Tuesday, March 16, 2004

Diskusi mencari erti muhasabah diri...

Lama juga berdiskusi pasal tarbiyah nafs. Terima kasih pada yang membantu, sepanjang hari mencari info tarbiyah nafs. Memang perlu, di mana jua berada ke mana jua pergi walau ketika mana walau bila sahaja tarbiyah itu tetap berterusan. Hatta tarbiyah nafs ni pun kita tak perasan, peritnya hidup itu juga adalah tarbiyah nafs yang Allah beri, biar kita rasa macam mana nak handle diri dalam kepelbagaian suasana, sama ada senang atau pun ketika dilanda sukar. Sayangnya Allah pada sesuatu kaum adalah dengan menguji mereka -petikan mafhum hadith- dan tatkala itu la diri berfikir, baru diuji dengan keperitan hidup sendiri, belum lagi memikul keperitan hidup manusiawi sejagat, kena bangkit dan teruskan segalanya. Teringat kata DaunHijau dalam ruangan forum alwancomis.com, dia share satu kekata yang cukup bermakna, dipetik lebih kurang bunyinya dalam bahasa ibunda "....kegagalan yang sebenarnya ialah bila mana gagal bangkit untuk terus mencuba," kiranya gagal macam mana pun kena bangkit terus mencuba, kerna putus asa itulah kegagalan sebenarnya. Indah sekali apa yang dikecapi bila pencapaian itu hasil dari perit jerih usaha yang berkali banyaknya.

Keep goin' and be positive!! atau ada orang kata "I will survive!!!" kiranya macam mana sekali pun, kan kuharungi jua segalanya. Pasti ada hikmah di sebalik setiap sesuatu. Keperitan itu bila disingkap akan terungkaplah kemanisan yang terselit. Insha-Allah, kemanisan itulah yang kucari... bantulah diri hambuMu yang lemah ini, ya Allah...

________________________________
Aku insan lemah... walau sekuat mana manusia, bukit itu lebih kukuh kerna batunya kalau jatuh menghempap manusia dapat membuatkan manusia itu tersepit. Manusia tersepit akan terkapai-kapai... lebih teruk lagi manusia itu "penyek"... betapa lemahnya manusia...
Manusia yang kuat itu adalah yang berjaya mengawal/mengekang dirinya sendiri - ungkapan dari sebahagian perbincangan tadi... thanks pada yang mengingatkan...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home