Sunday, August 31, 2003

MERDEKA!!! 46th Indepence Day for Malaysia and 100th years for Harley Davidson... dan Majlis Walimah

yesterday, i woke up late, imagine i only sleep about 15 minutes before subuh then Radio 1 Malaysia woke me up to have confirmation wif me that they wanna contact me during midnight for 31 August Independence Daycelebration... after watching Harley Davidson Parade, i went back home just by walking (memang pegi jalan kaki pun sebab jalan utama kat umah je hehe)... then about 12 o'clock at noon, got a call from radio 1, frust abis sebab tak dapat wish :(

then after zuhur prayer, we had a picnic at jackson park... very nice place with a man-made lake... so many geese hang around there and fly above the sky hehe tak pandai aku nak cerita pasal angsa dan itik nih... tgk je la gambar kat bawah ni ek :)

lastly aku nak wish kat kawan aku yang dua2 satu bec tapi diijabkabulkan bersama pada 31 August waktu malaysia... tak sangka hang pa berdua bercinta sejak dari sekolah ye? akhirnya kantoi juga, tapi untung hang najib oooi pasai dapat kawin dgn si kamilah tu, elok pun kawin cepat boleh dapat anak cepat boleh la rehat cepat eheheh silap point sebab boleh la elakkan maksiat... yela, kita orang muda zaman sekarang ni bukan leh caya sangat hehe.... tapi betul pun ada hadith, kalau dah berkemampuan, kahwin terus... kawin muda boleh dapat anak masa muda lagi, pastu belum lanjut usia lagi anak dah besar panjang so hidup pun dah jadi ringan sebab anak2 dah besar dah pandai jaga diri sendiri... tu yg hikmahnye kahwin cepat nih, kan2?? hehe, bila gaknye aku pnye turn plak nih, dah tak sabar dah ni, calon dah ada hehe.... isy2, sebut pasal kahwin je mula la tu berangan-angan, tak baik berangan-angan nih sebab kita lebih baik berpijak di atas bumi nyata :)

anyway, lihatlah betapa cantik dan indah ciptaan Tuhan di musim Summer di Milwaukee nih....



Binatang ni datang sebab dia ingat kita nak bagi makan, padahal apa pun takde







Anak buah aku, Danny... kecik2 lagi dah pandai berpacaran ye? aku yang dah besar ni baru je nak belajar, dia dah sama pandai macam aku dah.. ni yang tak best nih hehe


Tuesday, August 26, 2003

Fall Semester Has Begun

At last new semester has begun. Quite a bit tough for this sem 'coz most of the subjects need a lot of reading and calculation.

ENGL 002 - Rhetoric and Composition 2
Just a normal English class like before. I assume the lesson will be using the same methods of teaching. But still a tough subject for ppl llike who is not so good in English. In ENGL 001 we learn for academic discourse and conventions, but in this course we gonna learn for the public sphere (i.e. public discourse and convention). Hope I can do better than before 'coz English kind of killing my concentration with the heavy work loads.

MATH 080 - Calculus 1
Imagine, first class in Calculus 1, the lecturer asked questions used by Microsoft to interview its new employees. From the survey, only 25 percent able to solve and answer the given problems, and it is the reason why the lecturer throw that challenging questions in her lecture. Who knows, she said Bill Gates is a good friend of his dad. Let's forget about yesterday, 'coz today I went for the tutorial. It's my first time being in a tutorial class. Hmmph, not bad 'coz the TA (teaching assistant) was a student from Marquette and the most important is she's from South East Asia, precisely she's from Indonesia (hehe boleh la cakap BM lepas ni walaupun dalam Indon ;p)

THEO 106 - Christian Theology Throughout Century
The most thrilling class for sure Christian Theology where I'm the only Malaysian in that class and I know nothing much about Christianity. Somehow, I still wanna understand their belief and faith 'coz kind of studying Comparative Religion in UIAM but only the difference is I learn from a real priest. Know what the lecturer said? He told the class why he teach theology class. Guess what, he said he had personally experienced Jesus Christ by himself. I don't know what he meant by that, and he added that Jesus (he meant his God) had reordered his life which he said was at the beginning was disorder. That's why he said he feel peace and harmony by remembering God all the time in his life. And he tries to let others feel what he had experienced before (masa ni yg buat aku takut sket bila dengar).

ECON 174 - Introduction to Mathematical Economics
Interesting class 'coz we used book written by the lecturer himself and also the second author of the book was my Econs lecturer who taught ECON 044 (Principles of Macroecons) during Summer 2003. Hope I can get a hold with this subject 'coz it's quite important for my major i.e. Economics (jangan salah, I'm not bus or acc student okay?). Haa the most catching part in the introduction class was the lecturer's face. Really looks like an economist, with his hairy beard with long mustache which make me feel afraid at the beginning but at the end he has the same style like Dr Nourzad (my ECON 044 lecturer). Anyway, Econs still a good subject that anyone should learn!!!

PHIL 050 - Philosophy of Human Nature
Another subject that requires lots of reading. What a surprise, most students in the class are females, waaa so clean maa my eyes (kalau puasa bersih mata tapi abis la pahala camni dah kelas every Thursday tu). But still an interesting subject. First class, questions raised by the lecturer was related to life especially like, "who am I?" or "what is knowledge?". Best!!! but dunno whatasay 'coz really focuses on reading and discussions, luckily no quizzes fuh!!

Monday, August 25, 2003

Email ni Moeh dapat dari Abah. Sejak Abah pandai meng'email', banyak juga email menarik yang boleh dijadikan renungan bersama. Jadi saja Moeh kongsi email ni dengan surfers who visit Moeh's blog :) Let's share this story together and take it as a lesson in our Muslim daily life... waLLAHu a'lam

__________________________


Assalamualaikum,

Kisah2 sebegini sepatutnya di baca oleh orang yg bukan Islam yg
boleh berbahasa melayu. Sesiapa yg boleh print, cubalah print dan bagi
kat orang bukan Islam utk mereka ketahui kisah2 yg berlaku ini. Jangan
biarkan ia berlalu di email2 orang islam sahaja.


http://community.daawah.com/modules.php?name=News&file=article&sid=220

Kisah Saudara Baru - Aminah Assilmi


Pengenalan Dan Keputusan

Saya bertemu dengan orang Islam buat pertama kalinya semasa sedang menghabiskan ijazah di dalam bidang Rekreasi. Saya membuat pra-pendaftaran subjek untuk semester tersebut dan pergi ke Oklahoma untuk mengendalikan urusan keluarga. Urusan tersebut menyebabkan saya lewat hampir dua minggu dan oleh yang demikian, tidak dapat lagi membuang mana-mana subjek.

Walaupun lewat, saya tidaklah risaukan pelajaran yang terlepas kerana saya adalah pelajar terbaik di dalam bidang berkenaan. Saya telah memenangi berbagai 'award' walaupun hanya seorang pelajar dan mampu bersaing dengan para professional.

Seperkara yang anda harus faham, walaupun saya belajar dan cemerlang di kolej, menjalankan perniagaan sendiri dan mempunyai ramai teman rapat, saya adalah seorang yang amat pemalu. Saya lambat untuk mengenali seseorang dan jarang bercakap kecuali jika terpaksa, atau kerana sudah mengenali orang tersebut. Saya hanya merasa selesa di kalangan kanak-kanak.

Kembali kepada cerita saya. Cetakan komputer pendaftaran semester tersebut menyebabkan saya amat terperanjat. Saya telah didaftarkan untuk kelas Teater.. sebuah kelas di mana saya dikehendaki membuat persembahan di hadapan orang ramai!. Saya tidak mampu walau untuk bertanyakan soalan di dalam kelas, apatah lagi untuk naik ke atas pentas di hadapan orang ramai? Suami saya, seperti biasa dengan sikap tenangnya menyarankan supaya saya menerangkan masalah kepada guru berkenaan dan akhirnya beliau bersetuju mencari jalan untuk membantu. Maka saya pun pergi ke kelas pada Selasa berikutnya..

Apabila hendak memasuki kelas, saya mendapat 'kejutan' yang kedua. Kelas tersebut penuh dengan orang-orang Arab dan "penunggang unta". Saya
tidak pernah berjumpa mereka tapi pernah mendengar tentangnya.

