Saturday, October 25, 2003

RAMADHAN YANGKU NANTIKAN

Penantianku padamu wahai Ramadhan takkan berlalu, telah lama aku menantikan saat ini, saat kita dipertemukan kembali. Aku merindui belaianmu Ramadhan, aku rindu saat manis aku menangis bersamamu. Ramadhan, kejutkanlah aku lagi untuk menghadap Yang Maha Esa bila mana aku tertidur, ingatkanlah diriku kepada Yang Maha Pengasih bila mana aku terlupa, sedarkanlah aku untuk merintih kepadanya bila mana aku bagaikan berputus asa. Denganmu ya Ramadhan, aku lagi untuk mendamba kasih Ilahi. Seperti biasa, denganmu ya Ramadhan aku mengharap nur hidayah Rabbi, denganmu ya Ramadhan aku mengharapkan rahmat ar-Rahmaan, denganmu ya Ramadhan aku mengharap maghfirah ar-Rahiim, denganmu juga inginku bawa mati sebagai bukti amalanku kepada Maaliki.

Ramadhan, engkau membuktikan betapa kasihnya Ilahi, betapa pemurahnya Ilahi, betapa penyayangnya Ilahi, mampukah aku membalas pemberian Ilahi ini? Bantulah aku ya Ramadhan, bantulah aku untuk mendapat redha Kekasihku Yang Maha Agung lagi Maha Bijaksana. Berikanlah aku kekuatan untuk meningkatkan amalan di dalammu ya Ramadhan, janganlah engkau berlalu pergi tanpa mendidik aku untuk lebih menginsafi akan kekerdilan ini. Janganlah engkau berlalu begitu saja hai Ramadhan. Jangan engkau biarkan aku kelihatan lemah dalam pertemuan kali ini berbanding pertemuan kita dahulu. Marilah ya Ramadhan, aku bagaikan tak sabar menanti ketibaanmu. Ahlan ya Ramadhan, marhaban ya Ramadhan....

Selamat datang ya Ramadhan, sama-sama kita bersyukur kerana masih dipertemukan dengan bulan mulia ini. Laka al-hamdu ya Allah.


___________________________________________
Moga Ramadhan tahun ini meriah buat semua

Thursday, October 23, 2003

Salam Yang Hilang Syiarnya Pada Hari ini, Ingatlah Wahai Saudara ku Sekalian....


Jabatan Syariah telah mengesan trend terkini memberikan ucapan salam samada melalui emel dan sms hanya dengan menulis perkataan "Akum". Sudahlah kita telah hilang keaslian dalam solawat kepada Nabi dengan hanya menulis 'S.A.W' dan pujian kepada Allah dengan hanya menulis 'S.W.T' maka kali ini kita akan kehilangan keaslian pada satu lagi kalimah suci iaitu Assalamualaikum diringkaskan menjadi "Akum".

Dalam hukum feqah, tulisan yang tertera 'Assalamualaikum' adalah wajib dijawab oleh penerima salam tadi samada melalui lisan, emel atau sms kerana ianya adalah doa walaupun dieja dengan bahasa bukan Arab. Manakala tulisan "Akum" tidak wajib dijawab kerana ianya bukan doa..Oleh itu, Jabatan Syariah menasihati semua supaya mengekalkan keaslian salam pada ejaan dengan menulis penuh Assalamualaikum dan bukan lagi "Akum". Sekian terima kasih

Sunday, October 19, 2003

Hikmah Pengharaman Babi


Ketika Imam Muhammad Abduh mengunjungi Perancis. Mereka bertanya kepadanya mengenai rahsia diharamkannya memakan babi dalam Islam.

Mereka bertanya kepada Imam, "Kalian (umat Islam) mengatakan bahwa babi haram, karena ia memakan sampah yang mengandung cacing pita, mikroba-mikroba dan bakteri-bakteri lainnya. Hal itu sekarang ini sudah tidak ada. Kerana babi diternak dalam peternakan modern, dengan kebersihan terjamin, dan proses sterilisasi yang mencukupi.Bagaimana mungkin babi-babi itu terjangkit cacing pita atau bakteri dan mikroba lainnya.?"

Imam Muhammad Abduh tidak langsung menjawab pertanyaan itu, dan dengan kecerdikannya beliau meminta mereka untuk menghadirkan dua ekor ayam jantan beserta satu ayam betina, dan dua ekor babi jantan beserta satu babi betina. Mengetahui hal itu, mereka bertanya, "Untuk apa semua ini?" Beliau menjawab, "Penuhi apa yang saya pinta, maka akan saya perlihatkan suatu rahsia."

