Tuesday, June 29, 2004

Pulang Juga Mereka Akhirnya...

Semangat setia kawan, 6 orang sahabatku pulang ke tanah air. Aku sambut kepulangan mereka walaupun ahli keluarga mereka turut hadir sama. Kepada mereka, cuti 2 minggu je untuk kalian berehat di rumah ye, then, it'll be our great summer vacation.... Jom, cuti-cuti Mesia!!!

Satu je gambar yang sempat aku ambil tadi, tak kesempatan nak bergambar bersama sebab lain semua sibuk nak larikan diri dari KLIA. Tapi, borak lama gak dengan Atik, hehe lawak la Atik yang ko kata macam takut silap flight sampai ke negara lain sebab kekok dengan persekitaran semua cakap Melayu (haha)...


:: Ini la wajah orang baru sampai mesia, senyum letih atau senyum gumbira?? Selamat kembali Marquetteers!! ::

______________________________
Gembira gak rasa tengok kawan-kawan selamat sampai, alhamdu liLLAH

Saturday, June 26, 2004

Mini Akuarium

Went to the Mini Akuarium, situated beside Wet World Shah Alam. Never know that Shah Alam got a big aquarium like that. Saw big fishes like arapaima, toman, arowana, african cat fish, patin, japaneses kap and so on (hatta tuntung pun ada... seeing tuntung reminds me of the statue in St. Louis, Missouri which I saw on the way to WUSL - Washington University of St. Louis). Taken some pictures for reminiscent of visiting the aquarium. Imagine seeing a big fish with a length of nearly my height (about 5 feet long?? -ikan arapaima la tu, ikan apa lagi dak?).

SubhanaaLLAH, never thought to get so many pictures of animal. I'm so glad to have my digital camera tagging along with me which enables me of taking images for my picture collection.

Here is one of my pic collection taken when I was visiting my mom's kampung...


:: A fun place for me, my siblings and my cousins during the hot day at kampung ::

__________________________________________
Time panas ni la buatkan rasa nak balik kampung mandi sungai...
Nak tengok gambar lagi? Klik sini

Wednesday, June 23, 2004

Ops

Semalam masa aku membuat panggilan di public phone ku kira dapat la berbual lama, tengok balik pada tangan ku kira-kira syiling yang ada macam agak banyak.

"Aiseh, camne leh terbawak duit syiling taiwan yang aku tukar masa makan di Taipei time tukar filght hari tu (sebulan yang lalu)."

Terbantut niat nak cakap lama sikit. Tapi takpe, the most important thing dapat juga buat panggilan. Kat sini la nak merasa buat panggilan kena kejar-kejar masukkan duit. Kalau di US, masuk je la 2 quarter (USD0.50) untuk buat satu panggilan. Dan panggilan tidak ikut masa, USD0.50 tu boleh cakap seberapa mungkin untuk panggilan tempatan (dalam negeri kalau tak silap). Kalau luar negeri berapa ya? Lupa dah, rasanya USD1.00 je dan konsepnya sama, masukkan bayaran yang fixed dan boleh buat panggilan tanpa mengira masa. Tak macam aku semalam, duit dah nak habis terpaksa la habiskan panggilan walaupun masih ada perkara yang ingin dicakapkan.

Kenapa berbeza? Telekom makan kita? Atau kat US harga bayaran servisnya begitu murah? Yela, kalau nak ditukar USD1.00 menyamai RM3.80 tapi kalau kita berada di sana, USD1.00 tu sama je rasa macam RM1.00 disebabkan taraf hidup yang lebih tinggi. Macam tu juga, tengok kat sana kamera Kodak EasyShare CX6330 kat US harganya USD200 tapi di Malaysia harganya RM800++ eheh yang ni for sure US lagi murah sebab kalau convert USD200 ianya equivalent to kurang lebih RM760. Cumanya, kalau USD200 tu rasa macam RM200 jugak nilainya bila berada di sana sebab numeriknya tetap 200. Kata orang, kalau berada di negara orang yang nilai matawangnya lebih mahal, tak perlu la nak convert nilai sebab alamat kamu akan berkira dalam berbelanja. Betul, tapi belanja takleh boros.

Ops, tengah menaip ni Jau call.

"Moeh, kau ke? Jau ni.."
"Ha?!??! Kenapa call umah ni? Ada apa2 ke??"
"Saje je. Ma masak apa hari ni?"
"Tak masak pun pagi ni, makan roti je.."
"Mawaddah tido ke?"
"A'ah.. Mawaddah tido.... Eh ko nih, kenapa call umah dari sekolah ni??" pelik aku rasakan.
"La, takde ape2.. saje je.."
"Ape la, save la duit tu boleh buat beli makan ke..." tah pape la adik bongsu aku ni, pelik2...
"OK, bye.."

