Tuesday, September 28, 2004

Teknikaliti dan Metodologi

Sepanjang menuntut ilmu di benua yang luas ni, hari ni baru perasan satu penekanan yang terselit dalam sistem pendidikan hari ini. Mengapa dan bagaimana... Dalam kata lain 2 persoalan ini sering dititikberatkan, memahami teknikaliti sesuatu itu berlaku tidak kira apa bidang, whether history, engineering and even economics; juga pemahaman dari segi jalan penyelesaian hasil dari pemahaman konsep teknikaliti itu tadi.

Bila kita dapat memahami secara teknikal bagaimana sesuatu perkara itu terjadi, kita secara tidak langsung mencari jalan penyelesai iaitu method yang digunapakai dalam proses teknikal tersebut. Bila menjawab persoalan situasi ekonomi, kenapa dan bagaimana, terasa pentingnya untuk memahami kesan teknikal secara langsung atau tidak langsung daripada imposition or alteration polisi-polisi yang dikawal oleh pihak tertentu seperti kerajaan dan bank pusat.

Sejarah juga mempersoalkan, kenapa tercetusnya sesuatu peristiwa itu seperti Revolusi Perancis yang mana antara sebabnya ialah hutang kerajaan yang banyak (antara lain menyumbang secara financial bagi menyokong Revolusi Amerika). Dan bagaimanakah jalan penyelesai atau proses yang berlaku, contohnya menaikkan cukai, merampas gereja lalu dijual atau dilelong dan sebagainya.

Corak pemikiran ini mungkin berlandaskan kepada falsafah pemikiran yang digunapakai oleh Barat yang mementingkan logika dan rasional akal. Disebabkan falsafah pemikiran inilah mereka sanggup bangkit melawan doktrin pemikiran yang disemat oleh pihak gereja. Hinggakan cara pemikiran mereka disudut agama juga perlu diubah, hatta yang tidak logik pun boleh dirasionalisasikan menjadi suatu yang boleh diterima akal. Walhal, perkara ini bercanggah sama sekali kerana ini membuktikan kejelikan yang terhasil daripada pergantungan pada akal sepenuhnya. Akal yang tidak dipandu dengan sumber yang betul terkapai-kapai dalam kegelapan kerana tidak dapat membezakan antara yang baik yang buruk. Hinggakan mendakwa kebenaran yang wujud dalam dunia ini adalah subjektif, bagaikan begitu payah untuk membezakan kebenaran dan kebatilan. Hatta lahir juga pemikir-pemikir yang menjadi asas lahirnya ideologi yang lebih jauh menyimpang seperti Deism dan Communism.

______________________
Fikir tanpa panduan bahaya... terkapai dalam kegelapan bahaya... takut jatuh ke dalam lubang (neraka)

0 Comments:

Post a Comment

<< Home