Tuesday, August 31, 2004

Class

Pagi pukul 3 lebih lagi dah terjaga. Lepas qiyam sikit baca la buku sebab dari lepas isyak lena. Buat sakit mata je mengekang sampai kol 6 pagi. Henti jap kol 5 untuk Subuh then sambung baca lagi. Tah apa aku baca pun tak tau, baru satu hari kelas je dah ada banyak gila reading assignments. Takde la tak puas hati tapi catching up jugak la sebab baca dah la lembab pastu kena baca mau 50-60 mukasurat lak tu. Sakit tul mata. Dugaan nak improve reading skills hehe.

Ntah apa Soren Kierkegaard ni mengarut pasal falsafah dia nih. Dah la orang kafir ni bangga sangat dengan dia, tapi ikut sejarah hidup dia ni mati lepas amik harta dari bank yang diwariskan keluarga dia kepadanya. Yang takleh nak adapt tu dia kata apa, "kalau tak bunuh diri kita menyesal, kalau bunuh diri kita menyesal, kalau bunuh diri atau tak bunuh diri kita menyesal... bla bla bla.. kalau tak caya pada pempuan kita menyesal, kalau percaya pada perempuan kita menyesal, kalau percaya atau tak percaya pada pempuan kita menyesal..." hmmm ni la karangan yang rasa orang bijak macam mana pun rasa macam nak 'kero' je mata memandang tambah nak cuba paham lagi. Tapi idea dia ialah apa? Aku agak dia nak cuba ketengahkan pasal "Subjectivity" kot. Ntah apa ntah cara pemikiran Existentalist nih, pelik sungguh...

Ops, time for class... pasni kena sambung lagi baca buku 'orang gila' a.k.a. ahli falsafah ni... dah kena amik kelas falsafah lagi sem ni sebab tu takleh nak buat apa, just trying my best, yeah!!
_____________________
Input itu pelbagai tapi bahaya bergantung pada akal boleh sesat... waa takutnya!! Moga dipandu ALLAH, inshaALLAH...

Monday, August 30, 2004

Read!! IQRA' !!

Minat membaca? Ntah sejak bila rasa semangat plak membaca. Selama ni begitu payah nak baca buku cerita sebab merasakan cerita logik pun tak berapa nak menarik minat sebab bukan realistik sekadar rekaan. Tapi sejak balik ni rasa tergerak untuk isi masa dengan lebih banyak membaca (mula-mula boleh la kata camni, isy kena lawan sikap negatif nih!).

Alhamdu liLLAH, for the past one week dapat baca cerita bertajuk A Perfect Day by Richard Paul Evans. Satu cerita menarik tentang seorang lelaki yang cuba mengejar cita-cita dia menjadi best-seller author yang akhirnya buatkan dia lupa diri. Isteri dia yang banyak support dia pun akhirnya ditinggalkan (tapi takde la cerai cuma dia dah tak selesa dengan cara hidup orang biasa sebab dah femes la katakan). Tapi sebelum dia terlajak jauh, ejen yang tolong dia dapatkan publisher untuk terbitkan buku dia tu rancang satu "perangkap" supaya dia sedar semula.

Bila dia "terperangkap" dalam rancangan tu yang kononnya bagitau dia akan mati dalam tempoh 40 hari, dia pun akhirnya berubah dan mula sedar. Sampai satu tahap dia tulis surat kata dia nak mati, bagi je surat tu kat isteri dia terus isteri dia cuak. Cari punya cari, baru isteri dia dapat tau laki tu kena "trap" lepas dapat cakap dengan ejen dia. Punya baiknya hati isteri tu cari suami dia yang duduk kat hotel (sebab suami dia dah tak selesa dok umah sendiri masa dia lupa diri tu), pastu dia beriya nak halang suami dia bunuh diri. Akhirnya laki tu pun tau dia disedarkan dengan rancangan ejen dia sendiri sebab ejen dia pun suami dia nak tinggalkan. Lagi teruknya, cerita yang laki tu karang sebenarnya adalah plot sebenar pengalaman isteri dia sepanjang ayahnya sakit sampaila ayah dia pergi dengan aman.

Bahaya orang berjaya ni bila dah lupa diri. Aku takut aku buat macam tu je. Bila dah berjaya, mula la ingat semua ni hasil usaha sendiri. Walhal sokongan dari mak ayah, guru-guru, kawan-kawan, sponsor lagi... begitu banyak, mereka-mereka ni juga banyak berjasa dan banyak memberi sumbangan dalaman (motivasi) mahupun kebendaan.

