Friday, March 19, 2004

Sesisa 'Winter'

Saki-baki winter tu melanda. Pemutihan Milwaukee berlaku sejak 2 hari yang lalu. Hari ini peputih salji tu tak turun dah, tapi masih ada kelihatan keputihan yang dibawa 2 hari lalu hingga semalam (semalam paling lebat, best sangat!!!). Suka betul kalau time tengah turun salji tu, yang lagi suka kalau tengok bentuk snowflakes yang memang cantik macam kristal. Suka tengok snowflakes yang melekat pada baju, indah ciptaan Tuhan, subhaanaLLAH walau sekecil peputih itu pun cukup agung. Bukan sekadar salji, bahkan butiran sesalji itu berbentuk kristal yang cantik :)

Pejam celik seminggu berlalu. Tak sampai sebulan lebih lagi tinggal untuk semester Spring '04 ni. Pejam celik lagi dah ada kat mesia, nak balik!!! hehe, kena struggle lagi sebab ada some courses yang tak berapa memberangsangkan pencapaian setakat ni.

Okay la, I have ta study coz got quiz today. All (that) praise be to Allah coz at last I managed to finish all my homeworks but err.. I forgot my reading assignments for today :D camne nak buat ye, tak tau nak baca mana satu. Banyaknya dosa dah buat ni sampai terlupa, sejak bila la pulak 'nis-yan' (lupa) ni dah melanda, sejak bila dah kurang guna memorization, kena perbaiki lagi ni. Owh jap, satu soklan yang anak buah (anak Abang Wan) kasi,

"Awak tau apa 2+2=? dalam 'fairy world?'... You know what is 2+2=? in Fairy world?"
"Apa ye jawapannya?"

Ahad lepas sebelum mula kelas baru ni sempat la ziarah umah Abang Wan, tanya-tanya anak buah apa jawapan dia?

"Fish"

La, terkena plak. In fairy world, it can be anything... hehe... :D

______________________________________
Hidup kita bukan dalam Fairy World kerna kita hidup dalam realiti yang terbentuk dalam minda kita...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home