Tidak mungkin saya akan duduk sekelas dengan 'kafir-kafir kotor' ini! Manalah tahu, mungkin saya akan dijangkiti penyakit daripada mereka. Semua orang tahu mereka itu kotor dan tidak boleh dipercayai. Saya lantas menutup pintu dan pulang ke rumah. (Ada satu perkara yang perlu anda tahu. Pada masa itu saya memakai skirt pendek kulit, baju singkat dan terdapat segelas wain di tangan saya...tapi merekalah yang dianggap jahat dalam fikiran saya).

Apabila saya memberitahu suami saya tentang orang-orang Arab di dalam kelas dan tidak mungkin saya kembali ke kelas, suami saya dengan tenangnya mengingatkan bahawa Tuhan mempunyai sebab untuk segalanya dan mungkin saya patut mengambil masa berfikir sebelum membuat keputusan. Dia juga mengingatkan yang saya tentang tajaan biasiswa yang membayar tuisyen saya dan saya perlu mengekalkan G.P.A saya atau memusnahkan segala
peluang saya.

Saya berdoa untuk petunjuk selama dua hari. Saya kembali ke kelas pada hari Khamis dengan keyakinan bahawa Tuhan meletakkan saya di situ untuk menyelamatkan orang-orang Kafir bodoh itu daripada api neraka.

Saya terus menerangkan kepada mereka bahawa mereka akan dibakar api neraka buat selama-selamanya sekiranya tidak menerima Jesus sebagai penyelamat. Mereka mendengar dengan sopan, tetapi tidak menukar pegangan. Saya terus mencuba untuk mengubah pegangan mereka tetapi tidak berjaya. Jadi saya mengambil keputusan membaca sendiri buku mereka untuk membuktikan bahawa Islam adalah agama palsu dan Mohammed adalah tuhan palsu.

Salah seorang pelajar di situ memberikan saya sesalinan Quran dan buku mengenai Islam, dan saya pun memulakan kajian. Saya pasti bahawa saya akan menemui bukti hujah saya dengan cepat. Saya membaca Quran dan buku tersebut dan 15 lagi buah buku, Sahih Muslim, dan kembali kepada Quran. Saya begitu bersungguh-sungguh untuk menukar agama mereka. Kajian tersebut berlanjutan sehingga satu setengah tahun.

Dalam masa tersebut, saya mula menghadapi masalah dengan suami saya. Saya makin berubah, walaupun sedikit tetapi cukup untuk mengganggunya. Kami selalu pergi ke bar setiap Jumaat dan Sabut, atau ke parti, tetapi saya tidak lagi ingin ke sana. Saya menjadi semakin pendiam dan dingin. Dia yakin saya ada hubungan dengan orang lain dan menghalau saya keluar. Saya berpindah ke sebuah apartmen dengan anak-anak dan meneruskan usaha dengan bersungguh-sungguh untuk menukar agama para Muslim tersebut ke Kristian.

Pada suatu hari, seseorang mengetuk pintu rumah saya. Apabila dibuka saya mendapati terdapat seorang lelaki yang memakai baju tidur panjang berwarna putih dengan alas meja berkotak warna merah putih di atas kepalanya. Dia ditemani tiga lagi lelaki yang juga memakai pajama. (Itulah kali pertama saya melihat mereka memakai baju kebangsaan mereka). Saya mulanya merasa agak marah kerana mereka hanya datang dengan pakaian tidur. Mereka fikirkan saya ini wanita jenis apa? Tidakkah mereka ada rasa malu dan harga diri? Bayangkan betapa terperanjatnya saya apabila si lelaki yang memakai alas meja di kepala itu mengatakan bahawa mereka difahamkan yang saya ingin menjadi seorang Muslim. Saya dengan pantas menjawab yang saya tidak mahu menjadi Muslim. Saya adalah seorang
Kristian. Walaubagaimanapun, saya ada beberapa kemusykilan. Itupun kalau mereka ada masa....

Namanya ialah Abdul Aziz Al-Shiek dan dia sudi meluangkan masanya. Dia sangat sabar dan membincangkan setiap soalan bersama saya. Dia tidak pernah membuat saya rasa bodoh atau mengatakan soalan saya itu remeh. Dia bertanya adakah saya percaya bahawa Tuhan hanya satu dan saya berkata ya. Kemudian adakah saya percaya bahawa Mohammad itu PesuruhNya?. Lagi sekali saya mengatakan ya. Dia memberitahu saya bahawa saya sudahpun menjadi Muslim!

Saya tetap bertegas bahawa saya adalah Kristian. Saya hanya mencuba memahami Islam. (Dalam hati saya berfikir : Tidak mungkin saya seorang Muslim! Saya adalah orang Amerika dan berbangsa kulit putih! Apa suami saya akan kata? Jika saya Muslim, saya harus menceraikan suami saya. Matilah keluarga saya!).

Kami meneruskan perbualan. Dia kemudiannya menerangkan yang untuk mencapai pengetahuan dan pemahaman rohani adalah seperti mendaki tangga. Jika kita mendaki dan cuba "skip" beberapa anak tangga, maka kita dalam keadaan bahaya dan berkemungkinan jatuh. Mengucap Shahadah adalah hanya langkah pertama pada tangga tersebut. Kami ada banyak lagi yang perlu dibualkan.

Pada petang tersebut, saya mengucap Shahadah. Walaubagaimanapun ada beberapa perkara yang masih belum dapat saya terima dan memang sifat semulajadi saya untuk berterus-terang lalu saya meletakkan "disclaimer" pada Shahadah saya. Saya berkata " Saya naik saksi bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Mohammad adalah PesuruhNya tetapi, saya tidak sesekali akan menutup rambut saya dan jika suami saya kahwin lain, saya akan "castrate" (kasi) dia".

Saya mendengar lain-lain lelaki di situ menarik nafas terkejut, tetapi Abdul Aziz menyuruh mereka diam. Kemudiannya saya dapat tahu dia memberitahu rakan-rakanya jangan sesekali membincangkan dua perkara itu dengan saya. Dia yakin saya sendiri akan faham tentang perkara tersebut.

Shahadah sememangnya langkah paling mantap dalam tangga mencapai pengetahuan rohani dan mendekatkan diri kepada Allah tetapi pendakian saya agak perlahan. Abdul Aziz berterusan datang menziarahi saya dan menjawab soalan-soalan saya. Dia tidak pernah mencela saya atas soalan-soalan yang mungkin dianggap bodoh atau remeh. Dia memberitahu saya soalan yang bodoh ialah soalan yang tidak pernah ditanya. Hmm... nenek saya juga selalu berkata begitu. Dia menerangkan bahawa Allah menyuruh kita mencari ilmu dan bertanya adalah salah satu cara untuk mendapatkannya.

Pada tahun-tahun seterusnya, saya telah mendapat ramai guru. Setiap satunya adalah istimewa dan berlainan antara satu sama lain. Setiap guru telah membantu saya mencintai Islam. Apabila pengetahuan saya bertambah, perubahan pada diri saya makin bertambah. Pada tahun pertama saya memeluk Islam, saya telahpun memakai hijab. Saya tidak tahu bagaimana ianya bermula. Segalanya datang dengan semulajadi, dengan pemahaman dan pengetahuan yang kian bertambah. Saya juga menjadi penyokong kepada poligami. Saya tahu yang sekiranya Allah membenarkannya, maka tentu ada sesuatu yang baik di sebaliknya.

Semasa saya mula mempelajari Islam, saya tidak menyangka saya akan berjumpa sesuatu yang saya perlu atau mahu dalam kehidupan peribadi saya. Saya sama sekali tidak menyangka Islam akan merubah hidup saya. Tiada manusia yang boleh menyakinkan saya bahawa pada satu hari saya akhirnya akan berasa tenang dan hidup penuh cinta dan keriangan semata-mata kerana Islam.

Bagaimana Islam mengubah cara hidup saya

"Kita akan lebih menghargai cahaya..sekiranya kita pernah hidup dalam kegelapan"

Semasa saya mula memeluk Islam, saya tidak menyangka ianya akan memberi kesan kepada hidup saya. Islam tidak hanya membawa kesan, bahkan ia mengubah kehidupan saya sepenuhnya.

