Saturday, May 01, 2004

Spring

Tadi pegi kelas review session untuk final exam subjek Calculus 2, masa balik tu rasa gatal pulak tangan nak ambil gambar pemandangan yang indah ciptaan Tuhan Yang Maha Agung. Suka tengok bila pokok-pokok dah mula menguntumkan bunga, kat taman belakang library pulak takleh tahan bila melihat bunga tulip. Berbunga je rasa dalam diri ni, rasa indah melihat keagungan ciptaan ALLAH, SubhaanaLLAH walhamdu liLLAH... Hati pun rasa tenang dan ceria walaupun dah dekat exam. Bawah ni gambar bunga tulip kat taman yang sempat dirakam tadi. Sori sebab kualiti gambar tak berapa jelas, kalau tak mesti semua berbunga melihat keindahan alam semulajadi bila dah masuk musim bunga ni. Betapa Tuhan tu Maha Penyayang, penenang hati pun boleh diberi melalui pancaindera kita mendapatkan input deria penglihatan dan pemerhatian. Indahnya kalau dalam diri setenang dan seindah suasana sekarang, tenang, aman, damai dan sentosa. Moga hati ni terus ceria, tenang dan positif, inshaALLAH...








Sekadar renungan bersama:
Konflik diri kita berlaku membuktikan masih ada lagi nilai positif dalam diri kita, kita patut bersyukur dan bersabar kerana kita masih lagi mempunyai nilai positif tersebut. Pastikan kita tak tewas dan teruskan berusaha dengan tabah. Hanya orang terpilih sahaja yang akan merasai ujian perit melawan dirinya, orang yang tidak merasa apa-apa bila melakukan kesalahan adalah orang yang mati hatinya. Peliharalah amalan yang kecil, walaupun kecil tapi itulah yang sesuai dan mudah untuk kita lakukan, jangan kita ambil enteng dengan membaca Quran, zikruLLAH, mahupun solat-solat harian yang kita lakukan. Memang lumrah setiap orang akan ada battle dalam dirinya sendiri. -sebahagian dari pesanan Cikgu N. Norlan (my AddMath teacher di KISAS).

_________________________________
SubhaanaLLAH... Seindah alam semulajadi, pasti lagi indah ganjaran yang akan diberikanNYA nanti....

0 Comments:

Post a Comment

<< Home