Senang2 dia je nak tanya kabar orang kat rumah. Macam orang kerja plak, baru darjah 4 pandai plak dia. Pelik, belajar malas tapi lagaknya macam orang besar. Cheh... ops buat terkejut orang je.

Ops, okay la. Takde isi pun. Cerita pasal syiling pun boleh jadi panjang.

________________________
Di Malaysia duit syiling jadi penghubung, lagi banyak syiling lagi lama leh cakap... di US sana, buat panggilan dari rumah dalam lingkungan 50 batu takde kena bayaran pun (tapi bulanan kena la bayar kurang lebih USD30, tapi takpe sebab panggilan dalam 50 batu percuma tanpa ada cas tambahan pun dah kira cukup bagus)... Kalau la orang Mesia bercinta di US, mesti dah tak hairan nak gayut telefon panggilan rumah ke rumah sebab percuma aje (tapi kena dalam lingkungan 50 batu la ;p)

Tuesday, June 22, 2004

Sabar

Ya Tuhan,
Hari ini aku ditengking kerna salah aku tiada hikmah dalam menegur...
Payah ku kumpul keringat menegur insan yang lebih tua...
Tapi yang hinggap pada telingaku hanya teriakan...
Aku tahu aku silap kerna aku gopoh melepaskan rasa di jiwa...
Kerna itu aku diketuk kembali kerna tiada hikmah...

Ya Tuhan,
Berikanlah hikmah dalam diri ini...
Agar ku mengerti erti hidup sesama manusia...
Menghalang prejudis insan yang buta...
Aku tahu payahnya merubah...
Aku akui aku silap kerna aku tiada sabar...
Berilah padaku Ya Tuhan, berilah sabar dalam diriku...
Sebagai membina hikmah dalam diri ini...

_________________________
Terima kasih buat teman yang selalu menenangkan jiwa tatkala dada memendam rasa berang... Hanya Tuhan dapat membalas jasa baikmu =)

Sunday, June 20, 2004

Sistem dan Etika... Bersabarlah

Again, it's about system. Entah kenapa asik terfikir pasal sistem dan etika. For me, etika berkait rapat dengan sistem sebab sistem kehidupan yang ada menentukan etika dan gaya hidup manusia yang berada di bawah sesuatu sistem. For sure the best system is Minhaj ALLAH (sistem ALLAH). Disebabkan sistem yang ada kebanyakan hari ini tidak mengikut sistem yang terbaik sebab tu la masih ada kekurangan.

Pagi tadi, semasa menunggu giliran dalam barisan untuk bayar tol, terdapat la beberapa buah kereta yang kalau ikut ayah aku ialah 'orang pekak' sebab dia buat selamba dia je walhal dah jelas-jelas orang lain semua boleh bersabar dan menunggu giliran. Kereta yang dipandu oleh 'orang pekak' ni dia tak boleh bersabar. Tu yang buatkan aku nak bukak tingkap buat-buat nak meludah, kalau terkena kereta 'orang pekak' ni bagus jugak (tapi dalam hati sendiri je la). Aku bukan apa, kita hidup bersistem, kalau tak bersistem tu yang orang lain nak maki hakum tu. Okay, dia pun ada perkara nak cepat, tapi kenapa other drivers can be patient at that moment. Aku tak tau la, selalu aku nak ungkit kalau aku ada kat tempat orang kafir di US sana, nak je aku langgar. Tapi memang aku tak kasi dia masuk pnye la, sape nak masuk depan aku nanti aku cucuk, kalau dia dapat masuk jugak memang 'pekak' sungguh la tu.

Semalam masa aku mandu pun camtu gak, aku nak kuar dari round-a-bout pastu masuk je kat jalan boleh satu motor ni pi celah-celah dan pergi seberang depan aku nak masuk balik ke dalam round-a-bout. Alhamdu liLLAH sempat aku menekan brek, kalau tak alamat la motor ko tu kemek mat motor 'pekak' hoii!! Bengang gak aku, bukan sebab apa pasal mamat tu dah silap jalan sedap-sedap dia je nak pi patah balik, aku tau la ko tu bawak motor. Tambah bengangnya bila mat motor tu pandang belakang tengok kejayaan dia melepasi ruang sempit di hadapan aku, pastu dia sengih kambing... Sabar dan sabar yang aku leh kata kat diri aku, ikut hati memang aku dah langgar dah tapi nanti kang kena pi baiki plak mana yang calar mana yang kemek, tu yang malas tu. Takpe la mat motor, ini hari ko boleh sengih, esok-esok tengok la ko sengih ke atau ko ko 'nangih'.. Tu la dia sikap orang tak pandai ikut sistem... Orang berjalan ada sistem. Mat-mat motor ni ikut sedap dia je buat sistem sendiri.

