Monday, June 11, 2018


1. "Ramai yang sangsi dengan apa yang Allah dah tetap/tentukan. Sebab tu masih ramai tak mau tutup aurat." ...bila dengar ni, teringat kenyataan dengar di YouTube (tak silap sesi bicara terbuka di Hyde Park, London) bahawa takde maknanya nak 'justify' pada yang bukan pengikut agama ini yakni untuk menurut sepertimana yang mereka  nak dengar. The scripture is the greatest as it is. Tak faham hebatnya, pegi belek baca dengan hati terbuka minta dipandu, Allah sendiri akan campakkan hidayah dan taufiq ke dalam hati yang Dia pilih. Bukan sebab kita berjaya berikan justification pada setiap pertanyaan. Tunduk makhluk pada Allah Pencipta Maha Hebat. Abihnya dah macamana nak pi minta kat Pencipta untuk ubah penyampaian Quran ni  sebab ada sebahagian makhluk (yang dicipta ini!) masih belum adjust frequency kpd tahap  yang betul. Sebab tu ayat² Quran sendiri menyaran: fikirlah, perhatilah. A.Deedat juga pesan pasal ni, apsal nak kena jaga hati makhluk sampai tak takut hilang redhanya Pencipta? Siapa makhluk yang kita cuba 'jaga' ni sampai sanggup kita diamkan hak tak mau sakitkan hatinya kerana menyindir agama  da kepercayaan mereka (?). When it is the truth, kena nyatakan walaupun pedas.

2. "Agama ini perlu mujahadah. Malu betul, sujud pun.tak banyak mana, terus 'PAKSA' Allah bagi apa yang diminta, nak jadi kaya, hebat dan capai cita-cita." ..baru ni pun dengar teguran Nouman Ali Khan, pasal ramai yang doa mintak sedebuk (nak magis aje!). Walhal the kind of du'aa setiap kita kena mohon ialah mohon ampun  dan maaf (the greatest gift ever bila diampunkan!) dan mohon diubah diri, sikap  perjalanan hidup kita. Doing the same thing and expect different results, crazy! Bukan hasil yang dinilai, tapi the journey untuk dapatkan hasil tu yang dipandang. Kalau takde usaha, masakan akan dapat weh!

3. "Ramai di kalangan umat ni dibuai mimpi (dan angan²) dunia. Nak berkorban masa 3 hari untuk agama ni pun tak sempat, inikan nanti bila dituntut berkorban nyawa (bila memikirkan akhiruzzaman yang dah makin dekat)."

4. "Ikut Allah dan Rasul dan para sahabat; 'bukan' ikut ulamak. Zaman sekarang ni, ulamak pun konfius. Hence point no 1, pening lagi memeningkan." Bab ni tengok je la how polarized pendapat umat sekarang. Using scare tactics, judging the level of other Muslims out in the open (walhal kita memang tokleh nilai hok dalam hati tu), petah lantang bercakap not giving any care the words akan memecahbelahkan dan 'melukakan'. Mana dia Muslim itu ialah 'man salima min lisaanih wa yadih'? Mana dia 'falyaqul khayr aw liyasmut'? #muhasabahdiri

5. "Malaikat catat pahala semuanya tak kira kualiti amalan.  Dinyatakan amalan pada malam qadr itu diganjar umpama 83 tahun lamanya. Tapi selesainya malam itu,  kembali  normal juga (sekali lagi, tiada magika selepasnya!). Hakikatnya: Kembali  kepada  Allah nanti baru dinilai gunungan pahala itu berbaloi  tidak. Allah akan maklumkan, bangkrap juga amalan hebatmu kerna amalan lain yang merugikan." ...buatkan teringat: Inginkah  kalian ditunjukkan perniagaan yang menguntungkan? #berurusniagadenganAllah #whatdoyouhavetoexchange #tamaubankrapakhirat

-- mafhum kata2 dipetik dari perkongsian seorang kapten (pilot kot?) masa sesi taklim malam tadi. Refleksi sebagai #ketukdirisendiri dan #notetoself

0 Comments:

Post a Comment

<< Home