Tuesday, March 30, 2004

Suatu kebetulan??



Tadi masa lawat site Wan Hisham, terselongkar pulak satu gambar kenangan lepas SPM dulu. Batch 6 a.k.a GERAM (Generasi Enam) buat satu perjumpaan kat taman tasik Shah Alam... kira sempena semua orang nak masuk IPT dah, sebab masa tu masing-masing pun dah nak masuk U. Dalam gambar tu, haa yang tu je la yang dapat hadir pada masa tu. Tapi la, dalam-dalam melihat gambar ni, isy dalam sungguh aku pandang sampai terperasan la satu kebetulan. Dari dulu lagi terfikir tiap kali pandang gambar ni, ish2 macam mana aku pun buat gaya tangan macam dua orang akak-akak di belakang sekali tu. Fikir-fikir balik la, kebetulan ke? atau...?? hehe, tersenyum sendirian...

Rindunya la kat kengkawan Hira'. Bila lagi nak jumpa semua kawan-kawan Hira' ni, hmmm ni yang buatkan rasa nak balik nih... latest, dengar cerita kengkawan GERAMians pi lawat Fatimah Nur kena bedah. Tak dapat nak turut serta hadir. Harapnya akak kita tu sembuh dengan baik, 'syafaahaaLLAH'... baru ni terbaca kat blog Haarith a.k.a. rawasih ucapan rawasih untuk kengkawan di perantauan, buatkan rasa nak balik jugak eheheh... rindu la pulak kat korang semua... melepas aku nak jumpa korang masa AGM ALUMNI tempoh hari. Apa pun, alhamdu lillah walaupun dah lama tak bersua, dapat dengar berita pun dah cukup gumbira...

Moga ukhuwwah yang terbina kan berkekalan... macam tema reunion GERAM lepas SPM dulu-dulu tu... "Ukhuwwah fi-LLAH abadan abada"... Hidup GERAM!! Hehe....

___________________
Ukhuwwah itu manis...

Monday, March 29, 2004

Me and My Name??

Brief summary of your name: Abdul
The name of Abdul indicates you are a patient, meticulous person who enjoys working in a very detailed, systematic way, in such fields as mathematics, science, mechanics, computers, or engineering. You do your best work when there is no disruption, as you do not easily adjust to interference and changes once you start a project; also you like to work step by step at your own speed. Your infinite patience would allow you to develop intricate, involved skills to perfection. However, it is not easy for others to work and live with you as you deliberate so long in arriving at conclusions and allow small details to restrict your point of view

Brief summary of your name: Muizz
Your name of Muizz has made you versatile and creative. There is hardly anything you cannot do if you put your mind to it, but a driving urge leads you to one experience after another, seldom finishing what you start. You cannot find peace of mind or lasting contentment in anything you do. As soon as a challenge is met, boredom sets in, and you yearn for another experience. This restlessness makes it difficult for you to assume responsibility and to establish stable, progressive conditions in your life.

______________________________
Diriku adalah diriku jua...
Album Status: updated!!
Isy... rajin pulak aku gi update lagik album gambar... dah lewat ni, kalau tanak tidur baik pi buat revision, sem ni tinggal sebulan lebih je lagik... kena pulun lagik nih, subjek major la kena pulun... masuk sem ni dah 2 sem dah subjek major jadik killer course... tak pulun buat penaya je nanti... pulun jangan tak pulun....

takpe la, sekali sekala rajin mengupdate album... lagi pun ada la letak sikit gambar terbaru dan beberapa gambar dari tahun 2003 yang lalu... okay la, wanna rest... "jago shipeoyo" ('nak tidor' in Korean language... Kuzer, kalau salah betul kan Moeh ye??)!!!
__________________
Blog? or Study? adeih...

Sunday, March 28, 2004

Tiring Week...ends Weekend..

Hari yang letih telah berlalu. Hari Jumaat lepas, baca buku sekali dengan Paeh lepas solat Isyak, kita dua je baca buku tu Paeh? Takpe, kita tuntut ilme bersama :) Thanks Paeh coz willing ta join me though others weren't... Masa tengah baca buku ntah teralih pula niat untuk turut serta mempamerkan bakat bermain sukan bowling tenpin (10-pin). Alhamdu liLLAH, tak sangka dapat catat rekod untuk diri sendiri. Tak pernah main spin dapat skor banyak, sebelum ni dapat 144 je paling tinggi. Hari Jumaat lepas, dapat 154... tak sangka, pastu dapat jugak 140 masa game 3. Nak kena praktis lagi, tapi baru ni banyak gak strike, biasa main takde la banyak macam ni... tu la, dah selalu main, boleh la nak biasakan diri main spin... best2... (ko sum'ah ye muizz? hehe... apa sum'ah tu ye??)

