Friday, February 25, 2005

Bangsa Melayu lemah berbahasa, kenapa? To me, it's because of the language itself. Bahasa Melayu tak banyak variasi dari satu perkataan, yang ada sekadar meletakkan imbuhan. But then, there is no pattern, sampaikan kalau dari perkataan menganggur la contohnya apa perkataan akar yang utama dalam kata kerja menganggur tu? adakah ianya anggur? atau adakah ianya kanggur? sebab kalau kasih akan jadi mengasih, jadi perkataan asalnya ada huruf K di hadapan. tetapi kalau asuh, tak perlu huruf K pun di hadapan, tetapi still boleh jadi mengasuh, tiada pattern yang tetap, memerlukan kepada kebiasaan manusia yang menggunakan bahasa melayu untuk tahu kata asal yang utama, tapi tak boleh kalau dari variasi hasli penambahan tu dilakukan proses ke belakang iaitu mencari balik kata asal dengan sekadar membuangkan imbuhan. Sebab tu Bahasa Melayu tak cukup perkataan dan tak mampu nak cope with the latest development, kalau computer it is translated as komputer takde la plak nak diterjemah menjadi alat kira-kira atau pengkira-kira sebab compute kan maksudnya mengira. Dah tak cukup perkataan, terma asing dimelayukan, mana la tak layu.... waha selamba aku kutuk bahasa melayu...

Sekali lagi nak kata, takde proses variasi atau senang kata evolusi perkataan... kalau istilah dengan adik-adik aku, bahasa melayu ni kira tak "evol," dia pandai evol sebab trainer dia takde pengalaman, trainer dia tahu tiru je skil bahasa lain... okay cukup bahasa melayu ni sebagai bahasa yang ketinggalan, kita letak tepi sebab kita letakkan 2 bahasa lain yang lebih baik dari bahasa melayu... bandingkan english dan arabiyah, antara 2 bahasa ni mana lagi bagus? Surely it's arabic, coz kalimaat (perkataan2) yang evol pun merujuk pada maksud yang kalau dikembangkan jadikan minda kita berfikir dengan baik dan berkembang. Bahasa Melayu memang jelas jumud haha sekali lagi kutuk bahasa melayu. Contoh, kalau kalau Kha-la-so (dalam arab ni) maksudnya telah habis atau ringkas (ringkas kat sini rujuk pada ringkasan yang juga maksudnya rumusan, so ringkas kat sini kata lainnya ialah rumus)... dari perkataan ikhlas juga ada huruf-huruf Kha-la-so (iaitu kho, lam dan sod)... kat situ nak bagitau dalam ikhlas ni adalah rumusan penting... dalam melakukan amalan, kena ada satu kesimpulan (rumusan) yang jelas, iaitu pada Tuhan yang Maha Satu... aku tak tau la korang paham ke idak, but then bila kita melakukan sesuatu dengan ikhlas (orang kata kita buat amalan tu dengan putus -merujuk kepada tetap iaitu keputusan kita yang tetap dalam melakukan amalan) baru la amalan kita dapat dipandang oleh ALLAH, kalau amalan tak ikhlas, kata cikgu aku ianya syirik... hui, dengar syirik je terus ingat fikir sembah berhala ye? hai korang ni, silap tu.. syirik ni bukan takat berhala je, kalau buat kerana mak bapak pun dah boleh jadi syirik tau... sebabnya, apa? pasal syirik ni amalan yang kita buat kerana selain dari ALLAH (kalau dalam arab "selain dari ALLAH" disebut "siwaALLAH")... tu baru satu perkataan, belum citer yang lain... tapi kena ingat, ikhlas ni adalah essence in any ibadah dan amal yang kita lakukan, tanpa ikhlas, takut2 amalan kita makan diri pulak...