Kehidupan berkeluarga : Saya dan suami saya amat mencintai satu sama lain. Cinta itu masih wujud. Tetapi apabila saya mula mempelajari Islam, kami mula menghadapi masalah. Pada masa itu saya tidak sedar yang saya sedang berubah. Dia menganggap sesatunya perkara yang menyebabkan saya berubah ialah lelaki lain. Saya tidak dapat membuatkan dia faham apa yang telah merubah saya kerana saya sendiri tidak tahu.

Setelah saya sedar yang saya adalah seorang Muslim, ianya masih tidak membantu. Lagipun... sesatunya sebab yang boleh membuat seseorang wanita mengubah sesuatu yang penting seperti agamanya mestilah kerana seorang lelaki. Dia tidak menjumpai sebarang bukti berkenaan lelaki khayalan ini...tetapi ianya dianggap pasti wujud. Perkahwinan kami berakhir dengan perceraian yang buruk. Mahkamah membuat keputusan bahawa agama yang bukan ortodoks (seperti Islam) akan mencacatkan perkembangan anak-anak kami. Maka mereka telah diambil dari jagaan saya.

Semasa proses perceraian, ada suatu ketika di mana saya diberitahu yang saya mempunyai pilihan. Saya boleh meninggalkan agama ini dan kekal dengan anak saya, atau meninggalkan anak saya dan kekal dengan agama ini. Saya sungguh terkejut. Bagi saya ini bukanlah pilihan. Sekiranya saya meninggalkan Islam, saya akan mengajar anak saya untuk bersikap berpura-pura....kerana saya tidak dapat menyangkal apa yang ada di dalam hati saya. Saya tidak dapat meninggalkan Allah, buat masa itu mahupun selama-lamaya. Saya berdoa dengan sesungguh hati. Selepas tempoh masa 30 minit itu berakhir, saya tahu bahawa.. tiada tempat yang paling selamat bagi anak-anak saya melainkan di bawah lindungan Allah. Sekiranya saya meninggalkanNya, maka pada masa hadapan hilanglah jalan untuk saya
menunjukkan kepada anak-anak saya keajaiban bersama Allah. Mahkamah diberitahu yang saya akan meninggalkan anak-anak saya di dalam tangan Allah. Jadi ini bukanlah bermakna saya telah menolak anak-anak saya.

Saya meninggalkan mahkamah dengan kesedaran yang saya akan menderita tanpa anak-anak saya. Hati saya berdarah, walaupun saya tahu saya telah membuat keputusan yang betul. Saya mendapat kedamaian di dalam Ayat-Ul-Kursi.

Hak penjagaan anak dan perceraian bukanlah sesatunya masalah yang terpaksa saya hadapi. Kesemua keluarga saya tidak dapat menerima pilihan saya. Kebanyakan daripada mereka tidak mahu langsung mengambil tahu lagi hal saya. Ibu saya menganggap saya sedang melalui satu fasa ("phase") dan lambat laun akan keluar daripadanya. Kakak saya "pakar kesihatan mental" percaya saya telah gila dan patut disumbat ke hospital gila. Bapa saya menganggap saya patut dibunuh sebelum saya jatuh lebih jauh ke dalam Neraka. Tiba-tiba saya mendapati diri saya tanpa suami dan keluarga. Apa pula lagi yang akan saya hadapi selepas ini?

Sahabat-handai : Kebanyakan sahabat-handai saya menjauhkan diri dari semasa tahun pertama lagi. Sudah tidak seronok bergaul dengan saya. Saya tidak mahu ke parti atau bar. Saya tidak berminat mencari teman lelaki. Apa yang saya buat hanya membaca Quran dan bercakap tentang Islam. Sungguh membosankan. Pada masa itu saya masih belum mempunyai pengetahuan yang cukup untuk memahamkan mereka betapa indahnya Islam.

Pekerjaan : Saya juga kehilangan pekerjaan. Walaupun saya telah memenangi pelbagai anugerah dalam bidang saya dan diiktiraf sebagai "trend setter" dan mampu menghasilkan wang, hari saya memakai hijab adalah hari akhir bagi pekerjaan saya. Saya sekarang tidak mempunyai keluarga, kawan mahupun pekerjaan.

Dalam semua keadaan ini, cahaya di dalam hidup saya ialah nenek. Dia sukakan pilihan saya dan menyertai saya. Saya tahu nenek saya memang seorang yang amat bijaksana. Sejurus selepas itu beliau meninggal dunia. Apabila saya fikirkan kembali, saya hampir merasa cemburu. Pada hari beliau mengucapkan Shahadah, kesemua amalan buruknya terhapus manakala amalan baiknya dipelihara. Beliau meninggal tidak berapa lama selepas memeluk Islam dan saya tahu BUKUnya akan berat di sebelah kebaikan. Itu sudah cukup menggembirakan saya.

Apabila pengetahuan saya semakin bertambah dan saya dapat menjawab soalan-soalan dengan lebih baik, banyak perkara berubah. Tetapi impak paling besar ialah perubahan pada diri saya. Beberapa tahun selepas saya mengisytiharkan keislaman saya pada umum, ibu saya menelefon dan mengatakan dia tidak tahu mengenai Islam tetapi dia berharap saya akan kekal dengannya. Dis sukakan perubahan pada diri saya. Beberapa tahun kemudian dia menelefon lagi dan bertanya apa yang perlu dia lakukan untuk menjadi seorang Muslim. Saya memberitahunya apa yang perlu dibuat ialah mengetahui yang hanya ada satu Tuhan dan Muhammad ialah pesuruhNya. Jawapan yang diberikannya "Orang bodoh pun tahu itu..tapi apa yang perlu dibuat sebenarnya?" Saya mengulang kembali apa yang telah saya katakan
dan dia berkata :"OK..tapi tak perlulah beritahu ayah lagi".

Dia tidak tahu yang ayah saya telah berbual perkara yang sama beberapa minggu sebelum itu. Bapa kandung saya pula telah melakukannya dua bulan sebelumnya. Kemudian, kakak saya (si pakar mental) itu memberitahu yang saya adalah orang yang paling 'bebas' yang dia pernah kenali. Itulah pujian paling bermakna yang saya terima kerana ianya datang daripada dia.

Ramai lagi anggota keluarga saya yang telah menemui Islam saban tahun. Saya paling gembira apabila mendengar berita bahawa bekas suami saya juga telah memeluk Islam. Apabila ditanya mengapa, dia berkata yang dia telah memerhatikan saya selama 16 tahun dan dia mahukan anak perempuannya mendapat apa yang saya ada. Dia datang dan memohon maaf atas perbuatannya yang lalu. Saya telah lama memaafkannya. Anak lelaki sulung saya juga telah mengumumkan bahawa dia akan memeluk Islam.

Saya telah dikenali kerana ceramah-ceramah yang saya berikan mengenai Islam, dan ramai pendengar yang telah memilih untuk menjadi Muslim. Ketenangan dalam jiwa saya terus bertambah dengan pengetahuan dan keyakinan saya terhadap kebijaksanaan Allah. Saya tahu Allah bukan sahaja Pencipta kita, tetapi juga sahabat yang paling akrab. Saya tahu Allah akan sentiasa berada di sisi saya dan tak akan menolak kita. Bagi setiap satu langkah saya kepadaNya, Dia datang dengan 10.

Allah juga telah menguji saya, dan sebagaimana yang dijanjikan, memberikan anugerah lebih daripada apa yang saya harapkan. Beberapa tahun lalu, doktor memberitahu yang saya menghidap kanser di peringkat serius. Mereka mengatakan tiada lagi penawar kerana ia terlalu 'advanced' dan menyiapsediakan saya untuk menghadapi kematian. Saya mungkin hanya ada satu tahun untuk hidup. Saya risaukan anak-anak saya, terutamanya yang paling kecil. Siapa yang akan menjaganya? Walaubagaimanapun saya tidak bersedih. Kita semua akan mati. Saya yakin kesakitan yang saya tanggung ini mengandungi hikmahNya.

Saya tidak mengambil masa yang lama untuk menyedari akan RahmatNya. Sahabat-handai tiba-tiba hadir entah dari mana. Saya dikurniakan kesempatan menunaikan Haji. Yang lebih pentingnya, saya belajar betapa pentingnya bagi saya berkongsi kebenaran Islam dengan semua orang. Saya tidak kisah samada manusia, Muslim atau tidak, bersetuju atau sukakan saya. Saya hanya perlukan keredhaan Allah. Kasih-sayang yang saya mahukan hanya dari Allah. Tetapi, saya mendapati orang ramai, yang tanpa sebarang sebab yang nyata, telah menyayangi saya. Saya bersyukur, kerana saya pernah membaca, sekiranya Allah menyayangi seseorang, Dia akan membuatkan manusia juga mencintai orang itu. Saya tidak layak menerima semua kasih sayang itu. Pastinya ini adalah salah satu hadiah lagi daripada Allah.