Dua hari berlalu ni letih tak ingat... tak pernah la merasa keletihan macam ni sejak sekian lama tak pernah buat outdoor activities. Dahla tak berjemur kat sunshine tapi tetap terasa akan keletihannya sampai la tiba-tiba ada jemputan makan hehe pantang dijemput kena datang. Walaupun ingat nak ikat perut je sebab dah malas nak masak sebab letih, tapi apa boleh dikata, jemputan perlu dipenuhi :D apa lagi, kena gerak dulu sebab nak penuhi jemputan Abang Syabil tambah2 lagi dah lama tak tengok Yusuf, agaknya dah kurus dah kot Yusuf sebab dah sebulan dah umur dia :)

Gerak dulu... jyaaa!!

______________________________
Jemputan perlu dipenuhi, ianya suatu hak...

Thursday, March 25, 2004

Email

Lately, I got reply from Nadia (anak Abang Wan -my second cousin at Racine which is about 20 miles from Milwaukee). Like usual, owez fil 'segan' u no, pasal I tak pandai nak berbahasa ongputih ;p Quite a big surprise for me learning that she's the best student in school. This is the difference! Bukti anak melayu memang bijak pandai (kalau dididik dan dilatih dengan baik la...). At first, I was a bit shame coz she's kinda better than me in amount of thinking and questioning things coz thinking is my way of wasting time hehe. Yang buatkan dia pandai, lepas borak dengan anak buah aku ni, betul la kata mak dia, "Dia tak segan silu bertanya sampaikan banyak sangat dia tanya itu dan ini." Hearing that reminds me of Cikgu Ch'ng's son (Gilbert if I not mistaken) who seems to have the same behavior, asking so many questions when we were visiting Putrajaya under KSK. Tu la tips dia agaknya, kena banyak bertanya, indirectly akan dapatkan jawapan (dalam kata lain input) sebanyak yang mungkin. Membaca pun membaca, tapi kena bertanya dalam kata lain berfikir. Bila bertanya menunjukkan minda itu bergerak.

Takpe la, I have to continue my revision. Tomorrow got test for Calculus and quiz for Loving Sophia (Philosophy). Sebagai pengakhirnya, baca la email di bawah yang aku ketip potong dari email yang Nadia reply. Jyaaa...



_____________________________________
Budak Grade 4 je dah buat research / thesis paper ... aku ni masih terkial-kial lagi nak buat writing...
Tengah berazam nak dapatkan research paper yang anak buah aku ni buat... kata mak dia macam mengalahkan orang kolej punya assignment...
Gambo??

Aku dah update sikit gegambar... Saje la letak lagi gambar masa jenjalan tempoh hari. InshaAllah ada masa lagi aku akan update lagik...

Kalau nak tengok gambar tu klik kat link... ataupun klik sinih!!
Just for fun

Semalam masa tengah surf terjumpa la pulak site ni. Comel pulak tengok karakter dia :D

Nak tau?? Klik sini!!

Wednesday, March 24, 2004

Iklan

What's in it?
It's Kix, can't you see?
Does it have any sugar?
Nope..
Marshmelow?
Nope..
What's in it?
You'll see?
Is it good?
It's very good..
This is good...
Yeah.. but it's very hard to open...

Balik tadi naik bas. Tengok plak iklan kat TV dalam bas, suka betul tengok iklan Kix sebab budak kecik yang gempal tu muka cam orang besar. Yang sorang lagi tu pun lebih kurang, macam matang. Pandai derang berbual sambil yang si gempal tu cuba membuka kotak Kix. Punya la payah, berusaha sungguh si gempal nak bukak kotak tu... yang si keding pulak tak sabar nak tau apa ada dalam kotak Kix... lastly, derang pun dapat la makan Kix... bestnya tengok dua orang kawan baik tu makan sama-sama... teringat plak kat member yang sekarang ni kat Jepun sebab dulu makan sama-sama masa kecik-kecik dulu...