Mereka memenuhi apa yang beliau pinta. Kemudian beliau memerintahkan agar melepas dua ekor ayam jantan bersama satu ekor ayam betina dalam satu kandang. Kedua ayam jantan itu berkelahi dan saling membunuh, untuk mendapatkan ayam betina bagi dirinya sendiri, hingga salah satu dari keduanya hampir tewas. Beliau lalu memerintahkan agar mengurung kedua ayam tersebut. Kemudian beliau memerintahkan mereka untuk melepas dua ekor babi jantan bersama dengan satu babi betina. Kali ini mereka menyaksikan keanehan. Babi jantan yang satu membantu temannya sesama jantan untuk melaksanakan hajat seksualnnya, tanpa rasa cemburu, tanpa harga diri atau keinginan untuk menjaga babi betina dari temannya.

Selanjutnya beliau berkata, "Saudara-saudara, daging babi membunuh 'ghairah' orang yang memakannya. Itulah yang terjadi pada kalian. Seorang lelaki dari kalian melihat isterinya bersama lelaki lain, dan membiarkannya tanpa rasa cemburu, dan seorang bapak di antara kalian melihat anak perempuannya bersama lelaki asing, dan kalian membiarkannya tanpa rasa cemburu, dan was-was, kerana daging babi itu menularkan sifat-sifatnya pada orang yang memakannya."

________________
Sumber: http://inspirasiteja.tripod.com/Babi.html

Sunday, October 12, 2003

Kondom tidak boleh halang Aids



LONDON: Gereja Katolik memberitahu negara yang dilanda masalah AIDS supaya tidak menggunakan kondom untuk menghalang dijangkiti kerana lubang kecil pada alat pencegah kehamilan itu boleh menyebabkan virus HIV tersebar sekali gus mendedahkan beribu-ribu orang pada risiko penyakit maut berkenaan.

Gereja itu membuat dakwaan berkenaan di empat benua walaupun kebanyakan saintis bersetuju kondom mampu mengekang jangkitan virus HIV.

Menurut laporan akhbar The Guardian yang memetik jurucakap Vatican sebagai berkata, pihaknya menyokong pendapat kondom tetap mendedahkan orang ramai pada bahayanya walaupun Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sendiri mengatakan sebaliknya.

Dakwaan gereja itu didedahkan dalam program BBC1 Panorama: 'Sex and the holy City' (Seks dan Bandar Suci) yang disiarkan semalam.

Presiden Majlis Vatican bagi Keluarga, Alfonso Lopez Trujillo dalam program berkenaan menyatakan, virus AIDS adalah 450 kali lebih kecil daripada spermatozoon yang mampu menembusi 'jaringan' kondom.

"Berikutan rasa tidak pasti ini, semua kementerian kesihatan dan kempen dilakukan patut mengambil langkah sama seperti dibuat mengenai rokok yang dianggap berbahaya," katanya.

Bagaimanapun, WHO mengutuk pandangan Vatican itu dengan berkata: "Kenyataan tidak benar mengenai kondom dan HIV itu amat berbahaya kerana kita menghadapi sejenis penyakit global yang sudah membunuh lebih 20 juta penduduk dan menjangkiti sekurang-kurangnya 42 juta yang lain."

Organisasi itu pula berkata, penggunaan kondom yang konsisten dan betul mampu mengurangkan risiko jangkitan HIV sehingga 90 peratus. - Agensi

_____________________________________
Source: Berita Harian Online (Oct 12, 2003)

Wednesday, October 08, 2003

TEMUDUGA TERTUTUP


Semua akan dikehendaki hadir tanpa sebarang pengecualian.

KEKOSONGAN JAWATAN:
a. Ahli Syurga Dari Awal.
b. Ahli Neraka Dari Awal.
c. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan a):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil.
Anda tidak perlu bawa pingat.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta (yg banyak).
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal Iman dan Amal.

PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1.Siapa Tuhan anda?
2.Apa Agama anda?
3.Siapa Nabi anda?
4.Apa Kitab anda?
5.Di mana Kiblat anda?
6.Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:
Sabda Rasullah SAW:
      Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara terompah (kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan di sebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekah,silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan di hujung dua kakinya.Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat: dari arasku tidak ada jalan masuk. kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya: dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya: dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan: dibahagianku tidak ada jalan masuk. Maka malaikat berkata kepadanya: Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) diperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu: Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki(muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu:Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat: Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah Nabi Muhammad saw dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka malaikat berkata kepada mayat itu: Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula di akhirat Insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya"

Nampaknya pertahanan kita perlu kuat dari semua aras (kepala, kanan, kiri dan hujung kaki).!