Okay, citer lagi pasal bahasa ni... yang ni nak kongsi apa yang Bro Fazrul tulis dalam buku dia, ni merujuk kepada persoalan semantik sebab memang macam aku cakap kat atas orang mesia ni lemah semantik... semantik ni apa? semantik ni kita belajar tentang bahasa... contohnya satu perkataan tu rujuk pada apa... kata Bro Fazrul, kita perhati pada perkataan REALITI... kalau dalam melayu benda yang REALITI ni merujuk kepada benda yang boleh dilihat dan juga tak boleh dilihat tapi boleh dirasakan wujud (pasal melayu kan percaya pada benda tahyul dan hantu jembalang sumer ni)... tapi dalam english, REALITI ni biasanya merujuk pada benda yang boleh dilihat dan wujud boleh dipegang, orang putih kata tangible... pasal apa? pasal ikut english REALITI ni merujuk pada material (pasal orang putih kan materialistik)... tapi dalam arab, realiti atau reality disebut HAQIQAH (atau orang melayu juga ada sebut sebagai HAKIKAT)... HAQIQAH yang mana perkataan akarnya ialah HAQ merujuk kepada benda yang benar... kalau tak nampak sekali pun tapi bila ianya benar maka benda tu memang wujud, dan bagi bahasa arab bukan setakat itu sahaja, HAQ itu merujuk kepada kebenaran iaitu sumber kepada kebenaran itu sendiri tak lain tak bukan merujuk kepada Lafzhil-Jalaalah (sebutan MULIA) iaitu ALLAH Subhaanahu wa Ta'aala (tahu ke apa maksud Subhaanahu wa Ta'aala? maksudnya yang Maha Suci -dari sebarang syirik dan kecacatan dan keburukan dan segala macam keburukan atau kelemahan- juga Maha Tinggi -tiada yang lagi tinggi atau lagi utama dariNYA).... Itu pasal la kalau sebut realiti, kalau tak tau semantik ntah apa agaknya yang difikir... tau la REALITI dan REALITY tu keduanya rujuk pada benda yang REAL, tapi masalahnya dalam Bahasa real tu jugak dikaitkan dengan rasa atau perasaan, kalau rasa hantu tu wujud maka benarlah hantu itu, maka dicoplah hantu itu sebagai satu benda daripada realiti.... tapi kalau orang putih plak, real ni kalau tak boleh pegang maka tak betul, real ni yang boleh dinampak je... So, pada layu-layu sekalian, manakah pengertian HAKIKAT yang anda maksudkan bila anda sebut "hakikat"?

Macam kawan aku citer, bapak dia marah kalau orang tak tau tapi dia jawab bla bla bla dan last sekali dia letak "agaknya la"... kata kawan aku, bapak dia lagi suka kalau orang tak tau cakap tak tau, takyah pandai-pandai nak agak-agak... takde sape nak tau agakan, orang tanya tau ke idak... 2 choice je, tapi pegi letak choice lain, kalau jawab Who Wants To Be A Millionaire, sure Pakcik Jalal kita dah pelangkung dah.... Tu la dia orang layu, suka sangat agak-agak, pasal apa? pasal dia ikut apa yang dia RASA... kalau PERASAAN dia berat kat situ, situ la dia jawab, pastu diakhir dengan AGAKNYA... adei... jangan ikut pada rasa, kalau orang Barat lagi bagus, dia jawab atas dasar ilmu yang dia ada, tapi silap orang barat ni plak dia ada ilmu yang tak betul... Tu yang leceh tu... Macam dalam kelas Islam baru ni, orang dah kata belajar subjek Islam, dia lagi nak kaitkan dengan fakta dia pasal Jesus Christ (tau maksud Christ tu apa? Kalau dalam arab orang panggil al-Maseeh atau perkataan lain dalam english ialah Messiah)... Derang setuju sumber kebenaran tu ialah Tuhan tapi masalahnya derang ni still nak pegang dengan revelation yang dah terpesong... orang cakap manusia bukan Tuhan derang nak jugak percaya yang sebaliknya... orang kata Tuhan tu satu, dia kata Tuhan tu satu TAPI... hai degil benar takde tapi-tapi, TUHAN ITU MAHA SATU, takkan la tak paham... Pastu boleh dicopnya Islam ni sebagai monotheistic religion yang paling strict antara 3 agama (yang mana 2 lagi agama monotheistic ialah Kristian dan Yahudi)...