____________________________
Kawan... biar jauh pun tetap kan dikenang...
Sistem dan Manusia

Bila baca tentang pilihanraya baru ni amat melucukan ataupun boleh kata amat memalukan. Melucukan sebab SPR kali ni macam "budak-budak" yang ketakutan sampai begitu takut untuk letak jawatan seorang diri. "Kalau aku letak jawatan, aku nak gang aku yang ada kat belakang aku pun semua kena letak jawatan, tak adil la aku sorang je yang kena pikul semua tu." What a joke... itula jelasnya sikap negara membangun. Bukan nak kutuk, tapi agaknya kalau aku sendiri pun macam tu ke? Baca komen seorang sahabat di Pennstate, dia mengulas bahawa dia pun menuntut ketulusan dari SPR walaupun dia memberikan pujian pada kerajaan yang ada sekarang. Ditambahnya lagi, kenapa nak takut pada perubahan. Sudah menjadi tanggungjawab mana-mana kerajaan sekali pun untuk membangun dan mentadbir negaranya, masakan tanggungjawab itu diabaikan. Lagipun, sistem demokrasi menuntut rakyat turut membantu dalam setiap hal yang melibatkan isu negara, tetapi nampak gaya memang rakyat serahkan bulat-bulat pada 'wakil rakyat' yang suka hentak-hentak meja di persidangan. Hmmm sikap, macam perangai budak sekolah rendah. "Mak nak nasik!!!" pastu hentak-hentak meja... sama la tu haha, tak suka betul tengok perangai camtu. Itula sikap negara Islam, ketuk-ketuk dan hentak-hentak masa persidangan, bagus sungguh.

Bila mana baca SPR buat laporan polis kerana kata kesilapan mencetak amat menakutkan. Haha, lucu sungguh macam budak kecik... dah takde tempat mengadu, carik la mak atau ayah dia. Macam dalam kes SPR ni sama la jugak, memang perangai budak-budak mengadu kat polis. Yang paling aku tak paham, 'budak-budak' tu dah jelas tak tau nak urus perkara besar sebab mereka tak pandai bertindak sampaikan boleh SPR Selangor jadi kalut. Kalut? yela dah mereka kan "budak-budak" tak boleh nak kawal diri sampai akhirnya tukar sistem, tu sebab ramai tak dapat mengundi. Betul ke apa yang aku baca di akhbar online ni? Tergelak je baca, sikap negara membangun memang kebudakan. Takut letak jawatan sorang-sorang tu satu (ni aku setuju pendapat kawan aku di Pennstate tu) dan lagi satu sistem pun kucar-kacir. Pastu nak suruh semua orang terima hakikat.. terima sistem yang kalut tu? Pelik sungguh... kalau aku la, undi sekali lagi. Kecut benar, kat sini kempen berbulan lamanya baru la jelas. Tapi di sana hanya berapa minggu? Ntah la, sistem generasi sekarang pelik... macam mana la generasi mendatang pula nanti?

Tuesday, March 23, 2004

Panjat balik...

Baru semalam aku berjaya panjat balik tangga. Seminggu yang lalu memang teruk aku jatuh tangga. Berkali cuba bangkit tapi sakit tu buatkan aku lemah, macam terkulai juga cuba menggapai segala apa yang ada di sekitar aku. Habis tempat tinggal aku, mana taknya semua barang-barang aku cuba capai tu buatkan persekitaran berselerak. Hingga ke saat ini, masih ada lagi barang-barang yang tidak diperbetulkan lagi, inshaAllah aku kena susun atur lagi supaya senang untuk aku panjat lagi tangga. Alhamdu lillah, ada lagi teman yang masih sanggup bantu aku panjat tangga. Maaf pada yang lain especially my sisters sebab dalam pada aku cuba panjat balik, aku hampir-hampir buatkan mereka tergelincir. Dah la aku lemah kesan aku jatuh tu, lepas tu cuba pula nak buatkan orang lain pun turut jatuh macam aku, teruk juga bila memikirkan. Tak mengapa lah, yang pasti aku kena cuba lagi panjat tangga. Sahabat aku kat atas tu sentiasa menunggu, aku je yang jarang-jarang nak datang menjenguk. Aku kena panjat lagi tangga kaler merah maroon tu sebab itu la yang menghubungkan rumah aku dengan rumah sahabat aku tu.

Semalam, sebelum tidur, dalam keadaan yang masih lemah, aku tadah tangan. Tadah dan merintih pada Dia. Terjelepuk aku kat belakang pintu untuk tempoh masa yang lama sebab aku rasa begitu lemah. Walhal, aku kena mohon bantuan Dia, tapi aku malu... silap besar aku sebab Dia la tempat yang paling layak untuk aku mohon kekuatan. Alhamdu lillah, hari ini sedikit sebanyak dapat juga kekuatan. Takpe, aku azam nak panjat lagi tangga tu malam ni...