Monday, October 06, 2003

This evening, I went to class. Then I realized that all the terms are in Latin. So, fidei, gradus, personae, una persona and so on, all of that are in Latin. OK, that's all.
Email from Father Joseph...

I got this email early this morning. I sent email before going to bed asking him about the meaning of regula fidei (I think it's a term in Greek) because it appears so much in the assigned readings. So, I know understand what it is meant. Conclusively, regula is regulation (rules). Fidei is then faith. I still remember some other terms especially Persona which is person in Greek.

Not so sure whether its Greek or Latin words. But surely, I enjoyed leaning new language. Sore wa toke-o hehe that's Japanese sentence I learnt from my housemate early this morning. Com'on, let's study languages as much as we could :) Maybe next sem I wanna take Spanish, so Mexican will think that I'm one of them hehe, then I'll have more chance to apply for jobs if I can pretend to be a Chikan (Istilah Mexican bagi kitorang orang mesia kat Milwaukee ni). I just know una nina but I forgot the meaning, maybe it means 'that's a girl (or maybe a boy, forgot already lah)...


Friday, October 03, 2003

Taufan Isabel??


ABC: Eh, korang takde pape ke masa Taufan Isabel hari tu?
Moeh: Kitorang? Ler, nak ada apanya, kitorang siap posing tersenyum lagi masa Taufan Isabel nak melanda. Cuba tengok gambar kitorang kat bawah ni, haaa, tgk la happynye kitorang :D





Where is The Love (Modified Version)

What's wrong with the world, mama
People livin' like they ain't got no mamas
I think the whole world addicted to the drama
Only attracted to things that'll bring you trauma
Overseas, yeah, we try to stop terrorism
But we still got terrorists here livin'
In the USA, the big CIA
The Bloods and The Crips and the KKK
But if you only have love for your own race
Then you only leave space to discriminate
And to discriminate only generates hate
And when you hate then you're bound to get irate, yeah
Badness is what you demonstrate
And that's exactly how anger works and operates
Nigga, you gotta have love just to set it straight
Take control of your mind and meditate
Let your soul gravitate to the love, y'all, y'all

People killin', people dyin'
Children hurt and you hear them cryin'
Can you practice what you preach
And would you turn the other cheek

Allah, Allah, Allah help us
Send us some guidance from above
'Cause people got me, got me questionin'
Where is the love (Love)

Where is the love (The love)
Where is the love (The love)
Where is the love
The love, the love

It just ain't the same, always unchanged
New days are strange, is the world insane
If love and peace is so strong
Why are there pieces of love that don't belong
Nations droppin' bombs
Chemical gasses fillin' lungs of little ones
With the ongoin' sufferin' as the youth die young
So ask yourself is the lovin' really gone
So I could ask myself really what is goin' wrong
In this world that we livin' in people keep on givin'
in
Makin' wrong decisions, only visions of them dividends
Not respectin' each other, deny thy brother
A war is goin' on but the reason's undercover
The truth is kept secret, it's swept under the rug
If you never know truth then you never know love
Where's the love, y'all, come on (I don't know)
Where's the truth, y'all, come on (I don't know)
Where's the love, y'all

People killin', people dyin'
Children hurt and you hear them cryin'
Can you practice what you preach

And would you turn the other cheek

Allah, Allah, Allah help us
Send us some guidance from above
'Cause people got me, got me questionin'
Where is the love (Love)

Where is the love (The love)
Where is the love (The love)
Where is the love
The love, the love

I feel the weight of the world on my shoulder
As I'm gettin' older, y'all, people gets colder
Most of us only care about money makin'
Selfishness got us followin' in the wrong direction
Wrong information always shown by the media
Negative images is the main criteria
Infecting the young minds faster than bacteria
Kids act like what they see in the cinema
Yo', whatever happened to the values of humanity
Whatever happened to the fairness in equality
Instead in spreading love we spreading animosity
Lack of understanding, leading lives away from unity
That's the reason why sometimes I'm feelin' under
That's the reason why sometimes I'm feelin' down
There's no wonder why sometimes I'm feelin' under
Gotta keep my faith alive till love is found

