Wednesday, March 24, 2004

Sistem dan Manusia

Bila baca tentang pilihanraya baru ni amat melucukan ataupun boleh kata amat memalukan. Melucukan sebab SPR kali ni macam "budak-budak" yang ketakutan sampai begitu takut untuk letak jawatan seorang diri. "Kalau aku letak jawatan, aku nak gang aku yang ada kat belakang aku pun semua kena letak jawatan, tak adil la aku sorang je yang kena pikul semua tu." What a joke... itula jelasnya sikap negara membangun. Bukan nak kutuk, tapi agaknya kalau aku sendiri pun macam tu ke? Baca komen seorang sahabat di Pennstate, dia mengulas bahawa dia pun menuntut ketulusan dari SPR walaupun dia memberikan pujian pada kerajaan yang ada sekarang. Ditambahnya lagi, kenapa nak takut pada perubahan. Sudah menjadi tanggungjawab mana-mana kerajaan sekali pun untuk membangun dan mentadbir negaranya, masakan tanggungjawab itu diabaikan. Lagipun, sistem demokrasi menuntut rakyat turut membantu dalam setiap hal yang melibatkan isu negara, tetapi nampak gaya memang rakyat serahkan bulat-bulat pada 'wakil rakyat' yang suka hentak-hentak meja di persidangan. Hmmm sikap, macam perangai budak sekolah rendah. "Mak nak nasik!!!" pastu hentak-hentak meja... sama la tu haha, tak suka betul tengok perangai camtu. Itula sikap negara Islam, ketuk-ketuk dan hentak-hentak masa persidangan, bagus sungguh.

Bila mana baca SPR buat laporan polis kerana kata kesilapan mencetak amat menakutkan. Haha, lucu sungguh macam budak kecik... dah takde tempat mengadu, carik la mak atau ayah dia. Macam dalam kes SPR ni sama la jugak, memang perangai budak-budak mengadu kat polis. Yang paling aku tak paham, 'budak-budak' tu dah jelas tak tau nak urus perkara besar sebab mereka tak pandai bertindak sampaikan boleh SPR Selangor jadi kalut. Kalut? yela dah mereka kan "budak-budak" tak boleh nak kawal diri sampai akhirnya tukar sistem, tu sebab ramai tak dapat mengundi. Betul ke apa yang aku baca di akhbar online ni? Tergelak je baca, sikap negara membangun memang kebudakan. Takut letak jawatan sorang-sorang tu satu (ni aku setuju pendapat kawan aku di Pennstate tu) dan lagi satu sistem pun kucar-kacir. Pastu nak suruh semua orang terima hakikat.. terima sistem yang kalut tu? Pelik sungguh... kalau aku la, undi sekali lagi. Kecut benar, kat sini kempen berbulan lamanya baru la jelas. Tapi di sana hanya berapa minggu? Ntah la, sistem generasi sekarang pelik... macam mana la generasi mendatang pula nanti?

0 Comments:

Post a Comment

<< Home