Thursday, September 25, 2003

Muslim Life

Baru tadi balik dari UWM (Univ of Wisconsin Milwaukee). Ada Talk yang diberikan oleh Brother Hatim Suleiman dari Chicago. Quite impressive talk yang diberikan, "The Role of Muslim On Campus". Perkara menarik juga yang diutarakan membuatkan tersingkap satu kebenaran yang tak pernah terfikir selama ini. Mengenai hadith

    "Hendaklah kamu berkata akan kebenaran ataupun kamu senyap" -aw kama qaal-

Dahulu, diri ini hanya memahami berdasarkan ulasan hadith. Secara mudah, kita mengulas, kalau kamu rasa benda tu bukan berkait dengan kebenaran, atau diklasifikasikan harus, makruh atau haram (bukan sunat atau halal), biasanya kita hanya kata baik dielakkan pertuturan sebegitu sebabkan frasa 'kamu senyap'. Tapi tadi tersingkap satu kefahaman baru setelah Brother Hatim memberikan ulasan mengenai hadith tersebut. Dikatakan, sebagai Muslim, hendaklah kita sampaikan akan kebenaran yang kita pegang ini atau kita senyap. Senyap bukan sekadar senyap, akan tetapi kita 'menyampaikan' (tunjuk) melalui perbuatan. Itulah istilah senyap yang patut kita semua fahami. "Actions are more powerful than words", surely ramai yang sedar bahawa contoh perbuatan yang kita lakukan lebih kuat kesannya berbanding kata-kata. Bila perbuatan menyalahi kata-kata, itu yang membuatkan kredibiliti seseorang itu jatuh. Tapi bila kata-kata dituruti dengan amalan, yang itulah yang lebih kuat. Itulah mesej yang tersembunyi, bila kamu berkata akan sesuatu hendaklah kamu membuktikannya pada orang lain, dan sekalipun jika kamu tidak menyampaikannya melalui kata-kata, tunjukkanlah contoh yang terbaik akan apa yang kamu pegang.

Banyak lagi yang boleh dikongsi sebenarnya, malang sekali kepala tak sekuat yang disangka disebabkan ketidakhadiran kertas dan alat tulis bersama tadi. Owh ye, ada juga one sister yang turut sama menghadirkan diri ke program dinner and talk anjuran Muslim Students Asso., UWM tadi. Dia baru memeluk Islam about 5 months, dan dia bangun tadi menyuarakan akan kehidupan yang dia sedang alami. Betapa dia masih terasa tidak kuat untuk menyarungkan hijab sepenuh masa pada diri dia sebab dia masih memikirkan akan tanggapan dan penerimaan orang sekitar. Tapi insyaAllah, kita mohon doa pada sister tu supaya diberikan kekuatan untuk meningkatkan kefahamannya terhadap kebenaran yang telah membuka hatinya. Yang menarik tadi, seorang brother dalam majlis tu ajak orang ramai-ramai takbir supaya kita dapat support dan galakkan sister tu untuk terus menguatkan diri. Kata brother tu, bila dah takbir ni, "insyaAllah Allah will be with you".

Masa balik, borak-borak dengan abang Man, dan tersingkaplah kisah silam dahulu kala, Abang Man melahirkan rasa sedih dia mengingat orang-orang Malaysia yang memang social tak terjaga di universiti dia dahulu. Hinggakan satu ketika, ada laki pempuan yang dah tidur satu selimut. Tapi maksud satu selimut tu rasanya tak lajak lagi. Bagus juga ada yang menegur. Ada satu couple yang memang suami isteri menegur, tapi si pelaku melenting. Inilah kelemahan orang Melayu, memang layu sungguh. Bila buat salah, tak pernah kena tegur, memang melenting habis. Abang Man kata lagi, nak tegur pun dia melenting, nanti gaduh pula. Bila lapor pada mak ayah, mak ayah buat tak endah je, macam tak kesah, mungkin sebab tak nak malukan diri sendiri. Apalah bangsa Melayu, sampai bila masih mahu layu? Silap sebenarnya, apalah orang Muslim macam ni? Sampai bila nak menyorok kebenaran? Akhir perbualan kami, Abang Man kata,

   "Mungkin yang lebih baik untuk semua budak Marquette sekarang ni ialah tiada budak-budak perempuan datang ke Marquette. Abang Man risau nanti ada yang cair, walaupun sekarang ni boleh gelak-gelak, tapi pengalaman abang Man dahulu, yang baik tu pun akan cair juga. Abang Man tak nak tengok benda-benda buruk ni berulang lagi."

Apa yang boleh dikatakan lagi? Kalau ilmu tiada di dada, pegangan diri tak kuat, cara hidup tak betul, memang itulah akan jadi puncanya. Ilmulah yang paling penting sekali sebab kata Brother Hatim, first thing in faith is Knowledge, then Yaqin (no doubt).... dan seterusnya yang mana ada 7 kesemuanya.

Sedarlah wahai semua, sedarlah Moeh, sedarlah Moeh, sedarlah hai diriku....

---moga menjadi iktibar buat semua---

0 Comments:

Post a Comment

<< Home