Tiada kata untuk saya menerangkan bagaimana berubahnya hidup saya. Alhamdulillah! Saya amat gembira saya adalah seorang Muslim. Islam adalah hidup saya. Islam adalah denyutan jantung saya. Islam adalah darah yang mengalir dalam diri saya. Islam adalah kekuatan saya. Islam menjadikan hidup saya indah dan gemilang. Tanpa Islam, saya tiada apa dan sekiranya Allah berpaling dari saya, saya tidak akan hidup.

Saturday, August 23, 2003

hari ini hari jumaat. hari ini kami serumah naik kereta sama-sama. kereta tersebut milik kami bersama. kami naik kereta pergi solat jumaat. setelah solat, saya dan luqman berjumpa advisor di international office. Kami berdua sempat makan gula-gula kopiko yang memang dihantar khas dari penang oleh pihak MACEE di penang. sepulang dari solat, kami meneruskan aktiviti memasak. aktiviti memasak hanya bermula setelah kami serumah mengemas dapur. saya mengemop lantai dan membuang sampah. luqman menyapu dan mengelap. azman pula hanya menonton (ops). silap, azman pula membersih dan memasang aluminium foil pada stove. setelah itu, kami semua bersama-sama memasak nasik lemak. kali ini nasik lemak kami begitu sedap sebab luqman memasak sambal ikan bilis. ikan bilis susah untuk diperolehi, tapi kami beruntung kerana luqman bawa ikan bilis khas dari malaysia. kami semua makan dengan gembiranya.

hari ini hari jumaat (dah bagitau dah kan hehe). hari ini saya menggerakkan tangan saya untuk melukis. hari ini hari menarik sebab saya dapat melukis menggunakan tablet yang mana saya menggunakan pen mouse sebagai alat lukisan saya. saya berjaya melukis sekuntum bunga di dalam pasu. akan tetapi, bunga yang saya lukis tak cantik. jadi saya hanya berkongsi lukisan yang saya rasa lagi kemas berbanding dengan lukisan yang saya lukis hari ini. saya rasa lukisan saya tak cantik mana, sebab saya percaya ramai orang akan kata lukisan saya buruk. tapi tak mengapa, saya tetap akan berkongsi lukisan saya sebab saya berazam ingin memulakan semula hobi melukis saya (bukan hobi pun hehe) walaupun saya tidak tahu melukis secara teori sebab saya hanya praktis dengan azam dan semangat saya semata (inilah bakat namanye hehe <--- elakkan bangga diri dalam penulisan hehe). segala kelemahan harap dapat teguran sebab saya masih belajar lagi.

nota ringkas: lama tak menjadi budak skima hehe (adakah aku dahulu budak skima??? haha)


cubaan aku melukis... agak lama juga tangan aku tak digerakkan untuk melukis nih hehe... tak cantik kan lukisan saya ;p

Thursday, August 21, 2003

"Say Hello for the Newbies of Bloggin' World"

when everyone has blog... i feel that they wanna challenge me but i'm too lazy to compete in blogging and blogger stuffs... just let them learn and we'll learn new things some how from their growth and advancement... and they shouldn't forget that we are the oldies 'coz we are older than them in this blogging world hehe... no matter what, they won't beat us in term of existence.. that's the stand hehe (padahal jeles :p)
from shiny day till the dark of night, i continue cleaning my inbox full with tazkirah and reminders... hati rasa tenang, rasa kenyang walaupun tak makan sangat hari ni... but at night tadi makan banyak jgak, but normal appetite, only a plate plus of rice dengan 2 jenis lauk... and for sure kena ada sayur, tak boleh makan tanpa sayur, it's not my type, kena seimbang.... kalau ada daging, kena make sure ada vegetables jgak... untuk masa yang ada sekarang ni, spinach jadi kegemaran sebab that's the main vege yang ada kat dalam fridge....

nothing much happen today... kereta hari ni dah register, tak sempat ikut pun pegi register alih2 Man dah gerak... tapi takpe, esok2 aku kena tolong tengok gak kereta tuh... hari ni banyak pula orang call... semalam Muhannad, my senior masa kat sekolah dulu, datang visit... he is actually a student in Purdue University, Indiana... sampai juga die ke Milwaukee, tapi Muhannad, i'm so sorry 'coz not much boleh bagi sebab memang jarang2 la makan berat, takat makan junk food, tu pun tak banyak supply plak akhir2 nih sebab tak sempat nak ke kedai, pastu kitchen plak bersepah hehe, biasa la orang bujang, ikutkan takde la biasa, cuma semalam tak larat, letih plak...

lepas gerak je Muhannad, ada je call... bukan setakat a call from MSD, hatta ada call dari Bursar Office mengatakan there is unpaid fee... adoi, sakit tul kepala, how did they know my phone number hehe for sure from the directory... but why it alwez be me? bila ada pape MSD, contact me first, and sekarang university pun dah pandai, contact me first in order to spread info or keeping in touch with the Malaysian students... haha, i'm not the leader, just a weird guy who is the only one taking business course in MU... memang aku sorang amik economics 'coz other 9 are takin' engineering courses... tapi takpe, i was elected by fate hehe then i'll alwez be the first to get latest and new info, best jgak tuh... takpe2, anyhow memang we have to support each other... apa salahnye kita membantu selagi kita termampu... insyaAllah there'll be we'll be helped in other ways yang kita tak sangka2... cukuplah bagimu Allah sebagai pembantu, yakinlah bahawa Dia akan membantu tika mana kita memerlukan bantuan, dan ketahuilah bantuanNYA akan datang kepada kita dengan cara yang kita tak sangka2... maka bertaqwalah hai makhluk yang bergelar manusia... ma+nusiya... ma in arabic means 'apa' while the word 'nusiya' in arabic stands for 'dilupakan'... manusia adalah makhluk yang semuanya (segala apa pun) dilupakan sebab itulah manusia tu pelupa... kekallah manusiya itu bersikap pelupa sehinggalah datang kepada mereka peringatan barulah mereka sedar dan ingat akan tanggungjawab kewujudan mereka di muka bumi ini... sedarlah wahai diriku yang bergelar manusia.... mari kita tidor, diri sudah mengantuk, sorong bantal mata pun lelap, tapi jangan lupa berdoa :)

Tuesday, August 19, 2003

Marquette University News Briefs for Aug. 19, 2003

Princeton Review names Marquette a "Best in the Midwest" university

Marquette was named one of the best universities in the Midwest in the Princeton Review's annual National College survey results released this morning. Marquette is profiled in the first edition of "The Best Midwestern Colleges," which seeks "to identify some of the colleges and universities that we feel stand out within each region."

In addition, Marquette ranked in the top 20 nationally as a school "where students never stop studying," joining Carnegie Mellon and the California Institute of Technology who were also on the short list.

"Marquette has always been a great balance between serious academic study and a fun environment outside of the classroom," President Robert Wild, S.J., said. "Our students know that to maintain the excellence we insist upon, they have to study. We are very proud of them."

The Princeton Review includes 63 sets of rankings. They result from surveys of 106,000 students at 351 colleges and universities, including Marquette. You can find more information on the rankings at http://www.princetonreview.com.

Monday, August 18, 2003

Ingin tahu apa projek yang berjaya aku capai hari ini? lihat gambar di bawah. 2 hari yang lalu aku memuaskan perut dengan pisang goreng yang aku masak, disebabkan pisang goreng yang aku masak macam hangus je sebab asik borak dengan jiran, maka takde la gambar pisang goreng yang aku masak hehe. apa lagi, aku kejap je dapat mencoret kegembiraan kat sini sebab aku dah lapar... jom makan pizza, jom!!!


aku masak pizza hari ini, rasa macam cincai je aku buat, tapi bila tengok hasil macam cantik, bila rasa hmmm tanya orang yang penah makan je la hehe ;p

Kasih MAMA

Nurse, boleh saya tengok bayi saya?" ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat.

Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada dipangkuan.

Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga.

Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.

Masa terus berlalu...

Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan. "Mereka kata saya cacat," katanya kepada si ibu.

Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. "Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma," kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban.

Setahun berlalu...

"Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan," kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang.

Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.

"Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya," kata si anak berkali-kali.

"Tak mungkin," balas si ayah. "Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba." "Bila?" tanya si anak.

"Akan tiba masanya anakku," balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk. Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.

Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku. Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.

"Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya," si ayah berbisik ke telinga anaknya. "Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya... tanyalah pada sesiapa pun kenalannya."


Ps : Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati. Cinta sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi pengorbanan tanpa diketahui. Selagi ibu kita ada didunia ini, ciumlah dia, cium tangannya, sentiasa minta ampun darinya, berikan senyuman kepadanya, bukannya dengan bermasam muka, kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU, penyesalan di kemudian hari tidak berguna, selagi hayatnya ada, curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya, 'love u mom'

forwarded from Kak Long

Saturday, August 16, 2003

kelmarin dapat email dari radio 1 (FM 98.3Hz) mesia. die kata nak call masa malam merdeka nanti, kira aku diberi peluang sampaikan salam merdeka dari perantuan... what a surprise, die kata nak call malam menjelang 31 August nanti, hopefully i'll be free at that time la... mana taknya, radio 1 sendiri nak call, dah la takyah bayar, boleh wish untuk satu mesia lagi... harapnya radio 1 call la aku betul2, that'll be a great chance for me to say hello to the whole malaysia hehe...


Anik, anak jiran aku, bersama neneknya... comel tak? chubby kan??

Friday, August 15, 2003

kenapa perlu berselisih? kenapa perlu membezakan? kenapa tidak berlapang dada dan berfikiran positif?

aku tak paham kenapa orang selalu nak beza2kan ko lagi baik ko lagi bagus la... just consider kita semua sama kan senang... pastu siap ada orang kata, ko baik aku teruk between kita ada gap... kenapa nak letakkan gap? sesama kawan pun ada gap ke? takde gap sebenarnya, tapi kalau dah pakai kanta macam tu, nak buat macam mana, orang lain tak pakai pun kanta macam tu sebab tu orang lain tak nampak pun ada gap.... masa aku bincang2 dahulu memang aku rasa tak open sket la dada ni nak terima kata-kata orang, tapi we are growin' up... tak perlu nak rasa bersalah atau kecik hati bila berbincang... be positive... atas sebab baik, bila kita berlapang dada insyaAllah hasilnya positif... kalau pun ada one side dalam discussion jenis yang suka nak mengata dan mengutuk, doesn't mean that the other side kena balas balik... it shows that kita semua tak punye paradigm yang sama... kita boleh bertindak dengan cara lain sebab masih banyak cara lagi kita nak oppose and express view kita...

kalau orang laki kata perempuan tu lawa dan ayu, tak semestinya lelaki satu dunia akan kata perempuan tu lawa.... kalau perempuan tu kata mamat tu hensem dan macho gila, tak tentunye semua pempuan kat dunia ni setuju yang mamat tu macho gila... maybe there are parts yang tak semua orang tahu, tu sebab tak semua penilaian kita akan sama... lagi pun, different background creates different perspective and perception... itulah tugas khalifah untuk menyelesaikan perselisihan yang timbul sebab perbezaan latarbelakang.... kalau kita tengok dari perkataan khalifah tu ada 1) perkataan 'khilaf' yang membawa erti perbezaan (perselisihan) dan 2) perkatan 'kholfun' yang bermaksud belakang (background). so kat dalam perkataan tu je dah menerangkan betapa tugas khalifah antaranya untuk menyelesaikan perbezaan pendapat yang wujud supaya tak berlaku pertelingkahan yang negatif atas sebab latarbelakang dan persepsi yang berbeza... ingat semua, kita semua berperanan untuk mendamaikan sesama saudara kita sebab semua kita sesama umat Islam adalah bersaudara, we are brothers...

tak perlulah kita nak highlightkan sangat perbezaan kita, kalau kita paham perbezaan latarbelakang yang ada, memang kita akan setuju yang hidup ni menarik sebab kalau semua sama mesti boring je... kalau perempuan sama, so dapat mana-mana bini pun sama je sebab perempuan yang ada semuanya sama... kalau laki semua sama, sure perempuan pun tak perlu nak bersusah-susah memilih, angkat je satu sure sama dengan yang lain, tak menarik aa idup macam tu hehe... itulah lumrah hidup, we are humans created with different background, different families, different attitudes, different mind set, different perception, different paradigm, different experience, different hair colors, different races, different in a lot of differences. but what make Muslims to be equal? We have ONE AQIDAH (TAUHEED - WE ONLY HAVE ONE GOD, ALLAH THE ALMIGHTY).... Keimanan kita yang satu kepada Allah Yang Maha Esa (Tunggal) adalah satu titik pertemuan yang menyamakan kita semua... sebab itu Allah adalah jalan penyelesaian yang terbaik kerana di situ wujud satu persefahaman, hanya Allah tempat kita bergantung.... renung2kanlah wahai semua, tak perlulah kita sempitkan lagi pemikiran kita... mari kita bersikap terbuka... takkan hanya kerana sikap dan perbezaan yang ada sesama kita, kita tak mampu untuk bergaul dan berkawan bersama... bukankah itu suatu perkara yang indah kerana kita dicipta berbeza-beza... gap yang ada sebenarnya hanyalah satu analogy yang memisahkan... cuba kalau kita tukar kanta yang lain, kita akan nampak jambatan.... kan ke macam tu lagi menarik, titian yang menghubungkan tali silatur-rohim... apa perlu kita menjauhkan diri dari orang yang baik kerana sikap dia yang tak sama macam kita? kan ke ada kebaikan kalau kita bersama dengan orang baik... kepada orang baik (yang konon mengaku baik ke atau orang kata perasan baik), kenapa nak jauhkan diri dari orang yang disangka buruk dan jahat? tidakkah menjadi satu kebaikan dan hak kepada orang yang kita kenal (atau kawan) supaya kita membantu sesama kita untuk menuju ke arah yang lebih baik.... kenapa kita mesti adakan gap tu?? tak perlu sebenarnya...

cuba kita bina cas yang positif.... kita hidupkan different cas.... takkan kita nak join cas2 negatif lain yang dihasilkan dari sikap beza membeza dan sempit pemikiran? imagine kalau kita ada cas positif, surely cas tu akan menarik cas-cas negatif yang ada di sekitar... lama kelamaan kita akan kuat sebab dapat tarik banyak cas negatif untuk bersatu.... bila semua dah ada cas positif insyaAllah semuanya akan berjalan dengan baik... bawalah cas positif dalam diri anda semua supaya sekurang-kurangnya cas negatif dalam diri orang lain dapat merasakan tarikan cas positif yang kita ada walaupun sedikit... agaknya sebabkan cas berbeza la lelaki dan perempuan bersangkutan sesama mereka... tapi memang dah lumrah hidup manusia berpasangan (sila belek surah an-Naba' Juzu' 30 dalam Quran)...

begitulah ceritanya, kenapa perlu kita wujudkan perbezaan sesama kita? kita sama sahaja, bukan kita yang menilai ketaqwaan... ingatlah, Islam mengajak kita untuk naikkan orang yang dipandang rendah supaya dia mampu berjalan sama taraf dan seiring dengan kita.... begitu juga, kalau orang tu meninggi diri sangat, kita tarik die dari kedudukan yang tinggi supaya die duduk dan berdiri sama rendah dengan kita.... kita samakan perbezaan yang ada, barulah ada persamaan, barulah ada kesatuan... apa sekali pun yang kita seru, memang lumrah dalam kehidupan wujudnya perselisihan dan perbezaan pendapat.... bagi yang paham, bertindaklah dengan hikmah kerna tidak semestinya kita perlu berdebat mati-matian walhal ada banyak cara lagi untuk kita convincekan orang lain akan pendapat kita... semuanya adalah pilihan kita.... between stimulus and reaction there is a stage named choice... sebabkan ada choice la kita manusia mempunyai akal fikiran yang mengangkat kita lebih mulia berbanding makhluk lain (kalau tak guna akal tu yang jadi lagi hina dari binatang tu)... we can choose to react after we are stimulated by a stimulus.... kita sebenarnya boleh pilih nak (react) berlapang dada atau taknak setelah kita berhadapan dengan (stimulus) pertelingkahan, etc... begitulah lumrahnya.... fahamilah lumrah dan sunnatuLLAH kehidupan, insyaAllah hidup kita akan lebih ceria dan kita lebih redha menerima ketetapan dan ketentuan Ilahi Yang Maha Agung lagi Maha Penentu... teruskan usaha dalam hidup kalian... wassalam

----
aku yang mencoret....

