Sunday, December 26, 2004

Saudara Baru



Alhamdu liLLAH, our community is happy to welcome our new brother. The shahadah ceremony took place in front the jamaah after juma'ah namaz (juma'ah prayer). I just happened to bring my camera, so I kept this simple and short ceremony as my collection as this was my fourth time seeing new brothers embracing Islam in front my own eyes. I love the feeling because I got jealous to see the new brothers were like babies, born without sins. But, I feel happy to see them embracing Islam, this really strengthen my faith to believe that this is the only right path. Yes, everyday we have new brothers and sisters who embrace Islam after searching the light of truth. May ALLAH bless them and all of us :)

p/s: just got back from shopping around maghrib, and met with my neighbor, the little boy telling me he did not celebrate Chritmas, "It's against my religion." "What's your religion?" "I'm Yahova's witness."
I was surprised having not hearing that kind of religion before, what was in my mind after the chat, "is his religion similiar to Jewish, coz they read Bible too??"
_________________________
Back in Malaysia, people leaving our faith, but here people searching the faith we keep fast inside our hearts.

Tuesday, December 21, 2004

Cecuti

Cuti ni yang buat terfikir nak buat apa? Rasa banyak benda bleh buat...

Jeles plak tengok kucing ni, aku pun nak cuti macam kucing ni la:




Eh, tapi rasanya lagi best buat macam beruang ni sebab skang ni kan musim sejuk:




Tapi betul la, kadang tu ada orang yang dengki sama la macam penguin tu, suka kacau orang nak enjoy cuti dengan tido he he... kan best dapat tido selelap beruang kutub tu... tapi tido tak best dan tak pernah best... tak tau kenapa ada orang suka tido, tido pendek umur, rasa tak banyak benda leh buat....

HAAA.... makan lagi best, time cuti ni boleh makan banyak.... tengok cam kucing ni, santai tu... bleh tiru ni, makan jangan tak makan :p



___________________________
Hargailah masa kosong dengan benda yang berfaedah... jangan asik relax, tido atau makan saje.... cari la ilmu, bersukan ke (indoor for the winterners) and the list goes on...

Monday, December 20, 2004

Rushing...

Selalu aku berfikir aku rasa membesar begitu cepat pula. Rasa terkadang tu mengah, bernafas pun macam tak cukup nafas je, nafas aku singkat? Eh tidak, rasa aku boleh tarik nafas yang panjang dan aku boleh hembus lama, tapi kena aku bernafas singkat? Bila dudk sendiri, aku rasa macam aku tak bernafas, tak perasan kalau bernafas panjang sebab yang aku tau aku bernafas singkat... mungkin itu tanda aku ni selalu mengah, bernafas lagi cepat dari orang lain...

Aku membesar rasa macam lagi cepat dari orang lain, ingatan aku masih rasa masa tu berlalu cepat. Sebab aku rasa masa tu berlalu pantas. Bila duduk balik, aku rasa tak boleh berhenti seketika. Bila fikiran dirasa kosong, aku rasa aku dah ketinggalan. Aku perlu bergerak dan terus bergerak. Eh, tapi letih loo... La kenapanya? Yela cepat sangat berlalu semua benda dan cepat sangat membesarnya... tak puas lagi, hei hei hei kau tu bukan orang lain kau tu lain dari orang lain, jangan jadi orang lain yang lembab... kalau asik terikut orang lain memang akan jadi lembab, satu part je pun dah buktikan derang ni lembab, satu contoh la kan derang ni jalan slow macam ulat, kau boleh pijak je... kalau kau tengok orang jepun, cuba tengok derang dari segi ketepatan masa dan mengejar masa, jalan laju kepala kalau tengok tengah ramai tu turun naik turun naik.... laju tak macam orang kita, pasif dan lembab tu sebab orang kita ni jenis suka terasa hati sebab dia ada masa nak fikir benda-benda macam ni... jangan jadi MELAYU sebab MELAYU ni dia LAYU, KUYU je mata dia sebab dia ni selain LAYU dia ni LEMBAB, tau ke apa maksudnya? ala, L. E. M. B. A. B... takkan tak tau kot? Memang tak perasan dan tak tau sebab layu dan lembab asik benda lain yang dibuatnya, tengok Akademi Fantasia, haha akademi tu yang dia suka, akademi yang lagi melembabkan kerja...