Cukuplah seminggu aku jatuh tanpa bangkit, kini seminggu tu telah berlalu. Aku kena usaha supaya aku dapat keluar dari takuk lama. Pujian lagi buat Allah kerana semalam berjaya juga aku melangkah panjat tangga, kiranya dapat juga aku gerakkan diri aku dari takuk lama. Lama aku terjelepuk jatuh dalam takuk tu. Kini semuanya perlukan lagi kekuatan untuk aku panjat lagi tangga tu... Berikanlah kekuatan untuk aku panjat lagi tangga tu, ya Allah... -amin-

_________________________________
Jatuh? Bangkit! Dan teruskan...

Friday, March 19, 2004

Bertuah??

Baru je baca Berita Harian edisi online, tak tau je nak kata... ntah kenapa buta mata ke buta minda ke tak tahu la, tapi pelik bila ada yang dakwa berasa bertuah. Bertuah sebab apa? Sebab dapat menikmati demokrasi, ntah tak tau nak rasa apa, lawak pun ada sedih pun ada. Demokrasi ala barat, semua nak ikut barat. Tapi setiap lokaliti itu ada kelebihan dan kekurangannya. Kalau di Amerika ni selamba badak je kasi soalan power kat Presiden di kaca TV sampai terkial-kial tuan Presiden nak jawap, kalau kat Mesia tak tau la, sure kena ***** punya reporter tak pun broadcasting company yang kena. Tu la, ada yang bebas tu bebas sangat, kalau yang halang tu halang sangat la pulak, kecut ke berani ke tak tau la tapi itu la, sistem demokrasi pun ada beza dan ragamnya di lokaliti yang berbeda-beda. Itu ke rasa bertuah? Dalam demokrasi boleh jadi salah sebab bila ikut kata majoriti, kalau majoriti menggunakan pandangan dan kaca mata yang kotor lagi kabur, mana nak nampak dengan baik benda yang betul. Bila dah majoriti pegang yang salah itulah yang betul, apa yang boleh dilakukan oleh minoriti? Hmmm ntah, itu yang dibanggakan sangat.

Selamba je nak kata apa, nak takut apa eish mana boleh nanti kena tangkap... itu ikut masing-masing la kan, pahitnya kebenaran sendiri yang telan. Manisnya budi bahasa semua orang suka eheh mengarut plak. Apa pun, demokrasi pun ada je dalam Islam tapi bukan demokrasi je, sosialis pun ada, pendek kata menyeluruh. Tapi, pegang cara mudah, semuanya bergantung pada kehendak Allah, setinggi-tinggi mana pendapat manusia itu, kata-kata Allah juga lebih 'aula' (utama) dah nama pun Kalimah Allah itulah yang paling tinggi. Kalau pun demokrasi itu menyangka suaranya paling tinggi, tapi ingatlah kalau suara demokrasi itu salah dan bercanggah dari Kalimah Allah, jelasnya sistem itu tertolak. Apa tak nampak? Haa tu la, kena cuci sikit spek mata tu, tak rasa kabur ke? ke kelam sangat? ada habuk? kena la carik ilmu sebab ilmu itulah dapat membersihkan kaca mata penilaian, ibarat kain la ilmu tu, kalau kabur lagi guna la kain ilmu untuk mengelap kaca mata tu biar kasik berkilau, baru best hehe dah la mengarut je aku nih...

______________________________________
Bangga ke dengan sistem demokrasi yang menindas? Pelik...
Hmm....
Sesisa 'Winter'

Saki-baki winter tu melanda. Pemutihan Milwaukee berlaku sejak 2 hari yang lalu. Hari ini peputih salji tu tak turun dah, tapi masih ada kelihatan keputihan yang dibawa 2 hari lalu hingga semalam (semalam paling lebat, best sangat!!!). Suka betul kalau time tengah turun salji tu, yang lagi suka kalau tengok bentuk snowflakes yang memang cantik macam kristal. Suka tengok snowflakes yang melekat pada baju, indah ciptaan Tuhan, subhaanaLLAH walau sekecil peputih itu pun cukup agung. Bukan sekadar salji, bahkan butiran sesalji itu berbentuk kristal yang cantik :)

Pejam celik seminggu berlalu. Tak sampai sebulan lebih lagi tinggal untuk semester Spring '04 ni. Pejam celik lagi dah ada kat mesia, nak balik!!! hehe, kena struggle lagi sebab ada some courses yang tak berapa memberangsangkan pencapaian setakat ni.

