Monday, August 04, 2003

Semalam dapat news yg menyentap senyumanku. kira agak confirm aku tak akan pulang ke tanah air sampailah aku tamat belajar. senyuman menjadi pudar. nampak gaya aku akan tinggal keseorangan pada summer tahun depan. memikirkan situasi tu buatkan rasa sedih, tapi kata kaklong, tu la ujian dan tarbiyah dari Rabb Yang Maha Esa. Namun senyuman tak dapat diterbitkan juga. Hmmm takpe, asalkan semua sihat dan dipelihara Allah. Harapnya masih dapat jumpa yang lain-lain sebab memang ada halangan yang buatkan aku tak dapat pulang dalam tempoh 2 tahun ini. Hari tu Ayah Li dah pergi, aku harap masih ada masa melihat Tok, Opah, Abah, Mama, Pakcik Makcik, dan yang lain. Muizz tak dapat balik kalau berlaku apa-apa. Muizz hanya mampu berdoa, moga-moga diketemukan lagi kita semua di masa mendatang.

Segala perancangan di kepala bagaikan hilang harapan. Bagaikan pokok jatuh di tengah jalan, semua kereta tak dapat bergerak, macam tu la segala idea dan perancangan untuk pulang akhirnya terhenti begitu sahaja. Tak mengapa, masih ada ruang baru untuk berfikir, kini kotak pemikiranku kena memikirkan perancangan yang dapat dilakukan dalam tempoh aku di sini sepanjang 2 tahun ini. Yang pasti, hujung tahun 2005, pelajaranku mesti ditamatkan. Aku akan dapat pulang setahun lagi awal berbanding kawan-kawan yang lain jika itu berjaya dikecapi. Tak mengapa aku tak dapat balik, tapi aku akan habis lagi awal, begitulah bicara hati menenangkan diri. Setiap yang berlaku pasti diselitkan hikmah dan pengajaran di sebaliknya. Inilah masanya bagiku menimba lebih banyak pengalaman. Kesusahan yang berlaku hanya mendidik diri lebih mengenal erti kehidupan. InsyaAllah semuanya akan berlalu tanpa kita sedari kerna masa pada hari ini berlalu dengan pantas. Begitu sekejap seminit dua berlalu, pasti tempoh 2 tahun itu hanya seketika.

Pasti sedih kerna kerinduan tak dapat diubat, takpe, sekurang-kurangnya nanti kerinduan tu kan terubat jua. Moga setiap insan yang aku sayangi panjang umur dan murah rezeki di bawah naungan rahmat dan kasih Ilahi. Apakah daya, inilah lumrah dan onar duri kehidupan yang perlu aku hadapi. Alhamdu lillah, kelesuan di hati yang aku harungi semalam hanya seketika, aku kini perlu lebih berusaha menempuh hidup di hari mendatang. Pasti kutempuh dengan daya dan kekuatan yang ada, tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Rabb Yang Maha Agung. Bantulah HambaMu ini Ya Rabb :)

---doakan aku di perantuan, aku masih mahu bertemu kalian yang aku sayangi---

0 Comments:

Post a Comment

<< Home