Tuesday, February 15, 2005

Sejuk sesejuk musim bunga
Bagai terasa, menyapa jiwa
Alangkah kelamnya suasana
Bila matahari tidak kunjung tiba
Cuaca alam mesra dirasa...

Secerah hari tatkala salji tiada
Nyamannya udara menghuni ke dada
Sejuk dirasa
Segarnya minda
Tertutup jua mata
Kerna sedapnya suasana
Di kelas oh nyamannya...

Hari-hari berlalu, timbunan salji itu menghilang. Gegunung kecil menenggek di tepian jalan makin surut. Mengalir air dari atas bukit hingga ke kaki bawahnya. Tanpa titisan hujan jatuh dari langit, mahupun sezarah salji turun ke bumi. Namun berair jua jejalan, kerna cairan salji menyirami. Hari makin cerah, secerah hari adalah suasana ketika ini. Melihat secerah alam disinari mentari. Berjalan ke kelas bagaikan melancong. Suasana dirasa cukuplah nyaman, tapi kulit kering especially pada tangan. Tapi, tak mengapa, sekering kulit jangan la luka atau sakit. Inilah suasana inilah dia hidup di tempat sejuk, kering dan berbaju tebal, tak sah kalau kalau kadang-kadang tidak bersikap bebal. Bebal pakai baju sehelai disarung jaket walhal perlunya lebih tebal untuk mengelak sakit. Buatlah perangai takde sape nak hingar bingai (ehehehhe perosakan bahasa :p)...

Cukuplah wahai diri, kering dah idea di fikiran ini... Kan dicoret lagi, apa yang dibicara hati... Biar dikata apa, jangan dibiar lupa. Jangan sekadar ingat tapi sedikit pun tak tersemat.

Dah-dah, makin mengarut. Dah kenapa gatal tangan menaip bahasa puitis yang takde kualiti ni? Inilah buktinya akal, bila berputar idea mengalir dan terus mengalir bagainya akal itu suatu pancaran mata air yang senantiasa mengeluarkan hasilnya, air. Moga air dari fikiran ini dapat menjadi makna buat diri terutamanya. Bagai kata Leo Tolstoy, kalau penulisanku dapat memberi kesan kepada manusia seluruhnya, kan kutumpukan segala hidup kepada penulisan moga-moga dapat mengubah manusia hidup lebih baik.... Kenapa Kristian ini berfikiran begini tapi kamu dan kamu dan kamu tak lebih hebat dari ini?

__________________________
Adeih, ye ye dah jangan cubit, tau la... nak henti la ni, tau la.. tau tau, masa baca buku plak.... (hati mencubit kecil tegas pada diri yang mengada malas).

0 Comments:

Post a Comment

<< Home