Okay fine... Aku paham motorcyclists ni kata bahaya kalau tak pandai celah-celah sebab mau sangkut. Memang aku sedar sejak aku penah naik motor dengan kawan aku sebelum ni, memang aku selalu aware la kepada motor-motor ni. Kalau jam memang aku kasi ruang untuk motor lalu, tapi kalau kereta pun nak lalu jgak, sori la... aku suka buat pekak je kalau kereta nak lalu. Cuma aku mat motor ni, ikut la sistem supaya bukan setakat ko je selamat, orang lain yang pakai jalan pun lega dan senang hati nak mandu. Tadi masa aku nak balik umah pun, jalan yang bukan untuk U-turn pun boleh digunapakai oleh mat motor untuk buat U-turn. Aku tak kesah la, tapi kalau aku terlanggar tu aku minta mahap la ye, pasal sistem yang baik ko nak potong-potong plak. Masa nak masuk simpang umah, ada makcik ni ntah camne dia bawak boleh dia nak 'makan' jalan aku. Kalau sikit takpe, ni macam dia ingat jalan dia plak, akuuu jugak yang kena ngelak. Hish, tak pueh ati betul...

Ingat lagi masa bawak balik dari kampung aritu (from Pahang to KL), ada la sebijik bas ekspres ni suka sangat 'cucuk'. Memang bengang jugak la, aku slow down sikit-sikit (kalau banyak-banyak mau dilanggar dek bas tu buat penaya plak aku nanti tambah-tambah bukan kereta aku). Haa, bas ekspres ni punya pemandu pun jenis orang pekak, dia ingat dia je nak cepat. Pastu sedap dia je nak 'sesondol'... Pas je pecut aku, dia pegi 'sondol' plak keta depan yang adik aku bawak. Habis la aku hangin, siap aku suh adik aku amik nombor plat bas tu pakai digital camera tapi tak sempat sebab bas tu dah pecut awal-awal. Nak je aku pi repot, pedulik la orang kata aku kaki repot, masalahnya bukan dia tak ikut sistem ke apa tapi dia membahayakan keselamatan pemandu lain. Sekarang ni kan dah ada talian untuk buat aduan, siap ada SMS tu untuk buat aduan pemandu yang 'weng' macam driver bas ekspres tuh. Hai, apa la nak jadi, uji kesabaran sungguh setiap kali aku memandu. Time aku senang hati memandu, mesti ada orang nak buat aku hangin. Sabar Muizz sabar... patient is the best medicine =)

Tapi entah kenapa, sistem dan etika mesti bermain dalam fikiran. Sistem jalanraya dan etika memandu di Mesia ni tak macam di US. Kalau kat US, bila lampu merah kereta yang nak ke kanan boleh selit-selit je masuk unless stated 'NO RIGHT TURN ON RED', kalau dah stated macam tu baru la takleh main selit-selit. Analogi untuk pemanduan di Mesia, kalau lampu merah kiranya boleh pusing ke kiri la (sebab Mesia kan mandu belah kanan). Jadinya takde la sampai nak tunggu lampu merah baru kereta yang nak ke kiri baru boleh gerak, ikut hati nak je aku buat cam kat US main masuk je without waiting for the traffic light turning green sebab rasanya sistem macam tu lebih cepat.

Tu la dia bezanya, terasa tu tak terasa sangat sebab beza setakat driver's seat belah kiri (kat US) atau belah kanan (kat Mesia). Beza kedudukan seat tu jugak la buat aku kantoi hari ni haha kenapa? Pasal hari ni 2 kali aku tersilap, memula masa pagi tadi lepas isi minyak je aku pegi seat belah kiri untuk co-pilot... aiseh, malu punya pasal buat-buat nak cari barang, padahal sah-sah dah tersilap haha. Pastu masa nak pergi JPJ tadi pun sama, aku kuar rumah je aku ingat nak gi masuk belah kiri gak, haha aku lalok lagik sampai ada yang kata aku mimpi aku kat US sekarang ni, walhal aku dah kat Mesia haha. Masa the first day aku balik Mesia aritu, malam tu je aku dah memandu. Punya la aku kata aku takkan konfius, adik aku yang folo sama saja buat bodo bila tengok aku pandu atas jalan belah kanan. Cheh, aku sendiri yang perasan dan dia kata saja je pasal takde kereta. Aiseh, terkantoi depan adik aku sendiri. Takpe-takpe, masa tu memang loklak lagik haha... malu-malu... (aku citer ni memalukan diri sendiri lagi ;p)....

