Saturday, August 23, 2003

hari ini hari jumaat. hari ini kami serumah naik kereta sama-sama. kereta tersebut milik kami bersama. kami naik kereta pergi solat jumaat. setelah solat, saya dan luqman berjumpa advisor di international office. Kami berdua sempat makan gula-gula kopiko yang memang dihantar khas dari penang oleh pihak MACEE di penang. sepulang dari solat, kami meneruskan aktiviti memasak. aktiviti memasak hanya bermula setelah kami serumah mengemas dapur. saya mengemop lantai dan membuang sampah. luqman menyapu dan mengelap. azman pula hanya menonton (ops). silap, azman pula membersih dan memasang aluminium foil pada stove. setelah itu, kami semua bersama-sama memasak nasik lemak. kali ini nasik lemak kami begitu sedap sebab luqman memasak sambal ikan bilis. ikan bilis susah untuk diperolehi, tapi kami beruntung kerana luqman bawa ikan bilis khas dari malaysia. kami semua makan dengan gembiranya.

hari ini hari jumaat (dah bagitau dah kan hehe). hari ini saya menggerakkan tangan saya untuk melukis. hari ini hari menarik sebab saya dapat melukis menggunakan tablet yang mana saya menggunakan pen mouse sebagai alat lukisan saya. saya berjaya melukis sekuntum bunga di dalam pasu. akan tetapi, bunga yang saya lukis tak cantik. jadi saya hanya berkongsi lukisan yang saya rasa lagi kemas berbanding dengan lukisan yang saya lukis hari ini. saya rasa lukisan saya tak cantik mana, sebab saya percaya ramai orang akan kata lukisan saya buruk. tapi tak mengapa, saya tetap akan berkongsi lukisan saya sebab saya berazam ingin memulakan semula hobi melukis saya (bukan hobi pun hehe) walaupun saya tidak tahu melukis secara teori sebab saya hanya praktis dengan azam dan semangat saya semata (inilah bakat namanye hehe <--- elakkan bangga diri dalam penulisan hehe). segala kelemahan harap dapat teguran sebab saya masih belajar lagi.

nota ringkas: lama tak menjadi budak skima hehe (adakah aku dahulu budak skima??? haha)


cubaan aku melukis... agak lama juga tangan aku tak digerakkan untuk melukis nih hehe... tak cantik kan lukisan saya ;p

0 Comments:

Post a Comment

<< Home