Kalau tengok balik pada perkataan Yahudi dan Kristian, kalau dalam bahasa, nak kena letak agama kat depan baru tau itu merujuk pada agama, sebab apa? pasal dalam melayu sekali lagi ianya bahasa yang lemah memerlukan tampungan yang bila kalau dicerita jadilah wordy tak ingat pnye... kalau nak terjemah jadi satu perkataan unik dalam bahasa, maka perkataan itu akan diceduk dan dilayukan maka jadilah sebahagiaan dari perkataan melayu yang layu... huuu kutuk lagi bahasa melayu... okay sian kat bahasa melayu kena buli... biar padan muka, tu pasal la orang melayu terkebelakang, lagi nak kecoh nak tegakkan bahasa yang memang layu, kalau dulu-dulu boleh la, sekarang ni dah payah pasal bangsa melayu banyak sangat ketinggalan tu pasal nak catch up with the language competitiveness pun dah tak dapek... okay, kita rujuk balik pada Kristian dan Yahudi tadi.... kalau dalam english, senang je kita panggil Christianity bila rujuk pada agama Kristian, dan dibahasakan Judaism bila sebut pada agama Yahudi... kalau orang Yahudi panggil je Jews, kalau orang Kristian, panggil je Christian... setiap tu diterminologikan dengan satu perkataan unik, tak macam bahasa, hatta orang yang anut Christianity pun kena letak perkataan "orang" kalau tak nanti tak jelas rujuk pada agama ke rujuk pada orang... kena sebut betul-betul "orang Kristian" ooo baru paham rujuk pada orang... memang la lagi mudah paham tapi masalahnya wordy lagi jadinya.... tak best, tu pasal bila dah makan masa, nak belajar pun jadi lambat... sebab kena makan masa sket nak baca 2 perkataan bagi 1 perkataan yang unik dalam bahasa inggeris...

Aku rasa kalau DBP baca apa aku citer ni sure berapi derang rasa... macam ada sorang pakcik ni aku rasa dah tahap atuk dah pasal dia dah dok US ni ngajar bahasa melayu dah agak lama, dia pnye la tanak terima aku cakap bahasa arab lagi bagus dari bahasa melayu, dia kata bahasa melayu ni power gila pasal dia dah kaji mendalam... memang la power, tapi itu dulu, dah bukan zaman dia dah... macam arab ni lagi la power, pasal apa? pasal ianya bahasa syurga, bahasa yang dipakai oleh ALLAH untuk memberi petunjuk pada hambaNYA... eh apa plak? Yela, pasal Quran tu kan dalam arab dan Quran tu la memuatkan kekata yang ALLAH berikan pada manusia sejagat untuk dijadikan manual hidup... manual pe benda ko ni? Yela, kalau ko beli kereta, mesti ko nak kena tengok manual dari manufacturer dia kan? Macam ko beli Satria atau Perdana (aku rasa nak beli la salah satu kereta ni pasal bini aku kata dia suka 2 model Proton ni -wei2 bila plak ko dah kawin, haha)... haa mesti la ko nak tengok manual yang Proton dah sediakn, baru la ko tau nak pakai dan jaga kereta tu dengan baik... ko jangan lupa, badan yang ko pakai sekarang ni ALLAH yang cipta tau... hatta roh ko pun dari ALLAH, tu pasal kena tengok manual, baru la ko tau pandu badan ko dan ko tau jaga badan ko dengan baik, ni kalau ko tak pakai manual, ko masuk salah gear silap aribulan ko langgar badan orang lain, haa kan dah jadi dosa besar plak tu nanti bila ko dah merosakkan hak orang lain, hak orang lain tu satu hal, tapi hak pada diri ko sendiri tu yang lagi besar ko rosakkan... kena la pakai manual tu betul-betul, takleh ooo pilih2 mana yang ko suka, nanti ko tau pakai gear je tapi stereng ko nak pulas sampai berapa ribu darjah, mau jahanam... tu pasal la manual ni ko kena baca dari A sampai Z pastu semua ko kena ikut, ko tak ikut satu je, kalau ko kemalangan jangan salahkan orang lain... salahkan diri sendiri kerana tidak ingat pada orang yang tersayang... padan muka ko... ops, innaliLLAH :)