Thursday, August 14, 2003

Best, akhirnya berjaya juga aku memiliki Lexmark. aku tak tau kenapa rasa macam suka sangat kat Lexmark, padahal aku dah nak angkat HP dah, tapi aku berubah hati gak pada Lexmark yang aku memang dari dulu idam-idam nak pakai Lexmark. Lepas ni banyak la gambar lagi boleh dikongsi sama pasal siap ada scanner sekali, ape lagi, lepas ni buat projek lain la plak. selain projek memasak yang tak berapa jalan, leh la buat and cuba-cuba projek artworks, tunggu la bila dah dapat Graphire 2 nanti, boleh la aku lukis direct masuk ke komputer. Banyaknya benda-benda yang aku nak buat, padahal tak terbuat pun hehe. takpe, ada masa boleh cuba dan buat semuanya.

aku dah tak tahu nak kongsi ape, so aku share gambar masa aku muda-muda dulu je la. cuba teka, gambar nih diambil pada tahun bila? masa ni zaman kamera takde kaler lagi, almaklum la zaman masa kawe memuda dedulu...


Kelas Sepuluh '99-'00

Tuesday, August 12, 2003

just came back from playin' soccer... wanna share this email i got from a friend of mine in PennState Univ...

_____


Kenapa di Israel Tak Jual Coke dan Pepsi...

Disampaikan oleh seorang sahabat.....
Assalamualaikum kengkawan...
last weekend, ada ustazah usrah kami beritahu... masa dia belajar kat mesir dulu, dia punya lecturer ada cerita... dulu ada sorang mamat yahudi ni datang egypt to study the muslims' lifestyle kat sana setelah serangan secara fizikal ke atas umat Islam tak berjaya. dia nak carik jalan untuk serang cara lain. tapi Alhamdulillah, dia telah diberi hidayah semasa dia dok study umat Islam kat mesir tu. dia beritahu lecturer ustazah ni, one of the things the jews do untuk hapuskan keturunan umat Islam is to produce coca cola & pepsi yang di dalamnya ada chemical to retard the reproduction organs for both men & women. menurut mamat tu, kat israel tak ada jual coke & pepsi sbb diorg tahu apa kandungan kat dalamnya and since jew is agama keturunan, diorg tak nak le mandul! kalau korang pernah terima forwarded email pasal bertapa acidicnya coke tu sampai boleh dissolve tulang & gigi (calcium containing compounds) and boleh buat cuci toilet! andfor ladies, kalau minum coke boleh cause menstruation if you're a wee bit late. so kalau minum banyak & atthat time baru lekat zuriat, ada chances keguguran le, kan? Therefore, untuk kemakmuran umat Islam & untuk kesihatan & untuk tak support jewish companies, pls stop drinking & buying coke & pepsi.

____


p/s: tu pasal aku dah lama tak minum coke, lecturer aku ada kawan. memang dah tak productive dah, tu orang kapir, aku rasa tak rugi lagi la, tapi yang muslim ni ha, kalian kena cautious about food and beverage nih, yang masuk tu ada yang harmful, neutral dan beneficial untuk badan, so jaga lah kesihatan dan amanah Allah dalam memelihara tubuh badan kita. paling penting, make sure kesinambungan ummat Muhammad. yang lagi sedih, dah ada waris tapi dibiar, agama tak amik kesah. ntah camne la aku nanti, moga dipandu dengan bantuan dan rahmatMu Ya Rabb...
i'm still dizzy. mana taknya, yesterday, we went to Six Flags, tapi sure korang tak caya, i was damn lucky dapat ticket general admission secara percuma.

"Hi, merry christmas!!"
"Uiks, bila masa la plak dah christmas nih, kalau bagi tiket pegi christian preaching aku tanak" pelik betul
"You got free ticket, we have one ticket free, u can take it" ntah, girlfriend mamat tak soleh tu kot, dia yang explain bila tengok muka aku yang tercengang.

aku yang terkejut badak pun, jadi tak pelik dah. tin coke yang aku memang benci gila aku bawak je masuk dalam, aku tak nak minum coke, aku tanak mandul hehe. ntah member aku kasik email kata israel tak jual coke dan pepsi. sebab dia? pasal derang yang buat benda tu dan matlamat derang adalah untuk memandulkan bangsa lain, derang sendiri tau yang minuman tu memandulkan, sebab tu derang tak minum. perempuan mengandung minum coke boleh gugur sebab ianya bersifat pengakis. aku minum sket je coke dah tak tahan, rasa kena hakis mulut. aku rasa sensitif la plak dengan air coke pasal aku dah lama gila quit coke. semata nak dapat discount Six Flags kena minum coke? aku prefer tak minum pun, tapi haus pnya pasal aku rasa sket, dah tak leh masuk dah.

masa kat dalam Six Flags theme park, naik la Vertical Velocity, Batman pnye Roller Coaster, lepas 2 tu je aku dah pening. lapar plak tu, tapi yang paling best, I got a big yellow smiley pillow haha, macam budak2 plak, tapi comel sangat nak buat camne, tu yang buat tak puas peluk tuh... then balik dari chicago, i was asked to drive back to milwaukee, nak tanak drive jgak walaupun letih. balik je sampai umah ya Allah, masih terasa macam naik roller coaster lagi, Batman pnye la asik pusing2 bukan depan belakang je tapi siap circular kanan kiri pnye ride, tapi best... tapi tak best sebab tak naik yang lagi thrill sebab tak naik yang tinggi2... aku tak rasa sangat la rugi sebab dapat free admission, member2 lain la terasa...

wah, a bit dizzy lagi la hari ni. nak rest... summer dah nak abis dah, after this fall will come, oleh sebab summer yang dah nak abis, kena la share sikit sebanyak keindahan ciptaan Allah di musim summer... enjoy gambar burung yang tak seberapa, live aku capture dari luar rumah member aku masa awal we all moved out to live off-campus... masa tu aku amik gambar sebab jeles melihat kemesraan sekeluarga burung yang begitu mesra bertenggek di balkoni... setakjub aku, semuanya adalah kekuasaan Allah yang menciptakan segala sesuatu sebagai ayaat (bukti) kekuasaan dan kewujudanNYA... "....afalaa tubsiruun"

--SubhanALLAH---

Sunday, August 10, 2003

aku baru abis makan roti canai. hm kat US ni pun merasa gak makan roti canai walaupun masak sendiri tapi yang segera la. pnye la lapar, tapi sekarang dah jadi pnye la kenyang, mana taknya abis makan minum susu, penuh terus perut. kuah dia, hmm makan kari ayam je. sedap gak aku masak, haha puji diri sendiri. simple je, laki yang masa biasa je la, nak sedap mana pun, tak gitu?

jap lagi nak gi lakeview or gurney mill, nak jenjalan, silap2 dapat beli barang sekali. pastu nak gi umah abang wan, my second cousin, apa lagi boleh release tension main dengan anak-anak buah yang comel lagi nakal, best!!! kan best kalau dah ada anak sendiri hehe, bila tu agaknya. insyaAllah malam ni nak bermalam kat umah abang naim, chef melayu yang terkenal di kalangan malaysian di milwaukee dan chicago. tiba masa nanti aku nak belajar masak dari abang naim, tapi malam nanti sure main pingpong pnye, pasal dah lama tak berentap gnipgnop (kalau tak paham terbalik kan, ni istilah bebudak MU). abang naim ni, kalau orang-orang shah alam nak kenal, dia dulu pemillik restaurant serai kat seksyen 3 tu, sebelum die datang US ni, die jual. pastu baru-baru ni abang naim kata owner restaurant serai tu nak let go dengan nilai RM sejuta, mahal sungguh, tapi dah sah pun kedai tu menu semua mahal-mahal. kalau orang biasa pegi tahu la kedai tu, orang kata kedai masakan thai, ntah betul ke idak aku tak tau pasal aku tak penah pegi, selalu nampak je la bila pegi seksyen 3. lepas tu abang naim ni cerita la macam mana susahnya nak buat kedai makan nih, pastu die citer-citer pasal macam mana kejayaan kedai-kedai mamak. mamak-mamak restaurant nih, derang tolong sesama derang, siap ada koperasi, boleh dapat kredit 3 bulan kalau beli barang dari koperasi derang. sebab tu abang naim kata, kedai syed restaurant tu maju gila, sampai ada dalam 9 branches kalau tak silap.

