Friday, August 15, 2003

kenapa perlu berselisih? kenapa perlu membezakan? kenapa tidak berlapang dada dan berfikiran positif?

aku tak paham kenapa orang selalu nak beza2kan ko lagi baik ko lagi bagus la... just consider kita semua sama kan senang... pastu siap ada orang kata, ko baik aku teruk between kita ada gap... kenapa nak letakkan gap? sesama kawan pun ada gap ke? takde gap sebenarnya, tapi kalau dah pakai kanta macam tu, nak buat macam mana, orang lain tak pakai pun kanta macam tu sebab tu orang lain tak nampak pun ada gap.... masa aku bincang2 dahulu memang aku rasa tak open sket la dada ni nak terima kata-kata orang, tapi we are growin' up... tak perlu nak rasa bersalah atau kecik hati bila berbincang... be positive... atas sebab baik, bila kita berlapang dada insyaAllah hasilnya positif... kalau pun ada one side dalam discussion jenis yang suka nak mengata dan mengutuk, doesn't mean that the other side kena balas balik... it shows that kita semua tak punye paradigm yang sama... kita boleh bertindak dengan cara lain sebab masih banyak cara lagi kita nak oppose and express view kita...

kalau orang laki kata perempuan tu lawa dan ayu, tak semestinya lelaki satu dunia akan kata perempuan tu lawa.... kalau perempuan tu kata mamat tu hensem dan macho gila, tak tentunye semua pempuan kat dunia ni setuju yang mamat tu macho gila... maybe there are parts yang tak semua orang tahu, tu sebab tak semua penilaian kita akan sama... lagi pun, different background creates different perspective and perception... itulah tugas khalifah untuk menyelesaikan perselisihan yang timbul sebab perbezaan latarbelakang.... kalau kita tengok dari perkataan khalifah tu ada 1) perkataan 'khilaf' yang membawa erti perbezaan (perselisihan) dan 2) perkatan 'kholfun' yang bermaksud belakang (background). so kat dalam perkataan tu je dah menerangkan betapa tugas khalifah antaranya untuk menyelesaikan perbezaan pendapat yang wujud supaya tak berlaku pertelingkahan yang negatif atas sebab latarbelakang dan persepsi yang berbeza... ingat semua, kita semua berperanan untuk mendamaikan sesama saudara kita sebab semua kita sesama umat Islam adalah bersaudara, we are brothers...

tak perlulah kita nak highlightkan sangat perbezaan kita, kalau kita paham perbezaan latarbelakang yang ada, memang kita akan setuju yang hidup ni menarik sebab kalau semua sama mesti boring je... kalau perempuan sama, so dapat mana-mana bini pun sama je sebab perempuan yang ada semuanya sama... kalau laki semua sama, sure perempuan pun tak perlu nak bersusah-susah memilih, angkat je satu sure sama dengan yang lain, tak menarik aa idup macam tu hehe... itulah lumrah hidup, we are humans created with different background, different families, different attitudes, different mind set, different perception, different paradigm, different experience, different hair colors, different races, different in a lot of differences. but what make Muslims to be equal? We have ONE AQIDAH (TAUHEED - WE ONLY HAVE ONE GOD, ALLAH THE ALMIGHTY).... Keimanan kita yang satu kepada Allah Yang Maha Esa (Tunggal) adalah satu titik pertemuan yang menyamakan kita semua... sebab itu Allah adalah jalan penyelesaian yang terbaik kerana di situ wujud satu persefahaman, hanya Allah tempat kita bergantung.... renung2kanlah wahai semua, tak perlulah kita sempitkan lagi pemikiran kita... mari kita bersikap terbuka... takkan hanya kerana sikap dan perbezaan yang ada sesama kita, kita tak mampu untuk bergaul dan berkawan bersama... bukankah itu suatu perkara yang indah kerana kita dicipta berbeza-beza... gap yang ada sebenarnya hanyalah satu analogy yang memisahkan... cuba kalau kita tukar kanta yang lain, kita akan nampak jambatan.... kan ke macam tu lagi menarik, titian yang menghubungkan tali silatur-rohim... apa perlu kita menjauhkan diri dari orang yang baik kerana sikap dia yang tak sama macam kita? kan ke ada kebaikan kalau kita bersama dengan orang baik... kepada orang baik (yang konon mengaku baik ke atau orang kata perasan baik), kenapa nak jauhkan diri dari orang yang disangka buruk dan jahat? tidakkah menjadi satu kebaikan dan hak kepada orang yang kita kenal (atau kawan) supaya kita membantu sesama kita untuk menuju ke arah yang lebih baik.... kenapa kita mesti adakan gap tu?? tak perlu sebenarnya...

cuba kita bina cas yang positif.... kita hidupkan different cas.... takkan kita nak join cas2 negatif lain yang dihasilkan dari sikap beza membeza dan sempit pemikiran? imagine kalau kita ada cas positif, surely cas tu akan menarik cas-cas negatif yang ada di sekitar... lama kelamaan kita akan kuat sebab dapat tarik banyak cas negatif untuk bersatu.... bila semua dah ada cas positif insyaAllah semuanya akan berjalan dengan baik... bawalah cas positif dalam diri anda semua supaya sekurang-kurangnya cas negatif dalam diri orang lain dapat merasakan tarikan cas positif yang kita ada walaupun sedikit... agaknya sebabkan cas berbeza la lelaki dan perempuan bersangkutan sesama mereka... tapi memang dah lumrah hidup manusia berpasangan (sila belek surah an-Naba' Juzu' 30 dalam Quran)...

begitulah ceritanya, kenapa perlu kita wujudkan perbezaan sesama kita? kita sama sahaja, bukan kita yang menilai ketaqwaan... ingatlah, Islam mengajak kita untuk naikkan orang yang dipandang rendah supaya dia mampu berjalan sama taraf dan seiring dengan kita.... begitu juga, kalau orang tu meninggi diri sangat, kita tarik die dari kedudukan yang tinggi supaya die duduk dan berdiri sama rendah dengan kita.... kita samakan perbezaan yang ada, barulah ada persamaan, barulah ada kesatuan... apa sekali pun yang kita seru, memang lumrah dalam kehidupan wujudnya perselisihan dan perbezaan pendapat.... bagi yang paham, bertindaklah dengan hikmah kerna tidak semestinya kita perlu berdebat mati-matian walhal ada banyak cara lagi untuk kita convincekan orang lain akan pendapat kita... semuanya adalah pilihan kita.... between stimulus and reaction there is a stage named choice... sebabkan ada choice la kita manusia mempunyai akal fikiran yang mengangkat kita lebih mulia berbanding makhluk lain (kalau tak guna akal tu yang jadi lagi hina dari binatang tu)... we can choose to react after we are stimulated by a stimulus.... kita sebenarnya boleh pilih nak (react) berlapang dada atau taknak setelah kita berhadapan dengan (stimulus) pertelingkahan, etc... begitulah lumrahnya.... fahamilah lumrah dan sunnatuLLAH kehidupan, insyaAllah hidup kita akan lebih ceria dan kita lebih redha menerima ketetapan dan ketentuan Ilahi Yang Maha Agung lagi Maha Penentu... teruskan usaha dalam hidup kalian... wassalam

----
aku yang mencoret....

0 Comments:

Post a Comment

<< Home