Apa pun, nak tanak aku kena banyak bersabar dengan sistem yang ada... Tapi, kalau la ada cara nak perbaiki, kenapa tidak kita perbaiki, tak gitu? Having a better system creates a better life. Even kalau kita hidup bersistem, orang akan nampak kita mempunyai etika hidup yang baik. Kita pun buat kerja senang hati, orang lain pun akan puas hati tanpa ada rasa tak puas hati atau kena bersabar dengan tindakan kita. Sabar, sabar dan sabar, inshaALLAH ada la masanya nanti untuk memperbaiki sistem yang ada... sebab tu la kita kena tegakkan manhaj (sistem) ALLAH, inshaALLAH ianya terjamin lebih puas hati.

______________________________
Cara maju: Perbaiki sistem yang mencorakkan etika dan gaya hidup kita, cara ni inshaALLAH applicable whether for individual or society.
Fikir pasal sistem ni memang teringat pada buku Bro. Fazrul yang menyeru kepada 'Fikiran Sistemik' supaya kita mempunyai fikiran dan hidup yang bersistem.
Dodol Sultan Sulaiman

Tengok menda nih sentiasa buat aku teringat pada nama samarannya tak lain tak bukan 'Dodol Sultan Sulaiman'... kononnya ada satu cerita sang kancil dan harimau tapi aku tak berapa ingat ceritanya, yang aku tak lupa sang kancil pi tipu dek ghimau yang menda tu adalah dodol... tapi kalau korang pun sangka ianya dodol, sahla korang pun ghimau... orang kata apa? orang kata, "Ghimau betul la deme nih."



Satu menda lagi, baru ni bila balik mau 2-3 kali aku dengar pasal Dung Beetle... Ntah nape aku tgk menda tu, memang buatkan aku teringat pasal Dung Beetle tambah2 pagi sebelum keluar amik gambar tu pun dengar lagi pasal Dung Beetle... nak gak aku tengok betul2 pada dodol tu kerja2 Dung Beetle tapi apa pun tak nampak, yang ada hanyalah batalion flies dan kuncu-kuncunya... tengok takpe, jangan dipegang udah la ye haha...


______________________________
Bijaknya sang kancil suka menipu, bijaknya manusia tak perasan ditipu, aiseh... camne tu?

Saturday, June 19, 2004

At Last

Baru je dapat update album. Letak la sikit beberapa gambar yang ditangkap selama berada kat Mesia sebulan nih. Walaupun sistem yang ada di negara kita tak berapa bagus disebabkan sistem birokrasi yang ada, tapi bila berbual dengan kawan yang pulang bercuti dari Ummul-Qura, Mekah baru la hati ni rasa betapa perlu bersyukur dan bersabar. Berdasarkan cerita sahabat dari Ummul-Qura tu, katanya kat Mekah yang kita kata islamik tu sistemnya lagi la teruk banding dengan Mesia. Katanya, kalau orang tu bangsa Arab Saudi... mak ooii tingginya la hidung dia.

Pikir2, pelik jugak kan? Sebab tu la orang kata Mesia ni negara Islam yang bagus dalam negara-negara Islam kat muka bumi ni pasal sistem yang ada kat tempat kita pun dikatakan yang paling bagus, tapi compare dengan negara non-Muslim hmmmm macam nak mengeluh je rasa sebab orang kafir pun dapat uruskan sistem kehidupan mereka dengan baik. Bila fikir dan renung mengenai sistem ni, memang dah lama aku nampak dari persepsi aku sebagai penuntut bidang ekonomi yang mana kemajuan yang ingin kita bawa dalam memperbaiki kehidupan negara kita dari sudut ekonomi sebenarnya memerlukan suatu perubahan sikap. Nak tanak memang ubah sistem sebab bagi aku, sistem kehidupan yang ada dalam suasana di negara kita ni memainkan peranan dalam membentuk sikap dan cara hidup rakyat di negara kita. Mana taknya sampaikan kita semua dah terbiasa berkata macam ni, "Ko takde cable dalam ke? Kalau ko ada cable, senang la sikit ko nak dapat sain ke nak mintak kes ko dipermudahkan dan dipercepatkan ke dan bla bla bla..." Tak ke macam hampeh je camtu sebab buat aku teringat masa aku pergi JPS (Jabatan Pendidikan Selangor) masa nak minta tandatangan pegawai kelas A untuk meterai kontrak perjanjian dengan JPA. Aku cakap la aku nak jumpa ketua bahagian bla bla bla tapi dia kata susah sikit la dik tapi kalau adik ada sedara-mara ke senang la. Berapi je dengar, kalau nak kata itu satu prosedur aku takleh kata apa la sebab orang kita memang dungu sikit sebab kerja skima ikut prosedur, kalau bos kata buat A dia buat A je tak pernah nak pikir untuk buat B kalau A tak boleh ataupun kalau A dah siap.

