Tuesday, September 16, 2003

Hadis: Isteri jahit pakaian suami masuk Syurga

DIRIWAYATKAN oleh Salman al-Farsi bahawa pada suatu hari Fatimah ke rumah Rasulullah dengan muka pucat dan menangis. Nabi Muhammad bertanya: “Mengapa jadi begini, anakku?”

Jawab Fatimah: “Semalam, aku dan suamiku Ali bergurau dan bercakap-cakap. Tiba-tiba ada kata-kataku membuatkan Ali marah. Selepas mengetahui Ali marah, aku menyesal dan sedih.

“Aku terus merayu dan meminta maaf. Aku mengelilinginya sampai tujuh puluh dua putaran hingga dia kelihatan reda dan terukir senyum di bibirnya. Aku takut pada Tuhan.”

Rasulullah membalas : “Wahai anakku, sesungguhnya andai kata engkau meninggal dunia sebelum Ali reda kepadamu, maka aku tidak akan solat untukmu.”

Kemudian Baginda bersabda yang bermaksud: “Hai anakku, apakah engkau tidak mengerti bahawa kerelaan dan keredaan suami adalah keredaan Allah.

“Marahnya juga adalah marah Allah. Perempuan yang beribadat jika tidak diredai suami, ibadatnya tidak diterima Allah.

“Anakku, sebaik-baik amal wanita ialah mentaati suami dan selepas itu tiada pekerjaan yang lebih afdal bagi wanita daripada duduk menenun dan menjahit pakaian suaminya.

“Anakku, orang yang menjahit pakaian untuk suami dan anak akan masuk syurga dan akan diberi Allah sebuah kota di syurga sebanyak bilangan pakaian yang dipakai suami hasil kerjanya.”
______________________________
Sumber: Berita Harian Online bertarikh: 16 September 2003

0 Comments:

Post a Comment

<< Home