Mak cik oooo mak cik, awat lambat sangat buat kerja ni, cepat la makcik saya dah benci tengok muka makcik yang leka dan lembab ni... Ala nak, sabar la, makcik tengah tengok Akademi Fantasia la... Makcik nak borak dengan kawan makcik kejap pasal Adam, Adam ni kan bagus... Makcik nak tengok itu saya tak kesah makcik, tapi makcik jangan lambatkan urusan saya, nanti saya mengah.. Eh kenapa mengah nak? Saya kejar masa tak boleh tahan-tahan, nanti kalau ditahan BOOM saya meletup nanti bila terkumpul, tu sebab kena cepat makcik bagi saluran tu flow baik pnye, kang bila ditahan nanti terkumpul tak baik makcik sebab nanti bila dah biasa jadi macam makcik dan kawan-kawan makck yang lembab saya rasa dalam bahaya sebab saya takde masa nak lambat-lambat macam makcik yang memang lembab ni.... Ala anak ni, kurang sopan betul la... Maaf la makcik, kalau makcik cepat makcik pun takde nak terasa hati dengan saya, makcik siap cepat saya siap urusan saya cepat, makcik boleh lagi nak tengok Akademi Fantasia yang melembabkan dan terkeji tu... Ye la nak, betul jugak, kalau makcik siap cepat takde la peluang anak nak marah-marah makcik so takde la peluang makcik nak rasa bengkek..

Betul la, aku bergerak cepat ni sebenarnya... Dah tak biasa lambat-lambat nih... Buat apa nak jadi lembab macam orang lain... Buang masa hisap rokok, eh aku nak gi bagi jin makan sebab setahu aku jin makan asap, aku kuar jap sebab aku sayang jin aku tu sebab aku kena bagi dia makan... La kau ni, takde kerja lain ke, biar la jin tu, dia tau cari makan sendiri... Lembab la kau ni asik layan jin je lepas makan, kan baik kau tolong pergi kemas dapur dan susun-susun pinggan mangkuk nih... Ini idak, bila kau bagi jin kau makan, kerja lain kau tak buat... Asik tertangguh je... Rugi masa kau tu, jangan la jadi lembab...

Kalau sekali sekala boleh la kita tolerate, tak gitu brader?
A'ah la, aku rasa kalau aku tak "break" kejap aku pun letih gak...
TU la... lagi pun kalau kita tak pause kejap nanti akan rasa masa tu berlalu pantas je...
Amik la masa kejap tengok Naruto pun, dari masa yang berlalu pantas tu lantak la nak pause ikut yang kau mahu...
Tapi, jangan jadi lembab...

Kat sini, memandu di lebuhraya ada kelajuan minimum, maknya tak kesah la cik kak tu baru belajar memandu ke baru dapat lesen P, the heck untuk dia lambat terkedik macam kura-kura.... Kena catch up gak dgn kelajuan perjalanan kenderaan lain. Takde masa lambat-lambat ni, dibedarnya nanti kalau lambat... Tengok satu kes kemalangan orang kita, memandu kat sini memang pandai, tapi dibawaknya gaya dari tanah air ke bumi asing ni, dah pecut lori pergi slow down, mak ai, tu la jadi puncanya.... berani pecut lori tapi jangan la perlahankan kenderaan tu, teruskan memecut sejauh yang boleh, itu tujuan pecut.... Ini bumi asing, mana boleh lambat-lambat ni, lambat-lambat hanya akan disodok je... Tapi tu la, pengajaran buat semua, dah takde masa nak berlenggang ni jangan jadi lembab!! Kita doakan agar yang menjadi mangsa kemalangan tu mendapat balasan yang baik kerana perjalanan yang dilalui pulang daripada mencari ilmu di jalan ALLAH... Ish tak baik, mana tau mereka letih memandu, kau ni pandai je hukum itu ini... A'ah la, aritu aku masa ngantuk pun hampir nak langgar belakang lori... aku pun takut... dan aku pun tak sangka aku buat macam tu.... tu la, aku dah cakap tak baik kau hukum macam tu je... tapi aku rasa betul la, orang kita lembab la... bila bagi kerja dia buat bodo je, dia fikir orang lain akan uruskan untuk dia, dia lenggang je.... tu yang haram atok nenek, bukan haram untuk aku je, atok nenek aku ntah-ntah tak kesah pun... aku tak suka camtu, tanak aku terikut jadi macm tu...

