Saturday, September 20, 2003

Cerita Sedih Yang Tak Masuk Paper
---tak lain tak bukan sebab nak jaga imej---

Hari tu call mak, mak cerita macam mana sekarang ni mak dah takut nak jalan sorang2 kat luar. Dulu kat rumah tak pernah dengar kes ragut, sekarang ni makcik pegi surau pun kena ragut beg die.

   "Aku pegi surau pun dia nak ragut, ingat aku pegi surau nak bawak duit banyak2 ke?" bising makcik tu yang terduduk dibuat si peragut yang jahat tu.

Mak kata lagi, lecturer yang tumpang anak dia kat rumah pun dah takut nak pergi tandas kat UiTM tempat dia bekerja sebab kat UiTM ada construction. Yang sedihnya, pekerja construction (orang indon mengikut kata lecturer tu) naik lif sekali dengan students perempuan. Dah la ada yang pakai tuala, yang memalukan lagi tu siap tunjuk-tunjuk lagi dia punya 'barang' tu. Apa la nak jadi dengan administration UiTM.

Yang lebih menyedihkan lagi, satu malam seorang student architecture yang nak ke tandas, telah dirogol oleh 8 orang lelaki (assuming pekerja-pekerja tu la punya kerja) hinggakan student tu koma. LAPAN ORANG!!! Adakah ini Malaysia yang kita sayangi? Apakah ini yang kita mahu? Takkan nak biarkan je. Moeh bising, sebab Moeh geram,

   "Apsal tak report je kat polis. Apsal la UiTM macam tu sekali"
   "Bukan tanak report tapi polis buat tak endah, selagi kes tu tak banyak dia buat taktau. Dulu kes basikal kena curi pun, boleh polis kata barang murah je, lagi pun tak ramai orang report, buat apa kami nak ronda. Yang kes UiTM tu saja tak diheboh sebab UiTM nak jaga nama" reply mak.

Ya ALLAH, marah sungguh dalam hati ni. Mak kata lagi, memang sekarang ni kat Malaysia dah tak berapa menenangkan hati bila keluar. Ada orang tu komen, kawasan yang sudah lama dibina kita ingat dah boleh kata selamat, sekarang ni bukan kes bahaya kat kawasan baru je, tapi kat kawasan lama pun dah berani orang buat jahat. Macam tu la cerita mak, apa nak jadi agaknya dunia sekarang ni. Risau juga bila memikirkan mak keluar, kak long dan kak ngah, tuan puteri sa, dan semua la muslimah perempuan di Malaysia, risau sungguh memikirkan. Orang yang dah ada tunang dan pasangan tu lagi la risau gaknya, ye la, takut-takut apa-apa yang buruk berlaku pada orang yang disayangi. Ya ALLAH, peliharalah semua orang yang kami sayangi dan orang-orang Islam keseluruhannya daripada perbuatan tangan-tangan manusia yang zalim lagi kejam. Hanya doa yang mampu kita tadahkan sebagai menghapus kerisau dan kebimbangan di hati, apakan daya, kita jauh dan hanya dapat mendengar berita yang sedap didengar. Moga kita semua terpelihara.

Moeh yang cukup sedih, geram, bimbang....-n-

0 Comments:

Post a Comment

<< Home