Okay la, I have ta study coz got quiz today. All (that) praise be to Allah coz at last I managed to finish all my homeworks but err.. I forgot my reading assignments for today :D camne nak buat ye, tak tau nak baca mana satu. Banyaknya dosa dah buat ni sampai terlupa, sejak bila la pulak 'nis-yan' (lupa) ni dah melanda, sejak bila dah kurang guna memorization, kena perbaiki lagi ni. Owh jap, satu soklan yang anak buah (anak Abang Wan) kasi,

"Awak tau apa 2+2=? dalam 'fairy world?'... You know what is 2+2=? in Fairy world?"
"Apa ye jawapannya?"

Ahad lepas sebelum mula kelas baru ni sempat la ziarah umah Abang Wan, tanya-tanya anak buah apa jawapan dia?

"Fish"

La, terkena plak. In fairy world, it can be anything... hehe... :D

______________________________________
Hidup kita bukan dalam Fairy World kerna kita hidup dalam realiti yang terbentuk dalam minda kita...

Wednesday, March 17, 2004

sMiLe!!

It's a blessing gift :)



_______________________
Senyuman itu sedekah...

Tuesday, March 16, 2004

Diskusi mencari erti muhasabah diri...

Lama juga berdiskusi pasal tarbiyah nafs. Terima kasih pada yang membantu, sepanjang hari mencari info tarbiyah nafs. Memang perlu, di mana jua berada ke mana jua pergi walau ketika mana walau bila sahaja tarbiyah itu tetap berterusan. Hatta tarbiyah nafs ni pun kita tak perasan, peritnya hidup itu juga adalah tarbiyah nafs yang Allah beri, biar kita rasa macam mana nak handle diri dalam kepelbagaian suasana, sama ada senang atau pun ketika dilanda sukar. Sayangnya Allah pada sesuatu kaum adalah dengan menguji mereka -petikan mafhum hadith- dan tatkala itu la diri berfikir, baru diuji dengan keperitan hidup sendiri, belum lagi memikul keperitan hidup manusiawi sejagat, kena bangkit dan teruskan segalanya. Teringat kata DaunHijau dalam ruangan forum alwancomis.com, dia share satu kekata yang cukup bermakna, dipetik lebih kurang bunyinya dalam bahasa ibunda "....kegagalan yang sebenarnya ialah bila mana gagal bangkit untuk terus mencuba," kiranya gagal macam mana pun kena bangkit terus mencuba, kerna putus asa itulah kegagalan sebenarnya. Indah sekali apa yang dikecapi bila pencapaian itu hasil dari perit jerih usaha yang berkali banyaknya.

Keep goin' and be positive!! atau ada orang kata "I will survive!!!" kiranya macam mana sekali pun, kan kuharungi jua segalanya. Pasti ada hikmah di sebalik setiap sesuatu. Keperitan itu bila disingkap akan terungkaplah kemanisan yang terselit. Insha-Allah, kemanisan itulah yang kucari... bantulah diri hambuMu yang lemah ini, ya Allah...

________________________________
Aku insan lemah... walau sekuat mana manusia, bukit itu lebih kukuh kerna batunya kalau jatuh menghempap manusia dapat membuatkan manusia itu tersepit. Manusia tersepit akan terkapai-kapai... lebih teruk lagi manusia itu "penyek"... betapa lemahnya manusia...
Manusia yang kuat itu adalah yang berjaya mengawal/mengekang dirinya sendiri - ungkapan dari sebahagian perbincangan tadi... thanks pada yang mengingatkan...