__________________________
Apa pun, korang jadila lembab dan lampi, aku jalan dulu ye babai.....

Saturday, December 18, 2004

BE STRONG

Wish for my youngest bro, Jauhari, for his being 10 years old kid last Wednesday. I totally forgot for the date coz I was in the middle of final exam week. But, yet I won't forget it forever coz all the dates of my family's birthdates carved in my mind since unnoticed. Though, for some it won't be that much important to memorize all the dates, but for me it are and always. The dates taught me lots of things, including the being of all my family members growing up from a toddler to an adult, and yet degrowing from an adult to become old.

Last year sent a card to Jau, but this year hardly send a thing, even a card. "Wow, you such a sweet bro." No such thing, that's you, but it's not for me. It's natural and personal. You want, you do it. You don't want, not my prob.. "woohoo" like my classmate and lecturer always yelling in class...

Jau, I won't forget my promise. I'll work it out. Hope you can beat me someday! That'll always be my wish and hope for you, for you to do better than me and other siblings. We wanna see you do better and better as you grow up. Later, you'll learn a lot of things, you "monkeys" will increase and burden you somehow coz that's the nature of being an adult, and the worst thing is taking care of others' "monkeys". Yes, I hate to carry much of others' monkeys on my back, that hurts!! I had enough... but naa it can't be coz we always be responsible of our lives, we won't carry others' sins, we carry our own... don't be like Christians who are discouraged and weak hearted for believing carrying Adam's sin coz no such thing like that in our belief. Christians are weak for believing that, we Muslims do not believe in carrying others' sins, we carry our own, that's the responsibilty we carry for having freedom, everyone of us is free to choose what to do but the consequence for being freedom is responsibility.

Yeah yeah yeah, you learn it soon, Jau. You'll learn a lot more than me, that's what I hope you can gain as you grow.

_______________________________
Hope my bro's doing good in their life... If you wanna be my brother, so do good and better! err at least good...

Friday, December 17, 2004

Bionic Dolphin

A new technology, now we can surfing with a mechanized dolphin... it must be fun riding and surfing like a dolphin... actually, caught attention 'bout this stuff in CNN, think it's a worth sharing info with others... this tech looks cool ya know...









________________________________
Source: Innespace

Thursday, December 16, 2004

Innovatif

Dalam dunia internet kita boleh bina negara virtual. Tahukah anda kalau EBay itu adalah sebuah negara, pendapatan kasar banding negara-negara di dunia adalah pada kedudukan ke-59. Kedudukan tersebut betul-betul berada di belakang negara Kuwait. Belakang negara minyak Kuwait? Pasti terkejut, tak begitu?

Bagi yang tak tahu apa itu EBay, silalah merajinkan diri anda mengenali apakah negara virtual dipanggil EBay ini. Konsep laman yang memperkenalkan konsep "berikan kuasa kepada pengguna, pengguna akan tahu untuk menentukannya sendiri." The so-called country of EBay were built by the people, to be specific the consumers who help themselves.

Kenapa tidak kita bina negara kita sendiri? Bina dalam diri kita negara kita sendiri. Agaknya banding negara dalam diri kita dengan negara dalam diri orang lain negara diri kita nombor berapa? Mungkin negara diri Bush belakang sikit dari negara diri Clinton sebab negara diri Bush kurang memprodukkan idea dengan baik, dikatakan Bush tidak pernah menulis sebarang buku berbanding Clinton. Kalau benar apa yang dikatakan itu, negara Bush memang belakang lagi la dari negara-negara dalam diri bekas Presiden Amerika sebelumnya.

