Monday, September 08, 2003

Bila Adik-adik sudah besar :)

Semalam aku memanggil ke rumah melalui phone. agak menggembirakan tatkala semua adik-adik tengah cuti sekolah, maknanya semua tentera-tentera ada kat umah cuma kapten die je takde sebab kapten die tengah berkursus selama 3 tahun kat USA (kapten tu moeh la hehe)

"Moeh, ko belikan orang roller blade, boleh tak?" pinta adikku yang paling bongsu.

"Boleh pnye, UPSR aritu dah banyak kali trials. Penah la dapat penuh 5A" dengan yakin respon adik yang akan menduduki UPSR minggu depan.

alamak, adik yang sorang lagi tak sempat borak plak hehe.

"Takde mana-mana pempuan ke sangkut dengan ko?" tanya Moeh
"Apa kejadah nak buat kerja bodoh. Couple-couple kat sekolah ni main-main je. Budak-budak terkejar-kejar nak bercouple, macam bodoh je sebab nanti lepas abis sekolah abis la segalanya. Memang bodoh nampaknya" huhu Moeh jadi takut bila komen adik sounds like matang sungguh. Die dah boleh nampak masa depan rupanya, ingatkan Moeh je yang selalu nampak masa depan eh silap, Moeh tak pandai pun pikir pasal masa depan ;p

Masih ada 2 tahun lagi, saat yang berlalu macam lama tapi pejam celik sudah setengah tahun berlalu. Tinggal lagi 2 tahun lebih je lagi, pengalaman kat sini memang lain. Belajar memang sama je kat mana-mana tapi pengalaman tu lain. Here in US, semua murah and affordable. Nak main golf? Weight Lifting? Tennis? Horse Riding? (Moeh dah ride horse dah weekend lepas masa camping, nama die Stormy... best!!) nak travel more than thousand miles? main go-kart? Kenali ppl from different parts of the world? Skate boarding? Ice skating? Skiing? hatta, Solat kat parking lot atau gas station :) banyak juga pengalaman selain tengok tupai, racoon, rusa yang kena langgar, inna liLLAH. Tupai dan racoon memang sukar atau takde pun nak nampak kat tepi-tepi jalan kat highway, even rusa lagi la susah nak nampak kat highway di Mesia, tapi satu je takleh lupa, mana pergi sekali pun tetap di bawah naungan kekuasaan ALLAH yang MAHA BERKUASA. Tu memang tak boleh nak dinafikan, apa yang kita dapat dan kita timba semuanya adalah didikan yang bersumberkan dari ALLAH. Mari kita panjatkan kesyukuran, Rabbana LaKal-hamdu :)

"Jau, Auq, Man, Amat... tunggu la nanti abang balik ye, sekarang ni memang tak boleh nak balik... harap-harap korang tak tinggi dari abang la ye hehe" tu je la yang mampu Moeh kata bila rasa nak balik atau rasa rindu kat adik-adik yang makin membesar. Dah tak merasa nak tengok muka adik-adik makin hensem, muka comel memang dah takde dah sebab semua dah besar hehe :)

Akhir kata, pesanan untuk adik-adik yang sentiasa menjadi tentera yang taat kepada Moeh hehe (Moeh kapten yang garang lagi kejam ;p)
"Jau, belajar la rajin-rajin ye?"
"Auq. buat la UPSR elok, okay? Kena make sure sama macam Man dapat 5A, tau?"
"Man, belajar dengan bersungguh, okay? Make sure kalahkan abang pnye rekod okay? Ko jela yang mampu nak kalahkan rekod abang sekarang ni, tau?"
"Mat, buat SPM tu baik-baik. Ko kata MRSM dah pun habis silibus kan? Ulangkaji baik-baik, masih ada banyak masa lagi untuk bersedia sebelum berjuang. Ingat, lepas buat exam tu kena yakin, orang yakin ko boleh pnye sebab Mama kata ko ada potensi nak kalahkan orang pnye rekod"

(tapi dalam hati Moeh kata, ko dah takleh kalahkan orang sebab PMR ko dah kalah hehe, cuma Man je la yang ada chance nak beat orang pnye PMR sebab setakat ni Man seri dengan orang dapat full UPSR kan Man kan?)

Moeh cabar korang semua untuk beat result Moeh yang dah lama jadi kapten korang, dah lebih 15 tahun Moeh memerintah korang semua hehe :) Adik-adik Moeh semua best-best sebab semua berpotensi.... Good luck!!! Ganbate ne!!!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home