alamak, derang dah datang, nak gerak dah. jom kita pegi SIX FLAGS, theme park yg penuh dengan roller coaster yang gila tak ingat tinggi dan curam dan terbalik dan seperti dengannnya. best jgak kat situ sebab ada cartoon networks pnye park, 2 months ago dah ke disney, sekarang ni nak gi cartoon networks plak, best2!!!
saje share gambar tupai bercumbu, comel tak? kalau binatang aku rasa memang comel je, tapi still binatang. so kalau manusia buat macam ni, tengah2 public, aku rasa boleh la kita samakan macam binatang. cantik ke hensem ke, kalau dah macam binatang, binatang jugak la jawapnya hehe ;p


tinggal tak sampai sebulan je lagi aku nak meninggalkan alam belasan. lepas ni masuk alam puluhan pula, umur dah nak meningkat tapi ilmu dan iman ntah macam mana.

petang tadi hantar Atok balik mesia, tengok orang balik mesia ni macam jeles pula rasa. mana taknye, memang tak dapat balik la aku ni sampai la aku grad. kalau berlaku apa-apa sure aku tak boleh balik mesia punya. tapi takpe, gembira juga melihat senyuman abang-abang yang pulang ke malaysia. bulan depan ada lagi nak balik. 3 bulan lagi ada lagi yang nak balik. hujung tahun bulan 12 ni pun ada lagi nak balik. aku? tunggu 2 tahun lebih lagi la. takpe, insyaAllah masa tu singkat je. sekarang ni pun dah 1/3 average umur manusia, pejam celik pejam celik je nanti dah besar, tengok dah ada teman dan waris lagi nanti hehe...

semalam rancang nak buat piknik dengan orang besar2. boleh derang suh aku kasi tazkirah masa piknik tu nanti, isy tak layak. tak pandai nak cakap English la ;p tapi kena praktis pun, cuma macam mana la agaknya nak handle piknik yang islamic sket among malaysians kat milwaukee nih. sebelum2 ni orang yang organize semua jenis campur je laki pempuan, kita orang muda ni sendiri-sendiri takde la nak campur sangat pun. solat tu, hmmm orang2 tua kat milwaukee ni tak nampak sangat kesungguhan mereka dalam bab ni, kita yang muda ni nak tegur macam mana agaknya, lemahnya la iman sampai nak buka mulut pun tak mampu. hanya termampu berkata "kitorang nak solat"... plan piknik yang mendatang ni memang bertujuan untuk menyampaikan mesej-mesej dakwah, dakwah in public ni yang tak biasa lagi. lepas tu orang lain assume kita dah cukup persediaan, nih yang takut nih, ingat lagi kata kawan, "Silap orang keluar berdakwah ilmu tak cukup, Rasulullah s.a.w. dahulu tarbiyah sahabat betul2 baru hantar jadi utusan untuk berdakwah"... orang kita macam mana? dah cukup persediaan ke? takyah tanya orang kita, tanya diri sendiri dulu, nak tegur orang pun tak kuat, macam mana la agaknya nih? tu la, dulu ada peluang tanak join, baru nak rasa terlepas, padan muka kat diri sendiri...

agaknya camne ye kita nak tegur orang yang lagi tua, kan2? nak tegur akak dan abang sendiri pun dah kena bangkang balik, inikan nak tegur mak ayah, pakcik makcik and even pemimpin kita. dulu ada pikir, camne la nak cari jalan nak sampaikan apa yang terbuku dalam diri kita orang muda ni kepada orang tua. contoh dalam hal politik ke, pemerintahan negara ke, sistem2 yang ditetapkan oleh orang2 generasi masa kini ke, macam takde cara la pula nak bersuara. macam mana agaknya ye? baru je tadi hantar cadangan kat Berita Harian online suh derang buat satu ruangan untuk orang-orang di perantauan, especially for students (orang muda) untuk berkongsi pendapat. kadang tu cam tak suka juga, macam sekolah la contohnya, nak ikut prosedur itu la ini la, bukan ke semua tu ambil masa, at least kalau kita dapat kurangkan masa proses, banyak lagi perkara yang dapat diurus. bukan la nak kata kita lagi bagus, memang orang yang tetapkan peraturan tu dah pertimbangkan segenap sudut, tapi ada juga cara yang boleh dipermudahkan lagi, bukan nak kata kolot, tapi lebih bijaksana. macam orang kebanyakan di negara tercinta, bila berbincang ada yang suka push orang, lepas tu kalau dah ada prob suka pula ambil hati. perbincangan yang positif jadi tak lain, sebabnya sikap terasa (ambil) hati. takyah nak ambil hati tu, letak je... sebab dah ambil tu yang jadi berat, so masalah pun jadi berat untuk diatasi. kalau buka je buku politik, sure ada satu pihak kata kita tutup je buku ni, takyah bincang, buat sakit hati je buat pecah belah je. macam mana la agaknya kita nak paham dan bina sikap yang rasional, kalau ilmu yang patut kita paham disalaherti dan tidak mahu dipelajari, sampai sudah perkara tu kita (orang muda khususnya) tak paham, lepas tu nanti tindak tanpa kefahaman, kan susah tu bila nak buat decision pun tak faham keadaan dan situasi sebenar.

isy, apa mengarut aku nih, dah ngantuk nih. ala esok nak gi chicago dah ke? senin nih nak gi SIX FLAGS, waaa takutnya nak naik roller coaster... tanak la naik apa benda tu, macam solero shot kat genting tu, takut la... aritu kat MGM studio naik Tower of Terror je pun aku dah cuak gila, aku pegang besi jaring kuat2, mujur la ada jaring tu kat tepi, mana taknya, naik tingkat tinggi2 lepas tu die lepaskan, tarikan graviti ya Allah laju tak ingat... cuak tak ingat... tu belum lagi roller coaster aerosmith, die pnye kereta tu laju gila, sampai tak tahu ke mana die nak pegi. tapi best sebab dapat dengar lagu aerosmith ehehehe... takutnyaaaaa nak gi SIX FLAGS... tapi nak cuba jugak yang Superman tu, boleh terbang macam Superman... iklan dia pun kata, "Now, human can fly" hehe nak try walaupun takuuuuut...

--time for dark exploration. liLLAH ahya wa amut--

Thursday, August 07, 2003

alhamdulillah, summer class dah abis. so, it's holiday time for about 2 weeks plus. then, a lot of things gonna be done. first beli kereta, eh silap basketball dulu. buying a car for our house will be done in this week jgak, think so. but, the car might need to be repaired sket pasal 2nd hand pnye kereta. we don't think the condition is too bad, maybe some of the spareparts need replacement. tapi tu takpe, the most important ada kereta dulu, repair2 tu afterwards.

haaa, misi memasak makanan best2 boleh dimulakan. maggie memang out of list la hehe. memula kena buat kek dulu kot pasal that's the most simple and best dalam menu-menu yang nak dibuat. then, nak buat pizza, lepas tu buat biskut raya ke buat roti jala ke, alatan semua dah ada, al-kebetulan orang dekat-dekat sini pindah, so barang-barang tu termasuk alatan memasak derang tolak kat umah kitorang. sape sangka dapat acuan buat kuih (@ biskut), roti jala. Takat lesung batu dapat free tak cerita pun takpe sebab bukan susah pun nak cari lesung batu hehe. ape lagi, projek memasak la aku dengan azman lepas nih... man jom man, kita mulakan masak memasak nih... alamak aku puasa la arini, tak dapat nak masak siang-siang. nak buat jejemput pun kena nunggu petang la plak, kang buat tatau rasa sedap ke idak, nanti abis man kebas, aku nak makan ape bukak pose nanti.... tu baru kitorang dua orang, makan sedap-sedap, belum balik si luqman (@lomu). kalau lomu ada lagi la proses masak memasak lebih meriah huhuhu.