Itu duniawi, negara diri kita agaknya ada ke idak membuat produk pahala setiap hari dan setiap waktu? Negara dalam diri kita misinya atau visinya akhirat ke yang lebih mahupun dunia yang lebih ataupun seimbang apa yang cuba dikecapi? Untuk kejar matlamat dunia mahupun akhirat, ilmu adalah asasnya. RasuluLLAH SAW pun dah pesan ilmu ini adalah keperluan bagi matlamat dunia atau akhirat sekali pun.

"Siapa yang mahukan dunia maka ke atasnya (dituntut mencari) ilmu,
Siapa yang mahukan akhirat maka ke atasnya (dituntut juga mencari) ilmu,
Dan barangsiapa yang mahukan ke dua-duanya, dunianya dan akhiratnya, maka ke atasnya (juga dituntut mencari) ilmu."
-kurang lebih beginilah terjemahan hadisnya..

Hatta negara EBay juga terbina atas dasar ilmu. Ilmu yang ada ini jika digunapakai dengan kreatif dan innovatif akan jadi bermanfaat. Jom cari ilmu... Ilmu yang bermanfaat duniawi dan ukhrawi...

______________________
Ke atasmu (perlu dan dituntut) mencari ilmu untuk kebahagiaan di realiti masa kini dan di realiti mendatang yang pasti, pasti bila telah mati nanti...

Wednesday, December 15, 2004

Typical

Some typical Malaysians make you have, and let, negative charges to grow inside you... remember this, I don't claim ALL but SOME... you can see how their negative ways of living make you distracted, not interested, inactive and all the negative influences you can think...

Smoking
Lepaking
Chatting (too much)
Eating (the most celebrated activity in any Malaysian gathering)
Entertainment (music,sports especially AF, really bad to your spirit in term of living as a true human being in this world)

Smoking is killing. Lepaking is wasting. Chatting is killing the time. Eating is training the desire and nafs. Entertainment is inviting to relax and be the fence sitter between working and not working. Like watching AF while working makes you feel like, "Ish, you customer is distracting me from watching AF."

Music, sports not always bad. Even chatting and eating too. Smoking is always and never be good. It kills you slowly. There is limit, don't be into something too much... make it moderate in everything, be the middle one. So you can do anything else other than just the same thing and the same thing again and again and again, like you don't have anything else in your life.

__________________________
Be positive, there is so many things you can do in this life... avoid only work doing A and A and A infinitely...... cheer up! Life is not only full with A... we got uncountably more than Z

Tuesday, December 14, 2004

Stop the "Sound"

"Cemerlang, Gemilang, Terbilang..." misi yang cuba ditegakkan

dan yang terbaru,

"Berkesan, Mapan dan Holistik..." solusi kemiskinan negara Islam yang diwar-warkan

Hentikanlah memaparkan dan memperdengarkan slogan yang sekadar indah pada bunyi... Stop the 'sound' slogan... Masa sekarang lebih pada buat, dan tak perlu nak menjerit-jerit sangat... Biarlah apa orang mengata, yang penting sekarang ni usaha...

Dalam dunia ekonomi, satu faktor inflasi adalah tindakan dari kerajaan, lebih spesifiknya ahli politik... kempen yang diwar-warkan indah khabar dari rupa... Ye memang benar, ekonomi bukan Islam adalah sistem ekonomi yang bila mana mendapat campur tangan dari kerajaan akan mewujudkan ketidakseimbangan dalam ekonomi... Secara sosialnya, setiap tindakan kerajaan akan melibatkan kos sosial... Contohnya tarif ke atas barangan import, ini adalah kerugian kepada rakyat kerana sekatan sebegini menghalang hak sosial rakyat. Tapi, ini adalah menurut pandangan kapitalis, mengikut pandangan dari sudut lain, kalau negara Malaysia tidak mengenakan import automotif yang tinggi, pasti negara kita akan dibanjiri dengan kereta-kereta import... Lagi la bertambah sesak jalanraya di negara kita. Kereta buruk pun tak terlupus, inikan mahu menambah lagi jumlah kenderaan... Tapinya yang pasti, kualiti automotif tempatan masih banyak kekurangan... Ini memang jelas, pandu kereta asing dan kereta tempatan pasti anda akan rasa kelainannya... secikai kereta asing lebih mewah dari kereta cikai tempatan...