Saturday, March 13, 2004

Journey to The East

Seminggu yang lalu, sejak cuti musim bunga bermula, kami bertujuh dari Marquette University melalui saat percutian ke bahagian timur benua Amerika. Agak mencabar juga kali ini kerana bergantung pada kenderaan sendiri berbanding sebelum ini, biasanya kami akan sewa kereta sebab lebih selamat untuk perjalanan jauh berbanding kenderaan sendiri yang kami tidak berapa jelas akan kemampuannya. Tapi hakikatnya, kenderaan yang kami ada juga menakjubkan kerna masih mampu berjalan jauh, siapa sangka. Alhamdu lillah, pergi balik selamat sampai walaupun masa balik ditinggalkan jauh ke belakang dan dengan sinisnya menyuruh aku mengejar, huih letih la bang, mana la den larat nak kejor soghang-soghang, ekau semua ado pengganti banding den yang kene drive sengsorang nih, letih weih... hingga ke hari ni badan masih ghaso letih, tapi syukur selamat sampai walaupun terpaksa harungi pemanduan dalam waktu salji ketika pagi buta semasa di Ohio... siapa sangka, ketulan air yang tetiba jelas kelihatan, aku masa tu mula merungut, "Hei lori, apsal air percikan dari engkau ni ganeh semacam??" Zul yang setia menjadi co-pilot pun mula bersuara, "Weih, hujan ke salji nih??" "Erk... *nodded* lorrr salji ghupenye"... memula tu ghedah jugak le, tapi alih-alih tak beghani jugok, pastu benti kejap, pastu jalan gak, pastu letih pnye pasal benti tidur lagi best hehe...

Apa nak share? Hmm kat NYC banyak Jews, mana pergi nampak je manusia berkopiah hitam yang kecik tu, tak pun sisi rambut yang bergulung-gulung tu, nak je tarik kasik putus.. biar padan muka. Hui tapi takleh lupa, dalam subway (ketapi bawah tanah), ada mamat tu buat kerja lukisan dia sambil menanti ketibaan ke stesen yang dituju, bagus sungguh. Pastu ada tempat tu blues pulak, ada musician main lagu citer God Father (tu menurut kawan aku la, mana la aku tau lagu apa, aku layan je lagu ala-ala blues gitu haha). Apa lagi, hmmm pastu ada la terjumpa satu building nih, ingatkan mesjid la alih-alih member yang memang tinggal kat NY kata "tu bukan mesjid, tu Yahudi pnye untuk pelancongan, lebih kurang camtu la orang biasa kata." "Adei, hampeh"... tu yang pelik, mana la nak dapat mesjid besar camtu kat negara orang kafir nih, tapi tak mustahil juga kalau ada. Nak tengok? Haa tengok la kat bawah nih...



Pastu ada lagi gambar, macam mana derang buang duit buat patung emas... cantik tu cantik tapi membazir betul... ces... lucah lak tu... fairy tale sungguh...



"Ada pegi mana lagi, Moeh?" "Haa kitorang ada pegi Statue of Liberty dan Madame Tussade Wax Museum" "Best ke, Moeh?" "Best tak ingatBoleh la, not bad tapi asik tengok patung je, macam la kita ni mengagungkan patung, ceh" tu la, pegi kat Washington DC pun ada patung jugak... ish-ish...




Hish... tengok tu, patung lagi... Statue of Liberty... tapi tak dapat naik atas sebab tutup plak...



Patung lagik... patung lembu kat Wall Street... sampai gak aku ke Wall Street...



Eh, Einstein la... E=mc²... laa apa Moeh ni, patung aje... ni la antara patung yang ada kat Madame Tussade Wax Museum selain patung Puteri Diana, Bush, Powell, Beatles, Spice Girls dan lelain lagi... apa la patung aje ko ni Moeh...



Apo ni, Moeh... asik patung je nih.... ni patung Lincoln yang diambil masa kat Lincoln Memorial... (isy, baru perasan aku gi lawat tugu peringatan...)



La, Moeh ni gambo patung lagik... patung mangsa pejuang (kononnya la) masa Korean War dulu...


Lebih kurang camtu la kitorang pnye journey kali ini. Alhamdu lillah, luas berjalan luas pemandangan. Ketahuilah NYC tu memang tempat Yahudi... eh dah cakap dah... Putrajaya pun nak tiru macam Washington DC sebab kat sana walaupun nampak dah lama tapi canggih-canggih belaka... tu la yang cuba ditiru agaknya, tempat pentadbiran negara perlu la canggih dan gempak gitu... hmmm yeke???
_________________________________
Hish... banyak tul patung... kecik2 dulu punya la takut patung, ada setan kat patung ;p
Kengkawan, mintak izin ye memaparkan muka kalian kat blog aku yang tak seberapa nih...
Just Got Back

I just got back yesterday morning, kinda tired though coz I drove by myself from State College, Pennsylvania all da way to Milwaukee, Wisconsin. Imagine, 600 miles in 16 hours (including 3-4 hours for sleeping hehe). First time driving for a long journey and for a really challenging experience coz I had ta drive during snowy dark morning in 2-3 a.m. passed through Ohio. Crossing the whole state of Ohio in snowy dark time, seram²... but alas, still managed getting back, praise to Allah the Almighty.

