLLAH."

Begitulah setengah yang mengatakan tentang sunnah kiri dan kanan. Walau apa sekali sebabnya, ingatlah betapa ini sunnah kehidupan yang Nabi kita telah tunjuk pada kita.... Tahukah anda bila menaiki kenderaan (mahupun turun kenderaan) kaki mana yang digalakkan dimulakan dahulu? Sama-sama kaji dan pelajari, konsepnya mudah:

"KANAN UNTUK YANG BAIK DAN BERSIH DAN KIRI UNTUK YANG JELIK BURUK MAHUPUN KOTOR."

__________________________________
Sunnah yang sebegitu kecil ada manfaatnya untuk kita... Sedihnya bila orang kata: "Kenapa kat tempat kita negara Islam lagi kotor dari negara orang kafir?" Soalan ni buat teringat pada seorang wanita Islam terkenal yang dahulunya Yahudi [ala lupa nama dia sebab dengar ni masa di sekolah dulu], dia kata "Mujurlah aku telah masuk Islam lebih awal." Sinis tu kata-kata tu sebab betapa kotornya negara kita... dan ingat, belajar Islam itu bukan dari negara atau pengikutnya, tetapi belajarlah dari sumber-sumber yang benar bukan daripada orang Islam yang sendiri mengabaikan Islam dalam kehidupan mereka...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home