Lepas ni nak baca Bleachers by John Grisham plak. Baru je beli kat WalMart beberapa hari lalu lepas ada minat nak membaca dan membaca dan membaca. Beli buku kat sini murah je, beli about USD 5.00 (tak sampai RM20 pun). Banding di Mesia mau lebih dari RM20,aritu tengok sampai 30-40 ringgit tu...

______________________________
Yeah, mari membaca! Mari sahut suruhan ALLAH, IQRA' !!

Sunday, August 29, 2004

Salam Kemerdekaan



Masuk kali yang ni kira dah 2 kali Radio 1 nak contact aku sempena Hari Merdeka. Aiseh, aku pun tak tau nak cerita apa. Dah bagitau yang aku ada kelas, dia kata nak buat rakaman la plak. Takpe la, kira bertuah jugak la asik dapat panggilan percuma je dari Malaysia. Tapi last year tak dapat nak wish pun pasal dia sibuk tanya pasal aktiviti. Walhal bukannya ada banyak sangat aktiviti yang kitorang dapat buat sebab musim panas pun dah nak berakhir, masuk musim luruh ni lagi la Milwakee ni sejuk manjang. Sekarang ni pun 14 degree Celcius lagi la, nak men bola sepak pun tak dapek. Buat kejang dada je men waktu sejuk ni. Apa pun, selamat menyambut Hari Merdeka yang ke-47. Hayatilah erti kemerdekaan dan fahamilah batas-batasnya bila kita telah peroleh kebebasan!!

_________________________
Masih banyak lagi perkara yang perlu kita merdekakan di negara kita paling utama sekali kita kena merdekakan pemikiran rakyat supaya lebih terbuka dan bebas!!

Wednesday, August 25, 2004

Mari Baca "Kersani" !!!

Jom kita membaca artikel di kersani.com iaitu laman web Kersani Training Center. Bawah KTC ni la akhi Fazrul (pengarang Pemikiran Sistemik) dan akhi Hakim (ex-Pres MISG) bekerja. Dalam web kersani.com ada memuatkan artikel yang dikarang oleh akhi Fazrul, bagi yang pernah mendengar atau pernah membaca penulisan akhi Fazrul mesti kenal dan tahu. Sama-sama kita berkongsi dan belajar bersama.

Thanks buat akhi Fazrul atas satu kertas kerja ringkas mengenai "System Thinking in Action" yang memuatkan rumusan tentang Pemikiran Sistemik yang beliau cuba bawa. Alhamdu liLLAH, kertas kerja tu habis aku baca dalam penantian berlalunya masa di lapangan terbang antarabangsa CKS di Taipei semasa perjalanan pulang ke US tempoh hari. Setelah selesai baca ringakasan tersebut fikiran pun melayang memikirkan dimensi dan kesinambungan dalam arus fikiran yang boleh kita latih dari pemahaman System Thinking. Moga usaha baik ini diteruskan :)

_______________________
Fikir, fikir dan berfikir... Tulis, tulis dan menulis!

Tuesday, August 24, 2004

Hidup Macam Biasa

Alhamdu liLLAH, semalam semua orang dah pulang kembali ke Milwaukee. What a relief knowing Ime selamat sampai ke Milwaukee sebab he was the one yang terputus hubungan semalam. Yang lain mostly sampai di O'Hare International Airport kat Chicago. Pnye la ikut Abang Wan dari belakang, ingatkan bawak 65-70 mph je alih-alih dia tekan gak sampai 75 mph, cuak gak takut kena saman je. Dah la bawak semalam coins langsung takde sampai kat tol dah jadik payah pasal takde plak yang manual lane terkial-kial aku sorang diri dalam keta carik coin alhamdu liLLAH jumpa jgak. First time gak la drive sorang agak jauh dalam 90 batu dalam satu malam sebab nak gi O'Hare, balik ada Atik boleh la borak jadinya takde la nak speeding takat 65 mph je ikut speed limit la kekonon...mau sejam lebih gak sampai Milwaukee. Jadinya, kami semua hidup sama macam biasa di Milwaukee ni untuk beberapa tahun mendatang ni.