I wanna sleep... so later'll share all stuffs I got from my journey to NYC and DC... argh, can't forget seeing the Jews in NYC, so many of them... NYC is like their hometown... hish... what a scene...

Okay, later...

_______________________________________
What is NYC? NYC stands for New York City.. got it?

Friday, March 05, 2004

Visit Bro Syabil

Baru balik dari ziarah Bro Syabil... saje tetengok first son dia.. ngantuk2 dia pun sanggup terima kami bersepuluh bertandang ke rumah dia... dia yang masak tadi, hehe kita datang umah orang makan2 plak... padahal nak ziarah tengok baby... tapi tadi haa sorang2 la plak kena praktis jaga baby haha kekok pasal dah lama tak pegang baby... ada patut yang lain biar je aku sorang yang jaga, cet...


Bro Syabil and his first son, Yusuf ibn Muhammad Syarhabil



Yusuf... nama penuh? "Yusuf"... only one word, simple je n senang ingat...



Apa, tak nampak? Haa, ni gambar Yusuf lagi dekat... tembam, tapi dah susut dah... ikutkan 9 lbs 2 ounce lagi tu, above average...


Yusuf baru berumur 4 hari... inshaAllah akan buat majlis ahad ni sempena kehadiran Yusuf dalam hidup parents dia, tapi kami takde la pulak... melepas, ada orang kata "melepas la ko makan2," hehe takpe, lagi pun ada orang kata "aku tak boleh makan kambing," (hehe yeke?)... apa pun, gambar ni dah diminta izin dari Bro Syabil untuk dipaparkan kepada ramai... kira takde la main letak je hehe... thanks Bro Syabil, congrats!!

___________________________
Isy, tido2... esok nak memandu jauh, kang ngantuk plak... (buku tak abis baca lagi, baju tak lipat n tak kemas lagi.. heyy, malasnya kamu nih!!)..
Jyaa.. hati2 berjalan jauh tu... "OKEH"... esok kami akan merantau merentas benua lagi, yeah...
to the east side again!!

Thursday, March 04, 2004

Kenapa?

Sejak beberapa hari ni fikir-fikir balik, rasa benda tu datang lagi. Ingatkan dah lama ni boleh la terubat, tapi rasa macam datang lagi. Pergi la jauh-jauh, syoh!! tak paham kenapa benda tu nak datang lagi. Selama ni ingat dah boleh go on macam biasa, alih-alih terasa balik. Kenapa?

Renung balik macam rasa tanak pandang ke belakang sebab nanti nampak lagi benda tu. Tak renung ke belakang pun, beberapa hari ni asik nampak balik. Ah, ilusi semata. takkan ada lagi kot. dah lama dah takde, kenapa nak kena ada lagi?

Dulu lain cerita, life tak macam sekarang, ada la logiknya kalau benda tu asik nak bertenggek. sekarang ni dia datang balik tu yang tak best. gi kelas siang tadi teruk bangat, tak penah rasa camni. kelas paling best pun rasa nak tutup mata je. asik tenung je pada buku nota yang kosong tu, bagai lakonan la nak selindung. tak pernah pun sebelum ni, kena juga akhirnya... ah, bukan-bukan, benda tu tak datang dah... aku je yang perasan sendiri...

Takpe la kalau dia nak datang lagi, tapi jangan dia ganggu lagi sudah. malas dah nak layan. dulu boleh la, sekarang ni life dah lain. yang aku tau, kalau dia nak kacau gak, aku buat dono je. lantak la... tapi pandang balik, aku rasa macam bukan diri sendiri pulak. takpe, biarla ada 2 karakter ke 3 karakter ke, yang penting hidup kena teruskan.... akak kata, memang life kita ujian paling besar tu lawan dengan diri kita sendiri... tu sebab kena ada ilmu, tambah akak lagi... betul kata akak tu, selama ni dia datang aku asik kasi dia makan minum, sekarang ni aku nak biar dia kebulur... biarkan die...

Akhir-akhir ni, kalau aku nampak dia datang je aku cakap kat diri, "Takpe, kena terima keadaan, inilah hidup aku, kena terima kenyataan yang aku memang kena macam ni," bila cakap macam tu rasa cool down balik... biarlah dia nak bertandang pun, aku dah tak hairan dah... kawan aku kata, takyah layan... kalau dia datang, kena gak cuba buat sesuatu, kawan aku tambah lagi... aku pikir betul gak cakap dia, dari tak buat pape baik cuba buat sesuatu...

