Wednesday, October 01, 2003

Elakkan Kekecewaan Dan Percayalah Kepada Allah
Isnin, 28 Julai, 2003 - 12:23 AM EST

28-7-2003 MassejOnLine/Dalam menjalani kehidupan sehari-hari kita sering berhadapan dengan keadaan sukar yang kita tidak tahu apa hikmat dan apa rahsia disebaliknya. Kita bedepan dengan dilema yang menggugat iman kita, antara desakan perasaan yang menganggap ia tidak patut berlaku dan nasihat iman yang menggesa supaya redha dengan takdir, kerana disebalik kejadian ada hikmatnya dan Allah tidak mensia-siakan orang yang melakukan ihsan.

Hikmat adalah rahsia disebalik kehendak, kehendak adalah rahsia disebalik kudrat(kuasa), kudrat adalah rahsia diseblik perbuatan dan perbuatan adalah rahsia disebalik alat. Apa yang dilihat oleh mata kasar manusia ialah alat, tetapi hati yang terang dapat melihat kudrat disebalik perbuatan, kehendak disebalik kekuasaan dan hikmat disebalik kehendak.

Iman dengan hikmat dan kekuasaan Allah menajamkan pandangan mata hati sesaorang yang beriman, sehingga dengan itu ia sangat percaya(yakin) kepada Allah walaupun kadang-kadang ia tidak dapat memahami hikmatnya.

Datang seorang wanita kepada Daud alaihi assalam dan berkata kepadanya:" wahai nabi Allah..adakah tuhan engkau zalim atau adil?". Nabi daud menajwab:" celaka kamu, wahai perempuan !, Ia adalah maha adil dan tidak pernah zalim.

Kemudian Daud bertanya:"apakah kisah kamu wahai perempuan?.

Perempuan itu menjawab:" aku mempunyai tiga orang anak perempuan, aku menanggung hidup mereka dengan memital benang. Semalam ketika aku mengikat benangku pada perca kain berwarna merah, hasratku hendak kepasar untuk menjualnya, hasilnya boleh aku gunakan untuk menanggung belanja anak-anakku, tiba-tiba seekor burung menerpa kearahku mengambil perca kain dan benang, lalu membawannya pergi. Aku menjadi sedih kerana tidak memiliki apa-apa lagi yang saya boleh belanjakan untuk anak-anak saya.

Ketika mereka sedang bercerita itu, tiba-tiba pintu rumah Daud a.s diketuk orang. Mereka diarah masuk, sepuluh orang pedangang muncul ditangan setiap mereka seratus dinar.

Mereka berkata: " wahai nabi Allah !, belanjakan ini kepada mereka yang berhak".

Daud a.s. bertanya kepada mereka:"apakah sebab kamu membawa harta ini ?. Mereka menceritakan:"wahai nabi Allah ketika kami sedang dalam pejalanan dengan tongkang, angin bertiup kencang dan kami hampir tenggelam, tiba-tiba muncul seekor burung melemparkan kepada kami perca kain berwarna hitam dan benang. Kami telah menggunakan kain itu untuk menutup bocor pada tongkang, angin pun reda dan kerosakan telah ditutup. Kami bernazar kepada Allah setiap kami akan bersedekah sebanyak seratus dinar. Inilah harta itu didepan kamu, jadi belanjakanlah kepada siapa yang kamu kehendaki".

Lalu Daud menoleh kepada perempuan tersebut dan berkata:" Allah telah berniaga untuk kamu di daratan dan di lautan, sedang kamu menganggapNya zalim. Ia(Daud)memberikannya seribu dinar seraya bersabda:" belanjalah wang ini untuk menaggung anak-anak kamu.

Bersabarlah dengan ujian, jangan kamu berkata:"kenapa aku ditimpa kesusahan, sedang aku seoarang yang taat". Ketahuilah ia hanya ujian dan sesungguhnya Allah tidak mensia-siakan orang yang melakukan ihsan.

_____________________________________
source: massej.com-ruhhaniyat

0 Comments:

Post a Comment

<< Home