Ingat lagi masa di Malaysia, masa aku pegi umah Bonda Wok, aku bagi driver's license aku kat security kondo tu sebab aku dah takde lesen mandu Mesia. Pastu esoknya aku datang lagi kat kondo tu, cuak gak sebab aku baru sedar aku mandu takde lesen. Mau beberapa hari gak aku carik, rupanya masa hari sebelum tu lepas aku amik balik lesen dari jaga tu, lesen tu jatuh terselit kat tepi seat pemandu dah la belah pintu, mau jatuh alamat tak mandu la aku kat Mesia. Tapi, alhamdu liLLAH hasil nasihat mak dan teman baik, jumpa balik walaupun macam tak percaya jumpa sebab sebelum ni dah carik tapi tak nampak, pasal tak caya bebetul celah yang belah tepi pintu.

Memang dalam hidup kita ni sebagai manusia kena perhati dengan baik dalam buat kerja. Tapi tu la, bila dah hilang mula la terkumat-kamit baca doa dan ayat-ayat. Ingat lagi adik aku ajar kalau kita hilang sesuatu potongan ayat (ALLAHU ghoolibun 'ala amrihi) maksudnya aku sendiri tak jelas hehe ni pun adik aku kata kawan dia yang ajar. Tapi belek-belek dalam Quran memang ni potong ayat dari Quran, tak ingat surah mana. Pastu ada orang kata baca Surah al-Kauthar (yang ni ntah mana aku dengar). Alhamdu liLLAH, jumpa lagi. Kesan dia, aku patut lebih berhati-hati dalam jaga barang-barang yang kecik ni. Dan kesan paling best, naik domestic flight dari Los Angelas ke Milwaukee aritu, aku takyah tunjuk pasport, tunjuk je la driver's license yang aku ada sebab kat US ni driver's license ni menggantikan IC, those yang ada lulus driving test dia pnye IC akan diupgrade jadik driver's license, tu yang senang tu, takyah nak bawak dua kad.

Tapi macam mana kalau driver's license hilang? Takyah risau, pandu je la keta tu sampai mana sekali pun. Tak takut ke? Ntah, aku tak penah kena tapi katanya bagi yang dah ada driver's license takyah risau sebab kalau kena tahan polis, polis boleh check kat online je sebab ingat lagi satu malam tu pegi tanya info kat keta polis, nampak dalam keta polis tu officer tu tengah menaip apa benda ntah, dalam hati fuish bleh online tu. Pastu bila balik aritu rasa nak mengutuk je Mesia (haha dah jadi hobi pasal benda-benda camni lambat nak sampai Mesia) alih-alih aritu dah dengar dah citer keta polis Mesia akan diperkenalkan dengan kelengkapan online. Alhamdu liLLAH, satu peningkatan (tapi ntah ye ke idak tak tau la).

Dah lama tak buat aktiviti mengutuk Mesia ni, ops terover plak. Aritu borak dengan Pak Guard KISAS pun dia kata kat negara kita ni banyak sangat corruption. Aku citer kat dia kat US negara orang kafir ni pasal welfare memang bagus sampai kemudahan asas ni memang disediakan percuma. Imagine la kalau di US air boleh jadi percuma (memang la kerajaan bayar pakai duit cukai pendapatan) tapi tengokla macam mana bagusnya. Kalau kawan aku kata atuk dia buat bedah kat IJN dari kos RM15000 jadi RM5000 lepas sepupu dia jumpa orang sana orang sini cakap itu dan ini, apa nak jadi Mesia macam ni? RM10000 tu masuk mana agaknya? Tu yang Pak Guard tu highlight banyak sangat korupsi kat negara Mesia ni. Aku ingat lagi malam sebelum aku pegi KISAS tu, ntah orang PUAS mana ntah kata pencemaran sungai di Selangor ni sebab orang ramai punya pasal, jadinya semua pengguna kena tanggung. Ceh! Apa punya institusi? Dah la perkhidmatan tak pernah bagi yang bagus, ni yang tak PUAS ati nih! Ingat lagi masa nak bayar bil aritu, pegi kat ofis PUAS kat Klang, aku tanya denda ni nak kena bayar ke kalau belum potong lagi air? Pastu jawapan dia, "Apsal tanya saya? Kenapa? Tak puas hati? Pergi tanya kat kaunter sana." PUAS apa ini macam, memang tak PUAS hati la, jawap la baik-baik sikit. Tau la mak cik lagi tua dari saya, tapi saya tanya dengan baik kenapa plak jawapnya macam tu? Ah, apa nak jadi dengan Mesia.