Satu kutukan Singapura pada Amerika, orang Amerika adalah orang yang tidak tahu berjimat cermat. Pujian Lee Kuan Yew pastinya kepada Jepun kerana penjimatan nasional, rakyatnya banyak menggunakan sistem pengangkutan awam yang sah-sah efisien, masakan rakyat mahu bergantung harap pada perkhidmatan jikalau ianya tidak efisien... Kata Lee Kuan Yew, rata-rata kenderaan besar seperti pick-up truck hanya kelihatan di Amerika, kenderaan yang menggunakan tangki lebih dari 2 Liter banyak kelihatan di Amerika, hal ini tidak kelihatan di negara lain. Ya, memang benar, Chevy, Ford, Dodge, Toyota dan banyak lagi jenama-jenama yang mengeluarkan kenderaan SUV, MPV dan pick-up truck yang pelbagai rekabentuk dan saiz, menguasai jalan dengan gah. Di Malaysia, sebesar kenderaan hanya lori kontena ataupun lori balak... Tahu kenapa pentingnya simpanan nasional? Rakyat sesebuah negara yang banyak jimat dan menyimpan duit akan menikmati taraf hidup yang lebih baik di masa mendatang, ini teori ekonomi yang disokong oleh data-data statistik, contohnya seperti yang disebutkan oleh Lee Kuan Yew, negara Jepun!

Dasar pandang ke timur yang disarankan oleh bekas Perdana Menteri kebanggaan rakyat Malaysia tidak dapat digunapakai dengan baik sekiranya konsep berjimat cermat ini tidak diterapkan ke dalam jiwa kita rakyat Malaysia jika kita bercita-cita ingin menjadi rakyat negara Malaysia yang maju. Ini kegagalan kita yang tidak tahu apa yang perlu dipelajari, sekadar pandang ke timur yang kita nampak apa? Yang kita nampak hanya drama jepun dan siri animasi jepun yang begitu menggamit hati dan sungguh syahdu untuk ditatap dan ditatap dan ditatap tanpa pernah merasa cukup dan puas. Sedikit pun tak belajar untuk majukan diri, yang kita belajar sekadar berangan menikmati kesenangan yang terpapar di balik sesebuah siri drama atau animasi. Huh, itulah kelemahan orang Islam, yang diambil hanyalah hiburan seperti TV, radio, internet... apa yang lebih baik tidak nampak, yang nampak sekadar hiburan yang boleh menimbulkan rasa senang hati untuk bergoyang kaki....

Sedarlah wei orang Mesia, bila nak maju???

________________________
Cakap orang pandai, tujah kata pada diri dahulu la penulis wei! eheh ;p

Monday, December 13, 2004

Positive

From now on, let's post positivity here. Let's create a positive environment. Be happy and be less moody, no time for keeping ourselves down to earth. Let's fly above the sky, let's see the universe in a wide perspective. Here we go, life is challenging but that kind of statement only arouses a negative emotion. Let not think about the challenge. Let's think of the fun and the joy, to create the positive charge in you. Let the negative charges being attracted to you and let's change it into a positive mode so we can create more and more positive charges around us. Have fun, life is heading to a happy life in the next realm :)

_____________________________
Though life is challenging we can face it... funs bloom right after winning over the difficulties

Sunday, December 12, 2004

Simpan Dalam Peti Besi

Benda baik kalau ko simpan akan basi
Benda buruk simpan tak simpan tetap buruk lagi la busuknya
Sampai bila nak simpan?
Pedih atau senang hati?