People killin', people dyin'
Children hurt and you hear them cryin'
Can you practice what you preach
And would you turn the other cheek

Allah, Allah, Allah help us
Send us some guidance from above
'Cause people got me, got me questionin'
Where is the love (Love)

Where is the love (The love)
Where is the love (The love)
Where is the love (The love)

Where is the love (The love)
Where is the love (The love)
Where is the love (The love)


Wednesday, October 01, 2003

Elakkan Kekecewaan Dan Percayalah Kepada Allah
Isnin, 28 Julai, 2003 - 12:23 AM EST

28-7-2003 MassejOnLine/Dalam menjalani kehidupan sehari-hari kita sering berhadapan dengan keadaan sukar yang kita tidak tahu apa hikmat dan apa rahsia disebaliknya. Kita bedepan dengan dilema yang menggugat iman kita, antara desakan perasaan yang menganggap ia tidak patut berlaku dan nasihat iman yang menggesa supaya redha dengan takdir, kerana disebalik kejadian ada hikmatnya dan Allah tidak mensia-siakan orang yang melakukan ihsan.

Hikmat adalah rahsia disebalik kehendak, kehendak adalah rahsia disebalik kudrat(kuasa), kudrat adalah rahsia diseblik perbuatan dan perbuatan adalah rahsia disebalik alat. Apa yang dilihat oleh mata kasar manusia ialah alat, tetapi hati yang terang dapat melihat kudrat disebalik perbuatan, kehendak disebalik kekuasaan dan hikmat disebalik kehendak.

Iman dengan hikmat dan kekuasaan Allah menajamkan pandangan mata hati sesaorang yang beriman, sehingga dengan itu ia sangat percaya(yakin) kepada Allah walaupun kadang-kadang ia tidak dapat memahami hikmatnya.

Datang seorang wanita kepada Daud alaihi assalam dan berkata kepadanya:" wahai nabi Allah..adakah tuhan engkau zalim atau adil?". Nabi daud menajwab:" celaka kamu, wahai perempuan !, Ia adalah maha adil dan tidak pernah zalim.

Kemudian Daud bertanya:"apakah kisah kamu wahai perempuan?.

Perempuan itu menjawab:" aku mempunyai tiga orang anak perempuan, aku menanggung hidup mereka dengan memital benang. Semalam ketika aku mengikat benangku pada perca kain berwarna merah, hasratku hendak kepasar untuk menjualnya, hasilnya boleh aku gunakan untuk menanggung belanja anak-anakku, tiba-tiba seekor burung menerpa kearahku mengambil perca kain dan benang, lalu membawannya pergi. Aku menjadi sedih kerana tidak memiliki apa-apa lagi yang saya boleh belanjakan untuk anak-anak saya.

Ketika mereka sedang bercerita itu, tiba-tiba pintu rumah Daud a.s diketuk orang. Mereka diarah masuk, sepuluh orang pedangang muncul ditangan setiap mereka seratus dinar.

Mereka berkata: " wahai nabi Allah !, belanjakan ini kepada mereka yang berhak".

Daud a.s. bertanya kepada mereka:"apakah sebab kamu membawa harta ini ?. Mereka menceritakan:"wahai nabi Allah ketika kami sedang dalam pejalanan dengan tongkang, angin bertiup kencang dan kami hampir tenggelam, tiba-tiba muncul seekor burung melemparkan kepada kami perca kain berwarna hitam dan benang. Kami telah menggunakan kain itu untuk menutup bocor pada tongkang, angin pun reda dan kerosakan telah ditutup. Kami bernazar kepada Allah setiap kami akan bersedekah sebanyak seratus dinar. Inilah harta itu didepan kamu, jadi belanjakanlah kepada siapa yang kamu kehendaki".

Lalu Daud menoleh kepada perempuan tersebut dan berkata:" Allah telah berniaga untuk kamu di daratan dan di lautan, sedang kamu menganggapNya zalim. Ia(Daud)memberikannya seribu dinar seraya bersabda:" belanjalah wang ini untuk menaggung anak-anak kamu.

Bersabarlah dengan ujian, jangan kamu berkata:"kenapa aku ditimpa kesusahan, sedang aku seoarang yang taat". Ketahuilah ia hanya ujian dan sesungguhnya Allah tidak mensia-siakan orang yang melakukan ihsan.

_____________________________________
source: massej.com-ruhhaniyat