Okay la, dah puas mengutuk Mesia haha. Buat hati bikin panas saja. Apa pun, ingat lagi pesan ayah aku, dia dulu balik Mesia pun rasa macam tu tak puas hati itu dan ini tapi dia kata apa boleh buat, kalau nak bawa perubahan kat Mesia ni kena buat satu kumpulan yang memang berusaha nak bawa perubahan yang baik. Tu sebab ayah aku kata ada kawan-kawan dia yang cuba bina dan tubuhkan kumpulan sendiri nak ubah negara kita. Tapi nak buat camne dak, perubahan yang kawan ayah cuba bawa, tapi yang mengejar dia ISA. Dengan rasminya kawan ayah aku masuk ISA.

Dan akhirnya, aku rasa aku kena hidup dengan tenang kat bumi US ni sebab sini rasa hidup lebih baik tak macam di Mesia buat sakit hati dengan sikap dan sistem yang masih banyak perlu diperbaiki. Ops, aku bukan tak puas hati sebab apa sebab aku sayang negara aku Malaysia, dan paling yang aku nak jaga adalah imej sebagai negara Islam. Dah kenapa negara orang kafir lebih baik dari Malaysia yang kononnya diwar-warkan oleh kerajaan sebagai negara Islam? Aku malu. Kena usaha lagi ni.

Cakap gedebuk-gedebak tapi aku still seorang yang banyak kekurangan. Adeih, kena batang idung sendiri ;p

____________________________-
Sedapnya lahap kopok lekor semalam, thanks kat Zul!!

Sunday, August 22, 2004

Perjuangan Masih Belum Selesai

Misi untuk menyambung semula kehidupan sebagai pelajar di negara orang kafir ini bermula semula. Perjalanan seharian dari bumi Malaysia hingga ke destinasi terakhir di Milwaukee berakhir sejam lebih awal daripada masa yang dijadualkan.

-Masa membeli coklat dan air Lemon Tea, "AstaghfiruLLAH, hampir terlupa dah bukan berada di Malaysia, nak beli makan kena jaga."
-Masa tiba di Milwaukee pukul 5 pagi, "Ish, apa punya musim panas nih, sejuk mengalahkan genting!" Pada mulanya menyangka summer tahun ni panas macam tahun lepas, rupanya tahun ni sejuk la plak.
-Main beach volley ball and soccer untuk mengelakkan tidur takut jet lagg, "Ish, tak sangka la plak musim panas kena pakai sweater lagi."
-Malam, pegi umah Abang Wan. Dah lama tak cakap ongputih, jumpa anak buah Nadia dan Danny, "Fuh, boleh tahan lagi BI aku (ops bernada bangga haha)." Padahal takut malu dah tak pandai nak borak dengan anak buah in English.

Keseluruhannya, alhamdu liLLAH rasa bersyukur sebab semuanya berjalan macam biasa. Abang Fikri pun dah balik sini dah, cumanya Kak Nana (isteri Abang Fikri) masih belum balik lagi, katanya menunggu anak mereka habis belajar di Malaysia. Danny pun dah makin matang, masa sampai umah dia tidur, tapi bila dia bangun macam lain la plak, rasa macam cepat sangat dia membesar padahal tak jumpa baru 3 bulan.

Masa untuk kemas lagi bilik yang masih tidak berkemas.

_____________________
Menanti pula kepulangan sahabat Marquette yang lain yang akan tiba esok hari.

Friday, August 13, 2004

Cepatnya Masa Berlalu

Rasa bagaikan semalam menjejakkan kaki di bumi Malaysia. Kini, tak sampai seminggu lagi aku akan 'berkepak' semula. Perjuangan masih belum selesai. Masih banyak lagi yang perlu aku lakukan, aku mesti majukan diri.

Sedih? Gembira? Bercampur baru... cikgu pun belum sempat aku jumpa, makcik dan sedara pun masih ada yang belum sempat aku jumpa. Masa makin singkat. Masa berlalu tanpa memikirkan kita terkontang-kanting mengejarnya. Masa itu memotong tanpa ada lampu merah, mengalir dan terus mengalir.

Barang kena beli lagi, rumah Abang Man masih belum jejak lagi. Masa bagaikan suntuk, di akhir-akhir hampir waktu pulang ni la banyak perkara yang hendak dibuat....

__________________________________
Masa itu juga makhluk, masa adalah makhluk ciptaan Tuhan... eh betul ke masa itu makhluk? Carila sendiri haha

Sunday, August 08, 2004

Kita Lupa

Teringat plak apa Pakcik aku yang juga Ketua Polis KL kata masa gi umah dia semalam,

"Kita terlupa nak kawal punca masalah yang menular di kalangan generasi muda sekarang. Contoh paling mudah macam techno music yang berkait rapat dengan geleng-geleng kepala tak lain tak bukan menjadi punca penyebaran pil-pil ecstasy."

