Tuesday, December 18, 2018

Kejahilan itu diherdik dan dimarahi?

Ilmu ada, tapi mutiara hikmahnya bukan sekadar malap tapi terjatuh di pintu pagar sekolah. Buku dijinjing di atas kepala, tapi dada kekal sempit.

When someone says God has failed us, I feel sad because we (the majority) failed to tell the truth to the one making the claim.

Bukankah ini peluang kita berdialog mengajak mengenal Tuhan?

For some reasons looking at fellow countrymen's (and -women's) actions (and reactions) makes it even saddening. Apakah kita bazirkan lebih 60 tahun pembinaan negara dan masyarakat, walhal pemerintahan dan pembangunan masyarakat itu di tangan kita sendiri (jangan sebut parti mana, mana-mana parti pun daripada negara kita juga). Masyarakat macam mana yang kita dah jadi pada hari ini?

Semasa waktu zaman kerajaan sebelum, saya marah dan benci bilamana gambar pemimpin negara dipijak. Saya masih pegang prinsip yang sama. Pada saya hormat pada pemimpin (walaupun tak setuju sekali pun) ialah sebahagian daripada keimanan, yakni taat kepada ulil amri. Begitu juga saya marah jika bangsa saya dihina, tapi saya juga tak mahu bangsa saya menghina bangsa lain.

Recently I learn from a preacher that Islam stresses on fairness, which (in many cases) can be more superior than equality. Sebab persamaan itu kan lawannya perbezaan. Bila persamaan itu yang dipertahankan, bunyinya kita menentang perbezaan, makanya perubahan itu sukar untuk berlaku kerana kita lawan atas dasar tidak mahu ubah (dengan pendirian bahawa cara dulu dan lama mesti sama/dikekalkan).

Seorang rakan saya pula pesan, kejahilan membuatkan ramai manusia menentang perubahan. Dalam kata lain, musuh sebenar kita ialah kejahilan, kita lawan sesuatu benda tu sebab kita tak tahu bukan sebab kita dah jelas ianya memberi kesan buruk tapi lebih kepada emosi dan rasa takut. Kita lawan dalam kegelapan (ilmu, emosi dan rohaniah).

Cukuplah beremosi. Time to move forward, janganlah menuding jari ini salah siapa. Tak perlu ajak serang sana serang sini, yang mana pada saya nak labelkan sebagai #bukanbudayakita atau #bukanmalaysia #bukandiajarIslam.

My last point to share (as an invitation for us to wake up and move forward) is about my chitchat with friends from Bank Negara Indonesia years ago. Saya tanya, masih adakah lagi protes di jalanan? Saya masa itu (dan masih sehingga kini) berpendapat protes banyak² ni membantutkan proses perubahan/pembangunan (termasuk menjejas aktiviti ekonomi). Waktu saya bertanya sudah masuk ke zaman SBY tak silap saya, dan jawapannya masih ada tapi tak seramai masa Suharto turun. Katanya ramai sadar, lantang bersuara tapi proses perubahan sebenar di pejabat/negara/peringkat negara tiada siapa pula yang tengok nanti. Jadi, fokus sepatutnya untuk usaha terus untuk buat perubahan, dan kurangkan protes² ini (tak perlu la sampai sekat sama sekali). Saya berkongsi prediksi saya, Malaysia akan lalui saat yang sama, cuma saya harap Malaysia tak lalui tempoh yang lama untuk sedar seperti yang rakan-rakan di Indonesia kongsikan. Fokus pada peranan setiap kita membawa perubahan yang baik, cukuplah beremosi.

Being good is sadaqah. Senyum juga sedekah. Rugi bila orang herdik kita, kemudian kita herdik siap tengking. Bukan sekadar malaikat, orang lain akan lari, malah yang nak ditegur lagi lah rasa mahu lari.