Perubahan sistem hidup membawa kepada perubahan sikap dan cara hidup. Ni la yang terhasil dari rasa sabar aku meneliti sistem kat Mesia yang rata-rata slow sebabkan wujudnya sistem birokrasi. Sampai tadi kat Buletin Utama buat survey, ramai yang SMS (iaitu 96%) mengatakan setuju yang sistem kat negara kita masih banyak mengamalkan birokrasi (bagi aku yang 4% tu tak tau la apa jenis orang la agaknye). Tapi, aku sedar perubahan sistem yang ada ni takkan berlaku dalam sekelip mata, tambah-tambah suara golongan muda kat negara kita macam agak sukar untuk didendangkan sebagai perhatian ramai. Ianya menuntut kepada kesatupaduan hati dan matlamat semua rakyat (kaum) di negara kita yang aku nampak cara yang berkesan dengan inisiatif pemimpin kita sendiri. Nak je aku cadang kat negara kita ni supaya bukak satu saluran supaya suara anak muda juga dipertimbangkan, ini idak asik kita je la kena ikut kata generasi sekarang... jawapannya tetap sama, "masa kamu nanti akan tiba juga sebab kamu kan generasi akan datang.." Cet!! Pooodah..

Akhirnya renungkanlah, firman ALLAH yang mana kita semua maklum bahawa ianya satu fakta yang jelas. Firman ALLAH mengatakan perubahan itu memerlukan tindakan kaum (kelompok) itu sendiri untuk merubah apa yang ada pada mereka. Kalau aku seorang diri nak bawa perubahan tapi semua orang tanak, mesti tak lepas la. Jelasnya usaha nak memperbaiki ni memerlukan tindakan semua pihak. Yang susahnya, bukan setakat nak tegur pemimpin negara kita, tapi secara umumnya nak tegur generasi tua yang katanya ini zaman mereka tu la yang susahnya. Apakan daya kita generasi muda? Kata teman baik aku, salurkan pendapat melalui forum atau surat kiriman pembaca macam dalam forum-forum kat akhbar. Aku setuju, cuma bila fikir balik takkan macam tu je?

Apa pun, aku hanya berpesan dan dipesan kepada diriku agar bersabar sebab semua sedara-mara yang pulang dari oversea kata memang kena ikut gak sebab kita nak ubah takleh nanti lama-lama lali la dengan apa yang ada, tapi aku still tak puas hati sebab patutnya bukan kita angguk tapi kita kena geleng biar orang lain pun perasan. Terdetik jugak dalam hati, "Eh, bukan pemimpin kita pun pernah dok kat oversea ke? Tapi kenapa takde usaha yang baik untuk membawa nilai murni dalam sistem yang ada di tempat orang untuk diasimilasikan dalam sistem di tempat sendiri?? Ke sebab apa yang ada ni lebih senang untuk mereka cucuk hidung dan tarik je rakyat ke mana hala tuju yang mereka mahu?" Aku tak kata sape-sape secara jelas sebab aku nak orang lain pun rasa masih banyak yang boleh kita lakukan untuk memperbaiki sistem yang ada di tempat kita untuk memajukan lagi kehidupan rakyat kita seluruhnya :) Aku cakap atas dasar aku cintakan negaraku (macam ye je huhu)...
__________________________
Hai...sabarnya aku, 2 minggu mohon streamyx sampai dah berkali aku pergi kedai telekom dan memaki helpline baru la aku dapat... takkan nak kena cakap English kot baru nak dapat layanan yang baik? Tu la mentaliti melayu... aku cakap BI, dia pun cakap BI tapi nak tergelak aku bila dia macam terkial-kial nak sebut satu perkataan BI tu... sabar je aku menanti dia dapat melepaskan dirinya dari terbelit lidah :) Macam tu la agaknya sabar orang putih mendengar kita terbelit lidah ;p

Monday, June 07, 2004

takde masa lagi nak update blog. tengok la camne...