Tuesday, March 23, 2004

Panjat balik...

Baru semalam aku berjaya panjat balik tangga. Seminggu yang lalu memang teruk aku jatuh tangga. Berkali cuba bangkit tapi sakit tu buatkan aku lemah, macam terkulai juga cuba menggapai segala apa yang ada di sekitar aku. Habis tempat tinggal aku, mana taknya semua barang-barang aku cuba capai tu buatkan persekitaran berselerak. Hingga ke saat ini, masih ada lagi barang-barang yang tidak diperbetulkan lagi, inshaAllah aku kena susun atur lagi supaya senang untuk aku panjat lagi tangga. Alhamdu lillah, ada lagi teman yang masih sanggup bantu aku panjat tangga. Maaf pada yang lain especially my sisters sebab dalam pada aku cuba panjat balik, aku hampir-hampir buatkan mereka tergelincir. Dah la aku lemah kesan aku jatuh tu, lepas tu cuba pula nak buatkan orang lain pun turut jatuh macam aku, teruk juga bila memikirkan. Tak mengapa lah, yang pasti aku kena cuba lagi panjat tangga. Sahabat aku kat atas tu sentiasa menunggu, aku je yang jarang-jarang nak datang menjenguk. Aku kena panjat lagi tangga kaler merah maroon tu sebab itu la yang menghubungkan rumah aku dengan rumah sahabat aku tu.

Semalam, sebelum tidur, dalam keadaan yang masih lemah, aku tadah tangan. Tadah dan merintih pada Dia. Terjelepuk aku kat belakang pintu untuk tempoh masa yang lama sebab aku rasa begitu lemah. Walhal, aku kena mohon bantuan Dia, tapi aku malu... silap besar aku sebab Dia la tempat yang paling layak untuk aku mohon kekuatan. Alhamdu lillah, hari ini sedikit sebanyak dapat juga kekuatan. Takpe, aku azam nak panjat lagi tangga tu malam ni...

Cukuplah seminggu aku jatuh tanpa bangkit, kini seminggu tu telah berlalu. Aku kena usaha supaya aku dapat keluar dari takuk lama. Pujian lagi buat Allah kerana semalam berjaya juga aku melangkah panjat tangga, kiranya dapat juga aku gerakkan diri aku dari takuk lama. Lama aku terjelepuk jatuh dalam takuk tu. Kini semuanya perlukan lagi kekuatan untuk aku panjat lagi tangga tu... Berikanlah kekuatan untuk aku panjat lagi tangga tu, ya Allah... -amin-

_________________________________
Jatuh? Bangkit! Dan teruskan...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home