Soalannya sampai bila nak simpan?
Kalau baik tak elok simpan, kongsi cepat sebelum basi
Ilmu yang ada tak baik disorok nanti berkarat
Kalau yang buruk tu takyah le bukak peti tu
Biar la berkarat dan busuk pun
Harapnya reput la nanti
Hati jahat tu jangan dibuka, biar dia busuk sekali pun
Simpan sampai dia reput

Eh pedih ke senang hati nanti?
Benda baik disimpan pedih juga...
Bila baik tak dapat memadam kejahatan
Berapi je la yang baik tu...
Tu yang hangus sampai diri pun tak rasa apa
Hati yang ada dahulu dah hangus terbakar
Jika ianya buruk
Kalau kau kongsi bukan kau senang hati
Lebih pedih ada la
Perkara buruk lebih memburukkan lagi

Inilah pengajaran hidup buat diri
Memendam rasa
Bila meletup baik buruk semua berterabur
Urus diri perlu kebijaksanaan
Salur yang baik sekat yang buruk
Yang baik jadi madu
Yang buruk biar reput membatu
Kongsi baik hilang pedih
Kongsi buruk buat lagi sedih
Simpan baik hati tak rasa senang
Simpan buruk itu la yang senang
Bila dah tak senang rungsing
Bila buruk memburukkan lagi la rasa pening

_____________________________________
Internal power management.... the best power management, let the good be shared and the bad be kept away... may the good flourish and may the bad vanquish
Permainan apa??! Bola Sepak!

Kalau dulu masa diulit demam bola sepak, pasti radio 1 menjadi pilihan...

"Permainan apa? Bola sepak!
Pemainan apa? Bola sepak!
Permainan apa???
Ole ole ole ole...
Malaysia maju...
Malaysia maju jaya...
Bola... bola bola sepak...
Bola... bola bola sepak...
Ole ole ole ole..."

Bagaikan semalam mendengar radio 1... kini kemajuan teknologi memberi kemudahan mendengar radio 1 walau di perantaun sekali pun... inilah dia kemajuan teknologi negara kita... sumbangan bukan negara kita, tak suka nak suh bangga dengan negara atau kerajaan, tapi lagi suka bangga dengan rakyat... rakyat yang berikan sumbangan... pemimpin adalah rakyat, mereka tak boleh lupa diri yang mereka juga adalah rakyat negara kita... sumbangan mereka juga adalah sumbangan rakyat...

Malaysia lawan Piala Tiger? Ntah, demam bola sepak telah lama kebah... dah tiada menariknya arena bola sepak Malaysia, sekadar begitu dan begitu sahaja...

Tapi dalam hidup kita, demam nak menjadi Muslim tak sepatutnya kebah. Kita kena berusaha dan berterusan mengejar status bergelar Muslim. Borak dengan member dari Kuwait, dia kata esok ko bangun kol baper. Esok bangun subuh la... err bangun sebelum matahari terbit la camtu? eh mesti la... wah bagus la, orang mesia ni memang lagi alim la... laa, situ plak dah tanggungjawab... dia kata dia nak bangun subuh sikit punya payah... tu okay lagi la sebab solat ni memang memerlukan satu jihad diri yang tinggi juga, sebab tu tuntutan memenuhi tanggungjawab islami itu berterusan dan memerlukan kekuatan diri...

Satu hari di bulan Ramadhan yang baru berlalu, buka puasa kat universiti... sorang pakistani ni terkejut, wah korang puasa 30 hari?? Eh, mesti la... dulu pun masa di Sunway, member pakistani sorang ni pelik dengan pe'el orang mesia, bangun malam ingat solat sunat rupanya solat isyak sebab tertido awal... pastu dia kata, wah bagus la orang mesia solat 5 waktu dalam sehari sebab dia payah nak kasi penuh 5...

Aiseh, itu la dia... ini dunia kita, ini perangai orang Islam kita, Muslim memang sekadar pada nama... tapi usaha berterusan yang memerah kekuatan diri ni payah sekali untuk dilaksanakan... Sebab itu dalam Quran termaktub, solat itu berat kecuali (jadi ringan) bagi orang yang khusyuk... macam mana agaknya tu? Kita rasa berat ke nak tunai solat? Demam boa sepak terkadang ikut musim, tapi demam menjadi Muslim pun macam tu jugak ke? Bila rasa kuat solat la 5 waktu, bila tak kuat ponteng solat, macam tu?

Macam tu kena ganti ni apa radio 1 ajar, kita kena buat satu yang baru,

"Muslim apa? Muslim sejati!
Muslim apa? Muslim asli!
Muslim apa???
ALLAH ALLAH ALLAHU AKBAR!
.........(err dah kering idea..)"