Sah-sah orang generasi sekarang boleh kata "Kita terlupa..." tu sebab banyak masalah sekarang. Aritu masa aku borak-borak dengan adik aku, kitorang rasa takde masalah kot kalau bukak kedai 24 jam jadik tempat lepak orang muda dari tengok dak-dak ni lepak kat tepi jalan macam kat area Sg Wang (area Bukit Bintang tu) pasal dak-dak kat situ bukan buat pe pun, baik la derang dok kat kedai Mamak tengok bola ke dari dok menung cuci mata tengok orang lalu lalang. Erk?? Ntah le, cuma kitorang macam setuju la pegi tempat lain macam kedai Mamak ke dari dok buang masa kat tepi jalan, nampak sangat macam takde kerja. Tapi, aku balik mesia ni ada satu budaya baru yang dak-dak sekarang suka buat waktu pagi buta, derang skang suka main Futsal. Lepak UIA aritu pun ajak Futsal, dok dengan member UNITEN pun sebut Futsal, macam dah jadik trend baru la plak. Kira okay lagi la dapat eksesaiskan badan. Tapi, aku tak tau la ada jenis suka lepak kedai mamak dan jalan-jalan pagi buta kat KL tak balik ke hostel sampai la pagi, tu aku tak tau la nak kata camne, dah besar masuk universiti dah pun.

Ntah naper, mana pergi tengok dak-dak baya aku (orang muda la kononnya) macam dah takde benda nak buat. Dok mesia kurang-kurang ada la tempat yang bukak 24 jam, tu pasal ada yang pegi main Futsal pagi buta. Kat US, haram nak dapat tempat yang bukak sampai lewat malam. Yang ada hanya pub dan night club, takkan la nak masuk tempat camtu kot, tak sesuai la plak untuk kita orang Islam.

Tak tau la apasal macam orang muda sekarang tercari sesuatu bila dah tak tau nak buat pe. Aku rasa makin besar makin terasa bosannya kalau aku hidup dengan menerima suasana kehidupan sekarang yang jauh sekali dari sinar hidup Islamik. Nak tanak, hidup Islamik memberi makna dalam kehidupan kita dari dok menganga. Kurang-kurang, bila kita ada peluang tengok la Discovery Channel dari dok tengok Akademi Fantasia (AF). Gi umah Bonda Wok semalam, selamba aku tukar Discovery Channel tengok tentang Rural Olympics ada gak pekdah dapat fakta baru. Semua yang tengok pun terpegun ada orang tua 83 tahun boleh menang lumba lari 100 meter, kalah orang yang umur 60 tahun.

Aku rasa kalau kat umah aku ada Astro, kitorang adik beradik suka aaa tengok siaran dokumentari. Kawan aku dok umah pun, kalau aku pegi umah dia memang dia pun suka tengok dokumentari bila bukak Astro. Aku pun tak tau, dari hari mula aku sampai umah pakcik dan makcik aku, asik tengok AF aje, dah la ulangan. Tambah-tambah ada masuk orang tua yang memang 100% aku tak puas hati gila, borak-borak pasal orang tua ni, macam bukti orang tua plak yang galakkan. Tengok makcik-makcik bertudung kat TV3 pnye Sureheboh, hampeh, makcik tu yang terkinja-kinja lebih dari orang muda siap nak tangkap Aznil. Ceh!