Oleh yang demikian, aku rasa cukup la kat sini, bini aku tak suka aku "ngok ngek" lama-lama, nanti dia rotan.... dia garang wooo.... kau ni mamat, bila masa ko dah kawin, bangun la dari tidur wei, gi baca buku lagi baik... sebelum ko abis ni baik ko share syair arab yang ko dapat dari sorang ustaz masa ko lawat Manchester aritu... okay aku tau la, yela... aku plak yang kena... ni ha ada satu syair utk orang mesia, ustaz ni la ajar, dia kata mmg khusus utk orang mesia... bunyinya kurang lebih camni:

"Kalau ada satu bangsa (atau golongan) di kalangan umat Islam yang dipilih masuk ke syurga terlebih dahulu, orang Malaysialah yang paling layak."

Aku dengar syair ni gila tak ingat pompous abis la.. padahal kita semua tahu camne ramainya orang layu yang hidup kat dalam bumi malaysia, imam tampar pengerusi JKKK ada, 90 tempat makan kat satu negeri kotor pun ada, lori langgar pokok jatuh 138 ketul ganja pun ada... black market utk pirated CDs and branded products pun ada... apa lagi? Perogol bersirinya, peragutnya, orang yang simpati nak dadah pun ada (apa kaitan simpati? yela diakan menagih dadah, dia tagihkan dadah macam orang yang tagihkan cinta.. so dia minta simpati la buat muka kesian nak sangat dadah tu, eh ko ni dah salah pakai semantik ni, haha saje je)... dan sebagainya ragam... hatta pergi masjid kena curi kasut pun ada, belum citer pasal sumbang mahram, belum citer pasal seks bebas, belum citer pasal teguk, belum citer pasal solat, belum citer pasal hormat mak bapak, dan yang paling teruknya belum cerita macam mana perangai orang muda dalam menuntut ilmu, ada yang sampai ikut makwe atau pakwe masuk kelas tu semata tanak bagi orang kepit dengan makwe atau pakwe dia... tu belum yang tak hormat pada orang tengah solat, orang tengah solat tak pandai plak dia nak slowkan music yang dia pasang... time orang solat jugakla dia nak sembang kuat.... apasal la bijak sangat nak jadi selfish, tau la suka dengar lagu tapi tutup la music tu time orang solat, yang lagi satu bila dah abis solat bawak2 la zikir, ada orang lagi yang tak abis solat buat pe bukak warung dekat dengan orang solat... tu la dia, perangai orang bijaksana di malaysia yang dikatakan layak masuk syurga dulu, banyak lagi karat yang tak nampak... tapikan, aku rasa aku pikir balik memang banding dengan orang Islam di negara lain, okay lagi orang Islam kat Mesia ni, apa dia? maknanya orang Islam negara lain lagi la teruk... ko ni gila la, sape nak percaya statement ko... ko tak baik buat generalization macam tu, ko ni pun sama suka judge orang.... bini ko bising kang kalau dia tau ko dah kawin, eh ko ni tadi ko kata aku tak kawin tiba2 ko kata aku ada bini plak.... a'ah la, jom la kita cabut dari sini, kang kita dua kena rotan..... jommmmm.... cabuuttt!!


________________________________
Apa yang anda baca jangan diambil bulat-bulat, petak-petakkan dahulu, mana yang rasa bulat golekkan masuk dalam minda... mana yang petak asahlah setiap bucu yang tajam tu sampai petak tu jadi bulat pastu golekkan jugak masuk ke kotak minda anda... kalau tak muat, bakar je bagi dia tinggal abu pastu simpan jgak dalam kotak minda anda.... kau ni kenapa ayat macam orang gila.... a'ah aku gila... aku tau la ko dengki, aku cuma berniat nak jadi macam tokoh-tokoh yang femes macam Syed Qutb, dia kan puitis dan pandai menulis, tu pasal la aku nak praktis... mana tau satu hari nanti aku pun boleh menulis apa yang ada dalam kotak minda aku yang selalu berlubang ni...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home