Saturday, September 20, 2003

Mari Belajar IT

Sebab boring pnye pasal, mari kita belajar ilmu IT untuk seketika. Just simple stuffs je. Apa yang akan kalian lakukan jikalau mouse (tetikus) tidak berfungsi, yang ada hanya keyboard. Agaknya nak online sure susah, kan? Memang pun hehe, tapi kalau anda jenis yang penyabar, gunalah tips-tips berikut.

Kalau nak switch window to window: ALT + TAB.
Hold ALT, then bila nak switch window, press TAB beberapa kali sampai ke window yang anda mahu. Teknik ini juga berguna kalau kita hanya bukak satu window dan window tu plak dah minimize, then kita nak maximize window tu, just press ALT + TAB. Cuba dulu, sure paham :D

Kalau nak delete terus dari disk tanpa masuk ke Recycle Bin: SHIFT + DELETE
Teknik ni time mouse boleh function pun still boleh guna. Cuma bila nak delete tu, make sure kena hold Shift then baru choose option delete, sama ada ikut right klik ataupun kat keyboard (button DELETE). Warning: Kalau file tu penting baik jangan buat camni, nanti dah takleh nak restore balik kalau dah terdelete, unless dah sure sangat tanak file tu, boleh la guna teknik ni.

Kalau nak guna Back and Forward masa tengah browse internet:
--Back: ALT + Left ARROW
--Forward: ALT + Right ARROW
Haaa, yang ni baru berguna kalau kita nak surf. Biasa Moeh malas nak guna mouse, sebab nak gerakkan mouse tu pun dah amik masa. Walaupun jimat beberapa fraction je, tapi Moeh rasa lagi senang guna keyboard. Sebab Moeh malas nak gerakkan mouse ehe, takut kena gigit dengan tikus-tikus (tetikus he he he).

Dah la, kalau citer semua takde dah idea plak nanti nak citer pasal IT ni :D Kita bukan pandai sangat IT² nih. Sikit² je boleh la. Okay, sampai di sini dahulu. Salam IT (rindu plak dengar ayat ni kat radio mesia ;p)

0 Comments:

Post a Comment

<< Home