Ingatlah hai diriku, menjadi Muslim itu bukan satu saat, bukan dua saat, tapi ianya berterusan... Kerahkanlah keringat diri untuk menjadi Muslim yang sejati, kerah keringat hingga tumbuh pohon iman yang subur di hati... Moga akar iman itu takkan terpisah dari ladang hati yang perlu digembur selalu...

____________________________
Hati keras ibarat tanah yang keras, camne nak tanam pokok iman? Payah, nak kena gembur dan siram air dulu bagi tanah tu lembut dan ceroi supaya mudah untuk bercucuk tanam pohon iman yang kan berbunga indah...

Thursday, December 09, 2004

Finals

Finals just around the corner... sorting things out one by one... got paper due tomorrow, no final for the paper, only paper to submit... the good thing is, only 20 percent were done.... stop procastination... that's the saying, but not the acting....

Why? Nak berubah tu bukannya senang... perlukan kekuatan dan ketahanan... ayat paling tajam, "kau ni tak kuat la." STOP! Mengaku dah cuba berkali... tapi never give up... alhamdu liLLAH, one by one kerja dah siap... rasanya for those yang rasa payah to work with big things, work slowly satu dan satu dan satu, bila view balik the whole picture, eh tak sangka lepas jugak diri ni... the only thing maybe kena change perception and perspective bila buat kerja... as long as kerja siap, nothing were held unfinished, that's a good job actually.... no prob with things moving slowly... the goal is: "The Finish Line." Walaupun at the beginning rasa, ish still far away.... but at the end, sampai jugak akhirnya...

Hope we can learn new things... what had passed let it go... at this time, thank God my mind in good shape, the rationality is not blurred.... masih jelas lagi sempadan reasoning in my head....

Harapnya semua orang cuba yang terbaik... Minna ganbatte....

_________________________________
Don't push yourself too hard, work smoothly and no pressure... inshaALLAH, things will go find fine

p/s: I just read a Malaysian blog, with error in the spelling... but I don't care as long as the message can be understood... hei guys out there, I'm not having good command in english either... you wanna know what, even American here got problem with spelling... once i read my classmate writing, surely the handwriting is s**ks, and what a surprise I was confused reading "there" as "their"... even english speakers have spelling prob... no worries, just try and never feel shy... keep smiling you know, that's what my caring one taught me, keep smiling :D sMiLe!!

Wednesday, December 08, 2004

SubhanaLLAH



:: After Soccer play scene ::



:: On da way heading to Lehigh Univ ::
Never Give Up... Keep Going

Assalamualaikum,

The Prophet (peace and blessings be upon him) said:

“Always entertain positive and beneficial thoughts, and seek the help of Allah in accomplishing your tasks, and never feel helpless or impotent. If, in spite of your best efforts, something does not work out the way you had planned, then simply say, that was Allah’s Will; He does what He wills, but never say to yourself, I wish I had done this or that, if it had been so, it would have been different, for such thoughts (are not constructive at all and) only open the door for Satan to act!”

Hadist rasullulah saw ini mengingatkan kita kepada perjalananan kehidupan kita seharian supaya kita sentiasa diingatkan berfikiran positif terhadap kehidupan ciptaan Allah ini. Dalam erti kata lainnya tidak ada bad luck dalam istilah islam sebagaimana yang selalu difahami oleh kebanyakan manusia. Semua nya ciptaan ini baik dan memberi manfaat kepada manusia. Terpulanglah kepada mausia untuk menerimanya dengan kemampuan masing-masing.

Kita mudah mengeluh dan keciwa apabila menerima sesuatu yang dianggap malang atau bad luck. Tetapi hakikatnya tidak lah begitu. Didalam semua keadaan dan ketika semua nya adalah kebaikan disisi Allah SWT.

Harus lah kita menerima dengan redha dan berusaha untuk mengatasi nya dan sabar dan salat.

Sebagai seorang insan yang bernama muslim tidak seharusnya mengenal erti putus asa malah dengan ujian ujian yang diberikan akan menambahkan lagi kekuatan jiwa dan ketaqwaan kepada Allah.