____________________________
Ntah la apa nak jadik pun aku tak paham
Mimpi

Semalam aku tido, aku mimpi... payah nak mimpi.
Tapi aku mimpi semalam macam ada sebab aku masuk ke alam mimpi...
Aku mimpi aku mengadu...
Aku mimpi aku kongsi rasa sesal kehidupan lalu...
Pengalaman hidup aku, aku cerita dalam mimpi pada orang lain...
Macam aku jadi tukang cerita sahaja dalam mimpi tu...
Aku mengadu, aku merintih, aku tak banyak sosial masa aku dulu-dulu...
Mak ayah tak ajar aku sosial, jarang-jarang nak gi ziarah member...
Jarang-jarang nak ziarah gi umah pakcik, makcik, sedara, kawan bla bla bla...
Tapi aku tak pernah pun sedih dengan pengalaman lalu...
Pengalaman lalu membina aku hari ini...
Aku tak susah hati pun aku tak pandai sosial...
Walaupun orang cop aku, "Kalau ko nak tau pasal kawan, ko tanya kat Moeh."
Bagaikan mustahil aku tahu semuanya tentang kawan-kawan...
Pasal aku tak pandai bersosial...
Tapi, aku suka hidup sekarang...
Aku masih ramai kawan...
Aku masih punya privasi dalam hidup...
Aku masih punya hidup yang menarik...
Aku tak rasa aku perlu ubah untuk jadi sosial...
Tanak aku, nanti jadi soSIAL payah la plak...
Tapi semua hanya mimpi...
Cumanya aku tetanya, apa yang buatkan aku mimpi sebegitu?
Biarlah, ianya hanya mainan syaitan...
Yang pasti, hari ini dan sekarang, aku tetap hidup gembira...
Membina positviti dalam kehidupan...
Agar aku dapat terus melangkah dengan senyuman...
Langkah demi langkah, di malam hari masa untuk rehat jua...
Aku kena tidur (haha, kugelak sendirian dalam jiwa yang riang tang mana badanku keletihan)
Tima for bed, yeah!

JENGUK² HIDUP AKU KEJAP:
- siang tadi gi umah Bonda Wok kat area Bukit Bintang
- Bonda Wok buat makan, ntah Kak Long n Kak Ngah tau ke idak...
- lepas gi kenduri Radin a.k.a. xois semalam, baru la aku cuba pegi umah Bonda Wok...
- semalam la baru tau jalan ke umah Bonda Wok, balik umah mak kata Bonda ajak datang makan tu sebab gi makan tadi kat umah Bonda...
- Bonda Arah pun datang, Kak Ecah pun ada siang tadi...
- Kak Ecah tak habis la ngajak datang umah, "Moeh, nanti sebelum balik (ke US) mesti kena bawak mak datang umah Kak Ecah, tau!," sudah, aku mengangguk tapi ntah bila kan sampai...
- Nak jgak pegi umah Kak Ecah, aku azam nak kena lebih rapat dgn sedara, pasal aku pasti miss hari keluarga keturunan Wan Ibrahim b. Wan Tanjung 20-22 Ogos nanti...
- Aku takleh mengeluh sebab aku tak dapat tunda flight pasal dah konfem 20 Ogos...
- Cemburu juga, katanya ada kerabat dari seberang pun nak datang.... ah tidak, aku takleh mengeluh... aku pasti miss peluang jumpa beberapa generasi....
- Aku kena balik sambung belajar.. ah sudah, baik aku tidur dulu... waha, tup mata lagi best.... aku pun nak dapat "tauliah TLDM" tu sebab kena tidur...

salam buat hari ini -dot-
_____________________________
Tanak aku hidup dibuai mimpi semata

Friday, August 06, 2004

Touching My Laptop Again

It's about time for me to rest for the day, but it's hard! Really hard to let my eyes close when it is the day returning from travel or vacation. Not so long, coz just had 2 nights in Pangkar couples days ago, so it's not a long vacation. But then, being away from home for 5D and 4N travelling Perak as my summer vacation. From Taiping to Lumut and then to Pangkor, by KTM Komuter, by Putra, by Transnasional, by Blue Omnibus and also the Red Omnibus too and back to KL with Sri Maju, Intrakota (can't wait for CityLIner 222, damn so late! which caused me jamak ta'khir in PKNS Complex), and lastly walking back home.

Spent an evening at Pangkor beach, lama tak layan jiwang, not blues but that's the best time for me to retreat from the business of life and letting myself deep into muhasabah while others walking along the beach enjoying themselves. AstaghfiruLLAH, my life was terrible!! But, huh, life goes on and what I need to do is just keep going!

Bought a bag, a big bag though. Guess what? A big bag just for carrying Satay Ikan (18 packets for RM10, damn cheap!), dried squid and othe kind of Satay Ikan (6 big packet for RM10 also) and bla bla bla, the bag full... Huh?? Imagine, the bag is full, but I just bought it a couple minutes ago... wahahaha, that's my first time spending for Satay Ikan (sedap tu!!) that much...

Ah, time for bed. I've been invited to attend my fren's walimah (makan, makan dan makan je la.. aktiviti Melayu yang paling disukai perut kebanyakan orang!).. So, errr just got a call.... Shakir ajak pi minum jap... tau bini aku, mau dia bising sebab aku patutnya rehat (hahaha aku belum kawin lagi, bebas!! :p)
_____________________________
Chow!