petang nanti nak gi main basket jgak, tak kesah walaupun puasa tapi tu bukan penghalang ;p

agaknya ape la rahsia di sebalik "al-'Aqlu as-Saliim fil-Jismi as-Saliim (Akal yang cerdas pada jasmani yang cergas)"?? simply defined, kalau nak dapat otak yang bijak, badan kena cergas. aha, betul tu, hak pada fizikal tak dilupa walaupun sebagai pelajar sentiasa menunaikan hak pada minda (mental). So, kenalah balance dalam menunaikan hak pada diri sendiri. Mafhum Hadeeth Nabi saLLAHU 'alayhi wa sallam pun ada menyebut: "Sesungguhnya bagi Tuhanmu ada hakNYA, bagi keluarga kamu ada haknya dan bagi diri kamu juga ada haknya. Maka tunaikanlah hak pada setiap pemiliknya (yang patut dan layak mendapat hak tersebut)". So, hak pada diri bukan sekadar minda pemikiran kita semata, bahkan meliputi fizikal dan rohani. Itulah kunci melahirkan individu yang BESTARI (BEST All Round Infividual). So, marilah kita jaga hak yang perlu kita jaga, bukan sekadar pada diri, pada keluarga dan Tuhan (ALLAH) juga perlu kita tunaikan hak tersebut.

Eh terlajak cerita, orang cerita pasal sukan termasuk cerita pasal hak plak... eh jom la main basketball -n-

----ALLAH knows better what's the best for each of us----

Wednesday, August 06, 2003

just finished cooking.. hmm semalam atik dapat komputer, canggih komputer die.. sampai2 die kasik kerusi dok depan sekali tengok komputer die... ingat nak visit just for a couple of minute, alih2 lama plak sampai sejam lebih... takpe, abis final ni memang nak kacau komputer atik, serbu minesweeper awal hehe... nope2, after final tomorrow wanna play basketball, dah lama dah tinggal basketball nih... yesterday evening, ingat nak men basketball tapi tak dapat plak 'coz pegi kat lake park takde court. tapi yang menarik dapat main tennis, jogging, dapat skateboarding lagi, tapi skateboarding la paling kejap sebab tak pandai main. tapi not bad la, tak tere pun at least tak jatuh, riyak plak hehe.

uish lupa, esok nak final. nanti la cite lagi...

--atik, dah dapat komputer jangan lupa kat aku huhu--

Monday, August 04, 2003

up down je aku arini... pening kepala pnye pasal, terus tertido tak ingat waktu, padahal dah senja... mujur lena kejap je... maybe kesan makan ubat lebih, masa kelas tadi pun tersenggok sampai jadik segar, tatau la whether classmates perasan ke idak, tapi memang sampai letak siku atas angin... malu sendirian, tapi lepas tu segar terus semangat nak folo lecture...

alahai, pnye la aku syok chatting tanya pasal masakan nih, abis kering kari daging kat dapur, tau2 dah nak hangus dah... jadi cam rendang la plak haha, penuh sangat ingredients arini, banyak sangat carrots and potatoes... hui, pasnih kena alert lebih ni, padahal dapur dekat je dengan bilik, cuma leka bertanya sampai lupa tengah masak hehe

tapi macam biasa, sedap je... biasala kan, anak mak mesti pandai masak haha masak sup tak lepas lagi, tapi bukan susah pun tak penah cuba je asik si Azman je yang masak... takpe, dia masak sup lagi best, pasnih aku plak kena tiru resipi die... hmm cuti dah dekat, ingat nak buat projek masak la lepas nih, ikan bakar dah, nasik lemak dah, daging bakar dah, daging kari dah, ayam kari dah, sup dah, ayam panggang dah, tom yam dah, masak lemak dah, masak pedas dah, bihun dah, macaroni dah, masak kicap dah, ape lagi ye belum... hmm kena masak kek la pasnih, pastu nak try masak pizza, buat donut ke masak bubur ke... mak kata nak hantar barang untuk masak bubur, padahal bukan tak boleh cari kat sini, tapi mak tau tu menu kegemaran anak mak sebab tu mak nak kasi jgak :) best... nanti bila dah siap bubur tu anak mak nak bagitau yang anak mak dah pass masak bubur hehe

okay la, nak gi amik barang kat umah jiran... die nak kasi barang free... tapi ikut ekonomi tak free pun sebab kita kena bayar dengan tenaga masa dan sebagainya, no such thing as free lunch, ingat tu!!

-i'm happy, yeah!!!-
Semalam dapat news yg menyentap senyumanku. kira agak confirm aku tak akan pulang ke tanah air sampailah aku tamat belajar. senyuman menjadi pudar. nampak gaya aku akan tinggal keseorangan pada summer tahun depan. memikirkan situasi tu buatkan rasa sedih, tapi kata kaklong, tu la ujian dan tarbiyah dari Rabb Yang Maha Esa. Namun senyuman tak dapat diterbitkan juga. Hmmm takpe, asalkan semua sihat dan dipelihara Allah. Harapnya masih dapat jumpa yang lain-lain sebab memang ada halangan yang buatkan aku tak dapat pulang dalam tempoh 2 tahun ini. Hari tu Ayah Li dah pergi, aku harap masih ada masa melihat Tok, Opah, Abah, Mama, Pakcik Makcik, dan yang lain. Muizz tak dapat balik kalau berlaku apa-apa. Muizz hanya mampu berdoa, moga-moga diketemukan lagi kita semua di masa mendatang.

Segala perancangan di kepala bagaikan hilang harapan. Bagaikan pokok jatuh di tengah jalan, semua kereta tak dapat bergerak, macam tu la segala idea dan perancangan untuk pulang akhirnya terhenti begitu sahaja. Tak mengapa, masih ada ruang baru untuk berfikir, kini kotak pemikiranku kena memikirkan perancangan yang dapat dilakukan dalam tempoh aku di sini sepanjang 2 tahun ini. Yang pasti, hujung tahun 2005, pelajaranku mesti ditamatkan. Aku akan dapat pulang setahun lagi awal berbanding kawan-kawan yang lain jika itu berjaya dikecapi. Tak mengapa aku tak dapat balik, tapi aku akan habis lagi awal, begitulah bicara hati menenangkan diri. Setiap yang berlaku pasti diselitkan hikmah dan pengajaran di sebaliknya. Inilah masanya bagiku menimba lebih banyak pengalaman. Kesusahan yang berlaku hanya mendidik diri lebih mengenal erti kehidupan. InsyaAllah semuanya akan berlalu tanpa kita sedari kerna masa pada hari ini berlalu dengan pantas. Begitu sekejap seminit dua berlalu, pasti tempoh 2 tahun itu hanya seketika.

Pasti sedih kerna kerinduan tak dapat diubat, takpe, sekurang-kurangnya nanti kerinduan tu kan terubat jua. Moga setiap insan yang aku sayangi panjang umur dan murah rezeki di bawah naungan rahmat dan kasih Ilahi. Apakah daya, inilah lumrah dan onar duri kehidupan yang perlu aku hadapi. Alhamdu lillah, kelesuan di hati yang aku harungi semalam hanya seketika, aku kini perlu lebih berusaha menempuh hidup di hari mendatang. Pasti kutempuh dengan daya dan kekuatan yang ada, tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Rabb Yang Maha Agung. Bantulah HambaMu ini Ya Rabb :)

---doakan aku di perantuan, aku masih mahu bertemu kalian yang aku sayangi---

Saturday, August 02, 2003

august 2: ada makan kat Rockford umah Kak Lin and family. Katanya ada besday celebration anak dia. Actually, ada sambutan untuk Ustaz Hamdi juga yang akan pulang ke malaysia end of this month. Lepas tu Tuan Haji Rasid plak. tapi Tuan Haji balik bulan 10 kot, Abang Mokhtar pun sama, rasanya lebih kurang waktu Tuan Haji jugak. Auntie Mahanum pun sama, tapi tahun depan kot, maybe awal tahun jugak. Abis la pasnih, tadok dah orang yang kitorang kenal kat MSD yang sekamcing macam nih. tunggu je la nanti penggantinya camne... dok nak harap yang sama takleh jgak, tapi yg ada ni memang banyak membantu lagi mesra gitu. Takpe, as long as Kak Lin ada, tu pun dah kira cukup bagus dah :)