Ini lah kelebihan yang ada kepada kita semua sebagai insan yang beriman kepada Allah dan hari kiamat.

Tetapi realit nya tidak semudah itu. Ramai yang mengeluh dan ramai yang berputus asa dengan ujian Allah. Oleh itu berhaklah sesama kita untuk mengingati antara satu sama lain. Saling kita berpesan kepada kebenaran dan kesabaran.

Insyallah semuga diberi kemudahan kepada kita semua.

_____________________________
Source: ML MISG

Sunday, December 05, 2004

The Composition of Output

US economy had long move its output composition from goods-producing to service-based. In Malaysia, a developing country, the people have to making such move because the way the firm treat their customers is way far from the 100-percent satisfaction they shout in their mission statement. Seriously, the Malaysians are far behind because they did not see the services being handled in modern coutries, such as US. Say nothing about wars, the economy is suffering because of the costly wars. Though they knew this in the past, but we cannot explain it today why they never learn from the history.

-- Ops, I did talk about the war issue, but it is on my opinion for the sake of the economy. I just had a long chat with my neighbor, a Malaysian guy, who envisions improving the Malaysian community when getting back to Malaysia. He'll be back to Malaysia next month, or much better to say next year. We agree that the services in Malaysia are sucks! Yes, they are not 100-percent satisfying the customers. We could not see how the monopoly plays such big impact to the services in Malaysia.

Back in Malaysia, about 6 months ago, I tried to register Streamyx and I told Telekom I don't wanna pay for the contractor coz I know how to set up by myself. Then, Telekom never heard my yelling coz they hold my application for 2 damn weeks. I just couldn't hold it anymore and so I paid the contractor. The one thing that really made me mad to the contractors was the thing they did. Coz they check my setting, yes it 100-percent OK!! So, what they did only make a call to their office and ask their member to turn on my account. Damn! you know what? They call using my home telephone though they bring their cell phone with them! I really feel mad about this coz that's the only thing they did, like I said, I can set up everything, just turn on that damn access for me... so, my rating will be 0-percent satisfaction coz it made me feel 100-percent dissatisfied...

The promise is not on time. The monopoly pushed customers to the corner so they can't do anything except to abide by the rules and procedures. Happened once, I wanna pay bills, asking the makcik who was not focusing on treating me because of the ()&*)&)*&)*&@)(*$@*) program of Akademi Fantasia... then the so-called makcik (I might call him granny coz I hate the way she served me) asked replied to me after I asked,

"Makcik, do I have to pay this fine? Why?"
"Why? You are not satisfied? Why did you ask me?"
"I just asked, is that a prob?" with my best ability holding my breathe and my anger
"Oooo, you are not satisfied, go there and find out by yourself... after that come back.."
"#@(*&(*&@#$ you old granny!! I just asked why did you make me angry and you even not qualified to work coz I hate to hear you chatting about that *($#(&^@# program!!" I just can say this in my heart!!

See, how bad they treat customers... I know the PUAS is the firm that maintained the water supply in Selangor, but why you give that @*(&$#(*@ makcik to serve a young customer like me?? If I could tape what she said to me, I'll surely accused her for not giving me such a fair service... you are far behind old granny... that's why the old people should be sent into garbage if they like to watck AF... I just can't stand to see that program distracting their attention in giving service to customers coz I think she lost her attention to work because of AF... surely I wanna kill the producer of Akademi Fantasia... why Malaysians only watch entertainment if they got ASTRO?? See, that's the service provided to the Malaysians... that's why Malaysians never learn, they stucked with the non-beneficial programs... trying to copy the style of life in modern countries... hey, Malaysians!! wake up!! your country is not a modern country yet!! Wake up!! Improve your service!!

_____________________________
Sometimes I hate to say that I feel like I don't wanna go back to Malaysia because the life there really bolis me up everyday... even driving in Malaysia tests my patience... still remember a Malaysian told me, "Now you see what I saw when I got back to Malaysia...how unsatisfied I was and am." Coz majority are malays... Malays are not doing good enough in economy!! That's why they live like a frog trapped under tempurung...