Thursday, December 16, 2004

Innovatif

Dalam dunia internet kita boleh bina negara virtual. Tahukah anda kalau EBay itu adalah sebuah negara, pendapatan kasar banding negara-negara di dunia adalah pada kedudukan ke-59. Kedudukan tersebut betul-betul berada di belakang negara Kuwait. Belakang negara minyak Kuwait? Pasti terkejut, tak begitu?

Bagi yang tak tahu apa itu EBay, silalah merajinkan diri anda mengenali apakah negara virtual dipanggil EBay ini. Konsep laman yang memperkenalkan konsep "berikan kuasa kepada pengguna, pengguna akan tahu untuk menentukannya sendiri." The so-called country of EBay were built by the people, to be specific the consumers who help themselves.

Kenapa tidak kita bina negara kita sendiri? Bina dalam diri kita negara kita sendiri. Agaknya banding negara dalam diri kita dengan negara dalam diri orang lain negara diri kita nombor berapa? Mungkin negara diri Bush belakang sikit dari negara diri Clinton sebab negara diri Bush kurang memprodukkan idea dengan baik, dikatakan Bush tidak pernah menulis sebarang buku berbanding Clinton. Kalau benar apa yang dikatakan itu, negara Bush memang belakang lagi la dari negara-negara dalam diri bekas Presiden Amerika sebelumnya.

Itu duniawi, negara diri kita agaknya ada ke idak membuat produk pahala setiap hari dan setiap waktu? Negara dalam diri kita misinya atau visinya akhirat ke yang lebih mahupun dunia yang lebih ataupun seimbang apa yang cuba dikecapi? Untuk kejar matlamat dunia mahupun akhirat, ilmu adalah asasnya. RasuluLLAH SAW pun dah pesan ilmu ini adalah keperluan bagi matlamat dunia atau akhirat sekali pun.

"Siapa yang mahukan dunia maka ke atasnya (dituntut mencari) ilmu,
Siapa yang mahukan akhirat maka ke atasnya (dituntut juga mencari) ilmu,
Dan barangsiapa yang mahukan ke dua-duanya, dunianya dan akhiratnya, maka ke atasnya (juga dituntut mencari) ilmu."
-kurang lebih beginilah terjemahan hadisnya..

Hatta negara EBay juga terbina atas dasar ilmu. Ilmu yang ada ini jika digunapakai dengan kreatif dan innovatif akan jadi bermanfaat. Jom cari ilmu... Ilmu yang bermanfaat duniawi dan ukhrawi...

______________________
Ke atasmu (perlu dan dituntut) mencari ilmu untuk kebahagiaan di realiti masa kini dan di realiti mendatang yang pasti, pasti bila telah mati nanti...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home