Tuesday, December 14, 2004

Stop the "Sound"

"Cemerlang, Gemilang, Terbilang..." misi yang cuba ditegakkan

dan yang terbaru,

"Berkesan, Mapan dan Holistik..." solusi kemiskinan negara Islam yang diwar-warkan

Hentikanlah memaparkan dan memperdengarkan slogan yang sekadar indah pada bunyi... Stop the 'sound' slogan... Masa sekarang lebih pada buat, dan tak perlu nak menjerit-jerit sangat... Biarlah apa orang mengata, yang penting sekarang ni usaha...

Dalam dunia ekonomi, satu faktor inflasi adalah tindakan dari kerajaan, lebih spesifiknya ahli politik... kempen yang diwar-warkan indah khabar dari rupa... Ye memang benar, ekonomi bukan Islam adalah sistem ekonomi yang bila mana mendapat campur tangan dari kerajaan akan mewujudkan ketidakseimbangan dalam ekonomi... Secara sosialnya, setiap tindakan kerajaan akan melibatkan kos sosial... Contohnya tarif ke atas barangan import, ini adalah kerugian kepada rakyat kerana sekatan sebegini menghalang hak sosial rakyat. Tapi, ini adalah menurut pandangan kapitalis, mengikut pandangan dari sudut lain, kalau negara Malaysia tidak mengenakan import automotif yang tinggi, pasti negara kita akan dibanjiri dengan kereta-kereta import... Lagi la bertambah sesak jalanraya di negara kita. Kereta buruk pun tak terlupus, inikan mahu menambah lagi jumlah kenderaan... Tapinya yang pasti, kualiti automotif tempatan masih banyak kekurangan... Ini memang jelas, pandu kereta asing dan kereta tempatan pasti anda akan rasa kelainannya... secikai kereta asing lebih mewah dari kereta cikai tempatan...

Satu kutukan Singapura pada Amerika, orang Amerika adalah orang yang tidak tahu berjimat cermat. Pujian Lee Kuan Yew pastinya kepada Jepun kerana penjimatan nasional, rakyatnya banyak menggunakan sistem pengangkutan awam yang sah-sah efisien, masakan rakyat mahu bergantung harap pada perkhidmatan jikalau ianya tidak efisien... Kata Lee Kuan Yew, rata-rata kenderaan besar seperti pick-up truck hanya kelihatan di Amerika, kenderaan yang menggunakan tangki lebih dari 2 Liter banyak kelihatan di Amerika, hal ini tidak kelihatan di negara lain. Ya, memang benar, Chevy, Ford, Dodge, Toyota dan banyak lagi jenama-jenama yang mengeluarkan kenderaan SUV, MPV dan pick-up truck yang pelbagai rekabentuk dan saiz, menguasai jalan dengan gah. Di Malaysia, sebesar kenderaan hanya lori kontena ataupun lori balak... Tahu kenapa pentingnya simpanan nasional? Rakyat sesebuah negara yang banyak jimat dan menyimpan duit akan menikmati taraf hidup yang lebih baik di masa mendatang, ini teori ekonomi yang disokong oleh data-data statistik, contohnya seperti yang disebutkan oleh Lee Kuan Yew, negara Jepun!

Dasar pandang ke timur yang disarankan oleh bekas Perdana Menteri kebanggaan rakyat Malaysia tidak dapat digunapakai dengan baik sekiranya konsep berjimat cermat ini tidak diterapkan ke dalam jiwa kita rakyat Malaysia jika kita bercita-cita ingin menjadi rakyat negara Malaysia yang maju. Ini kegagalan kita yang tidak tahu apa yang perlu dipelajari, sekadar pandang ke timur yang kita nampak apa? Yang kita nampak hanya drama jepun dan siri animasi jepun yang begitu menggamit hati dan sungguh syahdu untuk ditatap dan ditatap dan ditatap tanpa pernah merasa cukup dan puas. Sedikit pun tak belajar untuk majukan diri, yang kita belajar sekadar berangan menikmati kesenangan yang terpapar di balik sesebuah siri drama atau animasi. Huh, itulah kelemahan orang Islam, yang diambil hanyalah hiburan seperti TV, radio, internet... apa yang lebih baik tidak nampak, yang nampak sekadar hiburan yang boleh menimbulkan rasa senang hati untuk bergoyang kaki....

Sedarlah wei orang Mesia, bila nak maju???

________________________
Cakap orang pandai, tujah kata pada diri dahulu la penulis wei! eheh ;p

0 Comments:

Post a Comment

<< Home