Takpe, menaip blog ni pun boleh jadi buat sesuatu apa... memang dia ada je nyebuk ni ha, tapi aku tak kesah la dia nak buat apa, yang aku tau aku boleh buat kerja yang aku nak buat... nanti bila dia dah lapar, tau la dia cari tempat lain sebab aku dah malas nak layan dah...

Member baik aku call aritu, dia risau gak sebab dia kata dia tak suka benda tu datang kacau aku... aku pun tak kesah dah, dulu memang tak suka, tapi aku terima kenyataan... aku boleh dah sekarang ni, akak kata lagi yang kena bangkit terus jalan ke depan, dah takyah nak risau yang belakang... aku pikir balik, memang tu la kebebasan sebenar, tak risau yang belakang mahupun yang depan, kita berusaha je lain tu semua bukan kita yang tetapkan sebab kita wakilkan Allah untuk tentukan yang selayaknya untuk kita... ala orang kata tawakkal... biar la dia nak buat apa pun, tapi yang aku tau, dia takkan dapat layanan aku dah... diri aku dah tak macam dulu dah, aku dah berubah jadi aku yang bukan macam dulu... aku dah berubah jadi aku yang macam sekarang...

tak pe la, aku saja menaip kat sini, main2 dengan minda kejap... saja uji dia, tengok dia buat apa kalau aku buat kerja lain... padan muka dia, aku berjaya kali ni sebab aku dah boleh tewaskan die... aku takkan putus asa, aku akan terus ego melawan... aku tanak pandang lain dah, yang aku nampak aku kena terus berusaha... okay la, aku kena stop kat sini... syok buat macam ni, rasa best... at least, dah ada cara nak buat sesuatu kalau dia datang lagi... benda tu aku harap dia takkan kacau aku dah, "ko nak datang ikut suka ko la, yang aku tau aku dah malas nak layan ko, baik gi jejauh."

Okeh, dot. cukup kat sini aku bermain pedang dengan dia, aku tak letih sikit pun. biar dia yang mengah. padan muka kat dia, tu la asik nak kacau aku lagi..

_______________________
Rupanya, dia ilusi sahaje...

Wednesday, March 03, 2004

Funny Sentences

"I always lie!"
   the funny thing is: "I don't belive you because you always lie, so you lie when you say you always lie."

"No controversial idea (or statement) can be proven."
   the funny this is: "It's funny because your statement is also controversial, so there is no way to prove your statement too."

Why the above 2 sentences are funny? Coz both sentences are self-defuting... no way to believe or prove them...

__________________________________
Pelik, manusia berkata sesuatu yang jelasnya "kosong"... tiada guna kata-kata itu dilafazkan atau dilahirkan, maknanya tetap "kosong"... berkata bagaikan tidak berkata...

Monday, March 01, 2004

Bayi Feb 29, 2004


Ni la babynya


Abang-abang Marquette dah jadi pakcik-pakcik err layak ke dipanggil pakcik? Korang ngaku jadi pakcik ke jadi abang? Hehe, semua dah lepas belasan, dah tua la tu :D Jabil @ Pak Su kepada baby pun dah tak sabo nak gi jumpa anak buah dia semalam hehe...

"Korang, muka siapa ye baby tu?"
      "Masa tengok dia buka mata macam mata aku," komen abang Syabil masa interviu semalam ;p

_________________________________
Korang, abang Syabil nak buat makan lepas 7 hari nanti, melepas la kita nanti sebab kita gi travel...
New Born Baby

Baru je balik dari mustasyafaa (hospital), tengok new born baby abang Syabil dan kak Fairuz. Montel, 9 lbs tu, biasanya orang kata la 7 lbs je. Memang berisi la baby tu, sempat la tengok. Takpe la saje nak hebahkan kepada sesiapa yang mengenali abang Syabil atau kak Fairuz. Deliver dalam pukul 9.37 pm.. tarikh spesel tu 29 Februari 2004... mau 4 tahun sekali nak merasa cukup umur hehe..

Okay nak study, got midterm tomorrowday. InshaAllah gambar akan diupload kemudian (tengok la kalau rajin hehe). -dot-

"Eh nanti dulu!! namanya apa?"
         "Kata abang Syabil, esok baru beri nama. Apa pun, congrats kat abang Syabil and wife."
_________________________________
Bertambah lagi ummat Muhammad, moga menjadi pejuang Deen ini, inshaAllah...